laporan kejohanan sukan staf universiti ......gambar-gambar aktiviti 14-21 1 1.0 pengenalan...

23
LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2020 Disediakan oleh: Seksyen Pengelolaan Sukan Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (18 Oktober 2020)

Upload: others

Post on 26-Nov-2020

16 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2020

Disediakan oleh:

Seksyen Pengelolaan Sukan Pusat Sukan

Universiti Putra Malaysia (18 Oktober 2020)

Page 2: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2020

BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT

1. Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 1

2. Objektif Kejohanan 1

3. Majlis Perasmian 2

4. Acara yang dipertandingkan 2

5. Bilangan Penglibatan Staf 2

6. Permasalahan 2-3

7. Pembaharuan dan Penambahbaikan 4

8. Kesimpulan 5

9. Takwim 6

10. Statistik Penyertaan Pasukan 7

11. Keputusan Keseluruhan Kejohanan 8

12. Kutipan Mata Keseluruhan Kejohanan 8

13. Kedudukan Pasukan Keseluruhan 9

14. Statistik Penglibatan Staf 10

15. Senarai Gabungan PTJ 11-13

16. Gambar-gambar Aktiviti 14-21

Page 3: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

1

1.0 Pengenalan

Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun

ini dilaksanakan dengan norma baharu dengan penyediaan dan pembentangan kertas

kerja pematuhan SOP penganjuran Kejohanan SUSTAF dalam mesyuarat Jawatankuasa

ERT Covid UPM pada 11 Ogos 2020. Kertas kerja ini telah diluluskan pelaksanaannya

dengan beberapa modifikasi telah dibuat bagi acara yang bersesuaian dengan SOP yang

telah disediakan. Kejohanan SUSTAF UPM 2020 telah dijalankan dengan jayanya

bermula pada 24 September 2020 hingga 10 Oktober 2020 dengan mempertandingkan

sebanyak 7 acara sukan.

Kejohanan SUSTAF UPM 2020 ini merupakan acara tahunan bertujuan memupuk

semangat kesukanan dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama staf di samping

menerapkan amalan budaya hidup sihat dalam kalangan staf universiti serta menjalinkan

perpaduan sesama kaum. Kejohanan SUSTAF UPM pada tahun ini sedikit berbeza dari

tahun sebelumnya kerana Kejohanan ini dijalankan dalam tempoh Perintah Kawalan

Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mana kesemua individu yang terlibat perlu mematuhi

Standard Operating Prosedur (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan

Negara (MKN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pejabat Pengurusan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPM.

2.0 Objektif

2.1 Mencungkil bakat-bakat baharu yang dapat diketengahkan bagi mewakili universiti

ke kejohanan bertaraf universiti khususnya dan negara amnya.

2.2 Menggalakkan aktiviti riadah dan bersukan di seluruh warga kampus agar budaya

sihat serta cergas dapat diterapkan dan secara tidak langsung, suasana positif

dikalangan staf atau pengiat sukan dapat diteruskan.

2.3 Menerapkan tradisi bersukan bukan sahaja dalam kalangan staf, malah seluruh

warga kampus dan diharap dengan bersukan, warga UPM dapat

mengembangkan nilai-nilai murni seperti berkerjasama, bantu-membantu serta

semangat berpasukan dan secara tidak langsung meningkatkan pengetahuan

sukan.

Page 4: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

2

3.0 Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Staf UPM 2020

Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 telah disempurnakan oleh Yang

Berbahagia Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor HEPA yang

menjalankan fungsi Naib Canselor Universiti Putra Malaysia pada 30 Ogos 2020 di Kelab

Golf Uniputra, Universiti Putra Malaysia. Majlis perasmian ini diadakan pada jam 1 petang

yang disekalikan dengan acara Golf iaitu salah satu acara yang dipertandingkan dalam

Kejohanan Sukan Staf UPM 2020

4.0 Acara Yang Dipertandingkan

4.1 Sebanyak 7 acara sukan telah dipertandingkan pada kejohanan sukan kolej kali

ini (rujuk Lampiran 1).

4.2 Daripada 7 acara sukan, sebanyak 3 acara sukan bagi kategori lelaki, 2 acara

sukan bagi kategori wanita dan 3 acara campuran telah dijalankan pada

kejohanan kali ini.

5.0 Bilangan Penglibatan Staf

Pada Kejohanan Sukan Staf 2020 kali ini, telah memperlihatkan sedikit penurunan di

dalam penglibatan staf, sama ada sebagai pemain atau atlet, pengurus pasukan atau

jurulatih pasukan mahupun sebagai sukarelawan. Ini disebabkan kerana pada tahun ini,

Jawatankuasa Pengelola memutuskan agar mengurangkan jumlah acara bagi mengawal

dan menghindarkan dari penyakit Covid-19. Berdasarkan statistik, seramai 402 staf lelaki

dan 299 staf wanita terlibat sebagai pemain/atlet gabungan masing-masing, manakala

staf yang bertindak sebagai pengurus dan jurulatih pasukan adalah seramai 104 orang

sepanjang Kejohanan Sukan Staf UPM ini dijalankan.

6.0 Masalah Yang Dihadapi

Sepanjang tempoh penganjuran Kejohanan Sukan Staf kali ini, terdapat beberapa

masalah yang dihadapi. Antaranya adalah:

6.1 Kelewatan pengurus-pengurus pasukan menghantar Borang Pendaftaran

Pasukan (borang manual) yang telah menimbulkan kesukaran kepada

Jawatankuasa Pengelola Kejohanan sebelum memulakan acara. Ini melibatkan

Page 5: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

3

semakan dokumen staf secara terperinci bagi menentukan sama ada staf layak

atau pun tidak untuk bermain.

6.2 Keadaan cuaca yang hujan berpanjangan pada sebelah petang sedikit

merencatkan pelaksanaan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 ini. Sebagai contoh,

untuk acara Bola Tampar Campuran pada 7 Oktober 2020 terpaksa dilewatkan

sedikit dari jadual asal untuk menunggu hujan reda dan dalam masa yang sama

memastikan gelanggang selamat digunakan untuk pertandingan. Kesudahannya,

perlawanan antara Gabungan 5 dan Gabungan 7 terpaksa ditangguhkan 1 set

pada keesokan harinya kerana cuaca hampir gelap dan tidak sesuai untuk

diteruskan.

6.3 Penarikan diri di saat-saat akhir masih berlaku pada kejohanan kali ini

menunjukkan terdapat 1 kes dalam 1 acara sukan Futsal Wanita. Hal ini telah

diambil serius oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan kerana ia melibatkan

perubahan jadual dan teknikal/pengadil/hakim yang bertugas mengikut jadual

perlawanan yang telah diedarkan awal tetap dibayar.

6.4 Senarai penarikan diri pasukan gabungan mengikut acara sukan adalah seperti

berikut:

Bil Acara Sukan Gabungan

1 Futsal Wanita Gabungan 4

6.5 Bagi setiap penarikan diri, pasukan berkenaan akan ditolak 3 mata dari jumlah

mata keseluruhan yang diperolehi.

6.6 Masih ada pasukan gabungan yang tidak mematuhi etika pemakaian yang telah

ditetapkan. Sebagai contoh, pemakaian “Shin Pad” untuk acara Futsal Wanita

adalah wajib untuk melindungi diri dari sebarang kecederaan tetapi masih ada

yang tidak mengenakannya.

6.7 Disebabkan negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Pemulihan (PKPP), kesemua veneu pertandingan telah disediakan mengikut

prosedur yang telah ditetapkan. Akan tetapi, masih ada individu yang tidak

Page 6: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

4

mematuhi SOP yang telah ditetapkan seperti membawa anak kecil ke veneu dan

lain-lain lagi dan seharusnya perlu ditambah baik untuk akan datang.

6.8 Bagi acara Bola Sepak Penalti, setiap Gabungan menghantar dua (2) pasukan

bagi menyertai Kejohanan pada tahun ini. Ini sedikit menyukarkan dari segi

pemberian mata. Setelah dipersetujui oleh kesemua pengurus pasukan Bola

Sepak Penalti, pemberian mata hanya kepada satu (1) pasukan yang tertinggi

pencapaian manakala satu (1) lagi pasukan dikira sebagai mata penyertaan

seperti dilakukan dalam Kejohanan Sukan Kolej UPM.

7.0 Pembaharuan dan Penambahbaikan

7.1 Penggunaan E-Book sebagai buku teknikal dapat memudahkan capaian

maklumat serta menjimatkan penggunaan kertas.

7.2 Memperkasakan lagi hebahan keputusan perlawanan di media sosial Pusat Sukan

supaya dapat dicapai oleh segenap warga kampus UPM.

7.3 Memulakan lebih awal acara yang berlangsung pada hari bekerja kerana setiap

warga sukan yang menyertai Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 mendapat

perlepasan tugas seawal jam 4.00 petang untuk mengelak dari berlaku

penangguhan perlawanan.

7.4 Mencadangkan agar pasukan yang menarik diri setelah mengesahkan penyertaan

bukan sekadar ditolak mata, malah perlu membayar kos pengadil yang telah

ditetapkan.

7.5 Melihat dan menilai kembali sukan yang dipertandingkan dalam Kejohanan Sukan

Staf UPM pada masa akan datang berdasarkan kesinambungan sukan di

peringkat yang lebih tinggi seperti Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti

Malaysia (SUKUM)

Page 7: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

5

8.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya Kejohanan Sukan Staf UPM pada sesi kali ini telah dapat

dijalankan dengan jayanya mengikut takwim yang telah ditetapkan. Segala masalah yang

timbul telah dapat diselesaikan secara profesional diperingkat Jawatankuasa Pengelola

Kejohanan Sukan Staf UPM 2020. Penambahbaikan Kejohanan Sukan Staf UPM akan

sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa demi meningkatkan mutu sukan di UPM

dan negara.

Page 8: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

6

Lampiran 1

Page 9: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

7

Lampiran 2

Page 10: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

8

KEPUTUSAN KEJOHANAN SUKAN STAF 2020

JOHAN BAGI SETIAP ACARA

BIL ACARA SUKAN JOHAN N.JOHAN

1 Badminton Campuran Gabungan 2 Gabungan 3

2 Golf Gabungan 3 Gabungan 5

3 Petanque Campuran Gabungan 6 Gabungan 8

4 Tenpin Boling (L) Gabungan 8 Gabungan 1

5 Tenpin Boling (W) Gabungan 3 Gabungan 2

6 Futsal Wanita Gabungan 5 Gabungan 3

7 Bola Sepak Penalti Gabungan 8 Gabungan 7

8 Bola Tampar Campuran Gabungan 8 Gabungan 7

Lampiran 3

Page 11: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

9

KEDUDUKAN KESELURUHAN KEJOHANAN SUKAN STAF UPM 2020

KED GABUNGAN MATA

1 GABUNGAN 3 55

2 GABUNGAN 8 51

3 GABUNGAN 5 34

3 GABUNGAN 2 34

3 GABUNGAN 1 34

6 GABUNGAN 7 29

7 GABUNGAN 4 24

8 GABUNGAN 6 21

Lampiran 4

Page 12: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

10

STATISTIK PENGLIBATAN STAF

KEJOHANAN SUKAN STAF UPM 2020

STATISTIK PENGLIBATAN STAF LELAKI DAN WANITA KEJOHANAN SUKAN STAF UPM 2020

GABUNGAN 1

GABUNGAN 2

GABUNGAN 3

GABUNGAN 4

GABUNGAN 5

GABUNGAN 6

GABUNGAN 7

GABUNGAN 8

LELAKI 51 50 50 50 50 50 53 48

WANITA 38 38 38 24 38 38 38 38

0

10

20

30

40

50

60

BIL

AN

GA

N S

TAF

LELAKI, 402

WANITA, 290

Lampiran 5

Page 13: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

11

GABUNGAN PTJ BAGI SUKAN STAF UPM 2020

GABUNGAN PTJ

1

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA

FAKULTI KEJURUTERAAN

INSTITUT TEKNOLOGI MAJU

2

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA

INSTITUT PENGAJIAN SOSIAL

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA

3 FAKULTI PERTANIAN

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA

PUSAT SUMBER DAN PENDIDIKAN KANSER

PUSAT PENGIMEJAN DAN DIAGNOSTIK NUKLEAR

HOSPITAL PENGAJAR

4 FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN

FAKULTI SAINS

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

INSTITUT BIOSAINS

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK

INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL

Lampiran 6(a)

Page 14: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

12

5

BAHAGIAN KESELAMATAN

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN

PUTRA SCIENCE PARK

PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD

PENERBIT

PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN

AKADEMI SUKAN

UPM HOLDINGS

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR & SAINS AKUATIK

PUTRA BUSSINESS SCHOOL

6

PEJ. TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

BAHAGIAN AKADEMIK

BAHAGIAN ANTARABANGSA

BAHAGIAN AUDIT DALAMAN

PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI & EKUIN PARK

WAZAN

KOPERASI UPM

7

PEJ. TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI)

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR

PUSAT ALUMNI

PUSAT SUKAN

KOLEJ KEDIAMAN

PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES)

KOR SUKSIS

KOR SISPA

BAHAGIAN KAUNSELING

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN

Lampiran 6(b)

Page 15: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

13

8

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI

PEJABAT BURSAR

PUSAT ISLAM

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

PEJABAT NAIB CANSELOR

PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI

PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET

PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG

PEJABAT PENDAFTAR

PEJABAT PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

PUSAT JAMINAN KUALITI

Lampiran 6(c)

Page 16: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

14

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

Taklimat Ketua Gabungan SUSTAF UPM

Lampiran 7

Page 17: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

15

Majlis Perasmian SUSTAF UPM

Page 18: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

16

Acara Badminton Campuran Kejohanan SUSTAF UPM 2020

Page 19: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

17

Acara Petanque Campuran Kejohanan SUSTAF UPM 2020

Page 20: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

18

Acara Tenpin Boling (Lelaki & Wanita) Kejohanan SUSTAF UPM 2020

Page 21: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

19

Acara Futsal Wanita Kejohanan SUSTAF UPM 2020

Page 22: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

20

Acara Bola Sepak Penalti Kejohanan SUSTAF UPM 2020

Page 23: LAPORAN KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI ......Gambar-gambar Aktiviti 14-21 1 1.0 Pengenalan Kejohanan Sukan Staf UPM 2020 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF pada tahun ini dilaksanakan

21

Acara Bola Tampar Campuran Kejohanan SUSTAF UPM 2020