laporan pemerhatian pilihan raya kecil dun n32 … 3. kempen pilihan raya pemerhati-pemerhati bersih...

17
Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil DUN N32 Seri Setia 3 Oktober 2018

Upload: dinhliem

Post on 02-Mar-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil DUN N32 … 3. KEMPEN PILIHAN RAYA Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah mencatat sebanyak 7 kes yang berkenaan dengan insiden salah laku atau

Laporan Pemerhatian

Pilihan Raya Kecil

DUN N32 Seri Setia

3 Oktober 2018

Page 2: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil DUN N32 … 3. KEMPEN PILIHAN RAYA Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah mencatat sebanyak 7 kes yang berkenaan dengan insiden salah laku atau

1

Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil

DUN N32 Seri Setia

1. LATAR BELAKANG

Pilihan Raya Kecil DUN N32 Seri Setia telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

berikutan kematian ahli DUN tersebut, Dr Shaharuddin Badaruddin. Tarikh hari penamaan

calon telah ditetapkan pada 18 Ogos 2018, hari mengundi awal pada 4 September 2018 dan

hari mengundi biasa pada 8 September 2018.

BERSIH 2.0 telah menghantarkan seramai 18 orang pemerhati untuk memantau perjalanan

PRK Seri Setia. Mereka terdiri daripada ahli jawatankuasa pemandu, sekretariat dan

sukarelawan BERSIH 2.0.

Skop pemerhatian PRK Seri Setia adalah seperti berikut:

1) Penamaan calon

2) Kempen pilihan raya

3) Pengeluaran kertas undi pos

4) Semakan isi peti undi awal

5) Pengundian awal

6) Semakan isi peti undi biasa

7) Pengundian biasa

8) Pengiraan undi berkelompok

9) Pengiraan undi biasa

10) Pembukaan sampul dan pengiraan undi pos

11) Penjumlahan rasmi undi dan pengisytiharan keputusan pilihan raya

Pemerhatian BERSIH 2.0 memberi fokus kepada masalah-masalah yang bertentangan

dengan prinsip-prinsip pilihanraya yang bersih dan adil dan kesalahan-kesalahan pilihan raya

yang berlaku sepanjang pilihan raya.

2. PENAMAAAN CALON

Lokasi penamaan calon adalah sesuai dan luas dan dapat memuatkan ramai penyokong dari

kedua-dua parti. Proses penamaan calon berlaku dengan begitu lancar. Namun kereta

Timbalan Perdana Menteri didapati dalam kawasan 50 meter pusat penamaan calon.

Page 3: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil DUN N32 … 3. KEMPEN PILIHAN RAYA Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah mencatat sebanyak 7 kes yang berkenaan dengan insiden salah laku atau

2

3. KEMPEN PILIHAN RAYA

Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah mencatat sebanyak 7 kes yang berkenaan dengan

insiden salah laku atau kesalahan pilihan raya sepanjang kempen pilihan raya.

Insiden/Kesalahan Pilihan Raya Bilangan laporan yang diterima

Penjamuan makanan dan pemberian hadiah

atau barangan 6

Lain-lain 1

Jumlah 7

3.1 Penjamuan makanan dan pemberian hadiah atau barangan

Penjamuan dalam kempen pilihan raya ialah satu kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta

Kesalahan Pilihan Raya 1954. Pengaruh tidak wajar seperti memberi hadiah atau barangan

percuma untuk mendapat undi juga merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 9 Akta

Kesalahan Pilihan Raya 1954. BERSIH 2.0 telah mencatat 6 kes yang melibatkan penjamuan

dan pemberian hadiah seperti berikut.

● Calon PAS Halimah Ali memberi hamper kepada penduduk sekitar Surau Darul Hidayah

ketika beliau menziarah dan berkempen di kawasan tersebut (23.8.2018)

Page 4: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil DUN N32 … 3. KEMPEN PILIHAN RAYA Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah mencatat sebanyak 7 kes yang berkenaan dengan insiden salah laku atau

3

● Calon PAS Halimah Ali memberi 'goodie bag' yang berlogo PAS kepada penduduk PPRT

Lembah Subang ketika beliau berkempen (23.8.2018)

● Terdapat aktiviti penjamuan makanan di kawasan ceramah umum PAS di Kg Lindungan,

PJS 6, Desa Mentari (01.09.2018)

Page 5: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil DUN N32 … 3. KEMPEN PILIHAN RAYA Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah mencatat sebanyak 7 kes yang berkenaan dengan insiden salah laku atau

4

● Sewaktu ceramah Pakatan Harapan dijalankan di Kg Lindungan, PJS 6, Desa Mentari

terdapat pemberian baju T-shirt berwarna putih secara percuma kepada penduduk yang

hadir, dan terdapat sedikit makanan dan air yang disediakan(04.09.2018)

● Sewaktu ceramah PAS berlangsung di sekitar Block 4, Desa Mentari, terdapat penjamuan

makanan seperti ayam dan ikan bakar (04.09.2018)

Page 6: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil DUN N32 … 3. KEMPEN PILIHAN RAYA Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah mencatat sebanyak 7 kes yang berkenaan dengan insiden salah laku atau

5

● Terdapat jamuan besar-besaran ketika ceramah Pakatan Harapan di padang letak kereta

Jalan PJU 1A/39, Ara Damansara berlangsung (06.09.2018)

3.2 Lain- lain

● Bendera PKR dan Pakatan Harapan didapati dalam kawasan 50 meter Dewan

Serbaguna Dato Hormat yang merupakan sebuah pusat mengundi (18.8.2018)

Page 7: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil DUN N32 … 3. KEMPEN PILIHAN RAYA Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah mencatat sebanyak 7 kes yang berkenaan dengan insiden salah laku atau

6

Cadangan Penambahbaikkan:

● Pihak SPR perlu memantau aktiviti-aktiviti kempen calon-calon secara pro-aktif

untuk memastikan kempen mereka dijalankan tanpa melanggar undang-undang

pilihan raya.

● Pihak SPR sepatutnya mengawal bahan kempen agar tidak diletakkan di dalam

kawasan tempat mengundi.

● PP-KPR perlu diperkuatkan supaya rondaan lebih kerap untuk memastikan

semua bahan kempen mematuhi undang-undang. Talian PP-KPR perlu

diumumkan supaya orang awam boleh buat aduan dengan lebih senang.

4. UNDI POS

4.1 Pengeluaran kertas undi pos

Proses pengeluaran undi pos dijalankan dengan lancar

4.2 Pembukaan sampul dan pengiraan undi pos

Proses undi pos dijalankan dengan lancar.

Page 8: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil DUN N32 … 3. KEMPEN PILIHAN RAYA Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah mencatat sebanyak 7 kes yang berkenaan dengan insiden salah laku atau

7

5. UNDI AWAL

5.1 Semakan isi peti undi awal

Proses semakan isi peti undi awal berjalan dengan lancar.

5.2 Pengundian awal

● Petanda untuk keluar masuk agak mengelirukan disebabkan posisi pintu. Pengundi tidak

tahu jalan keluar dan petugas tidak membantu pengundi untuk jalan keluar.

● KTM di pusat pengundi TUDM didapati tidak memahami borang- borang yang patut diisi

selepas masa tamat buang undi, dan perlu minta bantuan pengawai SPR.

● Selepas kertas undi diarahkan masuk ke dalam peti undi untuk disimpan, semua peti undi

tidak diarahkan untuk ditutup ataupun dimeteraikan dengan tali putih dan pelekat SPR

mengikut prosedur yang ditetapkan. Ia hanya diarahkan diletak ke dalam beg kuning dan

dizipkan. Selepas mendapat teguran dari pemerhati barulah pegawai bertugas

mengarahkan 6 KTM mengikat dengan “cable tie”.

● Semasa peti undi awal dibawa ke Balai Polis Kelana Jaya, menurut Puan Norlinah, mangga

untuk mengunci lokap tidak berfungsi. Pegawai SPR, En. Ibrahim mengarahkan

kakitangannya untuk membeli manga baru.

● Pengundi saluran 1 telah memasukkan kertas undi ke saluran 2 di pusat mengundi awal

TUDM kerana kedua-dua saluran terlalu berdekatan.

Cadangan Penambahbaikkan:

● Petanda masuk/keluar saluran menggunakan warna merah supaya mudah dilihat.

● Perlu ada penjelasan yang lebih terang mengenai cara peti undi awal disimpan di

balai polis.

● Meminta agar pemerhati-pemerhati dibenarkan masuk ke balai sehingga peti undi

awal selamat di simpan di dalam lokap.

● Pegawai SPR yang bertugas seharusnya memastikan dahulu mangga kunci

tersebut boleh digunakan.

● Memastikan KTM fasih tentang borang-borang SPR.

5.3 Pengiraan undi berkelompok

Ketika proses pengiraan undi berkelompok, dilihat kerani pengundi membuat hal mereka

sendiri. Selebihnya proses berjalan dengan lancar.

Page 9: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil DUN N32 … 3. KEMPEN PILIHAN RAYA Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah mencatat sebanyak 7 kes yang berkenaan dengan insiden salah laku atau

8

6. UNDI BIASA

6.1 Semakan isi peti undi biasa

● Proses semakan isi peti undi biasa sepatutnya bermula pada pukul 9.00 pagi namun

ditangguhkan ke 9.30 pagi. Semua yang berkaitan hanya dibenarkan masuk pada pukul

10.00 pagi. Apabila petugas-petugas masuk, mereka terus ke tempat semakan peti undi

yang ditugaskan dan tidak mendengar arahan yang dikeluarkan.

● Keadaan nampak kelam kabut kerana seorang pegawai yang memberi arahan dan tidak

banyak dibantu oleh pegawai SPR yang lain sedangkan ramai lagi pegawai SPR yang

berada di dalam dewan.

● Terdapat kelonggaran dari segi kawalan pihak polis terhadap kawasan yang dari pintu

masuk/keluar.

Cadangan penambahbaikkan:

• Keselamatan dewan semakan isi peti undi awal perlu diperketatkan. Pihak polis

diminta agar lebih komited dalam melakukan tugas mereka.

• Sepatutnya mengikut masa yang telah ditetapkan agar proses berjalan dengan

lancar.

6.2 Pengundian biasa

BERSIH 2.0 telah menghantar sekurang-kurangnya seorang pemerhati ke setiap pusat

mengundi untuk menjalankan pemerhatian. Beberapa masalah telah diperhatikan pada hari

mengundi:

6.2.1 Berkempen pada hari mengundi

• “Pondok panas” PAS dan Pakatan Harapan didapati didirikan di luar 6 pusat mengundi

iaitu Dewan D'Kelana Komplek Sukan Kelana Jaya, SRA Kampung Medan, Dewan

Serbaguna Taman Dato' Hormat, SJKT Seaport, SK Taman Tun Dr Ismail Jaya dan Dewan

Komuniti Jalan PJS

Page 10: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil DUN N32 … 3. KEMPEN PILIHAN RAYA Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah mencatat sebanyak 7 kes yang berkenaan dengan insiden salah laku atau

9

Gambar menunjukkan pondok panas PAS dan Pakatan Harapan di Dewan D'Kelana Komplek

Sukan Kelana Jaya

Gambar menunjukkan pondok panas di Dewan Komuniti Jalan PJS

Page 11: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil DUN N32 … 3. KEMPEN PILIHAN RAYA Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah mencatat sebanyak 7 kes yang berkenaan dengan insiden salah laku atau

10

Gambar menunjukkan pondok panas di SK Taman Tun Dr Ismail Jaya

Gambar menunjukkan wakil PAS memberikan air mineral, kipas dan belon kepada pengundi

di sekitar SK Kg Lindungan

Page 12: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil DUN N32 … 3. KEMPEN PILIHAN RAYA Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah mencatat sebanyak 7 kes yang berkenaan dengan insiden salah laku atau

11

Penyokong PAS di kawasan SMK Lembah Subang Kelana Jaya cuba mempengaruhi pengundi

untuk mengundi calon PAS di luar pusat mengundi.

● Calon PAS Dr Halimah Ali merayu undi bagi dirinya sendiri di laman Facebook beliau

pada pagi hari mengundi. Beliau menyatakan secara jelas dalam status Facebook

bahawa “Jangan lupa untuk mengundi Dr Halimah Ali bagi N.32 Dun Seri Setia”

Page 13: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil DUN N32 … 3. KEMPEN PILIHAN RAYA Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah mencatat sebanyak 7 kes yang berkenaan dengan insiden salah laku atau

12

● Calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar juga didapati berkempen di laman

Facebooknya pada hari mengundi. Beliau berkata “UNDILAH SAYA CALON NO 1 PAKATAN

HARAPAN Halimey Abu Bakar” dalam status beliau.

● Terdapat juga aktiviti berkempen masih berjalan di kawasan tempat mengundi iaitu di SK

Taman Tun Dr Ismail Jaya, Shah Alam, SRA Kampung Medan, Dewan Serbaguna Taman

Dato' Hormat dan SK Kelana Jaya 1, SS 5/2 PJ di mana wakil-wakil PAS dan Pakatan

Harapan memberi air dan belon dan memakai T-shirt logo parti masing-masing.

6.2.2 Bahan berkempen di kawasan 50 meter luar pusat mengundi

● Kereta calon Pakatan Harapan, Halimey Abu Bakar yang ada logo Pakatan Harapan

berada kurang dari 50 meter daripada kawasan tempat mengundi di SK Kg Lindungan

Page 14: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil DUN N32 … 3. KEMPEN PILIHAN RAYA Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah mencatat sebanyak 7 kes yang berkenaan dengan insiden salah laku atau

13

● Satu sepanduk untuk calon PAS yang besar terdapat di seberang jalan dari tempat

mengundi yang anggaran jaraknya adalah 50 meter di Dewan Komuniti Jalan PJS 6

6.2.3 Isu kerahsiaan undi

● Di Dewan Komuniti Jalan PJS 6, kebanyakan saluran berada di dalam satu dewan dan

hanya dipisahkan oleh partition. Namun partition yang digunakan untuk memisahkan

setiap saluran adalah sangat rendah dan apabila semua kerani pengundi 1 membacakan

maklumat pengundi, menjadikan suasana tempat mengundi bising dan mengelirukan

pengundi. Tempat mengundi untuk saluran 4 dan 5 membelakangi antara satu sama lain.

● Di SJKT Seaport, partition membuatkan kawasan menjadi sedikit sempit dan

menyusahkan pengundi yang memakai kerusi roda.

Page 15: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil DUN N32 … 3. KEMPEN PILIHAN RAYA Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah mencatat sebanyak 7 kes yang berkenaan dengan insiden salah laku atau

14

● Di SMK Lembah Subang Kelana Jaya, saluran 8 dan 9 kotak undi terlalu dekat dengan

pintu dan boleh dilihat jikalau berdiri di tepi pintu.

● Di Politeknik Salahuddin, ejen PAS merekod semua pengundi yang hadir dengan kod

bersiri. Hal ini melibatkan pelanggaran Seksyen 5(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya.

6.2.4 Kesilapan lain petugas-petugas pilihan raya

● Kerani 3 di dua saluran di SK Sri Kelana didapati mencop semua kertas undi dan

diberhentikan oleh KTM. Kerani tersebut memberitahu ini arahan dari pegawai SPR agar

mempercepatkan proses pengundian pada waktu pagi.

● Terdapat seorang KTM yang tidak mengetahui peraturan bahawa pemerhati boleh

dibenarkan masuk ke kawasan mengundi namun telah diuruskan oleh pihak SPR. Ini

berlaku di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

● Saluran 1 - 4, SMK Lembah Subang Kelana Jaya KTM meletakkan buku kertas undi

tambahan di atas meja dan sepatutnya tiada buku kertas undi tambahan dimana-mana

meja.

● Di SMK Lembah Subang Kelana Jaya di satu saluran, kerani 2 mencelup jari pengundi

sebelum nama pengundi dipanggil.

● Di SK Kg Lindungan, poster sekolah yang terlalu banyak menyebabkan petanda SPR sukar

dikesan. Petanda SPR perlu menggunakan warna yang lebih mudah untuk dilihat

contohnya warna merah agar pengundi tidak keliru.

6.2.5 Isu infrastruktur untuk golongan OKU dan warga emas

● Ramp yang disediakan untuk golongan OKU di SK Kg Lindungan kurang selamat.

Page 16: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil DUN N32 … 3. KEMPEN PILIHAN RAYA Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah mencatat sebanyak 7 kes yang berkenaan dengan insiden salah laku atau

15

● Tiada ramp disediakan di SK Sri Kelana.

Cadangan Penambahbaikkan:

● Perlu menyediakan infrastruktur yang mesra kepada OKU dan warga emas agar

mereka mudah untuk mengundi

● Pihak SPR sepatutnya mengambil tindakan yang wajar terhadap‘pondok panas’

parti dan pengagihan bahan kempen dalam kawasan 50 meter pusat mengundi.

● Nombor-nombor saluran petunjuk perlu dicetak sekurang-kurangnya saiz A2

agar dapat dilihat dari jauh.

● Memohon pihak SPR meletakkan petanda keluar/masuk saluran di dalam bilik

pusat mengundi juga agar pengundi tahu di mana pintu keluar.

● Kedudukan saluran haruslah dijarakkan agar pengundi dapat beri perhatian

apabila namanya dipanggil.

● Kerani-kerani perlu dilatih dengan jelas prosedur pemeriksaan nama dahulu

sehingga habis baru pencelupan jari.

6.3 Pengiraan undi biasa

Secara keseluruhan, proses pengiraan undi biasa berjalan dengan lancar hasil daripada

bantuan pegawai SPR yang hadir dan KTM yang cekap.

Page 17: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil DUN N32 … 3. KEMPEN PILIHAN RAYA Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah mencatat sebanyak 7 kes yang berkenaan dengan insiden salah laku atau

16

Cadangan Penambahbaikkan:

● Kesemua petugas-petugas yang terlibat haruslah tahu proses dan undang-

undang tentang Borang 14 iaitu cuma perlu tandatangan sahaja dan tidak perlu

cop.

7. PENJUMLAHAN UNDI RASMI DAN PENGISYTIHARAN KEPUTUSAN RASMI

Keputusan di setiap saluran tidak dipaparkan untuk orang umum.

Cadangan Penambahbaikkan:

• Keputusan setiap saluran perlu dipaparkan di skrin untuk pemeriksaan ejen

mengira undi dan dimuatnaikkan di laman web SPR.

8. KESIMPULAN

Secara keseluruhan, PRK Seri Setia dijalankan dengan lancar dengan pelbagai

penambahbaikkan daripada pihak SPR.

Namun begitu, masih terdapat pelbagai kesalahan pilihan raya contohnya pemberian

hadiah, penjamuan, berkempen waktu hari mengundi.

Peratus keluar mengundi kurang memuaskan namun oleh itu usaha lanjut perlu diteruskan

untuk meningkatkan kesedaran mengundi di kalangan seluruh warga Seri Setia.

Beberapa penambahbaikkan yang positif telah dilakukan oleh SPR dalam pengurusan pilihan

raya:

1. Memanjangkan tempoh berkempen iaitu selama 21 hari.

2. Pihak SPR hadir di setiap saluran dan membantu petugas-petugas yang ada masalah telah

melicinkan gerak kerja ketika hari mengundi.

BERSIH 2.0 mengalu-alukan langkah penambahbaikkan yang telah dilakukan oleh SPR.