laporan program bi 2015

3
PROGRAM ‘VOCABULARY ENRICHMENT’ Program ini telah mula dilancarkan pada awal tahun persekolahan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Inggeris. Program ini melibatkan semua kelas di SMK Tasek Permai. Ahli persatuan Bahasa Inggeris menyediakan tapak / slot bagi meletakkan info yang berkaitan semasa sesi perjumpaan Bahasa Inggeris. Setiap tapak yang telah disiapkan, diletakkan di papan kenyataan di setiap kelas. Antara info yang di masukkan ke dalam tapak adalah berkaitan dengan penggunaan tatabahasa dalam bahasa inggeris. Info yang diberikan amat berguna kepada semua pelajar dalam membina ayat dan membuat karangan dalam bahasa inggeris. Info ini akan ditukar sebulan sekali bagi memastikan semua pelajar mempelajari pelbagai tatabahasa yang menarik bagi menambahkan kemahiran mereka dalam penggunaan tatabahasa dalam bahasa inggeris.

Upload: tasya-izazi

Post on 16-Feb-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program BI 2015

PROGRAM ‘VOCABULARY ENRICHMENT’

Program ini telah mula dilancarkan pada awal tahun persekolahan. Program ini dilaksanakan

dengan kerjasama Persatuan Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Inggeris. Program ini

melibatkan semua kelas di SMK Tasek Permai.

Ahli persatuan Bahasa Inggeris menyediakan tapak / slot bagi meletakkan info yang

berkaitan semasa sesi perjumpaan Bahasa Inggeris. Setiap tapak yang telah disiapkan, diletakkan

di papan kenyataan di setiap kelas.

Antara info yang di masukkan ke dalam tapak adalah berkaitan dengan penggunaan

tatabahasa dalam bahasa inggeris. Info yang diberikan amat berguna kepada semua pelajar dalam

membina ayat dan membuat karangan dalam bahasa inggeris.

Info ini akan ditukar sebulan sekali bagi memastikan semua pelajar mempelajari pelbagai

tatabahasa yang menarik bagi menambahkan kemahiran mereka dalam penggunaan tatabahasa

dalam bahasa inggeris.

Page 2: Laporan Program BI 2015

PROGRAM ‘DROP EVERYTHING AND READ (DEAR)’

Program ini menggalakkan para pelajar untuk duduk dan membaca. Ia bukan sahaja memberikan

pengalaman membaca kepada para pelajar, tetapi memberi peluang kepada para guru untuk

mengatur masa, memantau perkembangan dan mencapai target dalam pembacaan para pelajar.

Apa yang lebih penting, program ini dapat memberi masa kepada pelajar untuk membaca apa

yang mereka mahu, berkongsi apa yang mereka baca dan mendapat dorongan untuk meneruskan

pembacaan mereka.

Program ini selalunya dilakukan sebelum sesi persekolahan dimulakan. Semua pelajar

dikumpulkan di dewan atau di tapak perhimpunan. Pelajar diberikan satu artikel oleh guru.

Pelajar diberikan masa selama 5 hingga 10 minit untuk membaca secara individu. Kemudian,

seorang wakil akan tampil ke hadapan untuk membaca bersama pelajar – pelajar lain. Sesi soal

jawab diadakan bagi menguji tahap kefahaman pelajar terhadap artikel yang diberikan.

Page 3: Laporan Program BI 2015

TUESDAY IS AN ENGLISH DAY

Setiap hari Selasa merupakan hari Bahasa Inggeris. Semua pertuturan dan penulisan digalakkan

dalam bahasa inggeris samada di perhimpunan harian, pengumuman atau pengajaran dan

pembelajaran.

Objektif program ini adalah bagi meningkatkan kemahiran guru dan pelajar dalam

penggunaan bahasa inggeris samada dalam pertuturan atau penulisan. Program ini telah

dilaksanakan sejak awal tahun persekolahan.

Pada mulanya, program ini kurang mendapat sambutan kerana kurang mahir bertutur

dalam bahasa inggeris. Tetapi atas pelaksanaan program yang berterusan, program ini berjaya

dilaksanakan dan disambut baik oleh semua guru dan pelajar.

Diharapkan program ini dapat diteruskan di tahun hadapan kerana program ini dapat

meningkatkan kemahiran guru dan pelajar dalam penggunaan bahasa inggeris.