laporan program hari waris

4
LAPORAN PROGRAM HARI BERSAMA WARIS SMKGS 2012 LAPORAN PROGRAM HARI BERSAMA WARIS SEK MEN.GUNONG SEMANGGOL TAHUN 2012 TARIKH: 13/0/2012 MASA: 10.00 PAGI-12.15 TGH HARI:JUMAAT 1.0 PENDAHULUAN Program bertemu ibu bapa merupakan program tahunan yang diadakan bagi meningkatkan hubungan di antara pihak sekolah dan ibu bapa. Program yang dijalankan ini juga memberikan sedikit sebanyak gambaran tentang perkembangan anak-anak mereka dalam bidang akademik. Program seperti ini diharapkan dapat memberikan kesan yang positif terhadap pembangunan modal insan kelas pertama selaras dengan falsafah pendidikan negara. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ibu bapa dan guru 3.2 Mewujudkan perbincangan dua hala dan proaktif di antara pelajar dan guru serta ibu bapa dalam bidang kurikulum ,sahsiah dan kokurikulum 3.3 Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang perkembangan akademik,sahsiah dan ko kurikulum anak-anak mereka di sekolah. 4.0 PENDEKATAN/PROSES KERJA 4.1 Perbincangan dengan Pengetua serta guru-guru bagi menentukan tarikh program,ahli jawatankuasa dan pengisiannya. 4.2 Membuat brosur untuk diberikan kepada guru dan Ibu bapa 4.3 Aktiviti dijalankan. 4.4 Laporan program

Upload: siti-nurulhida-abdul-rahman

Post on 28-Dec-2015

386 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program Hari Waris

LAPORAN PROGRAM HARI BERSAMA WARIS SMKGS 2012

LAPORAN PROGRAM HARI BERSAMA WARIS SEK MEN.GUNONG SEMANGGOL TAHUN 2012

TARIKH: 13/0/2012

MASA: 10.00 PAGI-12.15 TGH

HARI:JUMAAT

1.0PENDAHULUAN

Program bertemu ibu bapa merupakan program tahunan yang diadakan bagi meningkatkan hubungan di antara pihak sekolah dan ibu bapa. Program yang dijalankan ini juga memberikan sedikit sebanyak gambaran tentang perkembangan anak-anak mereka dalam bidang akademik. Program seperti ini diharapkan dapat memberikan kesan yang positif terhadap pembangunan modal insan kelas pertama selaras dengan falsafah pendidikan negara. 3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ibu bapa dan guru 3.2 Mewujudkan perbincangan dua hala dan proaktif di antara pelajar dan guru serta ibu bapa dalam bidang kurikulum ,sahsiah dan kokurikulum

 3.3 Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang perkembangan akademik,sahsiah dan ko kurikulum anak-anak mereka di sekolah. 4.0 PENDEKATAN/PROSES KERJA

4.1 Perbincangan dengan Pengetua serta guru-guru bagi menentukan tarikh program,ahli jawatankuasa dan pengisiannya.

4.2 Membuat brosur untuk diberikan kepada guru dan Ibu bapa4.3 Aktiviti dijalankan.4.4 Laporan program

5.0 KEKUATAN

5.1 Program ini dijalankan bagi membolehkan ibu bapa datang ke sekolah mengambil keputusan peperiksaan anak-anak mereka sendiri.

5.2 Guru-guru SMKGS sangat berdedikasi dalam menjalankan tugas masing-masing

5.3 Sekolah ini juga hanya mempunyai satu sesi, dan ini memudahkan bagi ibu bapa datang untuk mengambil keputusan anak mereka dan dapat menjalankan perbincangan dua hala bersama dengan guru kelas mengenai prestasi anak-anak mereka di sekolah.

Page 2: Laporan Program Hari Waris

LAPORAN PROGRAM HARI BERSAMA WARIS SMKGS 2012

5.4 Ibu bapa yang dating telah diberi tunjuk arah oleh Pengawas sekolah dan juga Majlis Ketua Tingkatan bagi memudahkan ibu bapa mencari lokasi kelas anak mereka.

5.5 Melalui program ini ibu bapa dapat berkomunikasi secara terus dengan guru bagi mengetahui perkembangan akademik serta aktviti yang dijalankan oleh pihak sekolah

5.6 Disamping itu, guru juga dapat berjumpa dengan ibu bapa pelajar tersebut bagi membolehkan guru memberitahu potensi serta bakat dan keupayaan pelajar tersebut dengan bantuan ibu bapa semasa pelajar berada di rumah.

5.7 Hal ini juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim di antara ibu dan guru. Keadaan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

5.8 Selain itu,beberapa orang ibu bapa yang menghadiri hari waris juga telah berjumpa dengan kaunselor bagi membolehkan ibu bapa menjalankan perbincangan lanjut mengenai permasalahan terhadap anak mereka.

6.0 MASALAH DAN KEKURANGAN

6.1 Semasa program ini dilaksanakan tiada masalah yang timbul kerana semua guru memahami fungsi dan tanggungjawab masing-masing.

6.2 Peratus kehadiran ibu bapa pada hari itu adalah hanya 43.8% daripada jumlah keseluruhan tingkatan 2 hingga tingkatan 5.

6.3 Hal ini menunjukan bahawa tidak sampai 50% kehadiran ibu bapa semasa program ini dilaksanakan.

7.0 CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN

7.1 Sambutan daripada Ibu Bapa agak kurang memuaskan.7.2 Namu begitu pihak jawatan kuasa akan memastikan bahawa pada tahun

hadapan sambutan adalah lebih meriah bagi membolehkan ibu bapa mengetahui perkembangan anak mereka.

8.0 KESIMPULAN DAN PENUTUPKesimpulannya, program bertemu bersama waris adalah satu program yang

memberi kesan yang positif kepada pihak sekolah dan juga ibu bapa serta pelajar. Melalui program ini,pihak sekolah dapat berhubung secara langsung dengan ibu bapa mengenai perkembangan anak-anak mereka.Disamping itu, dapat memotivasikan pelajar kerana mereka memahami bahawa diri mereka sentiasa diberi perhatian oleh pihak sekolah dan juga ibu bapa. Hal ini mendorong pelajar tersebut untuk berusaha menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh

_______________ _________________ ___________________SITI NURULHIDA ABD RAHMAN EN.AB RAOF BIN RAMLI HAJAH RASHIDAH ABD MANANGuru Bimbingan dan Kaunseling PEN.KANAN HEM PENGETUA SMK G.SEMANGGOL

Page 3: Laporan Program Hari Waris

LAPORAN PROGRAM HARI BERSAMA WARIS SMKGS 2012

LAMPIRAN

1.0 SENARAI PESERTA2.0 SURAT-SURAT3.0 JADUAL SEBENAR4.0 BAHAN BERKAITAN5.0 GAMBAR6.0 SAMPEL BORANG PENILAIAN MURID