laporan lawatan sambil belajar ke bangunan kembar petronas kuala lumpur - darjah 4

2
Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Bangunan Kembar Petronas Kuala Lumpur Pada 11 August 2010, Persatuan Bahasa Melayu SJK © Pei Hwa telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur. Seramai 35 orang murid telah menyertai lawatan ini dan diiringi oleh tiga orang guru. Kami bertolak pada pukul 5.30 pagi dari sekolah dan tiba di destinasi pada pukul jam 9.30 pagi. Kami disambut mesra oleh Pengurus Menara Berkembar Petronas, Encik Abd Yunus bin Ismail dan diberi taklimat oleh petugas-petugas di situ diikuti dengan tayangan dokumentari tentang sains, pameran kehidupan zaman dahulu iaitu dinasor, maklumat tentang penemuan sains dan banyak lagi. Kami berasa bangga kerana berpeluang melihat Menara Berkembar Petronas yang tertinggi di dunia. Kami meneruskan lawatan ke Taman Rama-Rama Kuala Kumpur. Kami dapat melihat dan mempelajari pelbagai jenis rama-rama. Kelihatan rama-rama berterbangan ke sana sini. Kami berasa terhibur dengan keadaan di situ. Sebelum pulang, rombongan kami singgah ke Planetarium Negara. Pelbagai kemudahan seperti Taman Balaicerap Purba,Taman Istirehat bertema Angkasa dan pendidikan berkenaan bidang sains dan teknologi telah mengkagumi kami. Pada kira-kira pukul 2 petang, kami pun bertolak pulang. Lawatan ini berjaya membuka mindaku supaya lebih cenderung dengan kemajuan teknologi terkini dan meningkatkan pengetahuanku tentang kehidupan manusia pada zaman silam. Kuala Lumpur wajar menjadi kebanggaan rakyat jelata. Persatuan Bahasa Malayu bercadang akan mengadakan aktiviti menarik seperti ini pada masa akan datang. Disediakan oleh,

Upload: amy-tan

Post on 21-Jun-2015

2.858 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Bangunan Kembar Petronas Kuala Lumpur - Darjah 4

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Bangunan Kembar Petronas Kuala Lumpur

Pada 11 August 2010, Persatuan Bahasa Melayu SJK © Pei Hwa telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur. Seramai 35 orang murid telah menyertai lawatan ini dan diiringi oleh tiga orang guru.

Kami bertolak pada pukul 5.30 pagi dari sekolah dan tiba di destinasi pada pukul jam 9.30 pagi. Kami disambut mesra oleh Pengurus Menara Berkembar Petronas, Encik Abd Yunus bin Ismail dan diberi taklimat oleh petugas-petugas di situ diikuti dengan tayangan dokumentari tentang sains, pameran kehidupan zaman dahulu iaitu dinasor, maklumat tentang penemuan sains dan banyak lagi. Kami berasa bangga kerana berpeluang melihat Menara Berkembar Petronas yang tertinggi di dunia.

Kami meneruskan lawatan ke Taman Rama-Rama Kuala Kumpur. Kami dapat melihat dan mempelajari pelbagai jenis rama-rama. Kelihatan rama-rama berterbangan ke sana sini. Kami berasa terhibur dengan keadaan di situ.

Sebelum pulang, rombongan kami singgah ke Planetarium Negara. Pelbagai kemudahan seperti Taman Balaicerap Purba,Taman Istirehat bertema Angkasa dan pendidikan berkenaan bidang sains dan teknologi telah mengkagumi kami.

Pada kira-kira pukul 2 petang, kami pun bertolak pulang. Lawatan ini berjaya membuka mindaku supaya lebih cenderung dengan kemajuan teknologi terkini dan meningkatkan pengetahuanku tentang kehidupan manusia pada zaman silam. Kuala Lumpur wajar menjadi kebanggaan rakyat jelata.

Persatuan Bahasa Malayu bercadang akan mengadakan aktiviti menarik seperti ini pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

(GINA ONG)Setiausaha,Persatuan Bahasa Melayu.