laporan mingguan perhimpunan rasmi (31 mac 2014)

3
SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA (MIS) MIRI JALAN PUJUT PADANG KERBAU 98000 MIRI LAPORAN MINGGUAN PERHIMPUNAN RASMI 2014 TARIKH: 31 MAC 2014 HARI: ISNIN MASA: 7.00-7.30 PAGI TEMPAT: DEWAN IBNU KHALDUN SK AGAMA (MIS) MIRI PERKARA: 1.0 Pengumuman Hari Lahir Guru Cikgu Dayang Asrina selaku wakil jawatankuasa wakil kelab guru mengumumkan hari lahir guru dan meminta Guru Besar, En. Zaidi menyampaikan hadiah kepada guru berikut: 1.1 Cikgu Sabri (29 Mac) 1.2 Cikgu Muhamad Auzani (30 Mac) 2.0 Ucapan Penolong Kanan Ko-kurikulum 2.1 Cikgu Sarbini menegaskan kemenjadian murid bukan sahaja dalam bidang akademik malah dalam bidang ko- kurikulum juga. Murid-murid boleh menunjukkan potensi mereka dalam 3 komponen utama ko-kurikulum iaitu di dalam unit beruniform, kelab atau persatuan dan sukan.

Upload: amd8

Post on 25-Nov-2015

28 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

dokumentasi sekolah kluster kecemerlangan

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA (MIS) MIRIJALAN PUJUT PADANG KERBAU98000 MIRI

LAPORAN MINGGUAN PERHIMPUNAN RASMI 2014

TARIKH:31 MAC 2014HARI:ISNINMASA:7.00-7.30 PAGITEMPAT:DEWAN IBNU KHALDUN SK AGAMA (MIS) MIRI

PERKARA:1.0 Pengumuman Hari Lahir GuruCikgu Dayang Asrina selaku wakil jawatankuasa wakil kelab guru mengumumkan hari lahir guru dan meminta Guru Besar, En. Zaidi menyampaikan hadiah kepada guru berikut:

1.1 Cikgu Sabri (29 Mac)1.2 Cikgu Muhamad Auzani (30 Mac)

2.0 Ucapan Penolong Kanan Ko-kurikulum2.1 Cikgu Sarbini menegaskan kemenjadian murid bukan sahaja dalam bidang akademik malah dalam bidang ko-kurikulum juga. Murid-murid boleh menunjukkan potensi mereka dalam 3 komponen utama ko-kurikulum iaitu di dalam unit beruniform, kelab atau persatuan dan sukan.2.2 Beliau memaklumkan seorang murid SK Agama (MIS) Miri telah mencapai kejayaan yang sangat cemerlang di dalam sukan renang di mana adik Mohd Naqib telah mewakili Sarawak di dalam Kejohanan Renang Peringkat Kebangsaaan. Kejohanan tersebut berlangsung pada cuti pertengahan semester yang lalu di Negeri Selangor Darul Ehsan.2.3 Berikut merupakan keputusan yang diperolehi beliau:2.3.1 Pingat Emas Acara Berpasukan2.3.2 Pingat Perak Kuak Lentang2.3.3 Pingat Gangsa Gaya Bebas2.3.4 Pingat

3.0 Ucapan Guru Besar3.1 En. Zaidi memberi kata-kata aluan dengan mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang menyambut hari lahir dan kepada adik Mohb Naqib kerana telah berjaya dengan cemerlang dalam acara renang yang disertainya.3.2 Guru Besar mengingatkan tentang tanggungjawab diri sendiri dan berusaha melakukan sesuatu perkara dengan sebaik yang mungkin dan secara berterusan.3.3 Beliau turut memaklumkan kepada semua guru bahawa terdapat dua orang guru yang akan bertugas setiap hari memantau perhimpunan di dalam dewan. Manakala guru bertugas mingguan terlibat dengan Program Guru Penyayang dan perlu berada berhampiran Kelas 6A.3.4 En. Zaidi memberitahu terdapat guru yang masih belum mengisi markah di dalam sistem SAPS.3.5 Guru perlu melengkapkan data EMIS yang berkaitan bagi membolehkan pelaksanaan sistem e-Operasi di mana guru yang ingin mengisi eg-Tukar perlu memastikan e-Operasi telah dilengkapkan.3.6 Beliau memperkenalkan guru-guru yang menjalani praktikum dan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kepada guru-guru dan para murid. En. Zaidi berharap semua pihak dapat memberi kerjasama kepada mereka.3.7 Guru Besar memaklumkan soal selidik sarana ibu bapa akan diberi pada 30 April dan 15 November tahun ini.3.8 Guru-guru perlu mengemaskini sistem SPLG pada 4 April, 4 Julai, 3 Oktober 2014 dan 2 Jan 2015.3.9 Belia juga memberitahu terdapa surat jemputan bagi pertandingan bercerita yang akan diadakan di SJK (C) Chung Hwa Krokop.3.10 En. Zaidi berharap guru-guru dan para murid memastikan setiap tanggunggjawab diganding bersama bagi kegemilangan SK Agama (MIS) Miri.

4.0 Lampiran

Penyampaian hadiah kepada Mohb Naqib B. Rosli oleh Tuan Guru Besar Encik Zaidi B. Abdul Hamid

Disediakan oleh;Disahkan oleh;

......................................... ...........................................(ANEEZA BT. BAHARUM SHAH) (PUAN FAUZIA BT. ETAYI KANDI HASSAN) Penolong Kanan HEM SK Agama (MIS) Miri