penjelasan isu pilihan raya

Upload: wahab-chik

Post on 06-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    1/52

    1

    Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia2011

    PENJELASAN TERHADAP ISU-ISU YANG

    DIBANGKITKAN MENGENAI PILIHAN RAYA

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    2/52

    2

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    3/52

    3

    KATA PENGANTAR

    Kebelakangan ini terdapat kecenderungan yang kuat di kalanganbeberapa pihak dalam mempertikaikan kemampuan dan kredibiliti

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan pilihan raya

    di negara ini.

    Antara isu-isu utama yang sering mereka bangkitkan terhadap SPR

    adalah dakwaan bahawa SPR enggan melaksanakan pendaftaran

    pemilih secara automatik yang menurut mereka boleh membantu

    meningkatkan proses pendaftaran pemilih, SPR enggan meman-

    suhkan undi pos yang menurut mereka memberi kelebihan ter-

    hadap parti kerajaan, SPR enggan membenarkan semua rakyat

    Malaysia di luar negara didaftarkan sebagai pengundi pos, SPR eng-

    gan melaksanakan penggunaan dakwat hitam kekal yang menurut

    mereka boleh mengatasi masalah pengundian lebih daripada sekali

    dan SPR gagal menyediakan daftar pemilih yang bersih, sentiasa

    kemas kini dan boleh dipertahankan.

    Selain itu, SPR juga dituduh gagal mengawal rasuah semasa pili-

    han raya, gagal memperuntukkan akses yang sama kepada media

    antara parti pembangkang dan parti pemerintah, enggan memben-

    arkan pasukan pemerhati pilihan raya untuk memantau penjalanan

    pilihan raya di negara ini, gagal memperuntukkan tempoh berkem-

    pen yang panjang dan berbagai-bagai lagi dakwaan lain yang tidak

    berasas.

    Justeru itu, SPR merasakan adalah sesuai dan tiba masanya suatu

    penjelasan sewajarnya diterbitkan bagi membetulkan dakwaan-

    dakwaan yang cuba ditimbulkan oleh beberapa pihak terhadap SPR

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    4/52

    4

    itu. Dengan adanya penjelasan ini adalah diharapkan semua pihak

    akan memahami dengan jelas tentang setiap dasar serta tindakan

    yang dilakukan oleh SPR dalam mengendalikan penjalanan pilihanraya negara ini, secara bebas, telus dan saksama.

    (TAN SRI DATO SERI ABDUL AZIZ MOHD YUSOF)

    Pengerusi

    Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

    22 Jun 2011

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    5/52

    i

    BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

    1. ISU PENDAFTARAN PEMILIH

    SECARA AUTOMATIK 1 - 5

    2. ISU PEMANSUHAN UNDI POS 6 - 8

    3. ISU ISTERI ANGGOTA TENTERA

    DIDAFTARKAN SEBAGAI PENGUNDI POS 8 - 9

    4. ISU ANGGOTA POLIS DAN PASANGAN

    DIDAFTARKAN SEBAGAI PENGUNDI POS 9 - 10

    5. ISU SEMUA RAKYAT MALAYSIA DI LUAR

    NEGARA DIBENARKAN MENJADI PENGUNDI

    POS 11 - 15

    6. ISU PENDATANG ASING CUBA

    DIDAFTARKAN SEBAGAI PENGUNDI 15 - 16

    7. ISU PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL 16 - 18

    8. ISU PENGUNDI HANTU 18 - 20

    9. ISU PEMINDAHAN PENGUNDI 20 - 21

    10. ISU MENURUNKAN USIA SEBAGAI PEMILIH

    BERDAFTAR DARI 21 TAHUN KEPADA

    18 TAHUN 22 23

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    6/52

    ii

    11. ISU PEMBERSIHAN DAFTAR PEMILIH 24 - 25

    12. ISU PERSEMPADANAN SEMULA

    BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA 25 - 29

    13. ISU TEMPOH BERKEMPEN 29 - 30

    14. ISU RASUAH PILIHAN RAYA 30 - 31

    15. ISU KAWALAN PERBELANJAAN SEMASA

    PILIHAN RAYA 32

    16. ISU AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL 33 - 34

    17. ISU KEADILAN DALAM PETISYEN PILIHAN RAYA 34 - 35

    18. ISU HAK UNTUK MEMANTAU PILIHAN RAYA 35 - 37

    19. ISU PILIHAN RAYA YANG BEBAS DAN ADIL 37 - 42

    20. ISU PILIHAN RAYA PIHAK BERKUASA TEMPATAN

    PERLU DIADAKAN SEMULA OLEH SPR 42 - 44

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    7/52

    1

    1. ISU PENDAFTARAN PEMILIH SECARA AUTOMATIK

    SPR belum bercadang untuk melaksanakan

    pendaftaran pemilih secara automatik bagi rakyat

    Malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun. Hal ini

    disebabkan sebahagian besar rakyat Malaysia pada

    masa ini tidak tinggal di alamat yang tercatat di dalam

    kad pengenalan mereka. Jika sistem pendaftaran

    pemilih secara automatik dilaksanakan, ianya boleh

    menimbulkan beberapa kesulitan kepada pemilih itu

    sendiri. Ini kerana, jika alamat yang tertera di dalam

    kad pengenalan ataupun yang terdapat di pangkalan

    data alamat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

    menunjukkan bahawa seseorang pemilih itu menetap

    di sesuatu alamat tertentu sedangkan pada hakikat

    sebenarnya mereka telah berpindah ke suatu tempatbaru tetapi tidak membuat pertukaran alamat di JPN

    dan seterusnya ke SPR, maka pemilih tersebut akan

    didaftarkan berdasarkan alamat bermastautin yang

    lama.

    Cadangan ini jika dilaksanakan, akan

    bertentangan dengan kehendak Perenggan (b) Fasal

    (1) Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    8/52

    2

    menyatakan Tiap-tiap warganegara yang

    bermastautin dalam sesuatu bahagian pilihan raya

    pada tarikh kelayakan itu atau, jika tidak

    bermastautin sedemikian, adalah seorang pengundi

    tidak hadir, berhak mengundi di dalam bahagian

    pilihan raya itu dalam mana-mana pilihan raya ke

    Dewan Rakyat atau Dewan Negeri melainkan jika ia

    hilang kelayakan di bawah Fasal (3) atau di bawah

    mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan

    kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pilihan

    raya; tetapi tiada siapa pun yang boleh mengundi

    dalam pilihan raya yang sama di dalam lebih daripada

    satu bahagian pilihan raya. Ia bertentangan dengan

    tempat mastautin sebenar pemilih berkenaan kerana

    beliau telah berpindah ke tempat lain. Jika berlaku

    pilihan raya, maka pemilih berkenaan akanmenghadapi kesulitan untuk menentukan di pusat

    mengundi manakah beliau akan mengundi kerana

    namanya tidak disenaraikan di tempat mengundi

    beliau bermastautin. Jika ramai pemilih yang

    berpindah tempat bermastautin tetapi tidak

    memaklumkan kepada JPN, adalah dikhuatiri ramai

    pemilih tidak akan kembali mengundi jika pusat

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    9/52

    3

    mengundi terletak jauh dari tempat kediaman

    mereka.

    Sementara itu, sebarang cadangan bagi

    pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik

    perlu melibatkan pindaan kepada Perkara 119

    Perlembagaan Persekutuan. Selagi Perkara 119

    Perlembagaan Persekutuan berkenaan tidak dipinda,

    maka selagi itulah proses pendaftaran pemilih secara

    automatik tidak boleh dilaksanakan. Menurut

    peruntukan Perkara itu, seseorang yang ingin menjadi

    pemilih perlu membuat permohonan sama ada sebagai

    pemilih baru atau melalui pertukaran alamat.

    Dalam pada itu, sekiranya pendaftaran secara

    automatik dilaksanakan tetapi ia tidak disusuli denganperuntukan pengundian secara wajib, maka peratus

    keluar mengundi di kalangan pemilih berdaftar

    dijangka akan merosot dengan teruk iaitu

    berkemungkinan sekitar 50 peratus sahaja dengan

    mengambil kira purata peratusan keluar mengundi

    beberapa pilihan raya umum yang berlangsung

    sebelum ini.

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    10/52

    4

    Seperti mana yang kita ketahui, SPR sentiasa

    mengambil langkah ke hadapan dalam usaha bagi

    meningkatkan lagi pendaftaran pemilih. Pelbagai

    saluran pendaftaran telah disediakan oleh SPR bagi

    memudahkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih

    dan menyemak maklumat pendaftaran mereka.

    Saluran-saluran yang disediakan itu adalah seperti

    yang berikut:

    (1) Kaunter Statik Ibu Pejabat SPR diPutrajaya;

    (2) 14 Kaunter Statik iaitu di 14 buahPejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh

    negara;

    (3) 702 Kaunter Statik Pejabat PosBerkomputer di seluruh negara;

    (4) Kaunter-Kaunter bergerak SPR melaluiProgram Outreach di kawasan-kawasan

    tumpuan orang ramai seperti pusat

    membeli belah, kawasan-kawasan

    taman perumahan, pejabat-pejabat

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    11/52

    5

    kerajaan, institusi pengajian tinggi

    awam dan swasta, dan pusat-pusat

    latihan kemahiran di seluruh negara;

    dan

    (5) Lebih lapan ribu Penolong PendaftarPemilih (PPP) yang dilantik daripada

    kategori-kategori Wakil Parti Politik,

    Wakil Jabatan Kerajaan, Wakil

    Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO),

    Wakil Universiti/ Kolej Universiti/

    Kolej.

    Dari semasa ke semasa, publisiti dalam media

    massa berhubung urusan pendaftaran pemilih turut

    diadakan oleh SPR. Pelbagai program pendidikanpengundi oleh SPR seperti ceramah dan taklimat telah

    dan akan terus diadakan bertujuan memberi

    kesedaran tentang tanggungjawab warganegara dalam

    urusan pilihan raya, termasuklah urusan pendaftaran

    pemilih. Jadi, apa yang penting ialah kesedaran

    individu itu untuk menggunakan haknya sebagai

    warganegara dengan mendaftar sebagai pemilih

    melalui saluran-saluran sah yang disediakan oleh SPR.

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    12/52

    6

    2. ISU PEMANSUHAN UNDI POS

    Dalam konteks Pengundi Tidak Hadir, tatacara

    sistem pengundian pos yang diperuntukkan oleh

    Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos)

    2003 dibuat berdasarkan kuasa di bawah perenggan 16

    (2)(n) Akta Pilihan Raya 1958 yang menyatakan Tanpa

    menjejaskan keluasan kuasa yang terdahulu,

    peraturan-peraturan itu boleh menetapkan

    kemudahan yang hendaklah diadakan bagi pengundian

    melalui pos dan orang yang berhak mengundi melalui

    pos. Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada

    anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia daripada

    pelbagai kor dan pangkat dan pasangan masing-

    masing, anggota-anggota polis dan pasangan Pasukan

    Gerakan Am (PGA), pegawai, kakitangan awam sertapasangan mereka yang bertugas di luar negara serta

    pelajar-pelajar dan pasangan yang menuntut sepenuh

    masa di luar negara untuk menunaikan tanggungjawab

    masing-masing memilih wakil rakyat dengan mengundi

    secara pos. Sekiranya mereka tidak diberi peluang

    untuk mengundi secara pos, maka mereka tidak akan

    dapat menikmati hak pengundian yang diberikan

    kepada setiap warganegara Malaysia.

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    13/52

    7

    Berdasarkan hakikat ini, sistem pengundian

    pos yang sedia ada masih lagi relevan. Andainya sistem

    pengundian pos ini dihapuskan, ia boleh menjejaskan

    keselamatan dan ketenteraman awam kerana anggota-

    anggota tentera tidak boleh menjalankan

    tanggungjawab mereka menjaga keselamatan negara

    daripada ancaman musuh dan anggota-anggota polis

    tidak boleh melaksanakan tugas mereka menjaga

    ketenteraman awam kerana kedua-dua pihak tersebut

    terpaksa berada di pusat-pusat mengundi di merata-

    rata tempat untuk menunaikan tanggungjawab

    masing-masing pada hari mengundi. Keadaan ini juga

    boleh menyebabkan pegawai, kakitangan dan

    pasangan mereka yang bertugas di luar negara serta

    pelajar-pelajar dan pasangannya yang menuntut

    sepenuh masa di luar negara dihalang untukmendapatkan hak asasi mereka yang termaktub di

    dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Namun begitu, seperti mana yang kita ketahui

    SPR sentiasa mengkaji cara yang lebih efektif bagi

    memantapkan lagi sistem pengundian pos tersebut.

    Antara langkah yang difikirkan bersesuaian adalah

    untuk menggantikan sebahagian daripada sistem undi

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    14/52

    8

    pos kepada pengundian awal yang mana pengundi-

    pengundi akan dikumpulkan di suatu tempat yang

    sesuai untuk mengundi. Masanya adalah 2-3 hari

    sebelum pengundian awam bermula. Bentuk

    pengundian adalah seperti pengundi awam iaitu hanya

    perlu memasukan kertas undi dalam peti undi tanpa

    perlu mengisi Borang 2 dan memulangkannya semula

    kepada pihak SPR. Sistem ini bagaimanapun mungkin

    tidak akan terpakai untuk pelajar di luar negara,

    mereka yang bertugas di luar negara dan juga anggota

    tentera dan polis yang terpaksa bertugas di

    perbatasan yang tidak dapat dikumpulkan di suatu

    tempat tertentu untuk melaksanakan pengundian.

    3. ISU ISTERI ANGGOTA TENTERA DIDAFTARKANSEBAGAI PENGUNDI POS

    Peraturan yang membenarkan isteri atau suami

    anggota angkatan tentera yang tinggal di dalam kem

    mengundi secara pos diperuntukkan di bawah

    Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos)

    2003. Perenggan 3(1)(a) Peraturan tersebut

    menyatakan bahawa mana-mana orang yang telah

    mendaftarkan diri sebagai seorang pemilih Parlimen

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    15/52

    9

    atau Negeri di bawah Peraturan-peraturan Pilihan

    Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, dan dia ialah

    seorang pengundi tidak hadir, adalah berhak untuk

    mengundi sebagai pengundi pos.

    Berhubung dengan tafsiran pengundi tidak

    hadir, mengikut Perenggan 2(b) Peraturan-Peraturan

    Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, antara

    kategori pengundi tidak hadir ialah isteri atau suami

    kepada seseorang anggota yang berkhidmat dengan

    mana-mana angkatan tentera yang disebut dalam

    perenggan (a) yang memilih untuk menjadi seorang

    pengundi tidak hadir.

    Berdasarkan kepada peruntukan kedua-dua

    Peraturan tersebut, pengundi tidak hadir yangmerangkumi isteri atau suami anggota tentera adalah

    layak untuk mengundi secara pos.

    4. ISU ANGGOTA POLIS DAN PASANGAN DIDAFTARKANSEBAGAI PENGUNDI POS

    Menurut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya

    (Pengundian Pos) 2003, anggota polis merupakan

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    16/52

    10

    golongan yang layak mengundi secara pos di bawah

    Perenggan 3(1)(c) manakala pasangan mereka jika

    ditetapkan sebagai pengundi pos di bawah Perenggan

    3(1)(f) di bawah Peraturan yang sama, berhak

    mengundi secara pos. Permohonan untuk

    mendaftarkan nama sebagai pemilih bagi anggota polis

    boleh dibuat melalui Penolong Pendaftar Pemilih yang

    dilantik di Ibu Pejabat Polis DiRaja (Bukit Aman), Ibu

    Pejabat Polis Kontinjen (IPK)/ Ibu Pejabat Polis

    Daerah (IPD)/ Briged PGA di mana-mana tempat

    mereka bertugas. Prosedur pemprosesan yang rapi

    dibuat ke atas permohonan anggota polis untuk

    mendaftar sebagai pemilih bagi mengelakkan

    berlakunya pendaftaran berganda antara pengundi pos

    polis dengan pemilih awam.

    Justeru itu, dakwaan mengatakan SPR dengan

    sengaja cuba mendaftar anggota polis serta pasangan

    mereka sebagai pengundi pos adalah tidak berasas

    kerana apa yang berlaku ialah sebarang permohonan

    bagi anggota polis serta pasangan mereka untuk

    mendaftar sebagai pengundi pos dibuat secara teliti

    dan tertakluk sepenuhnya di bawah peraturan pilihan

    raya sedia ada.

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    17/52

    11

    5. ISU SEMUA RAKYAT MALAYSIA DI LUAR NEGARADIBENARKAN MENJADI PENGUNDI POS

    Dasar yang sedia ada berhubung hak mengundi

    warganegara Malaysia di luar negara jelas dinyatakan

    di dalam Perenggan (a) dan (b) Fasal (1) Perkara 119

    Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa,

    Tiap-tiap warganegara yang telah mencapai umur 21

    tahun pada tarikh kelayakan, bermastautin dalam

    sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakan

    yang sedemikian atau, jika tidak bermastautin

    sedemikian, ialah seorang pengundi tidak hadir;

    berhak mengundi dalam bahagian pilihan raya itu

    dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau

    Dewan Undangan melainkan jika dia hilang kelayakan

    di bawah Fasal (3) atau di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan yang

    dilakukan berkaitan dengan pilihan raya; tetapi tiada

    seorang pun boleh mengundi dalam pilihan raya yang

    sama di dalam lebih daripada satu bahagian pilihan

    raya.

    Selain itu, Peraturan 2(c), (d), (e) dan (f)

    Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    18/52

    12

    Pemilih) 2002 dengan jelas memberi tafsiran mengenai

    Pengundi Tidak Hadir seperti yang berikut:

    Pengundi tidak hadir ertinya seseorang

    warganegara yang telah mencapai umur 21

    tahun pada tarikh kelayakan dan,

    (c) yang berkhidmat dalam perkhidmatan

    awam Kerajaan Malaysia atau

    Kerajaan mana-mana Negeri atau

    berkhidmat dalam perkhidmatan

    mana-mana pihak berkuasa tempatan

    atau pihak berkuasa berkanun yang

    menjalankan kuasa yang terletak hak

    padanya oleh undang-undang

    Persekutuan atau undang-undangNegeri, dan yang sedang menjalankan

    tugas di luar sempadan semenanjung

    Malaysia atau Sabah atau Sarawak;

    (d) ialah isteri atau suami kepada

    seseorang yang berkhidmat dalam

    perkhidmatan awam Kerajaan

    Malaysia atau Kerajaan mana-mana

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    19/52

    13

    Negeri atau berkhidmat dalam

    perkhidmatan mana-mana pihak

    berkuasa tempatan atau pihak

    berkuasa berkanun yang menjalankan

    kuasa yang terletak hak padanya oleh

    undang-undang Persekutuan atau

    undang-undang Negeri, yang tinggal

    bersama suami atau isterinya itu di

    luar sempadan semenanjung Malaysia

    atau Sabah atau Sarawak pada tarikh

    permohonannya untuk didaftarkan

    sebagai seorang pemilih Parlimen atau

    pemilih Negeri;

    (e) yang sedang belajar sepenuh masa dimana-mana universiti, maktab latihanatau mana-mana institusi pendidikan

    tinggi di luar sempadan semenanjung

    Malaysia atau Sabah atau Sarawak;

    atau

    (f) ialah isteri atau suami kepadaseseorang yang sedang belajar

    sepenuh masa di mana-mana

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    20/52

    14

    universiti, maktab latihan atau mana-

    mana institusi pendidikan tinggi di

    luar sempadan Semenanjung Malaysia

    atau Sabah atau Sarawak, yang tinggal

    bersama suami atau isterinya itu pada

    tarikh permohonan untuk didaftarkan

    sebagai seorang pemilih Parlimen atau

    pemilih Negeri.

    Sementara itu, Perenggan 3 (1)(a) Peraturan-

    Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003

    menyatakan mana-mana orang yang telah

    mendaftarkan diri sebagai seorang pemilih Parlimen

    atau Negeri di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan

    Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, dan ialah seorang

    pengundi tidak hadir adalah layak untuk mengundisecara pos.

    Justeru itu, seseorang yang telah mendaftar

    sebagai pemilih tetapi tidak termasuk di bawah mana-

    mana peruntukan di atas, berhak mengundi mengikut

    kaedah pengundian yang sedia ada berdasarkan

    peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan. Ini

    bermakna rakyat Malaysia selain kategori yang

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    21/52

    15

    ditetapkan oleh Peraturan 2(c), (d), (e) dan (f)

    Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran

    Pemilih) 2002 yang berada di luar negara tidak

    mempunyai kelayakan untuk mengundi secara pos. Ini

    termasuklah rakyat Malaysia yang bertugas di luar

    negara dalam sektor pekerjaan lain selain

    perkhidmatan awam.

    6. ISU PENDATANG ASING CUBA DIDAFTARKAN SEBAGAIPENGUNDI

    Melalui proses pendaftaran pemilih secara Sistem

    Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang

    diguna pakai oleh SPR pada masa ini, identifier

    pemohon akan dihubungkan dengan Jabatan

    Pendaftaran Negara (JPN) melalui sistem ALIS (AgencyLink-Up System). Jika identifiertersebut sama dengan

    maklumat pada MyKad, barulah SPR mendaftarkan

    permohonan tersebut. Jika tidak, SPR tidak akan

    sesekali mendaftarkan permohonan itu. Ini kerana

    melalui sistem e-SPPST, data yang dimasukkan akan

    disaring oleh sistem itu sendiri dan jika terdapat

    cubaan untuk mendaftarkan permohonan yang tidak

    sah, sistem secara automatik akan menolak transaksi

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    22/52

    16

    atau kemasukan data yang berkenaan. Justeru itu,

    dakwaan menyatakan SPR cuba mendaftarkan

    pendatang asing sebagai pengundi adalah tidak benar.

    7. ISU PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL (INDELIBLE INK)

    Cadangan penggunaan dakwat kekal (indelible ink)

    terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab. Selain atas

    sebab keselamatan seperti mana yang telah

    diumumkan oleh Pengerusi SPR pada 4 Mac 2008,

    cadangan tersebut juga didapati bercanggah dengan

    Fasal (1) Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang

    menjamin hak seseorang pemilih berdaftar untuk

    mengundi. Seseorang pemilih berdaftar tidak boleh

    dinafikan hak untuk mengundi kecuali jika pemilih

    berdaftar itu hilang kelayakan untuk mengundi dibawah undang-undang. Dalam konteks ini, sekiranya

    penggunaan dakwat kekal dilaksanakan, penafian hak

    seseorang pemilih untuk mengundi dikhuatiri mungkin

    boleh berlaku dalam keadaan jari mereka mungkin

    dipalit dengan dakwat kekal secara di luar kerelaan

    atau kesedaran mereka sendiri. Peruntukan di dalam

    Perlembagaan Malaysia yang boleh menafikan hak

    seseorang pemilih untuk mengundi diperuntukkan di

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    23/52

    17

    bawah Fasal (3) Perkara 119 Perlembagaan Malaysia

    yang menyatakan Seseorang hilang kelayakan untuk

    menjadi pemilih dalam mana-mana pilihan raya ke

    Dewan Rakyat atau Dewan Undangan jika

    (a) pada tarikh kelayakan dia ditahansebagai orang yang tidak sempurna

    akal atau sedang menjalani hukuman

    pemenjaraan; dan

    (b) sebelum tarikh kelayakan dia telahdisabitkan atas suatu kesalahan di

    dalam mana-mana bahagian komanwel

    dan dihukum dengan hukuman mati

    atau pemenjaraan selama tempoh

    melebihi dua belas bulan dan padatarikh kelayakan itu dia masih kena

    menjalani apa-apa hukuman bagi

    kesalahan itu.

    Tuduhan pihak-pihak tertentu bahawa

    berlakunya pengundian berganda oleh seseorang

    pengundi semasa pilihan raya sehingga memerlukan

    kepada penggunaan dakwat kekal merupakan tuduhan

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    24/52

    18

    yang masih tidak dapat dibuktikan oleh mana-mana

    pihak. Sehingga kini, tidak ada satu kes pun yang

    melibatkan petisyen pilihan raya dan di bawa ke

    mahkamah berkaitan dengan pengundian berganda.

    Rakyat ingin juga melihat mereka yang terlibat

    didakwa di mahkamah kerana selama ini begitu banyak

    tuduhan dibuat oleh pihak-pihak tertentu tetapi tidak

    ada tindakan dibuat bagi membuktikannya.

    Oleh yang demikian, kaedah sedia ada yang

    diamalkan pada masa ini masih lagi relevan dan

    selamat serta menjamin ketelusan proses pengundian

    yang dilaksanakan. Walau bagaimanapun, SPR sedang

    di peringkat mengkaji kaedah lain yang bersesuaian

    bagi menggantikan cadangan penggunaan dakwat

    kekal. Antaranya ialah kemungkinan menggunakankaedah teknologi moden iaitu menerusi kaedah

    biometrik.

    8. ISU PENGUNDI HANTU

    Sebenarnya isu pengundi hantu ini telah berkali-kali

    dijelaskan oleh SPR melalui media cetak, elektronik

    dan melalui perjumpaan SPR dengan pelbagai pihak,

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    25/52

    19

    termasuk wakil-wakil parti politik. Ini kerana setiap

    kali menjelangnya pilihan raya, sama ada pilihan raya

    umum ataupun pilihan raya kecil, isu ini sering

    dibangkitkan dan SPR pula terpaksa membuat

    penjelasan secara berulang-kali mengenainya.

    Bagi SPR, isu pengundi hantu tersebut hanya

    lebih bersifat tohmahan yang sengaja diadakan oleh

    pihak-pihak tertentu bertujuan untuk memburukkan

    imej SPR sedangkan perkara tersebut tidak pernah

    dibuktikan oleh mana-mana pihak. Malahan tidak

    pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya di negara

    ini, adanya petisyen pilihan raya yang dibuat

    bersandarkan isu pengundi hantu berkenaan.

    Setiap kali isu pengundi hantu dibangkitkan,SPR sering meminta pihak yang membuat tuduhan atau

    tohmahan itu supaya mengemukakan bukti seperti

    senarai nama pengundi hantu yang didakwa itu

    kepada SPR bagi membolehkan SPR membuat

    semakan. Tetapi sehingga ke hari ini, SPR tidak pernah

    menerima senarai nama tersebut. Apa yang berlaku

    hari ini ialah terdapatnya pemilih berdaftar yang telah

    terlalu lama tidak bermastautin di alamat tempat

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    26/52

    20

    beliau mendaftar sebagai pemilih. Apabila tiba pilihan

    raya, beliau akan balik mengundi di tempat beliau

    dahulunya telah mendaftar sebagai pemilih itu.

    Pemilih ini adalah pengundi yang sah dari segi undang-

    undang, bukannya pengundi hantu sebagaimana

    yang sering didakwa beberapa pihak.

    9. ISU PEMINDAHAN PENGUNDI

    Terdapat dakwaan pihak tertentu mengatakan

    kononnya SPR cuba memindahkan pengundi dari

    sesuatu kawasan ke kawasan lain. Kenyataan ini

    adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana kerangka

    undang-undang semasa tidak memberi kuasa kepada

    SPR untuk menukarkan alamat pusat mengundi

    seseorang pemilih berdaftar tanpa pemilih itu sendirimemohon untuk bertukar alamat pusat mengundi

    dengan mengisi Borang A (Borang Pendaftaran

    Pemilih). Menurut Fasal (4) Perkara 119 Perlembagaan

    Persekutuan, jika seseorang pemilih berdaftar tidak

    membuat apa-apa permohonan untuk bertukar pusat

    mengundi, maka namanya tetap disenaraikan di

    alamat asal tempat beliau mendaftar sebagai pemilih

    dengan SPR walaupun pada hakikatnya beliau telah

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    27/52

    21

    pun bermastautin di suatu tempat baru. Malahan

    mengikut subperaturan 12(1) dan (2) Peraturan-

    Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002,

    SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi

    seseorang pemilih berdaftar jika pemilih berkenaan

    telah pun mengisi Borang A yang ditetapkan oleh

    undang-undang pendaftaran pemilih.

    Walau bagaimanapun, bagi membolehkanpemilih berdaftar yang telah bertukar alamat

    bermastautin mengundi dengan lebih mudah dan

    selesa berdekatan dengan tempat tinggal masing-

    masing, SPR sentiasa menggalakkan mereka untuk

    membuat pertukaran alamat pusat mengundi. Setelah

    didaftarkan, haknya untuk mengundi di bahagian

    berkenaan tidak boleh dilucutkan, walaupun beliau

    telah berpindah ke tempat lain melainkan beliau

    sendiri memohon supaya namanya dipindahkan ke

    tempat mastautinnya yang baru.

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    28/52

    22

    10. ISU MENURUNKAN USIA SEBAGAI PEMILIH BERDAFTAR

    DARIPADA 21 TAHUN KEPADA 18 TAHUN

    Peruntukan Fasal (1) Perkara 119 Perlembagaan

    Persekutuan telah menetapkan seseorang warganegara

    berumur 21 tahun dan ke atas, menetap di mana-mana

    bahagian pilihan raya di Malaysia dan tidak hilang

    kelayakan sebagai pemilih, layak untuk mendaftar

    sebagai pemilih. Justeru itu, cadangan untuk

    menurunkan usia pengundi di bawah daripada usia

    yang telah ditetapkan tidak boleh dilakukan kecuali

    sekiranya pindaan Perlembagaan dibuat bagi tujuan

    tersebut.

    Pada masa ini kumpulan belia yang berusia 18

    tahun sebahagian besarnya masih berada di bangkupersekolahan atau pusat pengajian tinggi. Alamat

    mereka semasa menuntut mungkin tidak lagi sama

    dengan alamat yang terdapat dalam MyKad mereka,

    sekali gus boleh menyumbang kepada kemungkinan

    kegagalan mereka untuk mendaftar diri sebagai

    pemilih disebabkan alamat mereka yang berbeza

    dengan alamat asal. Dalam pada itu, sekiranya mereka

    berjaya mendaftar diri di alamat asal, kedudukan

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    29/52

    23

    mereka sebagai pelajar di alamat baru yang berjauhan

    dari alamat asal mungkin boleh menyumbang kepada

    kegagalan mereka untuk balik mengundi pada hari

    pengundian. Keadaan ini boleh menyumbang kepada

    peningkatan peratusan mereka yang gagal keluar pada

    hari pengundian.

    Seperkara lagi, apa yang turut dibimbangkan

    sekiranya usia pemilih berdaftar diturunkan daripada

    umur 21 tahun sekarang kepada umur 18 tahun ialah

    kemungkinan meningkatnya bilangan mereka yang

    gagal mendaftar sebagai pemilih. Pada masa ini

    seramai 3.9 juta rakyat Malaysia yang layak mendaftar

    sebagai pemilih masih gagal mendaftarkan diri mereka

    sebagai pemilih. Sekiranya langkah penurunan usia

    pemilih ini dilaksanakan dikhuatiri angka mereka yanggagal mendaftar sebagai pemilih akan meningkat

    berikutan seramai kira-kira setengah juta rakyat

    Malaysia akan melepasi had kelayakan usia minimum

    sebagai pemilih setiap tahun.

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    30/52

    24

    11. ISU PEMBERSIHAN DAFTAR PEMILIH

    Proses pembersihan Daftar Pemilih dilakukan setiap

    hari terhadap pemilih yang meninggal dunia, pemilih

    yang bertukar alamat, pemilih awam yang menyertai

    tentera atau polis, pemilih pos tentera atau polis yang

    bertukar menjadi pengundi awam dan pemilih yang

    hilang kelayakan sebagai pemilih berdaftar. Bagi kes

    pembersihan disebabkan kematian yang sering

    dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu, SPR tidak

    boleh memotong nama seseorang pemilih berdaftar itu

    tanpa mendapat maklumat yang sahih dan maklumat

    itu hanya dapat diperoleh daripada Jabatan

    Pendaftaran Negara (JPN). Oleh itu, kerjasama mana-

    mana waris simati untuk melaporkan kematian kepada

    Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan segeraserta membawa permit mengubur atau sebagainya

    sebagai bukti kematian bagi membolehkan JPN

    mengeluarkan Sijil Kematian kepada waris simati

    berkenaan dipohon.

    Jika waris simati tidak memperakukan

    kesahihan kematian tersebut kepada JPN, ataupun

    lewat melaporkan kematian tersebut, maka JPN tidak

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    31/52

    25

    dapat mengemaskini pangkalan data. Tanpa

    memperoleh pengesahan daripada JPN bahawa

    seseorang pemilih itu telah pun meninggal dunia, SPR

    tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama-

    nama pemilih berkenaan daripada pangkalan data

    Daftar Pemilih. Justeru itu, kerjasama waris-waris

    simati amat diperlukan untuk melaporkan kematian

    berkenaan kepada JPN dengan segera dan seterusnya

    membolehkan SPR mengambil tindakan susulan untuk

    mengeluarkan nama pemilih tersebut daripada Daftar

    Pemilih.

    12. ISU PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN-BAHAGIAN

    PILIHAN RAYA

    Urusan persempadanan semula bahagian-bahagianpilihan raya Parlimen dan Negeri adalah

    tanggungjawab SPR yang diperuntukkan di bawah

    Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.

    Dalam menjalankan urusan tersebut SPR perlu

    mematuhi Prinsip-Prinsip Persempadanan yang

    digariskan mengikut Bahagian I Jadual Ketiga Belas

    Perlembagaan Persekutuan. Prinsip-Prinsip

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    32/52

    26

    Persempadanan yang ditetapkan adalah seperti yang

    berikut:

    (i) Kemudahan diadakan bagi pemilih-pemilih untuk mengundi semasa

    pilihan raya dan bahagian pilihan raya

    tidak melanggar sempadan negeri;

    (ii) Mengambil kira kemudahanpentadbiran yang boleh didapati

    dalam bahagian pilihan raya itu untuk

    mengadakan jentera yang perlu bagi

    pendaftaran dan pengundian;

    (iii)Jumlah pemilih yang seimbang bagisetiap bahagian pilihan raya dalam

    sesuatu Negeri kecuali apabila

    terdapat kesukaran perhubungan dan

    pengangkutan yang dihadapi di luar

    bandar, luas bahagian pilihan raya

    patut diberi pertimbangan.

    Kriteria jumlah pemilih yang diguna

    pakai pada masa ini adalah seperti

    berikut;

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    33/52

    27

    Bahagian Pilihan Raya Parlimen:

    Luar bandar dan pedalaman:

    30,000 ke bawah

    Separuh bandar: 30,000 59,000

    Bandar: 60,000 ke atas

    Bahagian Pilihan Raya Negeri:

    Luar bandar dan pedalaman:

    15,000 ke bawah

    Separuh bandar : 15,000 24,000

    Bandar: 25,000 ke atas; dan

    (iv)mengekalkan perhubungan masyarakattempatan.

    Setelah lima kali urusan persempadanan

    dijalankan, ia tidak pernah melanggar Prinsip-Prinsip

    Persempadanan yang telah ditetapkan oleh

    Perlembagaan. Jika dilihat kepada persempadanan-

    persempadanan yang diwujudkan, tidak ada satu pun

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    34/52

    28

    sempadan bahagian pilihan raya yang melanggar

    sempadan negeri atau sempadan DUN yang melanggar

    sempadan Parlimen. Tindakan tersebut adalah selaras

    dengan Peruntukan yang ditetapkan oleh Seksyen 2(a)

    Bahagian I, Jadual Ketiga Belas Perlembagaan yang

    menyatakan di samping mengambil perhatian

    tentang wajarnya semua pemilih diberi peluang yang

    semusabahnya mudah untuk pergi mengundi,

    bahagian-bahagian pilihan raya patutlah

    disempadankan supaya tidak merentasi sempadan

    Negeri dan patutlah juga diberikan perhatian kepada

    kesulitan bahagian pilihan raya Negeri merentasi

    sempadan bahagian-bahagian pilihan raya

    persekutuan.

    Apa yang dilakukan ialah seboleh-bolehnyasesuatu bahagian pilihan raya itu, sama ada bahagian

    pilihan raya Parlimen atau Negeri, diletakkan dalam

    satu daerah pentadbiran yang sama kecuali bagi

    beberapa bahagian pilihan raya tertentu di mana

    jumlah pemilih yang berkurangan, terpaksa

    diwujudkan satu bahagian pilihan raya Parlimen dari

    dua daerah pentadbiran yang berlainan seperti Kulim/

    Bandar Baru, Tanjung Karang/ Kuala Selangor dan

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    35/52

    29

    banyak lagi bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen di

    Negeri Sabah dan Sarawak.

    Namun demikian tindakan ini dianggap tidak

    melanggar prinsip-prinsip persempadanan yang

    ditetapkan oleh Perlembagaan. Cuma dari segi

    pentadbiran, mungkin ada sedikit gangguan kepada

    Wakil Rakyat kerana mereka perlu menghadiri

    mesyuarat di lebih dari satu daerah pentadbiran.

    Berdasarkan kepada pengalaman, tidak ada masalah

    besar yang dihadapi oleh Wakil Rakyat atau pihak

    berkuasa pentadbiran daerah kerana masing-masing

    memahami serta faham tugas yang telah

    dipertanggungjawabkan kepada mereka.

    13. ISU TEMPOH BERKEMPEN

    Peruntukan undang-undang sedia ada memberikan

    kuasa kepada SPR untuk menentukan tempoh

    berkempen dengan syarat ia tidak kurang daripada

    tujuh hari. Dalam menentukan tempoh berkempen,

    SPR mengambil kira beberapa faktor seperti iklim

    politik, perihal keselamatan dan ketenteraman awam

    serta turut mengambil kira pandangan daripada parti-

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    36/52

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    37/52

    31

    membuat siasatan (termasuk mengenai isu rasuah dan

    politik wang).

    Andainya terdapat maklumat dan bukti-bukti

    prima facie yang kukuh mengenai perkara tersebut

    maka ia boleh dikemukakan kepada pihak yang

    bertanggungjawab seperti Suruhanjaya Pencegahan

    Rasuah Malaysia (SPRM) atau pihak Polis DiRaja

    Malaysia (PDRM) yang mempunyai kuasa perundangan

    untuk menyiasat (termasuk kes-kes berhubung dengan

    isu rasuah dan politik wang).

    Bagaimanapun, persoalan sama ada wujud

    sesuatu kesalahan sewaktu berkempen dan sama ada

    ia melanggar Akta 5 atau sebaliknya adalah

    merupakan persoalan fakta. Jika terdapat apa-apaaduan yang dibuat oleh mana-mana orang, fakta itu

    akan disiasat oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

    Jika mana-mana orang didakwa atas fakta itu, fakta

    itu perlu dibuktikan di mahkamah oleh pihak-pihak

    yang mendakwanya.

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    38/52

    32

    15. ISU KAWALAN PERBELANJAAN SEMASA PILIHAN RAYA

    Had perbelanjaan pilihan raya yang dibenarkan bagi

    seseorang calon bagi kerusi Parlimen pada masa ini

    adalah sebanyak RM 200,000.00 manakala bagi calon

    kerusi Dewan Undangan Negeri sebanyak RM

    100,000.00. Mengikut peruntukan Akta Kesalahan

    Pilihan Raya 1954 (Akta 5), semua perbelanjaan

    pilihan raya perlu dilakukan mengikut peraturan-

    peraturan yang telah ditetapkan dan penyata

    perbelanjaan perlu dihantar kepada SPR dalam

    tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya

    diwartakan.

    Di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

    tidak dinyatakan bahawa Penyata Perbelanjaan olehsetiap parti perlu diaudit secara bebas oleh Juru Audit

    Bertauliah sebelum ia diserahkan kepada SPR.

    Peraturan dan undang-undang Pilihan Raya yang sedia

    ada sudah mencukupi untuk memastikan pilihan raya

    berjalan dengan lancar, telus, adil dan bersih daripada

    sebarang penyelewengan dan rasuah.

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    39/52

    33

    16. ISU AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL

    Walaupun terdapat dakwaan mengatakan bahawa

    media arus perdana dilihat seolah-olah dikawal oleh

    parti pemerintah iaitu Barisan Nasional, parti

    pembangkang masih mendapat ruang kebebasan media

    apabila Kementerian Dalam Negeri masih memberikan

    permit yang diperuntukkan di bawah Akta Percetakan

    dan Penerbitan 1984, untuk menghebahkan manifesto

    dan menjana propaganda mereka menerusi akhbar

    parti masing-masing. Di samping itu, parti

    pembangkang juga telah mendapat keuntungan

    daripada kemunculan arus media baru (the emergence

    of new media) yang didapati secara umumnya banyak

    mendukung ideologi dan pemikiran ala politik baru.

    Namun begitu, perlu diingatkan bahawa

    kebebasan media bukanlah mutlak walaupun golongan

    pemainnya beranggapan bahawa kebebasan individu,

    kebebasan bersuara dan media adalah hak asasi. Ini

    kerana ia masih terikat dan tertakluk kepada had yang

    ditetapkan oleh undang-undang (Akta Mesin Cetak dan

    Penerbitan 1984) yang dikawal oleh Kementerian

    Dalam Negeri yang mana kebebasan media dibenarkan

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    40/52

    34

    selagi ia tidak bermaksud untuk memfitnah, menghina

    dan mengaibkan seseorang atau sesuatu kumpulan

    yang boleh menggugat kesejahteraan dan keharmonian

    masyarakat seperti yang dihasratkan di dalam Fasal (1)

    dan (2) Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang

    menyatakan Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)

    (a)tiap-tiap warganegara berhak kepadakebebasan bercakap dan bersuara;

    (b)semua warganegara berhak untukberhimpun secara aman dan tanpa

    senjata;

    (c) semua warganegara berhak untukmembentuk persatuan.

    17. ISU KEADILAN DALAM PETISYEN PILIHAN RAYA

    Dalam menjamin sistem pilihan raya yang telus dan

    adil, Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan

    membenarkan pihak-pihak yang tidak berpuas hati

    dengan keputusan pilihan raya yang dikendalikan oleh

    SPR untuk mengemukakan petisyen pilihan raya

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    41/52

    35

    kepada mana-mana Mahkamah Tinggi yang mempunyai

    bidang kuasa di tempat pilihan raya diadakan.

    Dalam hal yang sama, jika ada mana-mana

    pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang

    dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, mereka boleh

    mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan

    dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan dibuat.

    Sebagai sebuah badan bebas yang

    diamanahkan bagi mengendalikan sesuatu pilihan

    raya, SPR tidak mempunyai apa-apa kuasa atau

    sebarang hak untuk terlibat atau mempengaruhi

    sebarang keputusan berkaitan petisyen yang

    dikemukakan yang mana ia terletak sepenuhnya di

    bawah kuasa Hakim Mahkamah Tinggi dan MahkamahPersekutuan.

    18. ISU HAK UNTUK MEMANTAU PILIHAN RAYA

    Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan

    Raya) 1981 memperuntukkan hanya SPR diberi kuasa

    untuk menentukan mereka yang boleh diberi

    kebenaran untuk masuk ke kawasan larangan seperti

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    42/52

    36

    Pusat Penamaan calon, Pusat-pusat Mengundi dan

    Pusat Penjumlahan Rasmi Undi. Dalam keadaan ini,

    bagi mana-mana persatuan atau pertubuhan yang

    berminat untuk menjadi pemerhati atau pemantau

    bagi sesuatu pilihan raya, maka perlu mendapat

    kebenaran dari SPR terlebih dahulu dan sebarang

    kelulusan yang diberikan adalah tertakluk kepada apa-

    apa peraturan dan garis panduan yang disediakan oleh

    SPR bagi sesuatu pilihan raya bagi memastikan sesuatu

    pilihan raya dapat berjalan dengan lancar tanpa

    gangguan daripada mana-mana pihak.

    Sehubungan ini, SPR pernah memberi

    akreditasi kepada MAFREL sebagai pemerhati pilihan

    raya semasa PRU-12 pada 8 Mac 2008, diikuti

    kemudiannya dengan beberapa pilihan raya kecil yang

    berlangsung dalam tahun 2009. Bagaimanapun,

    MAFREL telah gagal mengemukakan beberapa laporan

    pemantauannya sepertimana yang termaktub dalam

    syarat-syarat pelantikan badan tersebut sebagai

    pemerhati pilihan raya. Malah, MAFREL juga didapati

    telah melanggar beberapa syarat lain yang telah

    ditetapkan seperti membuat kenyataan mediamengenai pemerhatian pilihan raya tanpa

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    43/52

    37

    pengetahuan SPR. Ekoran dari kesalahan-kesalahan

    tersebut, SPR telah tidak lagi melantik MAFREL

    menjadi pemerhati pada beberapa pilihan raya kecil

    yang berlangsung dalam tahun 2009 hingga ke awal

    2011. SPR berpandangan, sesebuah badan pemerhati

    pilihan raya mestilah bersifat non-partisan serta

    mempunyai kredibiliti dan integritinya yang tersendiri.

    Setakat ini, SPR belum bercadang untuk

    membenarkan pemantau antarabangsa memantau

    urusan penjalanan pilihan raya di negara ini

    memandangkan SPR pada masa ini telah membenarkan

    ejen calon yang bertanding untuk menyaksikan secara

    telus proses pilihan raya yang berlangsung seperti

    proses pengundian dan pengiraan undi.

    19. ISU PILIHAN RAYA YANG BEBAS DAN ADIL

    Semenjak merdeka 54 tahun yang lalu, Malaysia telah

    mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja

    Berperlembagaan. Dengan kata lain, kita mempunyai

    sistem, dasar dan undang-undang yang telah sekian

    lama digariskan, yang perlu kita ikut dan patuh, untukmemastikan demokrasi dan hak-haknya dilaksanakan

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    44/52

    38

    mengikut kehendak rakyat terbanyak (the majority),

    melalui keputusan suara mereka yang diwakilkan atau

    Wakil Rakyat di dalam Parlimen.

    Wakil rakyat pula dipilih melalui sistem pilihan

    raya yang juga telah diasaskan semenjak 54 tahun

    yang lalu, yang berteraskan kepada tiga prinsip utama

    seperti berikut :-

    (a) Berasaskan kepada sistem First PastThe Post ataupun majoriti mudah. Ini

    bermakna mana-mana calon yang

    memperoleh undi yang terbanyak akan

    diisytiharkan sebagai calon yang

    menang walaupun beliau hanya

    mendapat kelebihan satu undimengatasi calon lawannya yang lain;

    (b) Berasaskan kepada pemilihan seorangpewakilan bagi setiap bahagian pilihan

    raya (Single Member Territorial

    Representation) sama ada bagi

    bahagian pilihan raya Parlimen atau

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    45/52

    39

    bahagian pilihan raya Dewan

    Undangan Negeri (DUN); dan

    (c) Berasaskan kepada sistem penyertaanpelbagai parti politik dan pihak-pihak

    yang layak bertanding dalam sesuatu

    pilihan raya (Multi Party Electoral

    System).

    SPR ditubuhkan mengikut Perkara 114

    Perlembagaan Persekutuan. Perkara 113

    Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan fungsi

    utama SPR adalah seperti yang berikut:

    (a) menjalankan pilihan raya umum keDewan Rakyat dan Dewan UndanganNegeri, dan menjalankan pilihan raya

    kecil sekiranya berlaku kekosongan;

    (b) menjalankan urusan pendaftaranpemilih dan semakan daftar pemilih;

    dan

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    46/52

    40

    (c) membuat kajian dan persempadanansemula Bahagian-bahagian Pilihan

    Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak

    kurang daripada lapan tahun selepas

    tarikh siapnya urusan kajian dan

    persempadanan semula yang

    terdahulu.

    Sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas,

    keputusan SPR tidak dipengaruhi oleh sesiapapun.

    Dalam melaksanakan fungsi-fungsinya, SPR

    berlandaskan kerangka undang-undang yang sedang

    berkuat kuasa sekarang seperti berikut;

    (a) Perlembagaan Persekutuan (Perkara113-120);

    (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954(Akta 5);

    (c) Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19);(d) Peraturan-peraturan Pilihan Raya

    (Penjalanan Pilihan Raya) 1981;

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    47/52

    41

    (e) Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Pendaftaran Pemilih) 2002; dan

    (f) Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Pengundian Pos) 2003.

    Ketelusan SPR dalam menjalankan pilihan raya

    boleh dilihat di berbagai-bagai peringkat seperti

    ketelusan semasa proses penamaan calon, semasa

    tempoh berkempen, semasa hari pengundian, semasa

    proses pengiraan kertas undi dijalankan dan juga

    semasa mengisytiharkan pemenang bagi parti yang

    bertanding.

    Dalam hal ini juga perlu disebut bahawa SPR

    telah membuktikan kewibawaannya melalui

    pengendalian 12 Pilihan Raya Umum (PRU) semenjak

    tahun 1959. Ini termasuklah PRU Ke-12 pada Mac 2008

    yang menyaksikan pihak pembangkang telah

    memenangi 82 daripada 222 kerusi parlimen yang

    dipertandingkan, di samping menguasai pemerintahan

    empat buah Kerajaan Negeri yang baru selain

    mengekalkan pemerintahan di Kelantan. Sementaraitu, daripada 16 Pilihan Raya Kecil yang diadakan

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    48/52

    42

    selepas PRU Ke-12 pula, lapan daripadanya telah

    dimenangi oleh pihak pembangkang.

    Kesemua ini meyakinkan rakyat bahawa sistem

    pilihan raya yang diguna pakai sekarang adalah sistem

    yang berwibawa (credible election), bebas dan adil.

    Ini kerana, keputusan-keputusan pilihan raya telah

    diterima secara sah (legitimate) oleh semua pihak

    sama ada pihak Kerajaan mahupun pihak

    pembangkang, yang telah membawa kepada

    pembentukan kerajaan yang diiktiraf.

    20. ISU PILIHAN RAYA PIHAK BERKUASA TEMPATAN

    PERLU DIADAKAN SEMULA OLEH SPR

    Fasal (4) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuanmemperuntukkan bahawa undang-undang persekutuan

    atau negeri boleh memberi kuasa kepada Suruhanjaya

    Pilihan Raya untuk menjalankan pilihan raya selain

    pilihan raya yang disebut dalam Fasal (1) Perkara 113

    Perlembagaan Persekutuan.

    Undang-undang persekutuan yang berkaitan

    dengan pilihan raya kerajaan tempatan ialah Akta

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    49/52

    43

    Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960 [Akta 473].

    Bahagian V Akta 473 mempunyai peruntukan mengenai

    kuasa SPR untuk menyelia pilihan raya bagi melantik

    Anggota Majlis sesuatu pihak berkuasa tempatan.

    Walau bagaimanapun, semua peruntukan berhubung

    dengan pilihan raya kerajaan tempatan dalam Akta

    473 telah dimansuhkan dan dihentikan kuat kuasanya

    atau terhenti mempunyai kesan oleh subseksyen 15(1)

    Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].

    Dengan termansuh dan terhentinya kuat kuasa

    dan kesan bagi apa-apa peruntukan berhubung dengan

    pilihan raya kerajaan tempatan di bawah Akta 473,

    seksyen 10 Akta 171 menghendaki keanggotaan

    sesuatu Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dibuat

    secara pelantikan (by appointment).

    Jika mana-mana Kerajaan Negeri bercadang

    untuk mengadakan semula pilihan raya Pihak Berkuasa

    Tempatan (PBT), suatu keputusan dasar hendaklah

    dibuat terlebih dahulu bagi menentukan sama ada

    pilihan raya PBT hendak diadakan semula atau

    sebaliknya. Walau bagaimanapun, bidang kuasa bagi

    mana-mana negeri yang berkenaan adalah tertakluk

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    50/52

    44

    kepada Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT)

    (National Council for Local Government) yang

    ditubuhkan mengikut perkara 95A Perlembagaan

    Persekutuan. Berdasarkan kepada Perkara 95A

    Perlembagaan Persekutuan, walaupun kerajaan

    tempatan terletak di bawah bidang kuasa negeri

    masing-masing, apa-apa perkara yang melibatkan

    perubahan dasar dan perundangan mengenainya

    adalah tertakluk kepada kelulusan MNKT.

    Urus Setia

    Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    51/52

    45

  • 8/3/2019 Penjelasan Isu Pilihan Raya

    52/52