laporan inspektorat pepasangan...

14
Untuk Rujukan Pejabat Sahaja No. Laporan : 91/08/18/A IN-3a IN-3b Unit Perunding Keselamatan Cawangan Kejuruteraan Elektrik Ibu Pejabat JKR Malaysia arar/JB&PDHPTIPerak Mengandungi: 1. IN-6, Kesimpulan Ketidakpatuhan Kepada Akta & Peraturan 2. IN-3a, Penemuan Ketidakpatuhan Kepada Akta & Peraturan JABATAN BOMBA & PENYELAMAT, DAERAH HILIR PERAK, TELOK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN 27HB. DISEMBER, 2007. LAPORAN INSPEKTORAT PEPASANGAN ELEKTRIK

Upload: vanque

Post on 25-Aug-2019

256 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN INSPEKTORAT PEPASANGAN ELEKTRIKepsmg.jkr.gov.my/images/c/c9/2007-12-27-Jab.-Bomba-Penyelamat-Daerah...c. perkara yang perlu dibaiki/tambah bagi membantu kerja penyenggaraan

Untuk Rujukan Pejabat Sahaja No. Laporan : 91/08/18/A IN-3a √ IN-3b

Unit Perunding Keselamatan Cawangan Kejuruteraan Elektrik Ibu Pejabat JKR Malaysia arar/JB&PDHPTIPerak

Mengandungi: 1. IN-6, Kesimpulan Ketidakpatuhan Kepada Akta & Peraturan 2. IN-3a, Penemuan Ketidakpatuhan Kepada Akta & Peraturan

JABATAN BOMBA & PENYELAMAT,

DAERAH HILIR PERAK, TELOK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN

27HB. DISEMBER, 2007.

LAPORAN INSPEKTORAT PEPASANGAN ELEKTRIK

Page 2: LAPORAN INSPEKTORAT PEPASANGAN ELEKTRIKepsmg.jkr.gov.my/images/c/c9/2007-12-27-Jab.-Bomba-Penyelamat-Daerah...c. perkara yang perlu dibaiki/tambah bagi membantu kerja penyenggaraan

IN-6

Kesimpulan Ketidakpatuhan

Kepada Akta Dan Peraturan

Page 3: LAPORAN INSPEKTORAT PEPASANGAN ELEKTRIKepsmg.jkr.gov.my/images/c/c9/2007-12-27-Jab.-Bomba-Penyelamat-Daerah...c. perkara yang perlu dibaiki/tambah bagi membantu kerja penyenggaraan

A. PENEMUAN YANG MUNGKIN MENYEBABKAN BAHAYA MEMERLUKAN TINDAKAN SERTA MERTA.

PENEMUAN*

PERKARA

5

Tiada Alat Pemadam Api Berdekatan Papan Agihan.

6

Tiada Peranti Arus Bocor Ke Bumi Pada Papan Agihan.

9

Kekotak Pembumian (Earth Chamber) Bagi Sistem Pembumian Tidak Kelihatan.

10

Sistem Pendawaian Usang Dan Kelengkapan Elektrik Tidak Disenggara.

B. TINDAKAN YANG PERLU DIPATUHI

PENEMUAN*

PERKARA

4

Tiada Pemeriksaan Dan Pengujian Pepasangan Elektrik Dalam Lima (5) Tahun Kebelakang.

Page 4: LAPORAN INSPEKTORAT PEPASANGAN ELEKTRIKepsmg.jkr.gov.my/images/c/c9/2007-12-27-Jab.-Bomba-Penyelamat-Daerah...c. perkara yang perlu dibaiki/tambah bagi membantu kerja penyenggaraan

C. PERKARA YANG PERLU DIBAIKI/TAMBAH BAGI MEMBANTU KERJA PENYENGGARAAN HARIAN

PENEMUAN*

PERKARA

1

Tiada Rekod / Buku Log Senggaraan Untuk Sistem Voltan Rendah.

2

Tiada simpanan Lukisan Terpasang Asal.

3

Tiada Operation And Maintenance Manual.

7

Tiada Penandaan (Labelling) Pada Papan Agihan.

8 Tiada Maklumat Litar Akhir Pada Papan Agihan.

Nota : * Rujuk Penemuan IN – 3a Disediakan Oleh : t.t (MOHD FATIHI B. MUSTAFAR) Jurutera Elektrik, Disemak Oleh : t.t (NOORAINI BT. IBRAHIM) Jurutera Elektrik Penguasa, Verifikasi oleh : t.t (Ir. HJH. AZURA BT. MAHAYUDIN. AMN) Tarikh : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan. Unit Perunding Keselamatan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, b.p : Ketua Pengarah Kerja Raya.

Page 5: LAPORAN INSPEKTORAT PEPASANGAN ELEKTRIKepsmg.jkr.gov.my/images/c/c9/2007-12-27-Jab.-Bomba-Penyelamat-Daerah...c. perkara yang perlu dibaiki/tambah bagi membantu kerja penyenggaraan

IN-3a

Penemuan Ketidakpatuhan Kepada

Akta Dan Peraturan

Page 6: LAPORAN INSPEKTORAT PEPASANGAN ELEKTRIKepsmg.jkr.gov.my/images/c/c9/2007-12-27-Jab.-Bomba-Penyelamat-Daerah...c. perkara yang perlu dibaiki/tambah bagi membantu kerja penyenggaraan

PENEMUAN 1

TIADA REKOD / BUKU LOG SENGGARAAN UNTUK SISTEM VOLTAN RENDAH.

Penyediaan rekod atau buku log senggaran bagi sesuatu pepasangan adalah penting. Kerja-kerja penyelenggaraan yang telah dilaksanakan dan penambahan yang dibuat terhadap pepasangan dapat direkod. Penyelenggaran yang sistematik dapat memastikan sesuatu pepasangan itu berada di dalam keadaan selamat.

PENEMUAN 2

TIADA SIMPANAN LUKISAN TERPASANG ASAL

Lukisan terpasang asal adalah perlu bagi membantu penyelia menyelenggara sesuatu pepasangan. Penyelenggaraan yang sistematik dapat memastikan sesuatu pepasangan itu berada di dalam keadaan selamat.

PENEMUAN 3

TIADA OPERATION AND MAINTENANCE MANUAL

Operation and maintenance adalah perlu bagi membantu pemunya mengendalikan peralatan yang ada dalam premis dengan cara betul dan selamat. Ini dapat menjamin segala peralatan yang disediakan sentiasa berkeadaan baik.

Page 7: LAPORAN INSPEKTORAT PEPASANGAN ELEKTRIKepsmg.jkr.gov.my/images/c/c9/2007-12-27-Jab.-Bomba-Penyelamat-Daerah...c. perkara yang perlu dibaiki/tambah bagi membantu kerja penyenggaraan

PENEMUAN 4

TIADA PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN PEPASANGAN ELEKTRIK DALAM LIMA (5) TAHUN KEBELAKANG.

Pemeriksaan ini dijalankan bagi memastikan keseluruhan sesuatu pepasangan itu sentiasa berada di dalam keadaan selamat. Ia perlu dilaksanakan oleh Jurutera Perkhidmatan Elektrik daripada kontraktor perkhidmatan elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga. TIDAK MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 yang berikut :-

Peraturan 110 (1) dan (2) – Penyenggaraan Pepasangan (1) Sesuatu pepasangan hendaklah disenggarakan dalam keadaan baik dan berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah bahaya. (2) Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan mengikut cara yang dikehendaki dalam subperaturan (1) hendaklah terletak pada pengurusan atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan, perkhidmatan atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan. (3) Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah diperiksa dan diuji oleh orang komperten sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun, atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya. Peraturan 71 (1) – Kontraktor perkhidmatan elektrik.

(1) Tiada seorang pun boleh melaksanakan atau menjalankan apa-apa penyenggaraan dan pembaikan, baik pulih dan servis penentukuran, ujian dan pelakuan mana-mana pepasangan atau kelengkapan dan pengesanan kerosakan kabel melainkan jika ia memegang suatu Perakuan Pendaftaran yang sah sebagai seorang Kontraktor Perkhidmatan Elektrik yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini.

Page 8: LAPORAN INSPEKTORAT PEPASANGAN ELEKTRIKepsmg.jkr.gov.my/images/c/c9/2007-12-27-Jab.-Bomba-Penyelamat-Daerah...c. perkara yang perlu dibaiki/tambah bagi membantu kerja penyenggaraan

PENEMUAN 5

TIADA ALAT PEMADAM API BERDEKATAN PAPAN

GIHAN. A

Perkakas elektrik yang terdapat pada setiap papan agihan mudah terbakar akibat berlakunya arus kerosakan seperti litar pintas atau lebihan beban elektrik. Penyediaan alat pemadam api berdekatan papan agihan amat diperlukan dan tarikh pemeriksaan tahunan perlu dilekatkan. TIDAK MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 yang berikut :

Peraturan 40 - Alat memadam api

Alat pemadam api hendaklah disediakan oleh pemunya, pengurusan, pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik dan alat pemadam itu hendaklah disimpan di premis itu untuk digunakan pada bila-bila masa.

Peratuaran 110 (1) dan (2) – Penyenggaraan Pepasangan

(1) Sesuatu pepasangan hendaklah disenggarakan dalam keadaan baik dan berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah bahaya.

(2) Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan mengikut cara yang dikehendaki dalam subperaturan (1) hendaklah terletak pada pengurusan atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan, perkhidmatan atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Page 9: LAPORAN INSPEKTORAT PEPASANGAN ELEKTRIKepsmg.jkr.gov.my/images/c/c9/2007-12-27-Jab.-Bomba-Penyelamat-Daerah...c. perkara yang perlu dibaiki/tambah bagi membantu kerja penyenggaraan

PENEMUAN 6

TIADA PERANTI ARUS BOCOR KE BUMI PADA PAPAN AGIHAN.

Didapati tiada peranti bocor ke bumi dipasang pada papan agihan. Setiap papan agihan perlu dipasang peranti arus bocor ke bumi bagi memastikan kebocoran arus yang berlaku pada peralatan elektrik dapat dialirkan terus ke bumi. Alat ini juga akan memutuskan bekalan dengan erta-merta untuk keselamatan penghuni dan harta premis. s

T

IDAK MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 yang berikut :-

P

eraturan 36 (2), (3) & (4) – Perlindungan terhadap arus bocor ke bumi.

(2) Bagi sesuatu pepasangan di tempat yang lantainya berkemungkinan akan basah atau jika dinding atau kepungan berintangan elektrik yang rendah, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat pada mana-mana litar akhir yang membekalkan elektrik kepada mana-mana kelengkapan, sama ada secara berasingan, atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 miliampere. (3) Bagi sesuatu pepasangan jika kelengkapan, radas atau perkakas yang dipegang dengan tangan digunakan atau berkemungkinan digunakan, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat pada mana-mana litar akhir, sama ada secara berasingan atau dalam berkumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 30 miliampere. (4) Bagi sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan yang disebut dalam subperaturan (1), (2) dan (3), perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir, sama ada secara individu atau dalam berkumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 100 miliampere melainkan :-

a. atas sebab-sebab fungsi, adalah tidak praktik untuk mengadakan perlindungan itu: atau

b. adalah tidak selamat atau berbahaya untuk mengadakan perlindungan itu.

Page 10: LAPORAN INSPEKTORAT PEPASANGAN ELEKTRIKepsmg.jkr.gov.my/images/c/c9/2007-12-27-Jab.-Bomba-Penyelamat-Daerah...c. perkara yang perlu dibaiki/tambah bagi membantu kerja penyenggaraan

TIDAK MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 yang berikut :-

Peraturan 110 (1) dan (2) – Penyenggaraan Pepasangan

(1) Sesuatu pepasangan hendaklah disenggarakan dalam keadaan baik dan berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah bahaya.

(2) Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan mengikut cara yang dikehendaki dalam subperaturan (1) hendaklah terletak pada pengurusan atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan, perkhidmatan atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

PENEMUAN 7

TIADA PENANDAAN (LABELLING) PADA PAPAN AGIHAN.

Penandaan pada papan agihan perlu diadakan. Pastikan saiz tulisan yang digunakan dapat diselaraskan, boleh dibaca dengan jelas dan kekal pada permukaan papan suis. Penandaan perlu menggambarkan keadaan sebenar pepasangan. Kesilapan dalam menyatakan saiz atau arah aliran suis gear akan menimbulkan bahaya sekiranya kerja-kerja penyenggaraan hendak dilaksanakan.

Page 11: LAPORAN INSPEKTORAT PEPASANGAN ELEKTRIKepsmg.jkr.gov.my/images/c/c9/2007-12-27-Jab.-Bomba-Penyelamat-Daerah...c. perkara yang perlu dibaiki/tambah bagi membantu kerja penyenggaraan

PENEMUAN 8

TIADA MAKLUMAT LITAR AKHIR PADA PAPAN AGIHAN.

Maklumat pada papan agihan perlu diadakan. Ini akan menyukarkan pengendali mengetahui tahap penggunaan sesuatu papan sebelum kerja-kerja penambahan dilaksanakan.

TIDAK MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 yang berikut - Peraturan 19 (1b) – Susunan papan suis secara am. (b) Pengaliran tiap-tiap konduktor hendaklah boleh dikesan dan gambar rajah sambungan- sambungan yang dilukis dengan jelas hendaklah dipamerkan berdekatan dengan papan suis itu.

Page 12: LAPORAN INSPEKTORAT PEPASANGAN ELEKTRIKepsmg.jkr.gov.my/images/c/c9/2007-12-27-Jab.-Bomba-Penyelamat-Daerah...c. perkara yang perlu dibaiki/tambah bagi membantu kerja penyenggaraan

PENEMUAN 9

KEKOTAK PEMBUMIAN (EARTH CHAMBER) BAGI SISTEM PEMBUMIAN TIDAK KELIHATAN.

Kekotak pembumian (earth chamber) bagi sistem pembumian dan sistem telekomunikasi tidak kelihatan kerana telah diturap. Pemeriksaan tahunan perlu dilaksanakan untuk memastikan nilai rintangan sentiasa berada di bawah 1 Ohm untuk sistem pembumian. Kelengkapan kekotak pembumian (earth chamber) mestilah mudah diakses. TIDAK MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 yang berikut :-

P

eraturan 34 (1) - Pembumian bahagian logam, poin neutral, dsb.

(1) Mana-mana penyalut, tudung, gagang, peti cantuman, peti suis, peti fius, bingkai gear suis yang berlogam dan rangka dan tapak logam mana-mana janakuasa, penukar, rektifier dan motor, peti dan teras berlogam bagi mana-mana pengubah, dan bingkai dan penutup logam bagi mana-mana peti sejuk, dapur memasak dan kelengkapan elektrik lain termasuklah apa-apa perkakas domestik, kecuali yang digolongkan sebagai binaan kelas II, hendaklah dibumikan dengan berkesan.

Peraturan 35 – Kaedah pembumian. Dalam mana-mana pepasangan sistem pembumian konduktor yang lengkap yang dibuat daripada bahan yang boleh diterima dan mempunyai luas keratan rentas yang mencukupi dengan satu atau lebih plat bumi, paip atau rod hendaklah diadakan. Sistem membumi itu hendaklah disambungkan ke bumi dan disenggarakan dengan berkesan.

Page 13: LAPORAN INSPEKTORAT PEPASANGAN ELEKTRIKepsmg.jkr.gov.my/images/c/c9/2007-12-27-Jab.-Bomba-Penyelamat-Daerah...c. perkara yang perlu dibaiki/tambah bagi membantu kerja penyenggaraan

PENEMUAN 10

SISTEM PENDAWAIAN USANG DAN KELENGKAPAN ELEKTRIK TIDAK DISENGGARA.

Kebanyakan pendawaian lama berkeadaan usang. Pendawaian untuk suis dan lampu dibiarkan terdedah dan tertanggal didapati mengandungi arus elektrik. Keadaan ini amat membahayakan kepada pengguna. Oleh itu, pemunya atau penghuni bangunan perlu mengambil tindakan SEGERA mendapatkan peruntukan bagi menjalankan pemeriksaan dan pengujian pepasangan dan seterusnya melaksanakan pendawaian baru mengikut peraturan. Kerja-kerja ini perlu dilakukan oleh orang kompeten dan mengikut prosedur yang ditetapkan di dalam akta dan peraturan. Pembaikan SEGERA perlu dilaksanakan untuk mengelakkan renjatan elektrik. TIDAK MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 yang berikut :-

Peraturan 15 (1) & (2) – Bahan, Kelengkapan Dan Kaedah Pemasangan.

1. Mana-mana radas, konduktor atau aksesori bagi maksud penyambungan kepada sesuatu pepasangan hendaklah dalam saiz, kuasa dan bilangan yang mencukupi dan bagi menepati maksud yang dicadangkan dan hendaklah dibina, dipasang, disusun, dilindungi, dikerjakan dan disenggara sedemikian rupa bagi mencegah bahaya. (2) Sesuatu konduktor hendaklah ditebat dan dilindungi secara berkesan atau ditempatkan atau dikawal keselamatannya sedemikian rupa bagi mencegah bahaya.

Page 14: LAPORAN INSPEKTORAT PEPASANGAN ELEKTRIKepsmg.jkr.gov.my/images/c/c9/2007-12-27-Jab.-Bomba-Penyelamat-Daerah...c. perkara yang perlu dibaiki/tambah bagi membantu kerja penyenggaraan

Peraturan 110 (1) dan (2) – Penyenggaraan Pepasangan (1) Sesuatu pepasangan hendaklah disenggarakan dalam keadaan baik dan berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah bahaya. (2) Tanggungjawab untuk menyenggarakan pepasangan mengikut cara yang dikehendaki dalam subperaturan (1) hendaklah terletak pada pengurusan atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan, perkhidmatan atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.