laporan lawatan sk muhamadiyah to sk kg raja.docx

4
LAPORAN LAWATAN PERTUKARAN PELAJAR/SISWA DARI SD MUHAMMADIAH Tarikh : 10 MAC 2015 Tempat : Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut. Pihak sekolah telah melaksanakan Program lawatan pertukaran pelajar/siswa dari SD Muhammadiah di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut. Program ini berlangsung pada hasi selasa. Kami sebagai guru pelatih yang mejalani praktikum fasa 3 di sekolah tersebut turut terlibat dalam program ini, kami melaksanakan tugasan ini untuk membantu mereka menjayakan program ini samping mendapatkan pengalaman untuk menganjurkan aktiviti seumpama ini di sekolah nanti. Pihak sekolah dan kami diberi taklimat tentang tugasan yang kami harus melakukan semasa program lawatan tersebut berlangsung. Kami telah mengadakan perjumpaan dan berbincang tentang perkara- perkara yang perlu diuruskan dalam program yang akan dijalankan. Pada mulanya, kami bersama guru membincang dan memilih ahli jawatankuasa. Kami 5 orang guru pelatih telah diberikan tugasan sebagai ajk kawalan murid semasa program tersebut berlangsung. Selepas pemilihan jawatan kuasa, semua guru dan pihak sekolah bekerjasama untuk menyediakan persembahan murid, menjalankan raptai dengan murid-murid, sediakan barang-barang

Upload: sivaseharan-gunaseharan

Post on 06-Dec-2015

244 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN LAWATAN SK MUHAMADIYAH TO SK KG RAJA.docx

LAPORAN LAWATAN PERTUKARAN PELAJAR/SISWA

DARI SD MUHAMMADIAH

Tarikh : 10 MAC 2015

Tempat : Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut.

Pihak sekolah telah melaksanakan Program lawatan pertukaran pelajar/siswa

dari SD Muhammadiah di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut. Program ini

berlangsung pada hasi selasa. Kami sebagai guru pelatih yang mejalani praktikum fasa

3 di sekolah tersebut turut terlibat dalam program ini, kami melaksanakan tugasan ini

untuk membantu mereka menjayakan program ini samping mendapatkan pengalaman

untuk menganjurkan aktiviti seumpama ini di sekolah nanti.

Pihak sekolah dan kami diberi taklimat tentang tugasan yang kami harus

melakukan semasa program lawatan tersebut berlangsung. Kami telah mengadakan

perjumpaan dan berbincang tentang perkara-perkara yang perlu diuruskan dalam

program yang akan dijalankan. Pada mulanya, kami bersama guru membincang dan

memilih ahli jawatankuasa. Kami 5 orang guru pelatih telah diberikan tugasan sebagai

ajk kawalan murid semasa program tersebut berlangsung.

Selepas pemilihan jawatan kuasa, semua guru dan pihak sekolah bekerjasama

untuk menyediakan persembahan murid, menjalankan raptai dengan murid-murid,

sediakan barang-barang yang diperlukan, menghiasi dewan dengan bunga dan

sebagainya. Kami juga turut membantu mereka untuk membuat persiapan.

Page 2: LAPORAN LAWATAN SK MUHAMADIYAH TO SK KG RAJA.docx

Pada hari program lawatan pertukaran pelajar/siswa dari SD Muhammadiah

berlangsung, kami guru pelatih bersama guru yang bertugasan mengaturkan murid-

murid tahun 1 sehingga tahun 4 dalam 2 barisan panjang. Kami mengedarkan bendera

malaysia dan bendera Indonesia kepada murid-murid untuk kibarkan semasa pelawat

masuk ke dalam sekolah sebagai tanda penghormatan.selain itu, terdapat juga paluan

kompang dan dan bunga manggar untuk menjemput mereka ke sekolah. Kami guru

pelatih menjaga murid-murid tersebut supaya tidak bising dan berkelakuan baik serta

membantu untuk berdiri dalam barisan mereka. Selepas itu, bekas pelajar SK Kampung

Raja telah mempersembahkan silat di depan pelawat bagi memperkenalkan tradisi seni

pertahanan diri melayu kepada mereka.

Pada pukul 10.00 pagi rombongan pelajar dari Indonesia mengadakan sarapan

padi di Dewan Ulul Albab. Selepas itu, mereka bergerak ke dewan hj rosli lalu program

mula berlangsung seperti dirancangkan. Program tersebut bermula dengan bacaan doa

oleh Ustazah dan ucapan aluan pengerusi majlis. Guru besar Sekolah Kebangsaan

Kampong Raja telah memberikan ucapan kepada murid-murid dan rombongan tentang

sekolah tersebut dan tradisi yang diamalkan.

Page 3: LAPORAN LAWATAN SK MUHAMADIYAH TO SK KG RAJA.docx

Tarian tradisional seperti tarian ulik mayang, persembahan dikir barat, tampilan

tapak suci dipersembahkan oleh murid-murid di atas pentas dewan. Rombongan

daripada Jakarta Indonesia dapat berkongsi idea, ilmu tentang tradisional di

Terengganu, makanan, cara mengurus sekolah SPBT dan sebagainya. Mereka juga

turut berkongi budaya mereka yang biasa dilaksanakan di sekolah mereka iaitu tarian

SMUTS. Tarian SMUTS dijalankan setiap hari di sekolah mereka pada permulaan

sekolah bagi memberikan motivasi serta mencergaskan badan murid-murid dan guru-

guru di sekolah SD Muhamaddiyah tersebut. semua guru dan kami guru pelatih turut

melihat persembahan-persembahan murid sambil menjaga disiplin murid-murid di

bawah pentas bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.

Pada akhir program lawatan siswa/pelajar, guru besar telah menyerahkan

cenderamata kepada rombongan pelajar dari Indonesia sebagai kenangan dan

penghormatan dari SK Kampong Raja. Wakil guru daripada rombongan tersebut

bersama guru besar telah menandatangani MOA sebagai tanda lawatan ke sekolah ini.

Pada pukul 1.30 tengah hari pihak sekolah dan rombongan pelajar serta guru-guru

mereka makan makanan tengah hari di Dewan Ulul Albab.