laporan rumah sukan hijau

8
1.0 PENDAHULUAN 2.0 TEMA 3.0 OBJEKTIF 4.0 AJK PELAKSANA (CARTA ORGANISASI) 5.0 AKTIVITIAKTIVITI !.0 KUMPULAN SASARAN ".0 LAPORAN KEJOHANAN ROAD RUN #.0 LAPORAN KEJOHANAN SUKAN MINI $.0 LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 10.0 IMPAK 11.0 GAMBAR 12.0 PENUTUP

Upload: roziah

Post on 06-Oct-2015

276 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

1.0PENDAHULUAN

2.0TEMA

3.0OBJEKTIF

4.0AJK PELAKSANA (CARTA ORGANISASI)

5.0AKTIVITI-AKTIVITI

6.0KUMPULAN SASARAN

7.0LAPORAN KEJOHANAN ROAD RUN

8.0LAPORAN KEJOHANAN SUKAN MINI

9.0LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN

10.0IMPAK

11.0GAMBAR

12.0PENUTUP

1.0PENDAHULUAN

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan, malah pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.

Kegiatan sukan di peringkat sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan murid-murid secara menyeluruh. Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan corak pengurusan sukan dengan mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun yang bertemakan majulah sukan untuk semua. Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung serta mengatasi masalah sosial dalam kalangan murid.

2.0TEMA

Rumah Sukan Hijau Hijau Tetap Menyerlah

3.0OBJEKTIF

Dapat mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang sukan.

Melahirkan insan yang cerdas dan cergas dari segi mental dan fizikal.

Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

4.0AJK PELAKSANA

CARTA ORGANISASI RUMAH HIJAU 2013

PENASIHAT MOHAMAD ALWAN BIN GINEN

PENGERUSIZAITUN BT MOHD YUSOFF

KETUA MOHD KHIDIR BIN MOHD NOORDIN

PENOLONGTUAN ISMAIL BIN TUAN MATSETIAUSAHAWAN HASNIZA BT WAN ALI AJKAZMI BIN AHMADNORHAMIZAH BT NORAZIAZLINI BT AB AZIZSANIAH BT MOHD NORMOHD RAZIFF BIN MOHD ZUKINOR ASMAH BT RAHIMMANIMOLI A/P VEERASAMYNORAZREEN BT JAAFARYM RAJA MAZNI BT RAJA YUSUFNOR ALIZA BT MOHD ARIF

5.0AKTIVITI-AKTIVITI

a) Latihan Rumah Sukanb) Kejohanan Road Runc) Kejohanan Sukan Minid) Kejohanan Sukan Tahunan

6.0KUMPULAN SASARAN

Kejohanan-kejohanan ini dijalankan pada peringkat sekolah dengan penglibatan murid-murid tahap 1 dan tahap 2 Sekolah Kebangsaan Taman Melawati (2). Penglibatan ini juga melibatkan semua guru Sekolah Kebangsaan Taman Melawati (2) yang turut menjadi ahli jawatankuasa kejohanan.

7.0LAPORAN KEJOHANAN ROAD RUN

Seperti tahun-tahun sebelumnya, SK Taman Melawati (2) telah mengadakan Kejohanan Road Run pada hari Sabtu, 23 Februari 2013 yang bermula pada jam 8.00 pagi.

Tidak ketinggalan pasukan Rumah Hijau turut menyertai kejohanan ini. Latihan Rumah Hijau ditetapkan pada setiap hari Khamis pada pukul 4.30 hingga 6.00 petang yang diadakan di padang sekolah dan jalan raya. Latihan pertama pada 07 Februari 2013 dan latihan kedua pada 21 Februari 2013.

Rumah Hijau telah menduduki tempat kelima pada kejohanan Road Run kali ini. Majoriti murid Rumah Hijau mengambil bahagian dan menyumbangkan mata untuk Rumah Hijau.

Kejohanan Road Run ini dapat memberikan peluang kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Taman Melawati (2) untuk merasai sendiri pengalaman menyertainya.

Selain itu, kejohanan ini juga dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara sukan.

8.0LAPORAN KEJOHANAN SUKANEKA & SUKAN MINI

Pada 19 April 2013 Temasya Kejohanan Sukan Mini Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2 telah berlangsung dengan jayanya di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.15 tengah hari diiringi dengan tepukan dan sorakan. Kejohanan ini terbuka kepada murid-murid Pendidkan Khas, Pra Sekolah dan tahap satu, iaitu tahun 1, tahun 2 dan tahun 3. Dalam kejohanan ini Rumah Hijau tidak ketinggalan dalam menyertai semua acara yang dipertandingkan.

9.0LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN

Pada 30 Jun 2013 Temasya Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2 telah berlangsung dengan jayanya di Stadium Mini Sekolah Kebangsaan Taman Melati, bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari diiringi dengan tepukan dan sorakan.

Temasya sukan dimulakan dengan perbarisan rumah-rumah sukan iaitu Rumah Merah, Rumah Kuning, Rumah Hijau, Rumah Ungu dan Rumah Biru, diikuti dengan perasmian oleh Encik Hatta bin Adam, YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2. Selepas upacara menaikkan bendera kejohanan dan ikrar kejohanan oleh wakil pelajar, acara kejohanan bermula. Pelbagai acara kejohanan, seperti larian 100m dan 4X100m bagi kategori lelaki dan perempuan tahun 4, 5 dan 6, telah diadakan.

Latihan rumah Hijau telah ditetapkan pada setiap hari Khamis pada pukul 4.30 6.30 petang yang diadakan di padang sekolah. Latihan pertama pada 23 Mei 2013 yang diadakan di padang sekolah. Pemilihan dibuat bagi kategori sukantara, acara olahraga seperti lompat jauh, lontar peluru, 100 meter, 200 meter, 4x100 meter dan 4x200 meter. Sukan Tara telah diadakan pada 18, 19 dan 20 Jun 2013 di padang sekolah. Acara saringan diadakan 24, 25 dan 26 Jun 2013 juga diadakan di padang sekolah.

Bagi acara padang dan 80m berpagar peringkat saringan dan akhir diadakan pada 24, 25 dan 26 Jun 2013. Pada 27 Jun 2013 bagi acara 100m dan 200m saringan dan separuh akhir diadakan di Stadium Mini SK Taman Melati. Acara raptai penuh diadakan pada 28 Jun 2013.

9.1Keputusan Kejohanan

Pada kejohanan sukan tahunan kali ini pasukan Rumah Hijau telah mengutip 8 pingat emas, 3 pingat perak dan 10 pingat gangsa dengan jumlah kutipan pingat 21. Rumah Hijau juga telah menduduki tempat kelima dalam kejohanan sukan tahunan pada kali ini.

BILRUMAHEMASPERAKGANGSAJUMLAHKDD

1BIRU151115411

2UNGU91010292

3KUNING8148303

4MERAH8105234

5HIJAU8310215

9.2Senarai Pemenang

Sila Rujuk Lampiran

10.0IMPAK

Murid-murid dan guru-guru berjaya memberi kerjasama memupuk semangat kesukanan yang tinggi dan memberikan sepenuh komitmen sepanjang latihan dan kejohanan ini berlangsung.

11.0GAMBAR SEKITAR KEJOHANAN~ Sila Rujuk LampiranGambar Road RunGambar Kejohanan Sukan Mini dan SukanekaGambar Kejohanan Sukan Tahunan

11.0PENUTUP

Kejohanan-kejohanan sukan yang telah diadakan ini dapat memberikan peluang kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2 merasai sendiri pengalaman menyertai kejohonan road run, kejohanan sukan mini dan kejohanan sukan tahunan. Selain itu, kejohanan-kejohanan ini juga dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara sukan.

Disediakan oleh,

______________________________( WAN HASNIZA BT WAN ALI)Setiausaha Rumah HijauSK Taman Melawati 2

Disemak oleh,

___________________________(SITI AZMAH BT KULILAN @ JAMIAN)PK KokurikulumSK Taman Melawati 2

Disahkan oleh,

_______________________________(MOHAMAD ALWAN BIN GINEN)Guru BesarSK Taman Melawati 2