kerja-kerja penyelenggaraan landskap, dan pembersihan...

20
0 Spesifikasi Kerja-kerja Penyelenggaraan Landskap & Kebersihan SPESIFIKASI KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN KAWASAN DI ZON 1 UNTUK TEMPOH 2 TAHUN BIL PERKARA MUKA SURAT A PEMATUHAN KEPADA SYARAT KONTRAK 1 - 2 B PENILAIAN PRESTASI KONTRAKTOR 3 C SKOP UTAMA KERJA PENYELENGGARAAN 4 D SPESIFIKASI KERJA PENYELENGGARAAN 1. LANDSKAP LEMBUT 5 - 6 2. LANDSKAP KEJUR 7 3. PENYELENGGARAAN RUMPUT & KEBERSIHAN 7 - 10 4. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK 11-12 E WANG PERUNTUKAN SEMENTARA 13 F MEMUNGKIRI PERJANJIAN (BREACH OF CONTRACT) 14 G KADAR DENDA 14

Upload: doanthien

Post on 01-Feb-2018

425 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN ...kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga/Archive/MPPGDocuments/Tender/... · bilangan hari dan jenis kerja di tapak. 4. ... menyediakan

0

Spesifikasi Kerja-kerja Penyelenggaraan Landskap & Kebersihan

SPESIFIKASI KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP,

DAN PEMBERSIHAN KAWASAN DI ZON 1 UNTUK TEMPOH 2 TAHUN

BIL

PERKARA MUKA SURAT

A

PEMATUHAN KEPADA SYARAT KONTRAK 1 - 2

B

PENILAIAN PRESTASI KONTRAKTOR 3

C

SKOP UTAMA KERJA PENYELENGGARAAN 4

D

SPESIFIKASI KERJA PENYELENGGARAAN 1. LANDSKAP LEMBUT

5 - 6

2. LANDSKAP KEJUR 7

3. PENYELENGGARAAN RUMPUT & KEBERSIHAN

7 - 10

4. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK 11-12

E

WANG PERUNTUKAN SEMENTARA 13

F

MEMUNGKIRI PERJANJIAN (BREACH OF CONTRACT)

14

G KADAR DENDA 14

Page 2: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN ...kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga/Archive/MPPGDocuments/Tender/... · bilangan hari dan jenis kerja di tapak. 4. ... menyediakan

1

Spesifikasi Kerja-kerja Penyelenggaraan Landskap & Kebersihan

A. PEMATUHAN KEPADA SYARAT KONTRAK

1. Kontraktor hendaklah menyediakan anggota pekerja yang mencukupi sebagaimana yang dicadangkan di dalam tawaran bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sepanjang tempoh kontrak yang telah ditetapkan. MPPG berhak supaya pekerja yang tidak memuaskan dalam membuat kerja-kerja dikenakan teguran, surat / memo arahan atau disarankan agar diberhentikan dari membuat kerja. Tingkah laku pekerja-pekerja perlu dijaga dan menjadi tanggungjawab pihak kontraktor mengawasi pekerja-pekerjanya.

2. Kontraktor hendaklah melantik penyelia tapak sepenuh masa yang berkelayakan dan komited untuk memantau , mengawasi serta membuat laporan harian kerja-kerja di tapak sepanjang ketiadaannya atau penerima arahan dari pegawai penguasa / wakilnya mengenai perlaksanaan hasil kerja ditapak.

3. Kontraktor dikehendaki menyediakan kenderaan sendiri bagi tujuan pengawasan tapak dan lori 1 tan setiap hari bagi mana-mana kerja pengangkutan yang hendak dijalankan termasuk membuat lawatan di tapak kerja. Ketiadaan kelengkapan tersebut, boleh dikenakan denda mengikut bilangan hari dan jenis kerja di tapak.

4. Kontraktor / Pegawai Penguasa atau wakilnya boleh mengaturkan lawatan bersama pada bila-bila masa apabila terdapat arahan atas lawatan pemeriksaan tapak.

5. Pegawai penguasa atau wakilnya akan menjalankan pemeriksaan di tapak bagi tujuan pengesahan dan penerimaan kerja. Jika kerja tidak memuaskan kontraktor akan diarahkan untuk membaiki semula. KOS PEMBAIKAN ADALAH MENJADI TANGGUNGAN KONTRAKTOR.

6. Kontraktor dikehendaki menyediakan laporan kerja harian dalam bentuk ‘CARBONISE’ dan buku tersebut hendaklah diperiksa dan disahkan oleh Penolong Arikitek Landskap / Penolong Pegawai Pertanian / Juruteknik Landskap (jika ada).

7. Kontraktor adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa jua kerosakan harta benda milik MPPG yang berlaku akibat kecuaian kontraktor. Kontraktor hendaklah memperbaiki dengan kos sendiri, mengganti atau membayar kos gantirugi kepada MPPG.

8. Bagi upacara-upacara / aktiviti rasmi di kawasan penyelenggaraan, kontraktor diwajibkan menyediakan satu pasukan khas untuk membuat kerja-kerja pembersihan (kakitangan standby) sekurang-kurangnya 3 orang tanpa melibatkan pekerja sediada. Pasukan khas ini akan membuat persiapan untuk kerja-kerja sebelum, semasa dan selepas majlis selesai. Kegagalan pihak kontraktor akan dikenakan denda mengikut bilangan hari yang ditetapkan. TIADA KOS TAMBAHAN DIBERIKAN.

9. Sekiranya kontraktor tidak dapat menjalankan kerja pada hari cuti-cuti hujung minggu @ cuti

umum, pihak kontraktor perlu memohon secara bertulis kepada Pegawai Penguasa / wakilnya tiga

hari sebelum cuti tersebut. Kegagalan pihak kontraktor akan dikenakan denda jika di tapak

kekurangan pekerja dan kerja yang perlu dilaksanakan tidak berkualiti.

Page 3: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN ...kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga/Archive/MPPGDocuments/Tender/... · bilangan hari dan jenis kerja di tapak. 4. ... menyediakan

2

Spesifikasi Kerja-kerja Penyelenggaraan Landskap & Kebersihan

10. Kontraktor dikehendaki menyediakan perkhidmatan yang bermutu tinggi dan memuaskan,

memastikan keadaan tapak atau kawasan penyelenggaraan sentiasa bersih seperti tiada rumput liar

tumbuh di pangkal pokok pokok , sisa sisa tanaman bersepah atau apa-apa yang boleh menjadikan

kawasan penyelenggaraan menjadi tidak memuaskan. Pegawai Penguasa atau wakilnya berhak

mengarahkan kontraktor melakukan semula kerja tanpa tambahan kos.

11. Setiap kerja mestilah dilakukan sehingga mencapai tahap kualiti ditetapkan. Sekiranya kontraktor

tidak mencapai tahap kualiti yang baik secara berterusan, surat peringatan 1,2 dan 3 akan

dikeluarkan bagi memperbaiki mutu kerja yang kurang memuaskan.

12. Pihak kontaktor juga diwajibkan bagi mengadakan pakaian seragam bagi pekerja-pekerja

kontraktor dengan menggunakan format baju yang telah ditetapkan (seperti dilampiran).

13. Kontraktor perlulah menyediakan satu jadual kerja dan mengetahui mengenai di mana dan apa-apa

kerja yang sedang dijalankan. Salinan hendaklah diberikan kepada jabatan / bahagian. Wakil atau

penyelia hendaklah membuat pemeriksaan harian terhadap tapak kerja serta memberitahu kepada

pegawai penguasa atau wakilnya sekiranya terdapat masalah yang tidak dapat diatasi.

14. Wakil atau penyelia yang dilantik hendaklah sekurang-kurangnya berpengalaman 4 hingga 5 tahun

dalam bidang landskap / pertanian atau hortikultur. Sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia

atau Diploma dalam bidang pertanian, Landskap dan seumpamanya.

KESEMUA SIJIL-SIJIL ATAU SURAT-SURAT YANG BERKAITAN DENGAN CALON BERKENAAN

HENDAKLAH DISERTAKAN BERSAMA-SAMA DENGAN DOKUMEN TAWARAN YANG

DISERAHKAN

15. Penyelia hendaklah dibekalkan dengan alat perhubungan (telefon bimbit) supaya mudah dihubungi

pada bila-bila masa dan mempunyai kebolehan membuat laporan tapak, dan mampu

melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengan kontrak ini.

16. Penyelia tapak hendaklah hadir ke mesyuarat tapak apabila dikehendaki selain daripada kontraktor

sendiri. Penyelia juga mestilah mengetahui bilangan pekerja pada setiap hari dan pengesahan

bilangan pekerja akan disemak oleh Penolong Arkitek Landskap / Penolong Pegawai Pertanian

Juruteknik Landskap sahaja.

17. Kontraktor dikehendaki menyediakan pekerja secukupnya setiap hari sebagaimana kehendak yang

ditetapkan oleh MPPG bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan. Kegagalan kontraktor

membekal pekerja secukupnya, boleh dikenakan denda. Kontarktor diwajidkan menyediakan

sebanyak 1 orang penyelia tetap, 4 orang buruh landskap (min.), 4 orang buruh pembersihan

kawasan (min), 4 orang buruh pemotongan rumput (min.), dan lain-lain keperluan buruh mengikut

keadaan semasa dan arahan semasa dari pegawai penguasa atau wakilnya.

Page 4: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN ...kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga/Archive/MPPGDocuments/Tender/... · bilangan hari dan jenis kerja di tapak. 4. ... menyediakan

3

Spesifikasi Kerja-kerja Penyelenggaraan Landskap & Kebersihan

B. PENILAIAN PRESTASI KONTRAKTOR

Bagi menentukan tahap pencapaian mutu kerja yang dilaksanakan mencapai tahap dikehendaki, dua

kaedah mengukur tahap penilaian prestasi kontraktor diwujudkan dengan peratus pencapaian keseluruhan

perlaksanaan kerja pada setiap bulan bagi tujuan sokongan bayaran.

Penilaian ini berdasarkan kerja-kerja di tapak di mana semua kerja dibuat mengikut spesifikasi yang

ditetapkan, mengikut jadual perlaksanaan kerja, dimana kerja telah disiapkan dalam tempoh yang

ditetapkan serta memuaskan Pegawai Penguasa atau wakilnya.

Penilaian Prestasi Harian

i. Kategori A : 50% - 100% (Dilaksanakan)

ii. Kategori B : 1% - 49% (Kurang Perlaksanaan)

iii. Kategori C : 0% (Tidak Dilaksanakan)

Penilaian Prestasi Bulanan

i. Kategori A : 90% - 100% (Sangat baik)

ii. Kategori B : 80% 89% (Memuaskan)

iii. Kategori C : 60% - 79% (Kurang memuaskan)

iv.Kategori D : 0% - 59% (Tidak memuaskan / Tamat Kontrak)

Kerja-kerja yang dilaksanakan kurang / tidak memuaskan dikeseluruhan kawasan seperti spesifikasi tidak

patuhi, kurang pekerja, tidak menghiraukan keselamatan, kerja yang tidak kemas diakhir produk, gagal

menunaikan tanggungjawab dengan sempurna mengikut syarat-syarat kontrak termasuk tidak

melaksanakan kerja-kerja kebersihan dan lain-lain yang boleh menyebabkan tindakan perlu diambil oleh

pihak Pegawai Penguasa atau wakilnya.

Surat peringatan akan dikeluarkan jika pihak kontraktor tiada sebarang tindakan untuk memperbaiki

prestasi kerja dan tindakan keatas teguran yang diberi secara berterusan. Surat peringatan akan

dikeluarkan secara beperingkat peringkat seperti berikut :-

i. Surat Peringatan Pertama : 14 hari tindakan pembetulan dari tarikh surat.

ii. Surat Peringatan Kedua : 7 hari tindakan pembetulan dari tarikh surat.

iii. Surat Ketiga : Penamatan kerja.

Page 5: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN ...kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga/Archive/MPPGDocuments/Tender/... · bilangan hari dan jenis kerja di tapak. 4. ... menyediakan

4

Spesifikasi Kerja-kerja Penyelenggaraan Landskap & Kebersihan

C. SKOP UTAMA KERJA PENYELENGGARAAN

1.0 Kerja-kerja Awalan

1.1 Insuran

Setelah lantikkan dibuat, kontraktor dikehendaki mengemukakan kepada Bahagian Landskap

dan Bahagian Kontrak polisi insuran tanggungan awam ‘original’. Polisi insuran, pampasan

pekerja dan insuran kerja dari syarat-syarat insuran yang dibenarkan oleh kerajaan

Malaysia. Segala keterangan dan syarat-syarat adalah terkandung di dalam syarat-syarat

kontrak.

1.2 Pematuhan Kepada Jadual Perlaksanaan Kerja

Kontraktor dikehendaki mematuhi sepenuhnya terhadap jadual perlaksanaan kerja

sepertimana yang telah ditetapkan pada Lampiran (bulanan dan tahunan). Walau

bagaimanapun tanpa menjejaskan mana-mana bahagian yang lain dalam dokumen ini,

kontraktor dibenarkan untuk meminda mana-mana perkara di dalam jadual tersebut

mengikut kesesuaian dan kemampuannya dengan kelulusan Pegawai Penguasa serta

wakilnya.

1.3 Laporan Perlaksanaan Kerja

Pihak kontraktor dikehendaki menyerahkan laporan perlaksanaan kerja dimana ianya

mengandungi segala arahan-arahan dari Pegawai Penguasa atau wakilnya untuk

melaksanakan tugasan sepertimana yang ditetapkan dalam dokumen kontrak ataupun kerja-

kerja tambahan, masalah-masalah yang menyebabkan gangguan kerja dan kelewatan

menyiapkan kerja sepertimana jadual perancangan serta perubahan kerja yang dilakukan.

Laporan kerja harian hendaklah dihantar setiap hari bagi kerja-kerja menggred prestasi

kerja di tapak dan Laporan Bulanan perlu diserahkan pada setiap hujung bulan setelah

kerja-kerja pada bulan tersebut selesai dilaksanakan. Laporan kerja harian mestilah

menggunakan dari jenis ‘CARBONISE PAPER’ bagi salinan kepada pihak kontraktor, wakil

Pengawai Penguasa dan penyelia di tapak.

1.4 Mesyuarat Tapak

Kontraktor adalah dikehendaki menghadiri mesyuarat sekiranya dipanggil untuk tujuan

perbincangan permasalahan semasa di tapak. MPPG mewajibkan kehadiran ahli-ahli

syarikat atau wakilnya yang kompeten. Mesyuarat akan dibuat secara kerap sama ada

secara formal atau tidak formal, dimana ia akan dihadiri oleh pihak kontraktor dan

penyelia tapak. Ianya bertujuan untuk mengemaskini kerja-kerja mingguan / bulanan /

tahunan dan memastikan persiapan kerja-kerja akan datang.

1.5 Papan Tanda Kerja

Pihak kontraktor dikehendaki membekal dan memasang papan kenyataan berkenaan kerja

bersaiz 4’ X 4’ mengikut format yang dibekalkan kepada pihak kontraktor. Pihak kontarktor

diberi tempoh 1 bulan dari tarikh perlantikan mengikut arahan semasa dan kesesuaian

kawasan penyelenggaraan.

Page 6: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN ...kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga/Archive/MPPGDocuments/Tender/... · bilangan hari dan jenis kerja di tapak. 4. ... menyediakan

5

Spesifikasi Kerja-kerja Penyelenggaraan Landskap & Kebersihan

D. SPESIFIKASI KERJA PENYELENGGARAAN

1. PENYELENGGARAAN LANDSKAP : LANDSKAP LEMBUT

1.1 Merumput dan mengembur

Rumput membawa maksud semua jenis tumbuhan yang tumbuh atau hidup pada

tempat yang tidak dikehendaki di dalam kawasan kerja. Semua jenis rumpai yang

berada atau hidup di sekeliling 30cm - 45cm dari pangkal pokok hendaklah

dibersihkan secara manual samada di pokok muda, renek atau penutup bumi.

Penggunaan bahan kimia DILARANG sama sekali. Sekeliling pangkal atau batas

pokok pokok hendaklah kelihatan bebas dari rumput liar setiap masa.

Tujuan menggembur adalah untuk memastikan permukaan tanah di pangkal pokok

berkenaan menjadi tekstur yang berongga dan halus. Segala sisa tanaman hasil dari

kerja-kerja tersebut hendaklah di keluarkan dari tapak dan dibuang ketempat

pembuangan sampah MPPG.

1.2 Membaja

Ia merupakan suatu amalan penjagaan bagi memastikan sumber makan pokok dapat

dibagi atau dikawal mengikut kaedah atau tatacara yang betul supaya kesuburan

pokok-pokok berkekalan, tidak terbantut atau mati akibat terlebih membaja. Kerja

membaja boleh dilaksana setelah kerja merumput dan mengembur siap. Kontraktor

mestilah mendapatkan pengesahan daripada pegawai penguasa atau wakilnya

sebelum kerja-kerja pembajaan dilakukan agar pemantauan dan rekod dapat

dilaksanakan. Jenis baja yang perlu dibekalkan dan digunakan ialah :-

1.2.1 Baja kimia sebatian atau Campuran Hijau dengan kandungan 15%

N:15% P205 : 15% K2O

1.2.2 Baja organik atau EM (Effective Microorganisme) : Kadar 150 -200gm

/ m² / setiap bulan

1.2.3 Pembajaan secara semburan daun dengan baja jenis “foliar” grofas

hijau (18%N :33% P2O5 :18% K2O + TE).

Semburan menyeluruh ke atas permukaan daun bahagian tanaman hendaklah

dilakukan dengan kadar bancuhan sepertimana yang disyorkan oleh pengeluar bahan

berkenaan.Kerja-kerja ini hendaklah dilakukan selepas kerja-kerja menyiram selesai.

Bagi pokok pokok renek yang ditanam secara tunggal cara pembajaan adalah secara

menabur di sekeliling pokok renek. Kadar 100 -150gm/ pokok/setiap bulan.

1.3 Mencantas

Pokok-pokok renek dan penutup bumi yang ditanam sama ada di dalam bentuk

berkelompok atau tunggal memerlukan kerja-kerja mencantas yang berterusan

setiap bulan bagi mengekal rupabentuk pokok.

Kerja-kerja ini membuang bahagian pokok yang berpenyakit, rosak, patah atau mati

hendaklah dipotong dan buang termasuk tunas-tunas muda yang tumbuh di pangkal

pokok. Begitu juga dengan bahagian-bahagian pokok yang tidak seimbang, terkeluar

dari bentuk (konsep) atau mengganggu aktiviti orang ramai.

Page 7: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN ...kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga/Archive/MPPGDocuments/Tender/... · bilangan hari dan jenis kerja di tapak. 4. ... menyediakan

6

Spesifikasi Kerja-kerja Penyelenggaraan Landskap & Kebersihan

1.4 Menyiram

Bagi pokok sedia ada atau baru ditanam memerlukan penjagaan serta pengawalan,

kerja-kerja menyiram perlulah mengikut masa yang ditetapkan iaitu 2 hari sekali (4

kali seminggu) kecuali hari hujan lebat dan sekata. Tetapi apabila cuaca kering /

tidak hujan melebihi 3 hari berturut turut, maka kerja-kerja menyiram perlulah

dilaku setiap hari TANPA MENUNTUT BAYARAN TAMBAHAN ATAS KERJA

TERSEBUT. Air hendaklah disiram secukupnya pada setiap pokok sehingga tanah di

sekeliling pangkal batangnya nampak basah dan menyerap. Waktu penyiraman yang

disyorkan ialah sebelum 10.00 pagi dan selepas 3 petang.

Jika pada hari yang sepatutnya kerja-kerja menyiram dilakukan hujan, tiada

pembayaran akan dibuat untuk hari itu. Jika hujan pada waktu malam (selepas 8.00

malam), pada keesokan harinya ialah penyiram yang telah dijadualkan, maka

penyiraman pagi tidak perlu dilakukan pada hari itu. Jika pada hari penyiraman

adalah hari cuti umum / kelepasan am maka kerja-kerja penyiraman hendaklah

dilaksanakan seperti biasa. Jika gagal melaku penyiraman, potongan bayaran akan

dibuat pada hari itu sahaja. Lori , pam air ,tangki air dan apa apa peralatan yang

perlu disediakan oleh pihak kontraktor. Bekalan air bagi siraman hendaklah diambil

dari tasik-tasik di taman awam Pasir Gudang, dan dilarang sama sekali mengambil

air dari punca SAJ atau paip-paip peribadi luar.

1.5 Mengawal Perosak Dan Penyakit Tanaman

Semua jenis serangga yang memakan atau merosakkan bahagian tanaman

dianggap serangga perosak. Tikus, molaska dan mematod juga dianggap perosak

tanaman. Semua jenis virus, bakteria dan kulat yang menyerang tanaman samada

membunuh atau membantutkannya adalah dianggap punca penyakit tanaman. Oleh

yang demikian kontraktor dikehendaki membekal dan menyembur 3 jenis kumpulan

racun-racun makhluk perosak apabila kerja kerja meracun atau mengawal serangga

perosak perlu dilakukan apabila mendapat arahan dari pegawai penguasa atau

wakilnya. Kos bagi membiayai hendaklah dimasukan ke dalam kerja Wang

Peruntukan Sementara. Jenis-jenis racun makhluk perosak yang disyorkan adalah

seperti berikut:-

1.5.1 Racun Serangga dari jenis Malathion 84EC, Kelthane 18.5 EC, Methamidophos

50 EC, Pes BAN 100. Sekiranya kerja-kerja penyemburan tidak praktikal

dijalankan kontraktor adalah diarah membuat kerja-kerja penaburan terus racun

jenis Carboturan 3% ke atas permukaan tanah.

1.5.2 Racun Kulat dari jenis Benlate 50% benomyl, Maneb 80wp, Ridomil MZ58EP,

CAPTAN 50% wp dan lain-lainnya.

1.5.3 Racun Tikus dan Malaska

Kesemua racun makhluk perosak yang digunakan mestilah mengikut aturan

penggunaan yang disyorkan oleh pihak pengeluar bahan berkenaan dan mengikut

piawaian Jabatan Alam Sekitar Malaysia dan bersesuaian dengan kehendak ISO MS

14001 : 2004 (Pengurusan Alam Sekitar) dan disahkan terlebih dahulu oleh

Pegawai Penguasa atau wakilnya untuk penggunaanya. Kontraktor dikehendaki

mengambil langkah-langkah keselamatan semasa penggunaan racun perosak

samada pada pekerja atau orang awam.

Page 8: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN ...kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga/Archive/MPPGDocuments/Tender/... · bilangan hari dan jenis kerja di tapak. 4. ... menyediakan

7

Spesifikasi Kerja-kerja Penyelenggaraan Landskap & Kebersihan

2. PENYELENGGARAAN LANDSKAP : LANDSKAP KEJUR

2.1 Merumpai dan merumput

Merumpai dan merumput dikawasan landskap kejur iaitu perbaut-perbaut

taman, kemudahan tamabahan, kerb, longkang dan lain-lain binaan sama

ada semulajadi atau baharu. Semua rumput atau segala benda yang tumbuh

di dalam kawasan kerja hendaklah dirumpai samada dicabut, ditajak atau

dicangkul dan dibuang bersama-sama dengan sampah sarap yang lain.

Kontraktor dikehendaki memastikan tiada sebarang rumput yang tumbuh di

celah-celah lekuk di tepi jalan, laluan pavement atau pejalan kaki, di tepi kerb,

di dalam longkang , sump, culvert, scupper drain dan sebagainya.

Penggunaan racun rumpai sama sekali tidak digalakkan dan dilarang.

2.2 Menyapu

Segala sampah sarap yang telah disapu hendaklah dikumpul di dalam beg

plastik hitam dan terus dibuang keluar dari kawasan kerja pada hari yang

sama ke tempat-tempat pembuangan sampah yang akan ditentukan oleh

Pegawai Penguasa. Ini termasuklah segala daun yang berada di atas batas

bagi pokok renek ataupun di dalam petak tanaman (planter box), di kawasan

berpasir dan rubber tile.

2.3 Membersihkan dan Mengecat

Kontraktor dikehendaki mencuci, membersihkan dan mengecat semula

landskap kejur yang ditetapkan mengikut arahan Pegawai Penguasa atau

wakilnya dengan menggunakan bahan cucian dan alatan yang bersesuai dan

tidak mencemarkan alam sekitar. Bagi kerja-kerja mengecat, kontraktor

dikehendaki menggunakan cat asas terlebih dahulu seterusnya menggunakan

cat yang berkualiti mengikut warna yang akan ditetapkan oleh Pegawai

Penguasa atau wakilnya.

3. PENYELENGGARAAN RUMPUT & KEBERSIHAN : PEMOTONGAN RUMPUT

3.1 Pemotongan Rumput

Kawasan-kawasan berumput lain hendaklah dipotong menggunakan alatan

berikut pada jenis kawasan yang berlainan seperti di bawah :-

3.1.1 Mesin rumput tangan

3.1.2 Mesin mesin rumput sandang

3.1.3 Mesin rumput tolak

*diwajibkan penggunaan untuk rezab kawasan lapang / hijau

3.1.4 Tractor mower

3.1.5 Lawn mower

3.1.6 Ride on mower

*diwajibkan untuk kegunaan padang bola sepak

Segala sampah sarap, daun-daun, dahan-dahan kayu yang gugur dan batang pokok yang serkah hendaklah disapu / dianggkat / dibuang dengan mengikut kekerapan yang ditetapkan di dalam ringkasan tawaran.

Page 9: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN ...kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga/Archive/MPPGDocuments/Tender/... · bilangan hari dan jenis kerja di tapak. 4. ... menyediakan

8

Spesifikasi Kerja-kerja Penyelenggaraan Landskap & Kebersihan

Pemotongan rumput dengan kadar ketinggian tidak lebih dari 25 mm dari tanah

dan kawasan dibersihkan atau mengikut kesesuaian. Sekiranya terdapat rumput liar

yang tumbuh di kawasan rumput zoysia spp. kontraktor hendaklah membuang

rumput-rumput liar tersebut setiap masa. Jika terdapat rumput liar yang tumbuh

pada pagar, tiang lampu dan sebagainya kontraktor perlulah membuangnya.

Kawasan cerun hendaklah dipotong menggunakan mesin rumput tangan atau

sandang dengan kadar ketinggian tidak lebih dari 25 mm dari tanah. Kawasan

di mana rumput telah dipotong hendaklah dibersihkan dan sisa-sisa rumput

hendaklah disapu serta dilupuskan ke tapak pelupusan sampah. Pembakaran ke

atas sisa sisa rumput adalah dilarang sama sekali. Sekiranya pemotongan

rumput tidak mencapai sepertimana arahan, MPPG berhak mengarahkan potongan

ulangan tanpa menuntut bayaran tambahas atas kerja tersebut.

3.2 Kebersihan Kawasan

Dalam tender ini istilah bersih bermaksud semua kawasan berada dalam keadaan tiada sampah, tiada daun di atas tanah, tiada kayu, bekas plastic, tin, pokok mati, tiada bahan-bahan yang menghalang pemandangan, tiada lumpur atau benda di atas jalan pejalan kaki, tiada bangkai haiwan dan segala benda-benda yang dianggap sampah. Pada keseluruhannya kontraktor adalah dikehendaki melaksanakan permbersihan bagi semua kawasan yang dinyatakan sebagai kawasan kerja bagi kontrak ini dengan mengambilkira perkara-perkara seperti disenaraikan di bawah.

i. Keseluruhan lapangan kerja termasuk parit ii. Wakaf iii. Pejalan kaki iv. Tapak permainan kanak-kanak v. Gelanggang Bola tampar, Badminton dan Takraw

Dengan itu tanggungjawab adalah diberi kepada kontraktor untuk mempastikan kawasan berkenaan sentiasa bersih daripada sebarang sampah sarap, rumpai dan apa juga yang diistilahkan sebagai pencemar pandangan.

3.3 Sempadan Penyelenggaraan

Kontraktor hendakalah menjalankan kerja-kerja penyelenggaan di seluruh kawasan

zon yang telah ditetapkan sepertimana di dalam sebutharga seperti di kawasan:-

3.3.1 Bahu-bahu jalan di dalam kawasan perumahan / kilang / jalan-jalan utama yang terlibat

3.3.2 Pembahagi-pembahagi jalan di dalam kawasan perumahan / kilang / jalan-jalan utama yang terlibat

3.3.3 Kawasan lapang / kawasan hijau 3.3.4 Kawasan sekitar taman permainan kanak-kanak 3.3.5 Kawasan pagar sempanan 3.3.6 Kawasan tanah curam 3.3.7 Kawasan landskap kejur / lembut

Page 10: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN ...kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga/Archive/MPPGDocuments/Tender/... · bilangan hari dan jenis kerja di tapak. 4. ... menyediakan

9

Spesifikasi Kerja-kerja Penyelenggaraan Landskap & Kebersihan

3.4 Penyelenggaraan Parit / Longkang / Scupper Drain

Pihak kontraktor dikehendaki membersih dan membuang segala jenis tanah, batuan,

pasir, tumbuhan, serkahan dahan pokok, sampah sarap atau apa-apa benda asing

yang yang boleh menghalang perjalanan air di longkang, pembentong dan ’sum’

dengan menggunakan peralatan yang sesuai pada setiap hari. Kontraktor juga perlu

membuang sisa-sisa tersebut ke Pusat Perlupusan Sampah MPPG di Tanjung Langsat

tanpa menyimpan segala jenis sampah di dalam kawasan zon penyelenggaraan.

Antara parit yang terlibat adalah dari jenis ’scupper drain’ BD, BD disambungkan

dengan ’rubble wall atau UD. Penggunaan racun serangga, racun kulat atau apa-apa

jenis racun dan bahan kimia adalah dilarang sama sekali. Kegagalan mematuhi

arahan tersebut akan dikenakan denda dan surat amaran akan dikeluarkan.

3.5 Penyelenggaraan Batu Kerb Jalan

Pihak kontraktor dikehendaki membersihkan kerb daripada tanah, batuan, pasir,

lumut, rumpai, rumput, sampah sarap dan lain-lain benda asing yang terdapat di

bahu-bahu jalan, pembahagi jalan, simpang jalan, simpang lampu isyarat, perhentian

bas, dan lorong depan serta belakang kawasan perumahan / kilang / lain-lain primis

yang berkaitan dengan menggunakan peralatan yang sesuai. Penggunaan racun

serangga, racun kulat atau apa-apa jenis racun dan bahan kimia adalah dilarang

sama sekali. Kegagalan mematuhi arahan tersebut akan dikenakan denda dan surat

amaran akan dikeluarkan.

3.6 Penyelenggaraan Rumput Zoysia sp.

3.6.1 Penyiraman

Kerja-kerja menyiram perlulah mengikut masa yang ditetapkan iaitu 2 hari

sekali (4 kali seminggu) kecuali hari hujan lebat dan sekata. Tetapi apabila

cuaca kering / tidak hujan melebihi 3 hari berturut turut, maka kerja-kerja

menyiram perlulah dilaku setiap hari TANPA MENUNTUT BAYARAN

TAMBAHAN ATAS KERJA TERSEBUT. Air hendaklah disiram secukupnya

pada setiap pokok sehingga tanah di sekeliling pangkal batangnya nampak

basah dan menyerap. Waktu penyiraman yang disyorkan ialah sebelum 10.00

pagi dan selepas 3 petang.

Jika pada hari yang sepatutnya kerja-kerja menyiram dilakukan hujan, tiada

pembayaran akan dibuat untuk hari itu. Jika hujan pada waktu malam

(selepas 8.00 malam), pada keesokan harinya ialah penyiram yang telah

dijadualkan, maka penyiraman pagi tidak perlu dilakukan pada hari itu. Jika

pada hari penyiraman adalah hari cuti umum / kelepasan am maka kerja-kerja

penyiraman hendaklah dilaksanakan seperti biasa. Jika gagal melaku

penyiraman, potongan bayaran akan dibuat pada hari itu sahaja. Lori , pam

air ,tangki air dan apa apa peralatan yang perlu disediakan oleh pihak

kontraktor. Bekalan air bagi siraman hendaklah diambil dari tasik-tasik di

taman awam Pasir Gudang, dan dilarang sama sekali mengambil air dari

punca SAJ atau paip-paip peribadi luar.

Page 11: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN ...kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga/Archive/MPPGDocuments/Tender/... · bilangan hari dan jenis kerja di tapak. 4. ... menyediakan

10

Spesifikasi Kerja-kerja Penyelenggaraan Landskap & Kebersihan

3.6.2 Pembajaan

Kontraktor mestilah mendapatkan pengesahan daripada pegawai penguasa

atau wakilnya sebelum kerja-kerja pembajaan dilakukan agar pemantauan

dan rekod dapat dilaksanakan. Jenis baja yang perlu dibekalkan dan

digunakan ialah :-

1.1.1 Baja kimia sebatian atau Campuran Hijau dengan kandungan 15%

N:15% P205 : 15% K2O

1.1.2 Baja organik atau EM (Effective Microorganisme) : Kadar 150 -200gm

/ m² / setiap bulan

1.1.3 Pembajaan secara semburan daun dengan baja jenis “foliar” grofas

hijau (18%N :33% P2O5 :18% K2O + TE).

3.6.3 Baikpulih rumput / Top Dressing

Kerja-kerja menambak tanah hitam atau pasir halus dilakukan apabila ada

kawasan rumput yang tidak rata / rosak. Tanah hitam / pasir halus yang

digunakan hendaklah bebas daripada bahan-bahan seperti akar kayu, batu

dan lain-lain. Pegawai Penguasa akan mengarahkan kontraktor untuk

melakukan kerja-kerja tersebut dari masa ke semasa.

3.6.4 Penyulaman rumput

Kerja-kerja penyulaman rumput hendaklah segera dilakukan apabila ada

kerosakan selepas padang digunakan dengan kaedah “close turfing”. Rumput-

rumput daripada jenis Axonopus compresus atau Zoysia sp. sahaja yang

dibenarkan untuk digunakan di dalam kerja-kerja penyulaman. Pihak MPPG

tidak akan membekalkan rumput untuk kerja-kerja penyulaman. Rumput

hendaklah ditanam mengikut spesifikasi penanaman rumput yang betul. Sisa-

sisa kerja penyulaman hendaklah dikutip dan dibuang ke tapak pelupusan

sampah milik MPPG. Selepas sulaman dibuat, kontraktor perlulah menjaga

penyelenggaraan rumput yang ditanam tanpa sebarang kos yang terlibat.

3.6.5 Tong sampah

Semua tong sampah kecil yang terdapat di kawasan kerja atau kawasan

pembersihan kawasan perlu dijalankan kerja-kerja pembersihannya seperti

berikut:-

Kontraktor dikehendaki menggangkut sampah dari tong sampah mengikut

kekerapan yang ditetapkan dalam ringkasan tawaran ini meliputi semua tong

sampah yang terdapat di sekitar kawasan pembersihan kawasan

sebagaimana dinyatakan dalam pelan dilampirkan. Kontraktor adalah

diingatkan sekurang-kurangnya pusingan mengangkut sampah tersebut

hendaklah sebanyak 2 hari sekali. Ini termasuklah mengangkat sampah yang

berada di luar tong sampah. Kontraktor adalah diingatkan agar sentiasa

memastikan tiada tong sampah yang penuh pada hari dimana kerja-kerja

pembersihan sedang di lakukan.

Page 12: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN ...kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga/Archive/MPPGDocuments/Tender/... · bilangan hari dan jenis kerja di tapak. 4. ... menyediakan

11

Spesifikasi Kerja-kerja Penyelenggaraan Landskap & Kebersihan

**Sebarang kerja-kerja tambahan yang terlibat hendaklah merujuk kepada Pegawai Penguasa atau

wakilnya dan tertakluk kepada peruntukan yang telah ditetapkan di dalam klausa Wang Peruntukan

Sementara Sahaja. Sebarang kos yang melibatkan kesalahan pihak kontraktor adalah dibawah

tanggungan kontraktor sendiri. Kesemua jenis kerja tambahan semasa tanpa arahan daripada Pegawai

Penguasa atau wakilnya secara bertulis, MPPG tidak akan meluluskan apa jua jenis tuntutan bayaran.

4. PENYELENGGARAAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK

4.1 Taman permainan kanak-kanak

Penyelenggaraan taman permainan kanak-kanak adalah suatu usaha dan

tanggungjawab yang diberi untuk memastikan kawasan permainan kanak-

kanak milik MPPG diurus, diselenggara dengan baik mengikut amalan dan

peraturan secara berterusan. Ini termasuk membekal tenaga kerja,

peralatan,bahan ,pengangkutan sepanjang tempoh perjanjian

penyelenggaraan.

4.2 Kuantiti yang dicadangkan di dalam tawaran telah di ambil kira oleh pihak

MPPG seperti jumlah, kedudukan,ukuran panjang, luas kawasan atau apa apa

yang terdapat ditapak sebagaimana yang terdapat didalam had / sempadan

kawasan penyelenggaraan.Walaubagaimana pun pihak pemborong di

kehendaki membuat pemeriksaan tapak bagi mendapat kepastian dan

gambaran kedudukan sebenar kuantiti dan keadaan ditapak.Pihak MPPG tidak

bertanggungjawab terhadap kesalahan atau kerugian yang di tanggung oleh

pihak pemborong, akibat kecuaian pihak pemborong semasa mengisi borang

tawaran atau semasa kerja kerja yang telah dilaksanakan.

4.3 Kerja-kerja mencuci

Mencuci bermaksud membersihkan segala kekotoran, lumut, lumpur, bekas

contingan dan apa juga bahan yang tidak dikehendaki yang ada pada

peralatan permainan kanak-kanak, alatan senaman dan juga perabot taman.

Cucian hendaklah dijalankan dengan air bersih dan menggunakan ”water jet”

serta peralatan lain yang dibenarkan. Untuk membersihkan bekas contingan,

bahan kimia yang digunakan hendaklah mendapat persetujuan dahulu dari

Pegawai Penguasa. Jika bahan kimia, sabun dan sebagainya digunakan,

kerja-kerja membilas menggunakan air bersih hendaklah dilakukan. Untuk

memulakan kerja mencuci, arahan dari Pegawai Penguasa diperlukan.

Page 13: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN ...kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga/Archive/MPPGDocuments/Tender/... · bilangan hari dan jenis kerja di tapak. 4. ... menyediakan

12

Spesifikasi Kerja-kerja Penyelenggaraan Landskap & Kebersihan

4.4 Kerja-kerja mengecat

Sebelum kerja mengecat dijalankan, pemborong dikehendaki mencuci dan

membersihkan segala kekotoran menggunakan bahan cucian dan alatan yang

bersesuai.. Jika terdapat karat, ianya hendaklag digosok menggunakan kertas

pasir hingga hilang. Bagi menjalankan kerja-kerja mengecat, pemborong

dikehendaki menggunakan cat asas terlebih dahulu seterusnya menggunakan

cat yang berkualiti mengikut warna yang akan ditetapkan oleh Pegawai

Penguasa atau wakilnya. Gunakan cat kilat ICI untuk apa juga peralatan yang

berasaskan besi dan cat waterborne untuk alatan yang berasaskan

konkrit/simen. Untuk memulakan kerja mengecat, arahan dari Pegawai

Penguasa diperlukan.

4.5 Kerja-kerja membuang sampah pukal / longgok

Sampah pukal/longgok bermaksud pembuangan sampah, dahan, perabot

rumah dan sebagainya bukan ditempat yang sepatutnya/dibenarkan dengan

jumlah yang banyak. Pihak pemborong hendaklah menyediakan pekerja,

peralatan, pengangkutan dan lain-lain keperluan bagi menjalankan kerja-

kerja pembersihan tersebut.

4.6 Kerja-kerja membaiki wakaf / pergola

Menyediakan pekerja, peralatan, pengangkutan dan lain-lain keperluan bagi

menjalankan kerja-kerja membaiki wakaf/pergola yang rosak termasuklah

kerja-kerja menggantikan genting yang rosak, bahan kayu yang reput/rosak,

melepa semula bahan berasaskan simen yang rosak, membaiki tempat duduk

yang ada, mengecat keseluruhan wakaf tersebut. Segala sisa/bahan yang

rosak hendaklah dibuang dikawasan pelupusan sampah yang dibenarkan.

Ciri-ciri keselamatan semasa kerja-kerja dijalankan hendaklah diberi perhatian

sewajarnya. Bahan yang diganti hendaklah mendapat persetujuan dari

Pegawai Penguasa. Untuk memulakan kerja pembaikan, arahan dari Pegawai

Penguasa diperlukan.

4.7 Membekal signboard

Menyediakan pekerja, peralatan, pengangkutan dan lain-lain keperluan bagi

menjalankan kerja-kerja membekal dan memasang signboard taman kanak-

kanak dan signbord aktiviti penyelenggaraan di lokasi yang akan di tentukan

oleh Pegawai Penguasa. Bentuk dan ukuran signbord hendaklah mengikut

lakaran yang diberi. Bahan yang digunakan hendaklah mendapat

persetujuan dari Pegawai Penguasa. Untuk memulakan kerja membekal

signbord, arahan dari Pegawai Penguasa diperlukan.

Page 14: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN ...kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga/Archive/MPPGDocuments/Tender/... · bilangan hari dan jenis kerja di tapak. 4. ... menyediakan

13

Spesifikasi Kerja-kerja Penyelenggaraan Landskap & Kebersihan

E. WANG PERUNTUKAN SEMENTARA

**Sila Rujuk Jadual Kadar Harga Yang Dilampirkan

Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah menetapkan nilaian di dalam dokumen tender bagi

kerja-kerja tambahan yang melibatkan penggunaan Wang Peruntukan Sementara (WPS). Kerja-

kerja tambahan yang terlibat perlulah disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh

Pegawai Penguasa atau wakilnya tanpa mengganggu kerja-kerja semasa penyelenggaraan sedia

ada. Kerja-kerja yang melibatkan penggunaan klausa ini adalah :-

1. Kerja-kerja penyelenggaraan asas taman permainan kanak-kanak

a. Kerja-kerja pembekal dan menambak tanah, pasir kasar atau batuan ke tapak taman

permaianan kanak-kanak atau kawasan sekitarnya mengikut keperluan.

b. Kerja-kerja membersih dan mengecat landskap kejur yang berasaskan konkrit atau besi

menggunakan jenis cat yang dibenarkan.

c. Kerja-kerja pembersihan serta mencuci kawasan lantai simen/jubin, parit, interlocking dan

rubbertile di kawasan seperti pejalan kaki wakaf dan sebagainya seperti yang diarahkan oleh

pegawai penguasa.

d. Kerja-kerja membuka peralatan yang rosak sepertimana arahan semasa Pegawai

Penguasa atau wakilnya. Kesemua peralatan yang telah dibuka (dalam keadaan baik)

hendaklah diletakkan di tapak semaian MPPG.

Keselamatan adalah amat dititikberatkan sebelum, semasa dan selepas kerja-kerja dilaksanakan.

2. Kerja-kerja sulaman pokok

a. Kerja-kerja membekal dan menanam pokok utama, renek, palma dll yang sedia ada atau

tamabahan sepertimana di tapak

b. Kerja-kerja sulaman pokok hendaklah mengikut spesifikasi penanaman pokok yang betul

termasuklah kerja-kerja sungkupan, pemancangan dan penyelengggaan selepas menanam.

3. Kerja-kerja kebersihan dan penyelenggaraan pokok liar

a. Kerja-kerja kebersihan yang melibatkan kawasan tambahan sementara.

b. Kerja-kerja mencantas, membuang dan membersihkan pokok liar.

Page 15: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN ...kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga/Archive/MPPGDocuments/Tender/... · bilangan hari dan jenis kerja di tapak. 4. ... menyediakan

14

Spesifikasi Kerja-kerja Penyelenggaraan Landskap & Kebersihan

F. MEMUNGKIRI PERJANJIAN (BREACH OF CONTRACT) Jika didapati kontraktor memungkiri perjanjian dan gagal memenuhi kehendak perjanjian dan Pegawai Penguasa, maka MPPG sama ada akan: i) Melantik pihak ke tiga bagi melaksanakan kerja-kerja yang terdapat dalam skop sebutharga

ini.

ii) Segala kos pembayaran bagi tindakan-tindakan tersebut di atas akan ditolak dari kontrak asal kontraktor.

G. KADAR DENDA

BIL PERKARA KADAR DENDA

1. Sampah tidak dibuang selepas kerja RM 100.00/hari

2. Tidak hadir mesyuarat RM 100.00/ sekali

3. Tidak ada karung plastik RM 100.00/tong@longgok

4. Tidak melaporkan kerja harian RM 250.00

5. Tidak melaksanakan kerja kecemasan RM 300.00/arahan

6. Tidak menghadiri pemeriksaan tapak RM 100/pusingan

7. Kurang tenaga kerja RM 100.00/seorang

8. Tidak memakai pakaian seragam/kelengkapan semasa bekerja

RM 150.00/ seorang

9. Gred A , B , C dan D Bayaran disokong mengikut peratus kerja dan denda

10. Aduan yang didapati benar disebabkan kerja-kerja tidak dibuat oleh kontraktor

RM 150.00/aduan/ hari

11. Tiada penyelia RM 100.00/sehari

12. Tidak menyiram pokok RM1500.00/sehari/keseluruhan kawasan Atau

RM150.00/sehari/satu kawasan

Saya atau syarikat dibawah tanggungjawab saya telah membaca serta memahami kehendak dan syarat

syarat yang telah ditetapkan. Dan akan menjalankan kerja kerja dengan mengikuti syarat syarat pelaksanaan

tawaran dan saya atau syarikat bertanggungjawab serta memahami terhadap segala implikasi terhadap

kaitan kerja yang ditawarkan di dalam tawaran ini.

T/TANGAN KONTRAKTOR : …………………….. T/TANGAN SAKSI : ………………………...

NAMA : …………………………….………………. NAMA : …………………………….………….

COP SYARIKAT : …………………………….…

COP SYARIKAT : ……………………………

TARIKH : …………………………………………

TARIKH : ……………………………….…….

NOTA : DIKEMBALIKAN BERSAMA SAMA BORANG TAWARAN

Page 16: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN ...kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga/Archive/MPPGDocuments/Tender/... · bilangan hari dan jenis kerja di tapak. 4. ... menyediakan

BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK T1/2017/DRW MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Page 17: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN ...kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga/Archive/MPPGDocuments/Tender/... · bilangan hari dan jenis kerja di tapak. 4. ... menyediakan

BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK T1/2017/DRW MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Page 18: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN ...kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga/Archive/MPPGDocuments/Tender/... · bilangan hari dan jenis kerja di tapak. 4. ... menyediakan

BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK T1/2017/DRW MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Page 19: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN ...kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga/Archive/MPPGDocuments/Tender/... · bilangan hari dan jenis kerja di tapak. 4. ... menyediakan

BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK T1/2017/DRW MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Page 20: KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP, DAN PEMBERSIHAN ...kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga/Archive/MPPGDocuments/Tender/... · bilangan hari dan jenis kerja di tapak. 4. ... menyediakan

BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK T1/2017/DRW MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG