laporan pengakap2 013

7
SJK ( T ) VIVEKANANDA, PJ. LAPORAN TAHUNAN PENGAKAP 2013

Upload: vimalde

Post on 12-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PERGERAKAN TUNAS PUTERI 2010

SJK ( T ) VIVEKANANDA, PJ.

LAPORAN TAHUNAN PENGAKAP

2013

LAPORAN TAHUNAN 2013

Nama Badan Uniform :Pengakap.

Latar Belakang:Pengakap ditubuhkan di sekolah untuk melahirkan pelajar yang mematuhi arahan yang diberikan oleh pegawai dan menjadi pelajar yang berdisiplin dan berpengetahuan. Visi:Melahirkan ahli pengakap yang berdedikasi dan mampu menghadapi cabaran ke arah kecemerlangan.Misi:Membimbing dan mendisiplinkan pelajar dengan satu matlamat iaitu melahirkan ahli pengakap yang mampu menghadapi cabaran khususnya dalam aktiviti Pengakap Sekolah.Objektif:Melahirkan pelajar yang aktif dalam kokurikulum dan berdisiplin serta berhemah tinggi. Matlamat :1. Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani mereka;2. Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah;3. Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama;4. Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam bidang-bidang tertentu;5. Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras dengan hasrat Rukunegara;6. Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan7. Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

Nama Guru Penasihat :Sesi Pagi1. Cik Kavitha (PK)2. En.Yogeswaran3. Pn.K.Eswari4. Pn.Bebyrani5. Pn.Tamilarasi6. Pn.Krishnaveni7. Pn.S.Santhi

Sesi Petang1. Pn.S.Vimala Devi (K)2. Cik.Vijaya Gauri3. Pn.Uma Devi4. En.Vijayakumar5. Pn.Santhini6. Pn.Parimala

Ahli Jawatankuasa

Sesi Pagi

PENGERUSI:KUHAN (6V)NAIB PENGERUSI:SHALINI (6K)SETIAUSAHA:MANIMARAN(6M)NAIB SETIAUSAHA:L.THARANI (6K)BENDAHARI:N.PUNITHA (6K)AJK:YUGAN(5K)YUVAN (5M)MEERA (6N)AGALYA(6K)NIMAL KUMAR (5K)SURESH (5K)

Sesi Petang

PENGERUSI:SURIYAN GANESH (4V)NAIB PENGERUSI:ENOCH(4K)SETIAUSAHA:TUNESH(4V)NAIB SETIAUSAHA:SHARVINTHIRAN (3V)BENDAHARI:NEHLAVAZHAGY(3V)AJK:VARATHARAJAN (4A)KISHEN (4M)MASTER JACK(4N)JEEVAA (3R)LIVINES KUMAR (4R)MATHAN(4A)

Bilangan ahli : 93 orang murid

Aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun :

Pengakap telah mengadakan perjumpaan pertama pada 23 Januari 2013. Pada hari tersebut, pendaftaran bagi ahli-ahli baru dari Tahun 3 telah diadakan. Selain itu, ahli jawatankuasa baru yang terdiri daripada murid-murid Tahun 3 dan 4 juga dibentuk. Aktiviti tahunan turut dibincangkan pada perjumpaan pertama. Pada perjumpaan kedua pula, ahli-ahli telah diperkenalkan dengan cara-cara berkawad kaki. Aktiviti pada bulan April juga merujuk kepada sambungan latihan kawad kaki. Murid-murid berpeluang untuk mempelajari latihan asas kawad kaki.Perjumpaan seterusnya memberi peluang kepada murid untuk mempelajari sejarah, logo dan lencana Pengakap. Pada minggu seterusnya murid-murid mempelajari persetiaan Pengakap dan undang -undang Pengakap. Pada perjumpaan seterusnya, murid mempelajari sedikit maklumat tentang Kemahiran Tabik dan Hormat Pengakap, Isyarat Hormat Pengakap, Cogankata Pengakap Buat Habis Baik . Ahli Pengakap berpeluang untuk menyertai Perkhemahan yang diadakan di peringkat sekolah.Kem telah diadakan di luar.

Aktiviti yang tidak dapat dijalankan sepanjang tahun :

1. Menanam pokok bunga2. Kecekapan memanjat tali

Refleksi :Kekuatan - Kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli-ahli menjadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan dalam suasana yang seronok. Dengan itu, hubungan ahli-ahli dan guru penasihat menjadi lebih rapat dan mesra.Kelemahan - Sukar untuk mengenalpasti pelajar yang tidak hadir dan pelajar yang ponteng.Adakalanya pelajar dari badan beruniform lain turut serta dalam aktiviti pengakap.Pelajar tidak bawa buku log.Pelajar yang tidak tahu membaca menghadapi kesukaran untuk membaca cerita hutan.

Ulasan untuk penambahbaikan:Pemberitahuan pelajar yang ke pertandingan atau ke kelas tambahan pada hari tersebut perlu dipaparkan di papan kenyataan ko-kurikulum.Pelajar perlu tahu badan beruniform masing-masing.Buku log perlu dipantau sepanjang waktu.

Kesimpulan:Melalui aktiviti pegakap ini, pelajar dapat saling bekerjasama serta berinteraksi di antara satu sama lain.Mereka juga lebih memahami dan mendapat pengetahuan tentang Negara kita.Secara tidak langsung, semangat patriotik dapat diwujudkan.

Laporan disediakan Oleh,

. ( PN.S.VIMALA DEVI A/P SAMY ) Guru Penasihat Pengakap Sekolah 2013