laporan projek akhir elektronik: kertas...

Download LAPORAN PROJEK AKHIR ELEKTRONIK: KERTAS …kejuteraanelektronik.blogspot.com/2016/05/kertas-kerja-projek...PENERANGAN GAMBARAJAH BLOK BAHAGIAN MASUKAN: Rajah 1 menunjukkan cara operasi

If you can't read please download the document

Upload: nguyendang

Post on 12-Feb-2018

270 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PROJEK AKHIR ELEKTRONIK: KERTAS KERJA PROJEK AKHIR SOLAR COOLING CAR SYSTEM

LAPORAN PROJEK AKHIR ELEKTRONIK

Khamis, 12 Mei 2016

KERTAS KERJA PROJEK AKHIR SOLAR COOLING CAR SYSTEM

PENGENALANPROJEK

Dewasa ini, ramai pengguna menghadapimasalah dengan kenderaan dalam keadaan suhu yang tinggi apabila meninggalkan kenderaanmereka di tempat yang panas. Sistem peyejukan kenderaan yang berfungsi seperti mana radiator di dalam enjin kenderaan,bolehdigunakan sebagai alternatif bagi menangani masalah ini

Solar Cooling CarSystem merupakan projek yang menggunakan tenagasolar dalam sistem penyejukan kenderaan. Ia dihasilkan berdasarkanmasalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna kenderaan seperti ketidakselesaanpengguna berada dalam kenderaan yang panas ketika di parkir, pengguna terpaksamenunggu kenderaan sehingga sejuk sebelum memulakan perjalanan setelahmeletakkan kenderaan di tempat yang panas dan masalah benzene yang boleh menyebabkan kanser apabila haba panas bebas diudara. Dengan wujudnya projek ini, ia mampu memberikan keselesaan serta dapatmenyelesaikan masalah akibat suhu panas dalam kenderaan yang boleh menyebabkanwujudnya masalah bahaya benzene.Dengan menyejukkan kenderaan ketika kenderaan diletakkan di tempat yang panas,sistem ini dapat menjimatkan masa pengguna daripada menunggu kenderaan mereka untuksejuk.

Solar Cooling Cars System adalah satuprojek yang dapat menyejukkan kenderaan apabila ia mengesan haba panas didalamnya ketika enjin kenderaan dimatikan. Apabila haba panas dikesan, blower akan hidup dengan meniupkan anginke tiub kuprum sekali gus ke heat sink di mana kedua-duanya berfungsisebagai penyejuk. Sistem ini akan berfungsi mengikut tempoh masa yang telahditetapkan oleh pemasa. Setelah kenderaan kembali sejuk, blower akan berhenti secara automatik dan keadaan akan berulangkembali apabila sistem mengesan haba panas semula.

Projek ini menggabungkan beberapakombinasi kendalian litar antaranya ialah litar solar, litar heat detector, litar temperaturedisplay, litar pemasa dan litar motorwiper untuk tiub kuprum.

MASALAHYANG DIHADAPI OLEH PENGGUNA KENDERAAN

1.Suhu kenderaan yang panas boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepadakesihatan. Sebagai contoh, tindakan pengguna membuka penghawa dingin sebaiksahaja masuk ke kenderaan yang bersuhu tinggi adalah sangat merbahaya. Inikerana, dashboard kenderaan yang diperbuatdaripada plastik dan sofa daripada fabrik sintetik boleh menghasilkan benzene. Benzene ini terhasil akibat daripada tindak balas habayang disebabkan oleh suhu kenderaan yang tinggi. Benzene adalah sejenis bahan kimia bersifat karsinogenik dan amattoksik di mana ia boleh menyebabkan terjadinya kanser.

2.Ketidakselesaan beradadalam kenderaan yang panas apabila enjin dimatikan terutamanya ketikadiletakkan di kawasan yang panas.

3.Pengguna terpaksa menunggu kenderaan merekasehingga sejuk sebelum memulakan perjalanan setelah meletakkan dan mendedahkankenderaan mereka di bawah cuaca yang panas.

OBJEKTIF PROJEK

1 Menurunkan suhu panas dalam kenderaan.

Menjimatkan masa pengguna daripadamenunggu kenderaan mereka sejuk.

3 Mengaplikasikan tenaga solar bagimenjimatkan kos penggunaan tenaga elektrik yang terhasil daripada baterikenderaan.

KEBAIKAN DANKEBURUKAN :

Kebaikan Solar Cooling Car System:

I.Kenderaan boleh diletakkan di mana-manasahaja tanpa mengira waktu,tempa

dan masa.

II.Menjimatkan masa pengguna untukmenunggu kenderaan mereka sejuk.

III.Dapat mengurangkan kesan akibat bahaya benzene.

Keburukan Solar Cooling Car System:

I.Kos pembinaan sistem adalah tinggi

II.Memerlukan ruang binaan yang besar danmenyebabkan bumbung kenderaan menjadi

lebih tebal

GAMBARAJAHBLOK

PENERANGAN GAMBARAJAHBLOK

BAHAGIANMASUKAN:

Rajah 1menunjukkan cara operasi Solar CoolingCar System. Projek ini menggunakan tenaga solar di mana cahaya akan diserapoleh panel solar yang mengandungi plat kaca yang dicampur dengan silicon.Kemudian heat detector akan mengesansuhu panas semasa. Heat detector ini berfungsisebagai suis untuk menghantar semua isyaratdaripada masukan kepada bahagian proses.

BAHAGIANPROSES:

Heat detector yang berfungsisebagai suis menghidupkan litar temperaturedisplay menggunakan PIC 16F819, litar pemasa 1 dan litar pemasa 2. Litar-litarini akan menerima semuaisyarat masukan dan seterusnya melaksanakan arahan untuk menjalankan bahagiankeluaran.

BAHAGIAN KELUARAN:

Keluaran bagi litar temperaturedisplay yang menggunakan PIC 16F819 adalah paparan bacaan suhu semasa (current temperature) sama ada ketika sistemitu hidup (ON) atau tidak (OFF). Keluaran litar IC pemasa 1 pulaadalah blower yang dihidupkan dan beroperasiselama tempoh masa yang telah ditentukan di litar pemasa tersebut. Akhirsekali, litar IC pemasa 2 akanmengaktifkan sistem motor wiper untukmenyalurkan air ke dalam tiub kuprum sebagai penyejuk di bahagian bumbung.

Apabila keadaan didalam kenderaan kembali normal dan tidak berada dalam suhu yang panas, sistemini akan berhenti beroperasi dengan sendirinya tetapi sistem masih kekal hidup(ON).

CARTAALIR

LAKARAN PROJEK

PANDANGAN HADAPAN

PANDANGAN SISI

PANDANGAN TEPI

PANDANGAN ATAS

LAKARAN 2D DAN 3D

LITAR YANG DIGUNAKAN

LITAR BEKALAN KUASA 12DCV

LITAR IC PEMASA

LITAR HEAT DETECTOR

LITAR TEMPERATURE DISPLAY USING PIC 16F819

SENARAI KOMPONEN DAN ANGGARAN KOS PROJEK

SENARAI HARDWAREDAN SOFTWARE YANG DIGUNAKAN

HARDWARE:

Casing.Roller.Electronic Circuit. Lettering.Mesin drill.Larutan ferric chloride.Alatan tangan ( long noise, cutter, tweezer, plier ). Soldering iron.Solder lead . Sucker . Wire strip Gergaji . PCB ( Printed Circuit Board ) SOFTWARE:

Microsoft Word Microsof Project PIC Multisim AutoCAD

KESIMPULAN

Kesimpulannya, projek ini dapatmengurangkan suhu panas di dalam kenderaan berbanding pada suhu kenderaan biasadisamping dapat mengurangkan kesan bahaya benzenekepada pengguna kenderaan. Selain itu, ia dapat juga mengurangkan masa penggunamenunggu kenderaan mereka untuk sejuk. Projek ini juga adalah bersifat hijauiaitu menjimatkan kos penggunaan elektrik daripada bateri kereta dengan adanyapenggunaan solar.

Dengan adanya Solar Cooling Car System ini, pengguna boleh meletakkan kenderaanmereka di kawasan terbuka ketika cuaca panas tanpa perlu risau suhu keretamenjadi tinggi. Sistem ini juga direka agar pratikal untuk digunakan. Secara kesimpulannya,projek Solar Cooling Car System iniadalah satu projek yang mudah dan amat berguna serta dapat memberi kemudahan jugakeselesaan kepada pengguna.

#jika yang ingin report lengkap boleh terus email pada saya#

[email protected]

Dicatat oleh

Wan Zack

di10:08 PG

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

5 ulasan:

ahmadfarhan6 Disember 2016 3:59 PG

Assalamualaikum, boleh saya dapatkan cooding lengkap projek ini? email saya di [email protected]

BalasPadam

Danieal Helmy15 Disember 2016 9:17 PTG

assalamualaikum. nak mntk report lengkap projek ni ?

BalasPadam

Bieyla Hamat25 Disember 2016 8:30 PG

Assalamualaikum, boleh saya dapatkan report & cooding lengkap projek ini? email saya [email protected]

BalasPadam

Bieyla Hamat25 Disember 2016 8:30 PG

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

BalasPadam

ahmadfarhan24 Februari 2017 11:12 PTG

Assalamualaikum, saya ada litar lengkap dan cooding lengkap untuk projek ini. Jika berminat boleh email saya [email protected] atau whatsapp saya di 0127082039

BalasPadam

Tambah ulasan

Muatkan lagi...

Catatan Terbaru

Laman utama

Langgan:Catat Ulasan (Atom)

Mengenai Saya

Wan Zack

Lihat profil lengkap saya

Arkib Blog

2016

(2)

Mei

(2)REPORT PROJEK AKHIR AUTOMATIC COOLING ROOFKERTAS KERJA PROJEK AKHIR SOLAR COOLING CAR SYSTE...

Tema Tetingkap Gambar. Dikuasakan oleh Blogger.

- See more at: http://www.dedauncomel.com/2015/08/cara-letak-dan-buat-welcome-pop-up.html#sthash.QrnKWpET.dpuf