laporan.docx

17
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR JABATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI Nama Vasanthi A/P Marimuthu No. Kad Pengenalan 930425-10-6048 Kumpulan PISMP SEM.4 (RBT3) Nama Pensyarah Pembimbing Tuan.Syed Hadzir Bin Syed Hussin Deskripsi Tugasan Tugasan Individu “Kami maklum mengenai peraturan tugasan ini yang melarang sebarang aktiviti plagiat. Dengan ini kami akui tugasan ini hasil kerja kami kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap- tiap satunya dijelaskan sumbernya”. Tandatangan : ________________________

Upload: vasanthi-marimuthu

Post on 16-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR

JABATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

NamaVasanthi A/P Marimuthu

No. Kad Pengenalan930425-10-6048

KumpulanPISMP SEM.4 (RBT3)

Nama Pensyarah PembimbingTuan.Syed Hadzir Bin Syed Hussin

Deskripsi TugasanTugasan Individu

Kami maklum mengenai peraturan tugasan ini yang melarang sebarang aktiviti plagiat. Dengan ini kami akui tugasan ini hasil kerja kami kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap- tiap satunya dijelaskan sumbernya.

Tandatangan : ________________________Tarikh : ___________________

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Tarikh dihantar :_____/ _____/ _____ Diterima oleh: ____________________Tarikh disemak :_____/ _____/ _____ Dinilai oleh : ___________________Markah: PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, saya dapat siapkan tugasan projek ini pada masa yang telah ditetapkan. Dalam menyiapkan tugasan projek ini saya mendapat sokongan dan bimbingan daripada pelbagai pihak. Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah Tuan.Syed Hadzir Bin Syed Hussin, subjek Teknologi Elektrik dan Elektronik (RBT3073), kerana sudi membimbing saya sepanjang saya menyiapkan tugasan projek ini.Selain, Pensyarah saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kelas Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah (SJKT) yang turut sama membantu dari segi memberi semangat dan idea dalam usaha untuk menyiapkan tugasan projek ini . Saya juga terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana memberi sokongan dari segi wang dan dorongan bagi menyiapkan tugasan projek ini. Tidak terhingga kepada abang saya Naresha Kumar yang sudi membantu dan membimbing saya untuk memasang litar pendawaian domestik satu fasa.Sekali lagi, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pensyarah Tuan.Syed Hadzir Bin Syed Hussin kerana sanggup meluangkan masa bagi menyemak hasil tugasan projek saya ini. Selain itu, juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi bantuan secara langsung dan tidak langsung.Sekian, Terima Kasih.

PENGENALAN

Subjek Teknologi Elektrik dan Elektronik (RBT3073), merupakan subjek yang memberi pengenalan kepada para guru pelatih opsyen Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), tentang asas Teknologi Elektrik dan Elektronik. Semua guru pelatih yang mengambil opsyen Reka Bentuk dan Teknologi dimestikan untuk mengambil subjek ini. Guru pelatih akan belajar tentang cara penggunaan meter pelbagai (multimeter), cara- cara mengukur voltan, cara membuat soldering dan lain- lain lagi. Para guru pelatih yang mempelajari subjek ini mesti mempunyai peti alatan (Tool Box) yang mengandungi beberapa alatan tangan Sebagai bakal guru bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi, adalah perlu bagi guru tersebut untuk memiliki peti alatan (Tool Box). Guru boleh menggunakan peti alatan ini sewaktu mengajar tajuk Elektrik dan Elektronik di sekolah. Tugasan ini merangkumi penulisan laporan dan juga kerja amali tentang pemasangan litar pendawaian domestik. Para guru pelatih dikehendaki menyediakan satu laporan yang merangkumi maklumat mengenai proses pelaksanaan pendawaian domestic, aksesori yang digunakan dan perlulah menyediakan lukisan litar skematik dan pendawaian, pengujian dan kos. Melalui tugasan ini, guru akan mendapat memperoleh pengetahuan dan pengalaman baharu. Melalui tugasan ini, para guru pelatih akan mengetahui tentang alat- alat elektrik dan elektronik, fungsinya dan juga cara penggunaannya dengan betul dan tepat. Tugasan ini akan menjadi satu pengalaman yang memberi banyak faedah kepada guru pelatih dari opsyen Reka Bentuk dan Teknologi. Selain itu, tugasan ini juga dapat melahirkan guru yang kreatif dan inovatif. Guru juga akan berfikir menggunakan HOTS dengan melaksanakan tugasan ini. Tugasan ini amat penting kepada bakal guru Reka Bentuk danTeknologi bagi melahirkan anak murid yang kreatif dan inovatif seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

SISTEM PENDAWAIAN

Sistem pendawaian merupakan satu sistem pemasangan litar elektrik yang merangkumi pengalir, penebat, perlindungan mekanikal dan aksesori- aksesori elektrik. Sistem pendawaian boleh dijalankan dengan berbagai- bagai cara mengikut jenis perlindungan mekanikal, keadaan pemasangan dan jenis penebat kabel boleh digunakan. Jenis sesuatu sistem pendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan kepada kaedah- kaedah pemasangan kabel dan jenis salutan pada kabel. Tetapi tiada satu sistem pun yang boleh dianggap sebagai unggul di bawah sesuatu keadaan.

Faktor Pemilihan Sistem PendawaianUntuk memilih sesuatu sistem pendawaian ia perlu dirancang dahulu agar tidak merugikan. Sebaliknya sistem itu mengawal kecekapan dan selamat. Di antara perkara- perkara yang perlu diperhatikan adalah seperti berikut: Jenis beban yang hendak dipasang Keadaan tempat pemasangan Kos perbelanjaan Tempoh ketahanan pemasangan Kekemasan dan kecantikan Keadaan sekeliling Tempoh masa menyiapkan Perubahan atau penambahan litar masa akan datang Jenis voltan bekalan Keselamatan dan kelulusan pihak yang berkenaan (TNB, JKR dll)

Jenis- Jenis Sistem PendawaianJenis- jenis pendawaian yang disenaraikan di bawah ini seperti telah dinyatakan, ia bergantung kepada jeinis kabel atau kaedah pemasangan kabel atau perlindungan mekanikal yang diberi. Berikut ialah senarai jenis- jenis sistem pendawaian yang umum digunakan.

Jenis- Jenis Sistem Pendawaian yang Sesuai Bagi Sesuatu Bangunan Sistem permukaanSistem pendawaian permukaan ialah satu sistem di mana kabel-kabel digunakan dalam sesuatu pemasangan yang dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang pelindung tambahan. Sistem tersembunyiBagi sistem pendawaian teresembunyi, kabel-kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan lansung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori-aksesori. Sistem penyokong katenariSistem pendawaian penyokong katenari adalah satu sistem yang jarang-jarang digunakan dewasa ini. Tetapi pada sesuatu keadaan sistem ini masih diperlukan. Sistem konduitSistem pendawaian konduit ialah suatu sistem yang menggunakan konduit-konduit dan akan dipasang ke dinding atau sebagainya dan di dalamnya akan disalurkan kabel. Sistem sesalurSistem pendawaian sesalur merupakan satu sistem yang menggunakan sesalur logam atau bahan penebat pada kebiasaanya bersegi empat dan dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding atau besi rangka bangunan. Sistem salurSistem pendawaian salur merupakan suatu sistem yang menggunakan salur logam atau bahan penebat dan diapasang di bawah lantai ketika peringkat pembinaan bangunan. Sistem kabel penebatan mineral pelapik kuprumSistem ini dinamakan sedemikian kerana keseluruhan sistem pendawaian dibuat dengan menggunakan kabel penebatan mineral pelapik kuprum. Sistem kabel penebatan kertas pelapik plumbumPemberian nama sistem ini adalah juga kerana keseluruhan sistem pendawaian dibuat dengan menggunakan kabel penebatan kertas pelapik plumbum.

SISTEM PENDAWAIAN PERMUKAAN

Sistem Pendawaian Permukaan ialah satu sistem di mana kabel- kabel dalam sesuatu pemasangan yang dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang perlindungan tambahan.

(A) Kelebihan dan Kelemahan Sistem Pendawaian PermukaanI. Bekalan voltan jenis 1 fasa tunggalII. Bangunan diperbuat daripada kayu atau batu.III. Kos perbelanjaan murah.IV. Bilangan kabel atau litar akhir yang perlu dipasang adalah sedikit.V. Kerosakan mekanikan kemungkinan berlaku amat kurang.VI. Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan pendawaian.VII. Kadar kuasa beban yang dipasang adalah kecil.

(B) Ciri- Ciri Pemilihan Sistem Pendawaian Permukaan I. Bekalan voltan jenis satu fasa (fasa tunggal)II. Bangunan diperbuat daripada kayu atau batuIII. Kos perbelanjaan murahIV. Bilangan kabel atau litar akhir yang perlu dipasang adalah sedikitV. Keroskan mekanikal kemungkinan amat kurangVI. Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan pendawaianVII. Kadar kuasa beban yang paling kecil.

(C) Jenis- Jenis Kabel yang digunakanKabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut, ini adalah kerana kabel yang dipasang secara sistem permukaan akan terdedah kepada keadaan sekeliling dan kerosakan mekanikal. Jenis kabel yang sesuai digunakan di bangunan rumah kediaman adalah kabel pvk atau getah.

(D) Pemasangan Pendawaian PermukaanPemasangan pendawaian permukaan boleh dipasang secara terus ke dinding dan siling kayu atau di atas lapik kayu bagi dinding konkrit. Pemasangan permukaan pendawaian tidak sesuai pada permukaan yang terdiri daripada bahan jenis logam. Sekiranya pendawaian permukaan dibuat pada bangunan batu atau simen, manakala kabel akan diklipkan atas satu bilah papan yang telah dipasang pada dinding atau siling bangunan tersebut.

Rajah 1: Gambar Foto Pendawaian PermukaanKabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut yang mempunyai tebatan berlapis (PVK/PVK). Ini adalah kerana kabel yang dipasang secara sistem permukaan akan terdedah pada keadaan sekeliling dan kerosakan mekanikal. Jenis kabel yang sesuai digunakan di bangunan rumah kediaman adalah kabel bersalut pvk atau getah dan di tempat yang mana suhu disekelilingnya tidak melebihi 65 C.

(E) Langkah- Langkah Pemasangan Pendawaian PermukaanSebelum kita mengetahui lebih mendalam tentang langkah-langkah membuat pendawaian, berikut ialah langkah-langkah asas membuat pendawaian permukaan bagi membantu anda memahami bagaimana membuat pendawaian permukaan nanti. Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan pemasangan Pendawaian Permukaan;1. Melakar litar pendawaian berdasar litar skematik yang dibekalkan.2. Menyediakan peralatan dan bahan yang digunakan berdasarkan litar skematik.3. Mengira panjang kabel berdasarkan lakaran litar pendawaian dan litar skematik.4. Membuat pendawaian berdasarkan peraturan IEE.5. Membuat pengujian visual.6. Membuat pengujian kekutuban, keterusan dan penebatan pada litar mati.7. Membuat pengujian litar hidup di bawah pengawasan guru.

(F) Peralatan yang digunakan semasa Proses Pemasangan Pendawaian PermukaanNama PeralatanKegunaan

Memotong kabel dan membuang penebat pada kabel

Menguji keterusan dan penebatan setelah pendawaian telah siap

Alat untuk membentuk klip timah sebelum dipaku pada dinding.

Menguji pendawaian ketika litar hidup

Memaku paku pada klip timah semasa membuat pendawaian

Mengukur panjang kabel dan jarak pendawaian

Digunakan bersama-sama Pemotong Kabel bagi membuang penebat pada kabel.

Mengetat skru ketika membuat tamatan dan memasang aksesori

(F) Bahan yang digunakan semasa Proses Pemasangan Pendawaian Permukaan

(G) Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Permukaan1. Satu saluran mestilah diadakan terlebih dahulu bagi pendawaian yang menembusi dinding2. Pastikan bilangan kabel yang dipasang tidak melebihi 12 kabel bagi satu larian. jumlah kabel yang banyak boleh mengurangkancengkaman pencengkam.3. Rancangkan laluan kabel terlebih dahulu supaya tidak berlaku tindihan. Jika tidak dapat dielakkan lapik dengan sebarang penebatdi antara laluan kabel itu.4. Pastikan di bahagian hujung kabel ditandakan bagi memudahkan kerja-kerja tamatan.5. Elakkan dari terkena tindihan beluti semasa memasang kabel di atas siling.6. Semasa memasang pencengkam pastikan kabel tidak cedera.(H) Peraturan IEE Bagi Pengujian Pemasangan Pemeriksaan dengan cara melihat haruslah dilakukan untuk mengesahkan bahawa peralatan elektrik yang dipasang itu dalam keadaan baik dan selamat. Dipasang menurut piawai Inggeris yang harus digunakan (Ini boleh dilakukan dengan tanda atau dengan kelulusan yang disediakan oleh orang yang memasang atau pihak pengeluar. Dipilih dan didirikan dengan betul menurut peraturan- peraturan IEE. Tidak rosak dan tidak akan mempengaruhi keselamatan. Hendaklah dijalankan oleh kontraktor atau orang lain yang bertanggungjawab terhadap kerja pemasangan itu sebelum pemasangan tersebut atau pengubahsuaian yang besar keyika diberikan bekalan sebenarnya.

(I) Pengiraan Kos Projek

BahanKuantitiKosPeralatanKuantitiKos

Tapak PVK bulat 75 mm1 unitRM0.50Pemotong kabel1 unitPINJAMAN

Soket alir keluar (13 ampere)1 unitRM2.00Pemutar skru rata1 unitPINJAMAN

Mentol 40 w1 unitRM7.00Pemutar skru philip1 unitPINJAMAN

Suis dua hala2 unitRM5.00Pena ujian1 unitPINJAMAN

SkrusecukupnyaRM0.30Pita Pengukur1 unitPINJAMAN

Pembuluh PVK 20 mmsecukupnyaRM3.00Playar gabung1 unitPINJAMAN

Kotak simpang 3 hala PVK2 unitRM0.30Pemotong pembuluh1 unitPINJAMAN

Kotak Teracu PVK (75 mm x 75 mm)3 unitRM0.50Meter pelbagai1 unitPINJAMAN

Kabel PVK hijau, merah, hitam (1.5 mm)secukupnyaRM3.00

Kabel PVK hijau, merah, hitam (2.5mm)secukupnyaRM4.00

Siling ros1 unitRM0.50

Pengganding dan sesendalSecukupnyaRM1.00

Sesiku PVK 90 o2 unitRM0.30

JUMLAHRM33.00JUMLAHTIADA