laporan jawatankuasa pengangkutan

3
Laporan Jawatankuasa Pengangkutan Pada 7, 8 dan 9 Mac 2011 seramai 96 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2009 telah mengadakan lawatan ke agensi-agensi sukan di sekitar Kuala Lumpur. Seperti biasa, perkara utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelumlawatan bermula ialah menguruskan pengangkutan yang bakal membawa pelajar-pelajar yang terlibat. Jadi saya bersama seorang lagi rakan iaitu Muhammad Syami Syafiq selaku wakil bagi Jawatankuasa Pengangkutan telah menguruskan pengangkutan dengan meminta kebenaran menggunakan bas institut. Alhamdulillah prosedur untuk mendapatkan bas tersebut berjalan dengan lancar dengan pihak pentadbiran institut telah meluluskan untuk kami menggunakan kedua-dua bas pada hari tersebut. Kebetulan juga pada tarikh tersebut bas-bas institut tidak digunakan untuk apa-apa program. Hala ini kerana permohonan untuk mendapatkan bas tersebut telah dibuat dengan lebih awal. Malangnya jumlah pelajar yang agak ramai iaitu 96 orang tidak dapat ditampung oleh kedua-dua bas. Lebih kurang dalam 20 orang tidak dimuatkan dalam bas-bas tersebut. Pelbagai inisiatif telah kami fikirkan masalah tersebut. Jika mahu menempah bas dari pihak luar mungkin bayarannya agak tinggi dengan tempoh lawatan yang lama iaitu tiga hari dua malam. Peruntukan untuk lawatan ini tidak dapat menampung sewaan untuk menempah bas dari pihak luar. Cara lain ialah kami telah bercadang untuk menggunakan kereta sendiri bagi sesiapa yang mempunyai kereta. Lebih kurang dalam 5

Upload: memerang16

Post on 02-Jul-2015

161 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Jawatankuasa Pengangkutan

Laporan Jawatankuasa Pengangkutan

Pada 7, 8 dan 9 Mac 2011 seramai 96 orang pelajar Program Ijazah Sarjana

Muda Perguruan Ambilan Januari 2009 telah mengadakan lawatan ke agensi-agensi

sukan di sekitar Kuala Lumpur. Seperti biasa, perkara utama yang perlu diselesaikan

terlebih dahulu sebelumlawatan bermula ialah menguruskan pengangkutan yang bakal

membawa pelajar-pelajar yang terlibat. Jadi saya bersama seorang lagi rakan iaitu

Muhammad Syami Syafiq selaku wakil bagi Jawatankuasa Pengangkutan telah

menguruskan pengangkutan dengan meminta kebenaran menggunakan bas institut.

Alhamdulillah prosedur untuk mendapatkan bas tersebut berjalan dengan lancar

dengan pihak pentadbiran institut telah meluluskan untuk kami menggunakan kedua-

dua bas pada hari tersebut. Kebetulan juga pada tarikh tersebut bas-bas institut tidak

digunakan untuk apa-apa program. Hala ini kerana permohonan untuk mendapatkan

bas tersebut telah dibuat dengan lebih awal. Malangnya jumlah pelajar yang agak ramai

iaitu 96 orang tidak dapat ditampung oleh kedua-dua bas. Lebih kurang dalam 20 orang

tidak dimuatkan dalam bas-bas tersebut. Pelbagai inisiatif telah kami fikirkan masalah

tersebut. Jika mahu menempah bas dari pihak luar mungkin bayarannya agak tinggi

dengan tempoh lawatan yang lama iaitu tiga hari dua malam. Peruntukan untuk lawatan

ini tidak dapat menampung sewaan untuk menempah bas dari pihak luar. Cara lain

ialah kami telah bercadang untuk menggunakan kereta sendiri bagi sesiapa yang

mempunyai kereta. Lebih kurang dalam 5 buah kereta diperlukan untuk menyelesaikan

masalah 20 orang pelajar tersebut. Setelah beberapa kali keluar masuk bilik pengarah,

akhirnya pengarah membuat keputusan tidak membenarkan pelajar yang membawa

kereta sendiri tetapi pensyarah pengiring sendiri yang perlu membawa pelajar-pelajar

tadi dengan menggunakan kereta mereka. Dengan cara ini, kesalamatan pelajar-pelajar

lebih terjamin. Akhirnya masalah untuk membawa pelajar-pelajar ke lawatan tersebut

dapat diselesaikan.

Lawatan ini telah terbahagi kepada dua kumpulan. Kedua-dua kumpulan ini akan

melawat ke agensi-agensi yang berlainan. Cuma satu destinasi sahaja kedua-dua

kumpulan akan melawat iaitu Kementerian Belia dan Sukan. Semasa lawatan bas telah

Page 2: Laporan Jawatankuasa Pengangkutan

ditukar-tukar secara adil dan saksama iaitu kedua-dua kumpulan dapat merasauntuk

menaiki bas berhawa dingin. Contohnya pada hari pertama lawatan kumpulan A akan

menaiki bas berhawa dingin terlebih dahulu dan pada hari kedua pula kumpulan B akan

merasa untuk menaiki bas yang berhawa dingin. Hal ini dapat mengelakkan daripada

terdapatnya segelintir pelajar yang tidak berasa puas hati dengki-mendengki antara

satu sama lain. Walaupun kita lihat ini hanyalah perkara remeh, tetapi jika tidak

diuruskan dengan baik keadaan akan bertukar menjadi kucar kacir. Pemandu-pemandu

bas juga begitu mahir dengan jalan-jalan di Kuala Lumpur tersebut menyebabkan

lawatan berjalan dengan lancar. Akhir sekali, secara keseluruhannya lawatan tersebut

dapat berjalan dengan lancar dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang

lawatan tersebut. Setakat ini sahaja laporan bagi Jawatankuasa Pengangkutan bagi

lawatan ke agensi-agensi sukan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

MUHAMMAD ZULHAKIM BIN HAZAHA

PISMP RBT3,

AMBILAN JANUARI 2009.