laporan perkhemahan pandu puteri kadet

8
LAPORAN PERKHEMAHAN PANDU PUTERI KADET NAMA : NORATIQAH BINTI AYOB NO K/P : 900514-04-5032 NO MATRIK : S11M-1001-0078 KUMP./UNIT : PISMP SEMESTER 4 (MT/PJ/BI 1) PATROL : TERATAI

Upload: chilline-qah

Post on 02-Jun-2015

3.357 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan perkhemahan pandu puteri kadet

LAPORAN

PERKHEMAHAN PANDU

PUTERI KADET

NAMA : NORATIQAH BINTI AYOB

NO K/P : 900514-04-5032

NO MATRIK : S11M-1001-0078

KUMP./UNIT : PISMP SEMESTER 4 (MT/PJ/BI 1)

PATROL : TERATAI

Page 2: Laporan perkhemahan pandu puteri kadet

LAPORAN PERKHEMAHAN PANDU PUTERI KADET

Pada 25 Julai 2011 hingga 28 Julai 2011, ahli-ahli PPK telah terlibat dengan

perkhemahan di Taman Etno Botani, Gua Musang, Kelantan. Perkhemahan ini turut

melibatkan unit-unit bberuniform yang lain seperti Kadet Remaja Sekolah, Persatuan

Bulan Sabit Merah, Persatuan Puteri Islam dan Pengakap. Perkhemahan ini adalah

diwajibkan bagi setiap guru pelatih Semester 4 bagi memenuhi keperluan sukatan unit

uniform masing-masing.

Pada hari pertama iaitu, 25 Julai 2011 bersamaan hari Isnin, ahli-ahli PPK telah

berkumpul di hadapan Masjid As-Solihin IPG Kampus Kota Bharu. Semua ahli PPk

berjaya menghadirkan diri dengan awal dan selepas itu kami bekerjasama memunggah

barang-barang yang ingin dibawa untuk perkehemahan tersebut ke dalam bas. Tepat

pada pukul 7.30 pagi kami pun bertolak ke tempat perkhemahan. Lebih kurang pukul

10.00 pagi kami tiba di Taman Etno Botani, Gua Musang. Sejurus selepas itu, kami

memunggah barang-barang yang kami bawa ke tapak perkhemahan. Setiap patrol

dikehendaki mendirikan khemah masing-masing tidak lupa juga perlu mendirikan gajet

yang bersesuaian berdekatan khemah. Antara yang kelihatan ialah rak kasut dan

ampaian. Selain itu, setiap patrol juga dikehendaki membina gajet atau menyediakan

kawasan-kawasan tertentu seperti lubang membuang sampah, ampaian, rak pinggan

mangkuk dan lain-lain. Ada beberapa orang ahli dalam setiap patrol dikecualikan untuk

menjalankan tugas memasak. Pada sebelah malamnya, kami bersama-sama

berkumpul di dewan terbuka dan mendengar sedikit taklimat daripada pensyarah

Page 3: Laporan perkhemahan pandu puteri kadet

bertugas berkaitan perjalanan perkhemahan ini. Selepas itu, berlangsungnya majlis

perasmian perkhemahan ini. Kami berasa sangat gembira dan tidak sabar untuk

meneruskan aktiviti-aktiviti yang selanjutnya pada keesokan harinya.

Pada hari kedua, 26 Julai 2011 semua ahli PPK bangun seawal 5.30 pagi untuk

membuat persiapan diri. Bagi beberapa orang ahli PPK yang ditugaskan untuk

menyediakan sarapan pagi, mereka telah bersiap lebih awal. Lebih kurang pada pukul

6.30 pagi kami telah diarahkan untuk berkumpul di dataran bersama-sama dengan unit-

uniform yang lain. Kami menjalankan aktiviti kawad yang dikelolakan oleh KRS.

Selepas sejam, kami pun diberi rehat untuk sarapan dan mengemas khemah.

Pemeriksaan pagi dijalankan oleh pensyarah pembimbing PPK untuk memastikan

khemah dalam keadaan bersih dan teratur. Seterusnya tepat jam 9.00 pagi, kami

dikehendaki berkumpul sekali lagi dan kali ini kami akan menjalankan aktiviti kembara

dalam hutan. Setiap unit-uniform dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan

dikehendaki bercampur dengan ahli-ahli unit-uniform yang berlainan. Hal ini bertujuan

untuk mengukuhkan hubungan sesama guru pelatih walaupu berlainan unit-uniform.

Sepanjang aktiviti kembara, kami dibekalkan dengan sebiji telur, secawan tepung dan

secawan beras. Sewaktu penghujung aktiviti kembara, kami dikehendaki memasak

bahan-bahan tersebut denga menggunakan kaedah-kaedah yang telah dipelajari. Pada

waktu ini, setiap kumpulan berusaha sedaya upaya memasak bahan-bahan tersebut

dengan pelbagai cara dan kaedah masing-masing. Sepanjang aktiviti kembara, kami

beroleh banyak ilmu baru. Antaranya, kepentingan menghargai alam sekitar, semangat

saling membantu dan bekerjasama dan bersatu-padu dalam menjalankan aktiviti.

Page 4: Laporan perkhemahan pandu puteri kadet

Pada hari yang ketiga, 27 Julai kami menjalankan aktiviti memasak

menggunakan solar cooking. Setiap patrol perlu menyediakan menu masing-masing

dan mengikut kaedah yang telah dipelajari dalam penyediaan solar cooking. Kami

hanya perlu memastikan dapur solar cooking sentiasa menghadap matahari untuk

memastikan bahan yang disediakan masak sempurna. Kami meninggalkannya dan

akan kembali melihat hasilnya selepas beberapa jam nanti. Walaubagaimanapun

seorang ahli daripada setiap patrol ditugaskan untuk memastikan dapur solar cooking

tersebut sentiasa menghadap matahari. Pada sebelah petang kami menjalakan aktiviti

permaian luas. Setiap patrol diberikan arahan yang tertentu dan perlu menyelesaikan

setiap tugasan yang diberikan. Kami berpecah mengikut panduan arah yang diberikan

dan bergerak mengikut patrol masing-masing. Kami bertungkus-lumus mencari peta

kawasan Taman Etno Botani tersebut dan bergerak ke tempat yang dinyatakan. Kami

berusaha menyelesaikan semua tugasan dengan cepat dan perlu kembali ke tempat

permulaan permainan. Akhirnya, semua patrol berjaya melaksanakan permainan luas

sebaiknya dan berkumpul bersama pensyarah pembimbing. Sebaik berakhirnya aktiviti

permainan luas, setiap patrol melihat hasil masakan dari dapur solar cooking yang

ditinggalkan beberapa jam yang lepas. Terdapat beberapa patrol yang berjaya

memdapat hasil yang baik dan yang selainnya kurang menjadi mungkin akibat tersilap

memasukkan bahan atau kurang mendapat kepanasan yang secukupnya dari cahaya

matahari. Walaubagaimana pun kami berpuas hati kerana dapat mencuba sesuatu

aktiviti yang baru. Hasil masakan dan kuih yang berjaya dihasilkan dikongsi secara

bersama-sama. Pada sebelah malam, kami menjalankan malam kebudayaan

Page 5: Laporan perkhemahan pandu puteri kadet

bersama-sama ahli unit-uniform yang lain. Pelbagai persembahan menarik yang

dipersembahkan oleh setiap unit-uniform. Wakil PPK mempersembahkan drama

pendek dan seterusnya tarian zapin. Kami berasa sangat gembira kerana

persembahan kami mampu menarik perhatian semua ahli dari unit-uniform lain dan juga

pensyarah-pensyarah yang turut hadir pada malam tersebut. Malam kebudayaan

berakhir pada sekitar jam 11 malam.

Pada hari terakhir iaitu 28 Julai 2011, seperti biasa semua ahli PPK bangun awal

dan bersiap. Kira-kira pada pukul 6.30 pagi kami telah siap berpakaian lengkap Pandu

Puteri dan berkumpul di dataran. Kami mendengar sedikit taklimat daripada pensyarah

pembimbing perkhemahan dan seterusnya diberi masa untuk sarapan dan menjalankan

aktiviti mengikut unit-uniform masing-masing. Selepas bersarapan, semua ahli PPK

berkumpul di dewan dan menjalankan aktiviti my manito. Aktiviti tersebut sebenarnya

telah dijalankan seawal hari pertama perkhemahan ini berlangsung. Setiap ahli PPK

akan mempunyai seorang manito iaitu orang yang disukai, dan pada masa yang sama

akan ada seorang secret admire. Jadi sepanjang perkhemahan, ahli-ahli PPK akan

saling mengutus surat kepada manitonya dan akan menerima surat daripada secret

admire nya. Pada sesi akhir akitiviti ini, kami semua ahli PPK menyanyikan lagu my

manito dan saling bertukar-tukar hadiah dengan manito masing-masing dan tidak lupa

juga secret admire masing-masing. Akhirnya tibalah masa yang ditunggu-tungu, semua

ahli unit-uniform berkumpul di dewan untuk majlis penutupan. Setiap wakil unit-uniform

menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh Tuan Pengarah IPGKKB. Setelah

tamat majlis penutupan tersebut, kami berkumpul ke kawasan khemah masing-masing

Page 6: Laporan perkhemahan pandu puteri kadet

dan berkemas-kemas untuk pulang ke IPGKKB. Kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari

semua ahli PPK siap memunggah barang ke dalam bas dan bertolak balik ke IPG.

Keseluruhannya, kami berpuas hati dengan segala aktiviti yang dijalankan sepanjang

aktiviti perkhemahan ini diadakan. Semoga dapat membentuk jati diri dalam diri setiap

guru pelatih dan menambah ilmu serta pengetahuan dalam diri masing-masing.

Disediakan oleh: 30 Julai 2011.

_____________________

(NORATIQAH BINTI AYOB)

Ahli Pandu Puteri Kadet,

IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan.