laporan hari sukan negara

5
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL PALANIANDY 13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG. LAPORAN AKTIVITI HARI SUKAN NEGARA SJK (T) PALANIANDY TARIKH : 10 OKTOBER 2015 TEMPAT : PADANG SJKT PALANIANDY

Upload: sathis-menagah

Post on 06-Dec-2015

795 views

Category:

Documents


64 download

DESCRIPTION

mnjjbbi

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Hari Sukan Negara

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL PALANIANDY

13200 KEPALA BATAS,

PULAU PINANG.

LAPORAN AKTIVITI HARI SUKAN NEGARA

SJK (T) PALANIANDY

TARIKH :

10 OKTOBER 2015

TEMPAT :

PADANG SJKT PALANIANDY

MASA :

7.30 PAGI – 12.05 T/HARI

Page 2: Laporan Hari Sukan Negara

1.0 PENGENALAN

Sambutan Hari Sukan Negara diisytiharkan pada setiap Sabtu minggu kedua

Oktober setiap tahun oleh Perdana Menteri pada 24 Mac lalu. Sambutan ini adalah

inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang mana ia satu langkah proaktif dalam proses

transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah 'Negara

Bersukan'. Hari Sukan Negara diisi dengan lebih 17,000 aktiviti sukan dan riadah untuk

memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan sambutan

ini yang diraikan secara serentak di seluruh negara.

2.0 RASIONAL

Sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah merupakan satu program di

bawah Kementerian Belia dan Sukan yang telah diumumkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib

bin Tun Haji Abdul Razak pada 24 Mac 2015. Program ini akan dilaksanakan di seluruh

sekolah pada 10 Oktober 2015 yang merupakan hari persekolahan bagi cuti berganti

sempena Aidilfitri yang lalu.

3.0 MATLAMAT

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan

rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan

masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40

peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan

melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu

menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia. Sambutan Hari Sukan

Negara ini adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai

hasrat menjadikan negara Malaysia sebagai salah sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting

Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan satu agenda nasional yang

selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Page 3: Laporan Hari Sukan Negara

4.0 KUMPULAN SASARAN

158 orang pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

5.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aspek

7.30 pagi – 8.00 pagi Kedatangan Guru dan Murid ke Padang

SJKT Palaniandy

8.00 pagi – 10.00 pagi Aktiviti dan permainan kecil yang

berkonsep Hari Sukan Negara

10.00 pagi – 10.30 pagi Rehat

10.30 pagi – 12.00 tengah hari Aktiviti dan permainan kecil yang

berkonsep Hari Sukan Negara

12.00 tengah hari Bersurai

6.0 LAPORAN

Majlis pelancaran Hari Sukan Negara telah dilaksanakan di Sekolah Jenis

Kebangsaan Tamil Palaniandy pada hari 10 Oktober 2015. Majlis telah dijalankan pada

jam 8.00 pagi bertempat di padang sekolah yang dirasmikan oleh T.Ratana Vallo, guru

besar SJKT Palaniandy. Murid – murid bersama semua guru telah menjalankan

senamrobik bersama jawatankuasa hari sukan negara diketuai oleh Pn. Gesavarthani

selaku Penolong Kanan Kokurikulum.

Page 4: Laporan Hari Sukan Negara

Antara aktiviti yang telah dijalankan pada waktu tersebut :

Waktu pagi ( 8.00 pagi hingga 10.00 pagi)

1. Senamrobik

2. Bola Jaring

3. Bola Sepak

4. Badminton

5. Gala Panjang

Waktu selepas rehat ( 10.00 pagi hingga 12.00 pagi)

6. Tarik tali

7. Gasing

8. Guli

9. Congkak

10.Batu Seremban

"Saya berharap aktiviti sukan ini akan menjadi amalan hidup kita kerana adalah

sangat penting dan kita juga perlu masa untuk rekreasi dan bersukan. Dengan

kesihatan yang baik, maka mudahlah kita melakukan pelbagai tugasan dan melahirkan

insan yang cemerlang dari segi JERIS serta memajukan sekolah serta negara," katanya

T.Ratana Vallo, guru besar SJKT Palaniandy.

7.0 PENUTUP

Konklusinya, Hari Sukan Negara yang telah diadakan diseluruh negara pada 10

Oktober 2015 turut diadakan di SJKT Palaniandy. Setinggi - tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan program

ini.