laporan hari anugerah kecemerlangan 2009

3
LAPORAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2009 Hari Anugerah Kecemerlangan 2009 diadakan pada hari Rabu 18 November 2009. Para tetamu mula bertamu seawal 7.30 pagi. En. Mohd Yusop B. Mat Zin selaku Tetamu kehormat yang mewakili YB Ir Mohamad Bushro B. Mat Johor dijemput bagi merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan 2009 tiba pada pukul 8.30 pagi.Beliau disambut dengan paluan kompang oleh kumpulan kompang sekolah yang diketuai oleh En. Abd. Rahim B. Abdullah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Hassan B. Che Mat. Majlis diteruskan lagi dengan perasmian pondok bacaan oleh En. Yusop B. Mat Zin . Seterusnya En. Yusop B. Mat Zin dibawa ke Dewan SKBBSB. Persembahan Action Song sekolah membuka tirai majlis pada hari tersebut . Para tetamu disajikan dengan persemahan ICT yang berkaitan dengan sekolah dan aktiviti sepanjang tahun yang telah dilaksanakan. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Pn. Rozana Bt Sulaiman Selaku Guru Besar SK Bandar Baru Sg. Buloh. Diikuti oleh ucapan oleh Yang Dipertua PIBG En Arzmi B. Mohd Sharif. Seterusnya

Upload: norzaibasima

Post on 30-Sep-2015

337 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

LAPORAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan 2009 diadakan pada hari Rabu 18 November 2009. Para tetamu mula bertamu seawal 7.30 pagi. En. Mohd Yusop B. Mat Zin selaku Tetamu kehormat yang mewakili YB Ir Mohamad Bushro B. Mat Johor dijemput bagi merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan 2009 tiba pada pukul 8.30 pagi.Beliau disambut dengan paluan kompang oleh kumpulan kompang sekolah yang diketuai oleh En. Abd. Rahim B. Abdullah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Hassan B. Che Mat.

Majlis diteruskan lagi dengan perasmian pondok bacaan oleh En. Yusop B. Mat Zin . Seterusnya En. Yusop B. Mat Zin dibawa ke Dewan SKBBSB. Persembahan Action Song sekolah membuka tirai majlis pada hari tersebut . Para tetamu disajikan dengan persemahan ICT yang berkaitan dengan sekolah dan aktiviti sepanjang tahun yang telah dilaksanakan.

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Pn. Rozana Bt Sulaiman Selaku Guru Besar SK Bandar Baru Sg. Buloh. Diikuti oleh ucapan oleh Yang Dipertua PIBG En Arzmi B. Mohd Sharif. Seterusnya ucapan perasmian oleh tetamu kehormat, En Yusop B. Mat Zin.

Kategori hadiah yang diterima oleh murid pada tahun ini adalah tokoh kurikulum , tokoh kokurikulum, tokoh murid dedikasi, anugerah PROTIM, anugerah KIA, tempat pertama hingga ketiga setiap kelas, tempat pertama hingga ketiga setiap aliran, mata pelajaran terbaik, hadiah rangsangan dan hadiah 5A bagi murid yang mendapat 5A dalam matapelajaran teras.

Penyampaian Hadiah Anugerah Kecemerlangan 2009 dimulakan dengan penyampaian hadiah tokoh-tokoh murid. Penyampaian hadiah diselang selikan dengan persembahan murid seperti Koir Bahasa Inggeris oleh murid Tahun 6, Persembahan Endang dan Nyanyian oleh Pra Sekolah, Tarian Endang oleh murid tahun 5, Nyanyian Solo Oleh murid tahun 5 dan persembahan koir Bahasa Melayu bertemakan lagu 70an oleh murid tahun 6.

Majlis Anugerah kecemerlangan 2009 berakhir pada pukul 12.40 tengahari.

Disediakan oleh,

--------------------------------------------------------

NORZAIBASIMA BT BADARUDIN

(Setiausaha Hari Anugerah Kecemerlangan 2009