laporan jamuan hari raya sk

Upload: kiuum6554

Post on 09-Jul-2015

441 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

PengenalanKelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) Sek. Keb. ...telah mengadakan Majlis Jamuan Aidil Fitri dan disertai dengan Majlis Sambutan Hari Lahir. Majlis ini telah telah dilaksanakan oleh para guru Pendidikan Khas dan telah dimeriahkan dengan jemputan para waris dan juga murid-murid PKBP. Program ini merupakan salah satu agenda tahunan yang dijalankan oleh kelas PKBP sebagai pengisian bidang ilmu sosial dan riadah murid.

Rasional Sebagai peluang bagi warga sekolah dan para waris bersama merasai suasana Hari Raya Aidil Fitri. Menyemai dan mendidik amalan bermaaf-maafan dan bertolak-ansur dalam kalangan murid PKBP. Memberi peluang kepada murid PKBP untuk bersosial dan bergembira dengan bertukar-tukar juadah aidilfitri. Meletakan murid PKBP sama taraf dengan murid aliran perdana untuk merasai suasana hari raya di sekolah. Mengingati hari kelahiran murid PKBP,Guru-Guru dan PPM dengan cara meraikan sambutan sebagai tanda penghargaan.

Objektif Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dengan para waris. Meraikan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama para ibu-bapa dan murid. Mewujudkan semangat 1Malaysia dan perpaduan dalam kalangan warga pendidik dan para ibu bapa yang berbilang bangsa dan agama.

Untuk memupuk nilai saling hormat-menghormati dan bermaaf-maafan di antara pihak sekolah dan waris. Untuk menghargai dan memberi dorongan dan semangat kepada para guru dan murid.

SasaranGuru Pendidikan Khas Murid-murid PKBP Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Para Waris 6 orang 29 orang 4 orang 60 orang

LAPORAN MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI DAN SAMBUTAN HARI LAHIR KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN 2010

Tarikh Masa Tempat

: 26 September 2010 : 9.00 pagi 12.30 tengahari : Kamar Seri.., Sek. Keb....

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Lahir Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) Sek. Keb..... telah diadakan pada 26 September 2010 bertempat di Kamar Seri... Tujuan utama majlis ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan beramah mesra serta memupuk perpaduan ( SATU MALAYSIA ) di antara pentadbir PKBP Sek. Keb....., guru guru serta ibu bapa dan murid murid pendidikan khas. Guru Besar, Penolong-Penolong Kanan dan ibu bapa serta para murid pendidikan khas turut dijemput hadir pada majlis tersebut. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi, di mana semua ibu bapa yang hadir mendaftar diri di dalam Kamar Seri.... Setelah selesai sesi pendaftaran, tepat pada jam 9.15 pagi ibu bapa dan guru telah berkumpul di Kamar Seri ....mendengar ucapan dari Penolong Kanan Pendidikan Khas, Pn.Hjh...... Majlis juga diselitkan dengan ucapan dari Guru Besar, Pn....... yang mengalu-alukan kedatangan pihak waris untuk menjayakan majlis tersebut. Majlis diteruskan lagi dengan acara memotong kek harijadi yang disertai oleh guru-guru serta para murid Pendidikan Khas. Majlis ini merupakan majlis kali ke-2 dilaksanakan pada tahun ini bagi meraikan hari lahir bagi guru dan muri-murid yang

menyambut harijadi mereka bermula bulan Mei hingga September. Majlis bertambah meriah dengan penyampaian hadiah hari lahir oleh Guru Besar, Pn. ..... kepada guru dan murid-murid yang menyambut hari lahir pada bulan tersebut. Majlis kemudiannya diserikan pula dengan upacara penyerahan duit raya kepada semua murid-murid PKBP oleh guru-guru Pendidikan Khas sebagai tanda menghargai kegigihan murid-murid menimba ilmu tanpa mengendahkan kelemahan dan kekurangan yang wujud dalam diri mereka. Terpacar seribu kegembiraan dan keceriaan di wajah anak-anak Pendidikan Khas apabila menerima hadiah hari lahir berserta duit raya. Setelah selesai para ibu bapa bersama murid dan guru dijemput untuk menikmati hidangan di dalam Kamar Seri....... Pelbagai hidangan telah disediakan secara bergotong royong oleh para guru dan beberapa orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) sendiri. Antara hidangan yang disediakan ialah satay ayam,nasi himpit, kuah kacang, nasi tomato,ayam masak merah, rendang, kek coklat, kek kismis, buah tembikai,laksa, ketupat dan beberapa makanan ringan yang lain serta kuih raya yang disumbangkan oleh guru-guru dan ibu bapa. Majlis turut diserikan lagi dengan dendangan lagu raya. Majlis bersurai pada jam 12.30 tengahari.