laporan semasa

7
LAPORAN SEMASA Hari Pertama (30 MAC 2015) Masa 1.00 TENGAHARI Aktiviti yang dijalakan Pada hari pertama, para peserta telah berkumpul di PULAKO pada pukul 1.00 tengahari. Selepas makan dan solat kami di beri taklimat dan seterusnya mendirikan khemah. Pada pukul 6.30 petang, para peserta dibenarkan rehat. Terdapat sesetengah peserta pula membantu menyediakan makanan untuk makan malam di dapur. Pada pukul 8.00 malam, peserta telah menjamu makanan malam yang disediakan. Selepas itu, iaitu pada pukul 8.30 malam, para peserta telah berkumpul di dewan untuk sesi ceramah yang dipimpim oleh Ustaz Kholid Salleh. Pada pukul 11.30 malam, para peserta dibenarkan berehat di khemah masing-masing. Pada pukul 1.00 tengah malam hingga 5.00 tengah malam, rondaan malam telah dibuat oleh peserta-peserta yang telah ditetapkan. Pada malam tersebut, keadaan kawasan perkhemahan KRS terkawal. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan rondaan juga berjalan dengan lancar. Hari Kedua (31 Mac 2015)

Upload: cuz-mah

Post on 28-Sep-2015

244 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

semasa kem

TRANSCRIPT

LAPORAN SEMASAHari Pertama (30 MAC 2015)Masa1.00 TENGAHARI

Aktiviti yang dijalakanPada hari pertama, para peserta telah berkumpul di PULAKO pada pukul 1.00 tengahari. Selepas makan dan solat kami di beri taklimat dan seterusnya mendirikan khemah.Pada pukul 6.30 petang, para peserta dibenarkan rehat. Terdapat sesetengah peserta pula membantu menyediakan makanan untuk makan malam di dapur. Pada pukul 8.00 malam, peserta telah menjamu makanan malam yang disediakan. Selepas itu, iaitu pada pukul 8.30 malam, para peserta telah berkumpul di dewan untuk sesi ceramah yang dipimpim oleh Ustaz Kholid Salleh. Pada pukul 11.30 malam, para peserta dibenarkan berehat di khemah masing-masing. Pada pukul 1.00 tengah malam hingga 5.00 tengah malam, rondaan malam telah dibuat oleh peserta-peserta yang telah ditetapkan. Pada malam tersebut, keadaan kawasan perkhemahan KRS terkawal. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan rondaan juga berjalan dengan lancar.

Hari Kedua (31 Mac 2015)Masa5.30 pagi - 11.30 malam

Aktiviti yang dijalakanPada pukul 5.30 pagi, para peserta yang beragama Islam dikehendaki berkumpul bersama-sama di tanah lapang untuk solat subuh. Aktiviti solat ini dipantau oleh Encik Azhar Bin Mansor dan beberapa lagi pensyarah lain dan masa yang sama juga pelajar bukan Islam bersedia untuk aktiviti sesi moral. Pada pukul 6.30 pagi, para peserta berkumpul untuk sesi pengumpulan pagi di padang kawad PULAKO. Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti asas kawad kaki statik. Latihan asas telah dijalankan dengan pantauan Tn Sajahan Bin Abd Majid. Para peserta juga diberi ujian kawad kaki statik mengikut platun. Pada pukul 10.15 pagi, para peserta dibenarkan untuk rehat sebentar untuk minuman pagi. Selepas minuman pagi, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti latihan kawad kaki konvo di hadapan pejabat IPG KSAH. Aktiviti ini berjalan dengan lancar dengan pemantauan daripada 3 orang pegawai KRS, iaitu Tn Sajahan Bin Abd Majid, Ustaz Kholid Bin Salleh dan Tn Roslan Bin Hussein.Pada pukul 12.30 tengah hari hingga 2.00 petang, para peserta dibenarkan menjamu makanan tengah hari. Peserta-peserta yang beragama Islam pula dikehendaki bersolat. Selepas itu, para peserta menjalani sesi orienteering dibawah pimpinan Tn Hj Hassan dan ketua yang telah dipih untuk membuat penerangan berkenaan dengan aktiviti orienteering.Pada pukul 6.30 petang, para peserta dibenarkan berehat. Selepas itu, para peserta yang beragama Islam dikehendaki berkumpul bersama-sama dan solat secara berjemaah. Takzirah pendek diberikan oleh imam yang bertugas. Pada pukul 8.30 malam, aktiviti bantu mula telah dijalankan. Ahli kadet dikehendaki melakukan simulasi ikatan tali. Sesi pembelajaran ini di bawah bimbingan Tn Roslan Bin Hussain dan Ustaz Kholid Salleh.Pada pukul 11.30 malam, para peserta dibenarkan berehat di khemah masing-masing. Seperti malam yang pertama di Pantai Pasir Lanun, rondaan malam telah dibuat oleh peserta-peserta yang telah ditetapkan pada pukul 1.00 tengah malam hingga 5.00 tengah malam. Pada malam tersebut, keadaan kawasan perkhemahan KRS terkawal. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan rondaan juga berjalan dengan lancar.

Hari Ketiga (1 April 2015)Masa5.30 pagi-11.30 mlam

Aktiviti yang dijalakanPada pukul 5.30 pagi, para peserta yang beragama Islam dikehendaki berkumpul bersama-sama di tanah lapang untuk solat subuh. Aktiviti solat ini dipantau oleh Tn Sajahan Bin Abd Majid. Pada masa yang sama juga peserta bukan Islam berkumpul untuk aktiviti sesi moral. Pada pukul 6.30 pagi, para peserta telah berkumpul di tanah lapang di tapak perkhemahan untuk istiadat perhimpunan pagi dan naik bendera. Selepas itu, baru para peserta menikmati sarapan pagi.Pada pukul 8.15 pagi, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti latihan kawad kaki konvo sekali lagi. Latihan ini masih lagi di bawah bimbingan Tn. Roslan Bin Hussain dan Tn. Sajahan Bin Abd Majid dan pensyarah-pensyarah gerko yang terlibat dalam perkhemahan kami kali ini. Aktiviti kali ini berterusan sehingga lewat tengahari. Pada sebelah petang, iaitu selepas makan tengah hari dan solat bagi peserta yang beragama Islam, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti ikhtiar hidup. Para peserta ahli KRS telah dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk menjalankan aktiviti memasak. Tema menu masakan adalah bebas. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menyediakan menu masakan mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti ini telah berjalan dengan lancar atas pantauan Encik Azhar Mansor dan Puan Salmiah Bt Said. Pada petang hari tersebut, iaitu antara pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam. Para peserta dibenarkan rehat. Terdapat sesetengah peserta telah membuat latihan persembahan lakonan dan nyayian untuk aktiviti yang akan dijalankan pada malam hari tersebut. Pada pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam merupakan Malam kebudayaan atau dikenali sebagai Malam Ikatan Bersaudara. Aktiviti ini dijalankan selepas solat isyak di dewan terbuka PULAKO IPGKSAH. Para peserta ahli KRS telah mempersembahakan lakonan dan nyayian mengikut kumpulan masing-masing. Selepas persembahan, para peserta KRS telah berehat di khemah masing-masing. Rondaan malam juga dijalankan pada malam tersebut pada pukul 1.00 tengah malam hingga 5.00 tengah malam oleh peserta-peserta yang bertugas. Pada malam tersebut, keadaan kawasan perkhemahan KRS terkawal. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan rondaan juga berjalan dengan lancar.

Hari Keempat (2 April 2015)Masa5.30 pagi-4.30 petang

Aktiviti yang dijalakanPada pukul 5.30 pagi, para peserta yang beragama Islam dikehendaki berkumpul bersama-sama di tanah lapang untuk solat subuh dan para peserta yang bukan beragama Islam pula berkumpul untuk aktiviti sesi moral. Pada pukul 6.30 pagi, para peserta telah berkumpul di tanah lapang di tapak perkhemahan untuk istiadat perhimpunan pagi dan naik bendera. Aktiviti diteruskan pada pukul 8.15 pagi dengan aktiviti latihan kawad kaki konvo sekali lagi. Beberapa peserta ahli KRS yang tidak terpilih mengikut latihan kawad konvo telah menjalankan aktiviti menanggalkan khemah yang telah dipasang dan juga mengemas serta membersihkan tapak perkhemahan supaya menjadi bersih dan kemas. Pada pukul 10.30 pagi, majlis penutupan rasmi telah dijalankan oleh Dr Hj Baharudin B. Hj Yaakob wakil Tuan Pengarah untuk merasmikan penutupan perkhemahan pada tahun ini. Bendera telah diturunkan dan pemulangan bendera telah dijalankan dengan lancar. Selepas itu, para peserta telah bertolak balik kediaman masing-masing pada pukul 1.00 petang.