laporan pemerhatian pilihan raya umum negeri sabah kali ......1. latar belakang pilihan raya pilihan...

32
Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali Ke-16 12 Oktober 2020 Disediakan oleh:

Upload: others

Post on 23-Jan-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Laporan Pemerhatian

Pilihan Raya Umum Negeri

Sabah Kali Ke-16

12 Oktober 2020

Disediakan oleh:

Page 2: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

1. Latar belakang pilihan raya

Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut

apabila pada 29 Julai 2020, ADUN Sungai Sibuga Datuk Seri Panglima Musa Aman yang juga

mantan Ketua Menteri Sabah mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti

mudah untuk membentuk kerajaan negeri dan menjadi Ketua Menteri Sabah yang baharu.

14 orang ADUN daripada Warisan Plus telah menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk

Seri Panglima Shafie Apdal dan menyokong Musa Aman. Susulan kehilangan majoriti

sokongan, Shafie telah menghadap Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin bagi

membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sekaligus memberi laluan kepada

pilihan raya baharu diadakan di negeri di bawah bayu ini.

DUN Sabah telah terbubar pada 30 Julai 20201 dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah

mengumumkan tarikh penamaan calon2 PRN Sabah pada 12 September 2020 dan hari

pengundian pada 26 September 2020. Pihak Musa Aman beberapa kali cuba untuk

menghentikan pilihan raya ini di mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan, namun

permohonan itu telah ditolak.

PRN Sabah 16 juga merupakan pilihan raya peringkat negeri yang pertama setelah berlakunya

pandemik Covid-19 dan pilihan raya negeri yang pertama dijalankan semasa Perintah Kawalan

Pergerakan masih berkuasa.

2. Pasukan Pemerhati/Pemantau BERSIH 2.0

BERSIH 2.0 telah menghantar 26 pemerhati pilihan raya yang berdaftar sebagai Pemerhati

SPR di lapangan serta 7 pemerhati atas talian (online) yang terdiri daripada urusetia dan

sukarelawan BERSIH 2.0 untuk menjalankan pemerhatian dalam PRN Sabah kali ini.

Pemerhati BERSIH 2.0 telah berjaya memantau di 33 DUN dan termasuk pemerhatian atas

talian di 9 DUN:

Bil Dewan Undangan Negeri (DUN)

1. N.1 Banggi

2. N.12 Sulaman

3. N.13 Pantai Dalit

4. N.14 Tamparuli

5. N.16 Karambunai

6. N.17 Darau

7. N.18 Inanam

8. N.19 Likas

9. N.20 Api-Api

10. N.22 Tanjung Aru

11. N.23 Petagas

1 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/716316/dun-sabah-bubar-hari-ini 2 Kenyataan media SPR- https://www.spr.gov.my/sites/default/files/KM%20BIL%2052%202020%20Kenyataan%20Media%20Maklum%20Hari%20Penamaan%20Calon.pdf

Page 3: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

12. N.24 Tanjung Keramat

13. N.25 Kapayan

14. N.26 Moyog

15. N32. Klias

16. N.33 Kuala Penyu

17. N.36 Kundasang

18. N.38 Paginatan

19. N.37 Karanaan

20. N.40 Bingkor

21. N.50 Gum-Gum

22. N.51 Sungai Manila

23. N.52 Sungai Sibuga

24. N.53 Sekong

25. N.54 Karamunting

26. N.55 Elopura

27. N.56 Tanjung Papat

28. N.65 Senallang

29. N.69 Sri Tanjung

30. N.68 Apas

31. N.69 Sri Tanjung

32. N.70 Kukusan

33. N. 72 Merotai

BERSIH 2.0 telah menjalankan pemerhatian bagi:

a) Penamaan calon

b) Kempen pilihan raya

c) Pengundian awal

d) Pengundian dan pengiraan undi biasa

e) Penjumlahan undi dan pengisytiharan keputusan rasmi

3. Kesalahan Pilihan Raya

BERSIH 2.0 memberi fokus kepada pemantauan salah laku dan kesalahan pilihan raya

sepanjang tempoh PRN Sabah termasuk sebelum hari penamaan calon, hari penamaan calon,

sepanjang tempoh berkempen dan hari mengundi.

Terdapat 8 perkara salah laku dan kesalahan pilihan raya yang dipantau oleh BERSIH 2.0:

1. Rasuah dan beli undi

2. Penjamuan dan pemberian hadiah

3. Tekanan tidak wajar dan Pengaruh tidak wajar kerajaan

4. Penggunaan sumber dan aset kerajaan

5. Kempen perkauman

6. Kelakuan berat sebelah pegawai awam

7. Kesalahan pada hari pengundian

8. Masalah daftar pemilih, undi pos dan masalah hari pengundian

Page 4: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Bersih 2.0 telah mencatatkan 59 laporan yang berkaitan dengan salah laku dan kesalahan

pilihan raya. Laporan kes-kes yang disenaraikan ini adalah kes yang dapat diperhatikan dan

direkodkan oleh Pemerhati Bersih 2.0 di 25 kawasan-kawasan DUN yang dipantau sahaja.

Jumlah laporan kes-kes ini tidak mencerminkan dengan sepenuhnya dan secara menyeluruh

kesalahan-kesalahan pilihan raya yang berlaku di dalam PRN Sabah kali ini kerana kawasan

yang dipantau adalah terhad dan mungkin lebih banyak kes-kes yang tidak dapat dipantau

dan dilaporkan.

Pecahan laporan kes mengikut kategori dan parti politik adalah seperti berikut:

Jenis Kesalahan Warisan Plus

Gabungan Rakyat Sabah

Parti lain dan calon bebas

Lain-lain

Jumlah

Rasuah dan beli undi 7 7 2 - 16

Penjamuan dan pemberian

6 4 7 - 17

Merosakkan bahan kempen

- - - 2 2

Penggunaan aset dan sumber kerajaan

7 5 - - 12

Kesalahan pada hari pengundian

2 2 2 1 7

Masalah daftar pemilih, undi pos, dan masalah hari pengundian

- - - 5 5

Jumlah keseluruhan 22 18 11 8 59

4. Proses Pemerhatian

A. Proses Penamaan Calon

Pemerhati Bersih 2.0 telah membuat pemerhatian di pusat penamaan calon di 17 DUN seluruh

Sabah. Pusat-pusat penamaan calon yang diperhatikan adalah:

Bil DUN Tempat

1 N.12 Sulaman: Dewan Seri Sulaman, Tuaran

2 N.13 Pantai Dalit: Dewan Kinabalu, Pusat Latihan Rela, Tuaran

3 N.14 Tamparuli: Dewan Tun Hamdan, Tamparuli

4 N.16 Karambunai: Dewan Rafflesia Politeknik Kota Kinabalu

5 N.19 Likas: Dewan Maksak Kota Kinabalu

6 N.20 Api-Api Wisma Wanita, Kota Kinabalu

7 N.25 Kapayan Bilik Bicara, Bangunan Mahkamah Anak Negeri, Penampang

8 N.26 Moyog Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang

9. N.50 Gum-Gum

Dewan Serba Guna Libaran 10. N.51 Sungai Manila

11. N.52 Sungai Sibuga

Page 5: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

12. N.53 Sekong Auditorium Pejabat Perhutanan Sabah, Sandakan

13. N.54 Karamunting Dewan Jati Ibu Pejabat Perhutanan Sabah, Sandakan

14. N.55 Elopura Dewan Masyarakat Sandakan

15. N.69 Sri Tanjung Dewan Masyarakat Tawau

16. N.70 Kukusan Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Tawau

17. N.72 Merotai Dewan Tun Ahmadshah, Kolej Vokasional Tawau

Proses penamaan calon pada PRN kali ini berlangsung dalam tempoh Perintah Kawalan

Pergerakan Pemulihan (PKPP). Oleh hal yang demikian SPR telah membuat beberapa had3

iaitu hanya calon, penyokong dan pencadang yang boleh memasuki dewan penamaan calon

serta para penyokong calon tidak dibenarkan berkumpul di mana-mana tempat sepanjang

tempoh penamaan berlangsung.

Walaubagaimanapun, masih terdapat kes-kes di mana penyokong-penyokong calon masih

berkumpul di luar pusat penamaan calon, seperti di luar Dewan Seri Sulaman di Tuaran dan

Dewan Tun Ahmadshah Di Kolej Vokasional Tawau. Perhimpunan Seperti Ini Tidak Disuraikan

Oleh Pasukan Penguatkuasa Pilihan Raya (PP-KPR).

Juga terdapat pusat penamaan calon yang menyediakan khemah untuk para penyokong calon

di dalam pagar pusat penamaan. Ini berlaku di beberapa tempat antaranya di Wisma Wanita

Kota Kinabalu, Dewan Seri Sulaman Tuaran dan Dewan Masyarakat Tawau.

Khemah penyokong di Wisma Wanita, Kota

Kinabalu

Penyokong calon masih dibenarkan berkumpul di

luar Dewan Seri Sulaman, Tuaran

3 Kenyataan media SPR

https://www.spr.gov.my/sites/default/files/KM%20BIL%2052%202020%20Kenyataan%20Media%20Maklum%20Hari%20Penamaan%20Calon.pdf

Page 6: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Penyokong berkumpul di luar Dewan Tun Ahmadshah,

Kolej Vokasional Tawau

Namun proses penamaan calon tetap berjalan dengan lancar dan teratur. Tidak ada insiden

yang tidak diingini berlaku dan SPR menjalankan proses penamaan calon dengan baik serta

profesional.

B. Kempen Pilihan Raya

Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah menjalankan pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti

kempen pilihan raya. Semua salah laku dan kesalahan pilihan raya sebelum dan semasa

pilihan raya telah didokumentasikan.

Warisan Plus

Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah membuat 22 laporan pemerhatian salah laku dan

kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh berkempen yang melibatkan Warisan Plus

(Warisan/DAP/Keadilan/Amanah/UPKO).

a. Rasuah dan beli undi

1. Pada 4 September, bekas Menteri Pertanian dan Industri Makan Negeri Sabah, Junz Wong

telah membuat satu kiriman Facebook bahawa sekiranya Parti Warisan menang di Sabah maka

beliau akan membina rumah sarang burung walit kepada keluarga Veveonah di Pitas.4

2. Pada 24 September, Pemerhati Bersih 2.0 melaporkan terdapat beberapa orang pekerja

pilihan raya Parti Warisan di Kampung Tinusa, Sandakan mengagihkan wang berjumlah

RM100 kepada orang-orang kampung di sana.

3. Pada 24 September, Pemerhati Bersih 2.0 melaporkan Parti Warisan di Batu 7 Sandakan

berdekatan Restoran Kak Jue mengagihkan wang berjumlah RM100 kepada orang ramai yang

datang membawa kad pengenalan. Orang ramai kelihatan berbaris untuk menerima wang

tersebut.

4. Pada 25 September, pemerhati Bersih 2.0 melaporkan orang ramai beratur di pejabat

Warisan Semporna untuk menerima duit tambang pulang mengundi. Menurut temu bual

4 https://www.facebook.com/302710879820503/posts/3236890019735893/?extid=DPTpRaX4oIIimZgR&d=n

Page 7: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

pemerhati Bersih 2.0 dengan beberapa orang yang sedang berbaris, mereka menerima

RM100.

5. Pada 25 September, Pemerhati Bersih 2.0 mendapat laporan orang ramai beratur di Pejabat

Warisan di Kolombong untuk mengambil duit tambang pulang mengundi. Menurut temu bual

beliau dengan beberapa orang yang berada di sekitar pejabat tersebut, maklumat yang

didapati mereka ada menerima duit untuk mengundi.

6. Pemerhati Bersih 2.0 mendapati rakan beliau menerima sejumlah wang daripada Parti

Warisan. Beliau telah menemu bual individu tersebut untuk mengesahkan bahawa duit itu

memang diberikan kepada pengundi di kawasan Gum-Gum.

7. Pemerhati Bersih 2.0 mendapat laporan bahawa satu keluarga di Kampung Pimping

Membakut, Beaufort mendapat RM100 daripada Parti Warisan.

Tangkap layar daripada Pemerhati Bersih 2.0

Orang ramai beratur di Pejabat Warisan di

Kolombong untuk menerima duit tambang

Kiriman Facebook Junz Wong pada 4

September

Orang ramai berkumpul di Pejabat Warisan

Semporna pada 25 September

Page 8: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

b. Penjamuan dan pemberian hadiah

1. Pada 16 September, jentera Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) mengedarkan beg yang

mengandungi bahan kempen, pelitup muka dan pensanitasi tangan kepada pengundi N.20

Api-Api.

2. Pada 19 September, jentera Parti Warisan Sabah (Warisan) mengedarkan bahan bantuan

kepada penduduk di Pitas5

3. Pada 21 September, calon Warisan N.14 Darau Azhar Matussin menyediakan makanan

kepada hadirin yang hadir ke ceramah beliau di Kg Warisan, Sepanggar

4. Pada 21 September, calon N.17 Tanjung Aru mengadakan ceramah dengan adanya

penjamuan di Tanjung Aru Plaza.6

5. Pada 21 September, DAP dan Warisan mengadakan Majlis Makan Malam bersama-sama

calon di Bingkor, Keningau. Turut hadir adalah YB Lim Guan Eng, Datuk Loretto dan beberapa

orang wakil rakyat yang lain.7

6. Pada 22 September, Pemerhati Bersih 2.0 yang memantau ceramah DSP Shafie Apdal di

Tinusa mendapati mereka telah menyediakan makanan dan minuman berkotak kepada orang

ramai.

Agihan bahan makan di Pitas oleh Warisan pada 19 September

5 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214274960186963&id=1804648401 6 https://www.facebook.com/302710879820503/posts/3278271448931083/ 7 https://www.facebook.com/114058823360392/posts/334352711331001/

Page 9: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Jamuan Makan Malam DAP di Keningau pada 21 September

Jamuan ceramah calon Warisan di Tanjung Aru pada 21 September

c. Penggunaan aset dan sumber kerajaan untuk berkempen

1. Pada 8 Ogos, Ketua Menteri Sementara Sabah DSP Shafie Apdal menyerahkan 318 geran

tanah kepada penduduk di Tawau dan Kalabakan8

2. Pada 12 Ogos, Ketua Menteri Sementara Sabah DSP Shafie Apdal menyerahkan 399 geran

tanah kepada 100 buah kampung di daerah Kudat.9

3. Pada 12 Ogos, Ketua Menteri Sementara Sabah DSP Shafie Apdal menyerahkan 240 geran

tanah kepada penduduk di daerah Kinabatangan yang melibatkan 36 buah kampung.10

4. Pada 15 Ogos, Ketua Menteri Sementara Sabah DSP Shafie Apdal menyerahkan 599 geran

tanah kepada penduduk di daerah Beluran11

5. Pada 27 Ogos, Mantan Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Peter Anthony menghadiri majlis

pecah tanah pembinaan Dewan Serbaguna Kg Sabandil, Papar pada 27 Ogos 2020.12

6. Pada 3 September, Ketua Menteri Sementara Sabah DSP Shafie Apdal mengumumkan

pemansuhan sewa tapak pasar malam dan tamu sehingga 202113

7. pada 3 September, Ketua Menteri Sementara dan mantan menteri pembangunan luar

bandar Ewon Benedick menghadiri majlis pecah tanah di Kadamaian. Beliau sempat

berkempen kepada penduduk untuk menyokong Warisan dalam upacara tersebut.14

8 https://www.borneotoday.net/40-tahun-menanti-kini-giliran-penduduk-tawau-kalabakan-dapat-geran/ 9 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sabah-memilih-shafie-sempurnakan-penyerahan-399-geran-tanah-di-kudat-254923 10 https://www.utusanborneo.com.my/2020/08/11/kerajaan-negeri-serah-240-geran-tanah-libatkan-36-perkampungan 11 https://www.utusanborneo.com.my/2020/08/15/599-geran-tanah-di-serah-bagi-daerah-beluran-telupid-dan-daerah-kecil-paitan 12 https://www.facebook.com/665479757136256/posts/1235618953455664/ 13 https://www.borneotoday.net/shafie-mansuh-sewa-pasar-malam-pasar-tamu-sehingga-2021 14 https://www.borneotoday.net/penyukatan-pantas-diperbanyakkan-di-kadamaian/

Page 10: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Kesemua ini berlaku setelah DUN dibubarkan dengan pengetahuan penuh bahawa PRN Sabah

akan dijalankan tidak lama lagi.

Ketua Menteri Sementara Sabah mengumumkan pemansuhan

sewa pasar malam dan tamu pada 3 September di Dewan Masyarakat Sandakan

Majlis pecah tanah dihadiri oleh Datuk Peter Anthony,mantan

Menteri Kerja Raya Sabah pada 27 Ogos di Kampung Sabandil, Papar

Page 11: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Gabungan Rakyat Sabah(GRS)

Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah membuat 18 laporan pemerhatian salah laku dan

kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh berkempen yang melibatkan GRS (Barisan

Nasional/Perikatan Nasional/Parti Bersatu Sabah).

a. Rasuah dan beli undi

1. Pada 16 September, Pemerhati Bersih 2.0 melaporkan calon BN DUN Kemabong, Datuk

Jamawi Jafar kelihatan menghulurkan sejumlah wang kepada pelanggan di sebuah kedai

makan.15

2. Pada 18 September Pemerhati Bersih 2.0 melaporkan calon Barisan Nasional (BN) DUN

N.15 Darau, Datuk Jumat Idris didapati memberi RM100 kepada pengundi. Calon BN Darau

kalah di DUN tersebut.16

3. Pada 25 September Pemerhati Bersih 2.0 mendapat laporan satu keluarga di Kampung

Pimping Membakut, Beaufort mendapat RM200 daripada BN.

4. Pada 26 September, Pemerhati Bersih 2.0 melaporkan pekerja pilihan raya BN N.52 Sungai

Sibuga memberikan RM100 kepada keluarganya.

5. Pada 26 September, Pemerhati Bersih 2.0 mendapat laporan pekerja pilihan raya BN

mengagihkan wang di Kampung Tinosa 1 berjumlah RM100.

6. Pada 26 September, Pemerhati Bersih 2.0 mendapati sebuah pondok panas Perikatan

Nasional (PN) di luar SK Bingkor, Keningau mengutip kad pengundi (voters card) yang diberi

oleh SPR dan kemudiannya menyerahkan satu slip berlogo PN yang dipangkah kepada

pengundi tersebut. Pemerhati kami mengesyaki aktiviti pemberian duit sedang berlaku.

7. Pada 26 September, Pemerhati Bersih 2.0 mendapati orang ramai sedang berbaris di bawah

Pejabat Wakil Rakyat N.40 Bingkor dengan bendera Parti STAR. Pemerhati kami mengesyaki

aktiviti pemberian wang sedang berlaku.

15 https://www.facebook.com/414826248853198/posts/1254871168182031/?d=w&vh=e&extid=cXtC7kQsgTmhCK4v 16 https://www.facebook.com/414826248853198/posts/1256709717998176/

Page 12: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Calon BN Kemabong kelihatan menghulurkan

wang kepada pengundi di salah sebuah kedai makan

Tangkap layar daripada Pemerhati Bersih 2.0 pada 26 September yang melaporkan

ahli keluarganya menerima wang daripada pekerja pilihan raya BN

Page 13: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Petugas PN pada hari pengundian di pondok panas di luar SK Bingkor sedang mengutip kad

pengundi yang diberi oleh SPR kemudian memberi slip berlogo PN

Pengundi sedang berbaris di Pejabat Wakil Rakyat N.40 Bingkor daripada Parti STAR pada hari

pengundian

b. Penjamuan dan pemberian hadiah

1.Pada 23 September, Pemerhati Bersih 2.0 memantau program Majlis Ramah Mesra Perdana

Menteri di Hilltop Plaza Luyang dan mendapati mereka mengedarkan hand sanitizer dengan

pelekat “Undilah Perikatan Nasional” kepada para penonton yang hadir.

2. Pada 23 September, calon Perikatan Nasional DUN Merotai Cikgu Jailani mengadakan

program santai bersama pemuda Taman Semarak dan menyediakan makanan kepada hadirin

yang hadir semasa program tersebut.17

17 https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=123346036172688&id=113658473808111

Page 14: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

3. Pada 24 September, calon Perikatan Nasional DUN Merotai Cikgu Jailani berkempen di

Majlis Ramah Mesra Warga DUN Merotai dan di dalam majlis tersebut ada disediakan makanan

tengahari untuk setiap hadirin yang hadir. Meja-meja dengan dulang makanan kelihatan di

setiap meja18

4. Pada 24 September Calon Perikatan Nasional DUN Merotai Cikgu Jailani berkempen di Hotel

Emas Tawau dan menyediakan makanan untuk pemimpin masyarakat yang hadir19

Kempen di Majlis Ramah Mesra Warga DUN Merotai dihadiri

oleh Menteri Kanan Persekutuan DS Azmin Ali pada 24 Septembe

Penjamuan semasa ceramah calon PN Merotai di Hotel Emas, Tawau pada 24 September

c. Penggunaan aset dan sumber kerajaan

1. Saifuddin Abdullah mengumumkan bahawa 382 menara pemancar akan dibina di Sabah

pada 6 September 2020.20

2. Pada 17 September, Perdana Menteri Muhyiddin menyampaikan cek replika bantuan

bernilai RM60 juta kepada usahawan pertanian dan nelayan dalam satu majlis kerajaan

persekutuan di Dataran Bandangan, Beaufort. Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri Pertanian

Persekutuan iaitu Dr Ronald Kiandee.21

3. Pada 20 September, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad

menyampaikan sumbangan daripada program MyH.a.u.s Tabung Haji berjumlah RM50,000

18 https://www.facebook.com/MohamedAzminAli/posts/3466534050077583 19 https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=123737002800258&id=113658473808111 20 https://www.sabahgazette.com/382-menara-komunikasi-baharu-akan-dibina-di-sabah/ 21 https://www.malaysiakini.com/news/542981

Page 15: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

yang melibatkan baikpulih rumah, bantuan kewangan, dan pembinaan bengkel pertukangan

kepada sebuah keluarga di Kampung Sentosa, Batu 10, Sandakan.22

4. Pada 20 September, Dr Zulkifli Mohamad menyampaikan sumbangan membaiki rumah

daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Setiap rumah asnaf

menerima RM5,000 untuk pembaikan rumah yang rosak di Pulau Nunuyan, Sandakan.23

5. Perdana Menteri Muhyiddin Yasin dan rombongannya menggunakan helikopter Polis Diraja

Malaysia (PDRM) untuk turun berkempen di Sungai Damit, Tuaran pada 23 September 2020.

Perdana Menteri Muhyiddin Yasin dan rombongan di Sungai Damit pada 23 September

Lain-lain (Parti lain dan calon bebas)

Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah membuat 9 laporan pemerhatian salah laku dan

kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh berkempen yang melibatkan parti-parti lain dan

calon-calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya kali ini.

a. Rasuah dan beli undi

1. Pada 18 September, Datuk Kour Ngam Num menyumbangkan sebuah surau yang terletak

di Tawau Specialist Medical Centre, Batu 2 Jalan. Datuk Kour Ngam Num adalah bapa kepada

calon Parti Cinta Sabah (PCS) Sri Tanjong, Kour Ken Keat.24

2. Pada 25 September, Pemerhati Online Bersih 2.0 mendapat laporan bahawa ada pengundi

telah mendapat RM50 daripada calon bebas Inanam Keny Chua.

22 https://www.facebook.com/654227084641097/posts/3701057139958061/. MyHaus adalah akronim kepada Harta Anda Untuk Semua. 23 https://www.facebook.com/654227084641097/posts/3700890926641349/ 24 Laman Facebook Calon N.69 Sri Tanjong https://web.facebook.com/100125278513442/posts/106007817925188/?sfnsn=mo&extid=s5DmWmpNSM7dkVeD&_rdc=1&_rdr

Page 16: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Tangkap layar kiriman Facebook calon PCS Sri

Tanjong yang menunjukkan sebuah surau telah disumbangkan oleh ayahnya

Tangkap layar dari Pemerhati Online Bersih 2.0

berkenaan seorang pengundi mendapat wang dari calon bebas Keny Chua pada 25 September

b. Penjamuan dan pemberian hadiah

1. Pada 12 September, seorang individu mengadakan makan jamuan makan malam untuk

calon Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) Sri Tanjong Yapp Yin Hoau bersama Rumah

Warga Tua Tawau.25

2. Pada 14 September, calon bebas Paul Nointien untuk N.23 Petagas memberikan sumbangan

kerusi roda kepada warga emas di kawasan Petagas.

3. Pada 15 September, calon Parti Harapan Rakyat Sabah Sri Tanjong Yapp Yin Hou membuat

jamuan makan malam bersama Presidennya, TS Liew Yun Fah.26

2. Pada 19 September, calon N.16 Darau dari Liberal Democratic Party (LDP), Datuk Seri

Marajoh memasukkan slot cabutan bertuah dalam majlis ramah mesra beliau di Masjid

Kampung Karambunai.

3. Pada 21 September, Pemerhati Bersih 2.0 yang memantau ceramah PCS mendapati mereka

mengedarkan makanan kepada para hadirin yang datang ke ceramah mereka di Dewan

Serbaguna Taman Antarabangsa Likas.

6. Pada 21 September, program ceramah 6 calon USNO di DUN Merotai mengadakan jamuan

makanan dan cabutan bertuah kepada hadirin yang hadir.27

25 https://www.facebook.com/little.h.house.9/posts/4910543605638399 26 https://web.facebook.com/permalink.php?story_fbid=119687969869617&id=101577935013954&_rdc=1&_rdr 27 https://www.facebook.com/MohamadOfficial1/posts/637428313580693

Page 17: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

7. Pada 25 September, ceramah akhir PCS di Likas ada disertakan cabutan bertuah sebanyak

30 hadiah kepada para pengundi.

Calon bebas N.23 Petagas menyampaikan

kerusi roda kepada warga tua

Poster ceramah PCS di N.19 Likas

c. Kesalahan merosakkan bahan kempen

1. Pada 16 September, tugu Parti Warisan di hadapan bangunan Pusat Pentadbiran Negeri

Sabah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

2. Pada 25 September, bendera Warisan di N.40 Bingkor di sepanjang jalan Keningau-

Tambunan telah dicabut oleh pihak yang tidak dapat dikenal pasti malam sebelum hari

pengundian.

Page 18: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Tugu Warisan dipecahkan

C. Kesalahan pada hari pengundian

Bagi kesalahan yang dilakukan pada hari pengundian, Pemerhati Bersih 2.0 memberikan

penumpuan kepada kesalahan berkempen pada hari pengundian serta kesalahan mengangkut

pengundi pergi ke dan pulang dari tempat pengundian. Berkempen pada hari pengundian

termasuklah membuka barung parti politik atau pondok panas untuk meraih undi dan

membuat kiriman di media sosial untuk meraih undi.

Menurut Akta Kesalahan Pilihan Raya, berkempen pada hari pengundian adalah satu

kesalahan di bawah Seksyen 26(Batasan Pada Hari Mengundi) manakala mengangkut

pengundi adalah kesalahan di bawah Seksyen 20(Belanja Tertentu Yang Menyalahi Undang-

Undang).

Hasil pemerhatian Pemerhati Bersih 2.0 di kesemua DUN yang dipantau, hampir semua parti

politik dan calon pilihan raya membuka barung politik atau pondok panas di luar pusat

pengundian, kecuali di pusat pengundian di N.1 Banggi. Bahan-bahan kempen calon dan parti

politik yang berada di dalam sempadan 50 meter dan di kawasan yang berdekatan dengan

pusat pengundian juga masih banyak yang tidak diturunkan. Sewajarnya bahan-bahan

kempen berdekatan pusat pengundian diturunkan oleh Pasukan Penguatkuasa Kesalahan

Pilihan Raya (PP-KPR) dan pondok panas dihentikan agar pengundi dapat melangkah masuk

mengundi dengan lebih aman dan tenang untuk memilih.

Selain itu, walaupun dalam perintah arahan tetap (SOP) daripada Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM) untuk menjaga jarak fizikal dan memakai pelitup muka, namun masih ramai

penyokong-penyokong parti politik terutamanya parti atau gabungan politik utama yang

berkumpul di luar pusat pengundian mengabaikan arahan ini.

Page 19: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Pondok Panas Warisan di

SK Bandar Tawau, N.70 Kukusan pada hari

pengudian.

Peraih undi calon BN N.53 Sekong

di SMK Tun Juhar pada hari pengundian.

Pondok Panas PCS didirikan pada hari

mengundi di SMK Keningau 2 dan papan tanda Perikatan Nasional dalam sempandan 50 meter

daripada pusat mengundi

Peraih undi dari Perikatan Nasional

di N.14 Sulaman pada hari pengundian.

Barung parti politik didirikan di dalam pagar

pusat pengundian di SM St Francis Xavier, DUN Keningau.

Pondok panas calon Keadilan

N.14 Tamparuli didirikan di SK Pendidikan Khas pada hari mengundi.

Page 20: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Menteri Kanan Azmin Ali berkempen

di Twitter pada hari pengundian

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Rahman Dahlan

berkempen di Facebook miliknya pada hari pengundian.

Calon Warisan N.70 Kukusan berkempen pada

hari pengundian di Facebook miliknya

Satu kesalahan sekiranya pengundi memaparkan kertas undi yang

dipangkah di media sosial pada hari pengundian

Terdapat banyak kes juga yang melihatkan orang ramai atau pengundi memaparkan kertas

undi mereka yang telah dipangkah. Memaparkan kertas undi di media sosial juga adalah

menjadi satu kesalahan di bawah Sekyen 5 (Memelihara Kerahsiaan) Akta Kesalahan Pilihan

Raya.

Page 21: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Calon dan parti politik juga kelihatan mengangkut pengundi untuk ke tempat pengundian dan

pulang ke kediaman masing-masing. Parti-parti politik dan calon-calon menggunakan

kenderaan seperti kereta, van malahan ada juga yang menggunakan bas bagi mengangkut

penyokong masing-masing atau orang ramai.

Van calon bebas N.13 Inanam mengangkut

pengundi di SK Kionsom pada hari mengundi.

Calon Warisan N.22 Tanjung Aru memaklumkan kepada pengundi beliau

menyediakan pengangkutan dalam Facebook pada 25 September

Van mengangkut pengundi dengan pelekat

calon BN N.16 Karambunai di SMK Bandaraya pada hari pengundian

Van mengangkut pengundi untuk N.20 Api-Api dengan bendera PPRS di Maktab Sabah pada

pada hari pengudian

Bas disewa khas oleh Keadilan pada hari

mengundi untuk pengundi N.20 Api-Api ke

Tadika Tzu Yu

Van berpelekat wajah calon LDP N.14 Inanam

di SK Kionsom mengangkut pengundi pada

hari pengundian

Page 22: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Van angkut pengundi calon Warisan N.68 Apas

di SK Kampung Titingan pada hari mengundi.

Van angkut pengundi calon PHRS N.70

Kukusan pada hari mengundi.

D. Masalah daftar pemilih dan undi pos

Undi pos

1. Pemerhati Bersih 2.0 mendapat tiga aduan berkenaan kertas undi pos daripada negara

Jerman, Arab Saudi dan Ireland yang sampai ke tangan pengundi luar negara namun tidak

disertakan bersama alamat Pegawai Pengurus untuk dikirimkan semula ke Malaysia.

2. Terdapat kertas undi yang dikirimkan ke Malaysia tidak sampai tepat pada waktunya seperti

kertas undi daripada Arab Saudi yang hanya tiba di Sabah pada 30 September setelah pilihan

raya negeri Sabah sudah berakhir. Kertas undi daripada Berlin tidak dikirimkan kerana kos

yang terlalu tinggi serta syarikat pengeposan tersebut hanya dapat mengirimkannya pada 28

September, dua hari selepas hari mengundi.

3. Satu pengundi pos di Australia tidak dapat menghantar sampul kertas undi ke Sabah kerana

syarikat pengeposan di tempat beliau tidak dapat hantar ke alamat peti surat yang diberikan

oleh pegawi pengurus.

Sampul Undi Pos pengundi di Arab Saudi tidak

ada alamat pegawai pengurus untuk dikirimkan

Seorang pengundi di Australia diberitahu

bahawa syarikat pengeposan tidak dapat menghantar ke alamat peti surat

Page 23: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

F. Proses pengundian dan pengiraan

Secara umumnya proses pengundian dan pengiraan undi berjalan dengan lancar. Namun

masih ada beberapa perkara berbangkit yang perlu diambil serius oleh pihak SPR dan

penguatkuasa pilihan raya.

a. Pemerhati tidak dibenarkan masuk ke pusat pengundian

Terdapat beberapa insiden di mana Pemerhati Bersih 2.0 tidak dibenarkan masuk ke dalam

pusat pengundian oleh Penyelia Tempat Pengundi. Pemerhati Bersih 2.0 N.50 Gum-Gum tidak

dibenarkan masuk di SJK Syn Hua kerana penyelia tersebut salah faham antara Pemerhati

SPR dan juga pemerhati barung daripada parti politik. Pemerhati Bersih 2.0 di SJK(C) Good

Shepherd, Menggatal juga diminta untuk mengemukakan surat lantikan parti politik

sedangkan Pemerhati adalah lantikan SPR.

b. Kelancaran pusat pengundian

Secara keseluruhannya proses pengundian berjalan lancar namun terdapat beberapa tempat

yang mengambil masa yang lebih lama dengan barisan yang panjang. Ini terutamanya terjadi

di pusat pengundian yang mempunyai bilangan pengundi yang lebih banyak. Antaranya

adalah di pusat pengundian di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu. Saluran

3,4,5,6 dan 7 terpaksa beratur terlalu lama sebelum dapat mengundi. Di saluran 3, ada yang

beratur selama satu jam dalam ruangan yang sempit. Di saluran 5 hingga 7 pula ada yang

berbaris sehingga hampir dua setengah jam.

Pusat pengundian di Maktab Sabah, Kota Kinabalu juga mengalami masalah yang sama di

mana barisan terlalu panjang di bawah panas terik sehingga ada yang menunggu selama satu

setengah jam sebelum dapat masuk ke saluran pengundian. Keadaan yang sama juga berlaku

di saluran 1 di Sekolah Menengah Karakit dan Sekolah Menengah Loktohog di N.01 Banggi di

mana pengundi terpaksa berbaris lebih kurang dua jam.

Bagi saluran yang terpaksa berbaris panjang, penyelia pusat pengundian perlu bertindak

dengan lebih proaktif dengan menyediakan kerusi atau menyediakan ruangan menunggu

yang teduh dan selesa kepada pengundi.

Saluran 3 pusat pengundian ILP Kota Kinabalu.

Walaupun ada ruang kosong bersebelahan

namun tidak digunakan sehingga ruangan menjadi sempit

Saluran 4-9 di ILP Kota Kinabalu. Pengundi yang

masih berbaris adalah mereka yang telah

menunggu lebih daripada satu jam untuk mengundi

Page 24: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Barisan panjang di tengah panas terik tanpa

disediakan kerusi di pusat pengundian Maktab Sabah, Kota Kinabalu

c. Kemudahan Pusat Pengundian

Secara keseluruhannya pusat pengundian yang dipilih oleh SPR adalah bersesuaian dan wajar

dipuji. Terdapat pusat-pusat pengundian yang menyediakan kerusi terutama untuk pengundi

saluran 1,2 dan 3. Kerusi tersebut disediakan bagi membantu warga tua terutamanya kerana

barisan yang panjang dan mereka boleh duduk menunggu. Selain itu terdapat juga kerusi

roda yang disediakan daripada pagar pusat pengundian sehingga ke saluran bagi mereka yang

memerlukan. Namun masih ada pusat pengundian yang tidak menyediakan kerusi roda

sehingga menyebabkan parti politik menyediakan kerusi roda di barung mereka untuk

membawa warga tua yang tidak dapat berjalan ke saluran. Keadaan ini menyebabkan petugas

parti politik ini juga masuk ke pusat pengundian.

Kerusi ada disediakan untuk pengundi yang

berbaris di saluran 1 SK Pengiran Siti Hafsah

Kerusi roda disediakan di SMK Pekan Telipok

untuk warga tua

Page 25: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Kerusi roda dari parti politik masuk sehingga

pusat pengundian SMK Bandaraya.

Individu yang dibulatkan dalam gambar adalah

petugas parti.

Penggunaan kereta buggy di pusat pengundian

memudahkan para pengundi warga tua untuk berjalan ke saluran

Walaupun begitu masih ada beberapa tempat yang boleh diperbaiki pengurusannya oleh pihak

SPR, Pegawai Pengurus dan lain-lain pihak yang terlibat. Terdapat beberapa tempat

pengundian yang jarak antara pagar dan saluran pengundian hampir atau bahkan lebih 150

meter. Dengan jarak yang jauh maka seharusnya kereta buggy (buggy car) atau kerusi roda

disediakan. Namun demikian, ada pusat pengundian yang tidak menyediakan kereta buggy

walaupun tanahnya adalah rata dan tidak berbukit dan ada yang menyediakan kerusi roda

namun didapati tidak mencukupi sehinggakan ada warga tua yang terpaksa berjalan kaki ke

saluran.

Jarak antara pagar dan saluran yang terlalu

jauh di ILP Kota Kinabalu

Jarak antara pagar dan saluran yang terlalu

jauh di SMK Bandaraya, Kota Kinabalu

Masih ada juga pusat pengundian yang tidak menyediakan ramp untuk pengundi berkerusi

roda dan saluran pengundian yang tidak sesuai untuk warga tua.

Page 26: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Saluran 1 yang tidak sesuai untuk pengundi warga tua dan berkerusi roda di SK Bunga Raya (kiri)

di SMK St Francis Xavier (kanan). Kedua-dua pusat pengundian adalah di N.40 Bingkor

d. Pematuhan SOP semasa hari mengundi

Disebabkan tempoh pengundian PRN Sabah ini masih berada di bawah arahan Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP), maka pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah

membuat garis panduan kepada petugas pilihan raya dan pengundi bagi mengelakkan

penyebaran virus Covid-19. Antara garis panduan yang ditetapkan oleh SPR adalah:

i. Semua premis yang digunakan untuk tujuan pilihan raya akan disinfeksi setiap dua jam.

ii. Saringan suhu badan sebelum melangkah masuk ke pusat pengundian. Pengundi yang

bergejala akan ditempatkan di khemah saringan sebelum dibenarkan untuk mengundi atau

diminta meninggalkan premis dengan segera.

iii. Semua pengundi diminta memakai pelitup muka dan mengekalkan jarak fizikal 1 meter.

iv. Kerani di khemah barung SPR dan di tempat pengundian diwajibkan memakai pelitup muka

dan sarung tangan.

v. Diwajibkan mensanitasi tangan sebelum masuk ke saluran pengundian dan selepas keluar

dari saluran.

Saringan suhu badan sebelum masuk ke saluran pengundian

di SK Pengiran Siti Hafsah, Karambunai

Page 27: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Khemah saringan bagi yang bergejala di

pusat pengundian SMK St Michael, Penampang

Pasukan disinfeksi dari KKM mensanitasi pusat pengundian setiap dua jam

Walaubagaimanapun masih terdapat pusat pengundian yang tidak dapat memastikan

pengundi mengekalkan jarak fizikal antara satu sama lain semasa berbaris. Ini disebabkan

tidak ada tempat menunggu yang khas atau pusat pengundian tersebut terlalu ramai pengundi

menyebabkan petugas pilihan raya tidak dapat mengawal keadaan yang sesak.

Barisan panjang di SMK Karakit di N.1 Banggi

dan tidak ada penjarakan fizikal 1 meter pada hari mengundi.

Page 28: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Barisan panjang di SK Logtohog N.01 Banggi

dan tidak ada penjarakan fizikal pada hari mengundi.

Dewan Serba Guna Likas tidak ada penjarakan fizikal 1 meter

Pengundi terlalu ramai di satu pusat pengundian di SK Gas (kiri) dan SK Kolombong (kanan)

menyebabkan barisan yang terlalu panjang sehingga ke luar pada hari mengundi.

SOP bagi kerani tempat pengundian juga harus disemak semula oleh SPR. Berbanding SOP

semasa PRK Chini, pilihan raya kali ini berbeza dan seharusnya SOP di PRK Chini dikekalkan

semasa pandemik Covid-19 yang belum menurun. Setiap pengundi semasa PRN ini diminta

untuk mencelupkan jari mereka ke dalam botol dakwat kekal berbanding semasa PRK Chini

setiap pengundi akan dicalit oleh satu berus mini dan kemudian berus tersebut dibuang.

Kerani pengundian juga tidak rajin menukar sarung tangan menyebabkan mereka bekerja

dengan keadaan yang tidak selesa dan terdedah kepada jangkitan virus.

Page 29: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Selain itu wujud juga kebimbangan terhadap pengurusan SOP di kawasan-kawasan

pedalaman seperti di N.01 Banggi. Pemerhati Bersih 2.0 yang memantau di N.01 Banggi

mendapati bahawa di kebanyakan pusat pengundian yang dilawati menyediakan khemah KKM

untuk saringan tetapi tidak menyediakan petak mengundi untuk pengundi yang mempunyai

suhu badan yang lebih tinggi daripada 37.5 darjah celcius. Isu lain yang timbul adalah

perkhidmatan feri daripada Kudat ke Pulau Banggi.

Pemerhati Bersih 2.0 diberitahu bahawa 4 feri yang berkhidmat di Kudat-Pulau Banggi telah

disewa oleh parti-parti politik untuk mengangkut pengundi tertentu, tiket feri tidak dijual lagi

secara terbuka sehari sebelum hari mengundi dan pada hari mengundi dan orang awam tidak

tahu jadual perkhidmatan feri menyebabkan orang ramai berebut-rebut untuk menaik feri dan

tidak menjaga SOP seperti mengambil suhu badan, mencatatkan nama sebelum menaiki feri

dan penjarakan sosial.

G. Proses pengiraan, penjumlahan undi dan pengisytiharan keputusan rasmi pilihan raya

Undi awal

Pemerhati Bersih 2.0 telah menjalankan pemerhatian semasa pengiraan undi awal di dua

tempat iaitu Dewan Rafflesia Politeknik Kota Kinabalu dan Dewan Jati Jabatan Perhutanan

Sabah di Sandakan. Proses pemerhatian di Dewan Rafflesia berjalan lancar namun Ketua

Tempat Mengundi di saluran 2 telah melakukan kesilapan prosedur. Sepatutnya kertas undi

awal yang telah dikira dimasukkan ke dalam sampul dan dimasukkan ke dalam peti undi

sebelum dimeterai. Namun beliau tidak melakukan demikian dan memeterai peti undi dengan

kertas undi masih di dalam peti undi. Peti undi terpaksa dibuka dan dimeterai semula tanpa

kehadiran ejen pengiraan undi daripada calon.

Selain itu, Pemerhati Bersih 2.0 di Dewan Jati Jabatan Perhutanan tidak dibenarkan masuk ke

pusat pengiraan undi awal dan hanya dibenarkan memantau daripada luar. Aduan telah dibuat

kepada pihak SPR namun tidak ada sebarang tindakan yang dibuat.

Pengiraan undi biasa

Pemerhati Bersih 2.0 telah menjalankan pemerhatian di saluran-saluran yang ditugaskan.

Proses pengiraan undi berjalan dengan lancar tanpa masalah yang serius.

Namun terdapat kejadian di mana kerani 3 di Saluran 2 Kolej Vokasional Likas terlupa

mengecop tiga kertas undi dan hanya dapat tahu semasa pengiraan undi. Ejen mengira undi

daripada Parti DAP telah membuat bantahan secara rasmi kepada KTM dan SPR.

Selain itu, terdapat satu isu yang dilaporkan oleh Pemerhati Bersih 2.0 di mana enam ejen

mengira undi untuk Parti USNO telah dilarang masuk ke saluran pengiraan di SK Tuarid Taud

di atas alasan tidak menghantar ejen tempat mengundi. Mengikut peraturan tidak semestinya

ejen tempat mengundi menjadi ejen mengira undi dan Ketua Tempat Mengundi perlu

membenarkan ejen mengira undi untuk masuk.

Page 30: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Penjumlahan undi dan pengisytiharan keputusan rasmi pilihan raya

Secara keseluruhannya proses penjumlahan dan pengisytiharan keputusan rasmi pilihan raya

berjalan dengan lancar dan cepat.

DUN Pusat Penjumlahan Undi

N.12 Sulaman Dewan Sri Sulaman, Tuaran

N.13 Pantai Dalit Dewan Pusat Latihan Rela Negeri Sabah, Tuaran

N.14 Tamparuli Dewan Tun Hamdan, Tamparuli

N.16 Karambunai Dewan Rafflesia Politeknik Kota Kinabalu

N.20 Api-Api Wisma Wanita Kota Kinabalu

N.26 Moyog Dewan Kebudayaan Penampang

N.40 Bingkor Dewan Masyarakat Keningau

N.50 Gum-Gum Dewan Serbaguna Libaran

N.51 Sungai Manila Dewan Serbaguna Libaran

N.52 Sungai Sibuga Dewan Serbaguna Libaran

N.53 Sekong Auditorium Jabatan Perhutanan Sabah, Sandakan

N.54 Karamunting Dewan Jati Jabatan Perhutanan Sandakan

N.55 Elopura Dewan Masyarakat Sandakan

N.56 Tanjung Papat Dewan Masyarakat Sandakan

N.65 Senallang Dewan Masyarakat Semporna

N.68 Apas Dewan Sri Tawau

N.69 Sri Tanjong Dewn Masyarakat Tawau

N.70 Kukusan Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Tawau

N.72 Merotai Dewan Kolej Vokasional Tawau

5. Kesimpulan dan Cadangan Penambahbaikan

Secara umumnya pengurusan pilihan raya oleh SPR dengan dibantu oleh pelbagai agensi

terutamanya KKM adalah baik dan wajar dipuji. Garis panduan yang ditetapkan adalah

bersesuaian namun perlu sentiasa dipantau dan dikemas kini seiring dengan situasi semasa.

Berikut adalah cadangan penambahbaikan daripada BERSIH 2.0:

a. Penguatkuasaan Undang-Undang Pilihan Raya

Pihak yang terlibat

Cadangan Rangka masa

Kerajaan persekutuan

Meminda Seksyen 27 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi memberi kuasa kepada SPR untuk penguatkuasaan undang-undang pilihan raya yang lebih berkesan

Dalam 1 tahun

Menggubal undang-undang bagi larangan atau had penggunaan sumber dan jentera kerajaan semasa pilihan raya

Dalam 1 tahun

Menggubal undang-undang supaya semua calon-calon perlu menghantar penyata perbelanjaan

Dalam 1 tahun

Page 31: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

kempen pilihan raya yang telah diaudit oleh auditor bertauliah setelah pilihan raya dijalankan.

SPR Memberi taklimat kepada setiap calon dan wakil calon berkenaan kesalahan dan salah laku pilihan raya

Sejurus selepas penamaan calon

Mengadakan lebih banyak PP-KPR untuk setiap DUN supaya lebih banyak rondaan boleh dibuat tindakan penguatkuasaan lebih cepat dan mengumumkan nombor telefon untuk orang ramai membuat laporan kepada PP-KPR.

Segera

SPRM Memantau pejabat-pejabat parti politik sepanjang tempoh berkempen untuk mencegah pejabat tersebut dijadikan tempat mengagihkan wang kepada pengundi

Segera

Menyiasat laporan-laporan beli undi yang dilakukan oleh calon-calon dan parti-parti politik

Segera

b. Pengurusan Pilihan Raya

Pihak yang terlibat

Cadangan Rangka masa

Kerajaan Persekutuan

Menetapkan tarikh atau bulan bagi pilihan raya umum yang akan dijalankan selepas pilihan raya terakhir agar pihak pengurusan pilihan raya dapat bersedia dengan teliti dan kemas untuk menguruskan pilihan raya

Dalam 1 tahun

SPR Memberi perkhimatan undi pos kepada: a. Pengundi Sabah yang berada di Semenanjung dan Sarawak; b. Pengundi Semenanjung yang berada di Sabah dan Sarawak; c. Pengundi Sarawak yang berada di Sabah dan Semenanjung; d. Pengundi yang berada di Brunei, Singapura, Kalimantan dan Selatan Thailand; agar dapat mengundi secara pos dalam pilihan raya

Segera

Memanjangkan tempoh pilihan raya kepada minimum 21 hari dengan meminda Seksyen 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya(Penjalanan Pilihan Raya) supaya pengundi pos di luar negara sempat menghantar kertas undi ke Malaysia

Segera

Melaksanakan SOP pencegahan penularan wabak Covid-19 dengan lebih ketat, terutamanya latihan rapi untuk semua petugas pilihan raya, mengambil lebih ramai petugas pilihan raya untuk melaksanakan SOP dengan sepenuhnya, menggunakan berus kecil untuk mencalit dakwat kekal yang diguna sekali sahaja, memastikan khemah KKM mempunyai petak mengundi untuk mereka yang suhu badan tinggi atau bergejala

Segera

Page 32: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Kali ......1. Latar belakang pilihan raya Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut apabila

Covid-19 dan rondaan pengawai SPR yang lebih kerap untuk memastikan pematuhan SOP dengan sepenuhnya.

Membuka pusat-pusat pengundian di dalam kampung atau kawasan yang sukar dicapai agar pengundi tidak perlu bergantung kepada pihak lain untuk turun ke pusat pengundian

Sederhana

Memberi latihan dan simulasi proses pengundian yang secukupnya kepada petugas pilihan raya untuk mengurangkan kesilapan yang kritikal

Segera

Memaklumkan kepada semua petugas pilihan raya, terutamanya penyelia pusat pengundian dan ketua tempat mengundi dan pasukan penguatkuasa pilihan raya berkenaan peranan, hak dan tugas Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik SPR

Segera

Menyiasat insiden kad pengundi SPR yang diedarkan oleh parti politik di DUN Bingkor.

Segera

Bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk tidak membenarkan feri untuk kegunaan awam disewa secara keseluruhan bagi mengelakkan orang ramai berebut membeli tiket feri akibat perubahan jadual feri.

Semasa pilihan raya