laporan hari anu. cem 2014

10
LAPORAN HARI ANUGERAH CEMERLANG TAHUN 2015 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) BAYAN LEPAS Hari Anugerah Cemerlang 2015 telah dijalankan pada 7 November 2015 iaitu pada hari Sabtu. Program ini telah bermula pada pukul 6.00 petang sehingga 10.00 malam. Program telah dijalankan di Dewan SJK (T) Bayan Lepas. Tetamu jemputan tiba dan masuk ke dewan diiringi oleh pihak pentadbir, Pengerusi PIBG dan Pengerusi LPS pada pukul 6.15 petang. Pengerusi majlis iaitu En. Thayalan mengalu-alukan kehadiran Dato’ K.Anbalakan (Pengerusi Jawatankuasa Khas Sekolah-Sekolah Tamil Pulau Pinang) sebagai perasmi majlis kali ini. Majlis bermula dengan bacaan doa oleh murid tahun 5. Acara diteruskan dengan ucapan YDP PIBG iaitu En. Manimaran dan dikuti oleh ucapan Guru Besar iaitu Pn.M.Ambigaphaty, PJK. dan disusuli dengan ucapan perasmian oleh Dato’ Dr.K.Anbalakan. Ucapan beliau yang banyak menyentuh tentang faktor keibubapaan yang membawa kesan kepada kejayaan anak-anak mereka secara langsung. Situasi dan pendedahan berkaitan dengan sekolah rendah secara menyeluruh ini memberikan maklumat kepada ibubapa yang hadir sebagai panduan kepada mereka yang berminat untuk menghantar anak mereka ke sekolah pada sesi persekolahan tahun hadapan. Seterusnya, persembahan slide show dan persembahan pertama menghiburkan para hadirin. Selepas hiburan tersebut, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi Anugerah Akademik Cermerlang. Anugerah ini diberikan kepada pelajar mengikut kategori iaitu Anugerah Pelajar Terbaik mengikut tahun seperti pelajar terbaik Prasekolah, Tahun1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Anugerah hadiah kehadiran penuh

Upload: krishna-veeni

Post on 19-Feb-2016

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Laporan Hari Anu. Cem 2014

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Hari Anu. Cem 2014

LAPORAN HARI ANUGERAH CEMERLANG TAHUN 2015

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) BAYAN LEPAS

Hari Anugerah Cemerlang 2015 telah dijalankan pada 7 November 2015 iaitu pada

hari Sabtu. Program ini telah bermula pada pukul 6.00 petang sehingga 10.00 malam.

Program telah dijalankan di Dewan SJK (T) Bayan Lepas. Tetamu jemputan tiba dan masuk

ke dewan diiringi oleh pihak pentadbir, Pengerusi PIBG dan Pengerusi LPS pada pukul 6.15

petang. Pengerusi majlis iaitu En. Thayalan mengalu-alukan kehadiran Dato’ K.Anbalakan

(Pengerusi Jawatankuasa Khas Sekolah-Sekolah Tamil Pulau Pinang) sebagai perasmi majlis

kali ini. Majlis bermula dengan bacaan doa oleh murid tahun 5. Acara diteruskan dengan

ucapan YDP PIBG iaitu En. Manimaran dan dikuti oleh ucapan Guru Besar iaitu

Pn.M.Ambigaphaty, PJK. dan disusuli dengan ucapan perasmian oleh Dato’ Dr.K.Anbalakan.

Ucapan beliau yang banyak menyentuh tentang faktor keibubapaan yang membawa kesan

kepada kejayaan anak-anak mereka secara langsung. Situasi dan pendedahan berkaitan

dengan sekolah rendah secara menyeluruh ini memberikan maklumat kepada ibubapa yang

hadir sebagai panduan kepada mereka yang berminat untuk menghantar anak mereka ke

sekolah pada sesi persekolahan tahun hadapan. Seterusnya, persembahan slide show dan

persembahan pertama menghiburkan para hadirin. Selepas hiburan tersebut, majlis diteruskan

dengan penyampaian hadiah bagi Anugerah Akademik Cermerlang. Anugerah ini diberikan

kepada pelajar mengikut kategori iaitu Anugerah Pelajar Terbaik mengikut tahun seperti

pelajar terbaik Prasekolah, Tahun1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Anugerah hadiah kehadiran penuh disampaikan oleh perasmi majlis kepada murid-murid.

Selepas itu, persembahan kedua diteruskan. Anugerah seterusnya adalah Anugerah

Matapelajaran Terbaik mengikut Tahun. Anugerah khas diberikan kepada murid-murid

pilihan mengikut kategori iaitu tokoh kokurikulum, murid mithali, kemajuan prestasi

akademik, tokoh nilam, pencapaian peringkat negeri dan kebangsaan, olahragawan &

olahragawathi dan tokoh murid. Persembahan ketiga berlangsung dan majlis bersurai pada

pukul 12.05 tengahari. Kerjasama yang diberikan oleh ibubapa dan pelajar adalah amat baik.

Majlis berlangsung tanpa gangguan serta hasil kerja yang bertanggungjawab oleh pihak

pentadbir dan semua guru serta pekerja am yang terlibat secara langsung menjayakan majlis

ini. Ibubapa turut memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan hari anugerah cemerlang

tahun ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

Page 2: Laporan Hari Anu. Cem 2014

…………………..... ……………………… ………………………(En. M. Selvam) (Pn. A. Enkaiyamah) (Pn. K. Anjalay Devi, PJK.)

1. JAWATANKUASA INDUK HARI ANUGERAH CEMERLANG 2014

Penasihat : PPD Barat Daya

Pengerusi : Pn. K. Anjalay Devi, PJK (Guru Besar)

Naib Pengerusi : Pn. A. Enkaiyamah (PK Kurikulum)

Pn. K. Arayee (PK HEM)

Pn. K. Naline (PK Kokurikulum)

Setiausaha : En. M. Selvam

2. JAWATANKUASA KERJA

TUGAS NAMA GURU BIDANG TUGAS

Penyambut Tetamu

Pn. K. Anjalay Devi, PJKPn. K. Arayee

Menyambut kedatangan tetamu.

Bacaan Doa En. M. Selvam Menyediakan doa yang sesuai dengan majlis.

Membacakan doa sebelum majlis bermula.

Penyelarasan Nama

Penerima Hadiah

(sebelum hari anugerah

cemerlang)

Pn. P. Krishnaveeni

Mengumpul nama murid yang menerima hadiah- Tempat 1,2,3 dalam kelas- Matapelajaran terbaik- Tokoh Murid- Tokoh Kokurikulum- Pencapaian Terbaik

Page 3: Laporan Hari Anu. Cem 2014

&Pengurusan Penerima

Hadiah dan Sijil

(semasa hari anugerah

cemerlang)

Menyediakan senarai nama yang lengkap kepada setiausaha, jawatankuasa buku aturcara, pendaftaran

serta penyelaras penerima hadiah.

Mengumpul dan menyusun pelajar untuk menerima anugerah pada hari anugerah cemerlang (di luar dewan).

Pengurusan Hadiah

&

Cenderahati VIP

Pn. R. Thavamani Menyediakan hadiah untuk majlis anugerah cemerlang (pastikan hadiah cukup).

Membuat ‘check list’ hadiah sebelum hari anugerah cemerlang.

Bertanggungjawab menyedia dan menyimpan alas meja hadiah dan dulang hadiah.

Memastikan majlis anugerah cemerlang berjalan dengan lancar.

Menyimpan hadiah penerima yang tidak hadir.

Pengurusan Sijil

Cik P. Gonasundari Mengumpul nama murid-murid cemerlang yang bakal menerima anugerah.

Menyediakan sijil hari anugerah cemerlang bagi setiap murid yang menerima hadiah.

Membuat ‘check list’ sijil sebelum menyerahkan sijil kepada jawatankuasa pengurusan hadiah.

Page 4: Laporan Hari Anu. Cem 2014

Menyimpan sijil-sijil bagi penerima tidak hadir.

Disiplin Semua Guru Memastikan guru berada bersama murid dan memastikan disiplin dalam keadaan terkawal semasa majlis berlangsung.

Memastikan murid-murid berada di tempat yang ditetapkan semasa majlis dijalankan.

Persembahan Pn. B. Thilagawathy Menyediakan persembahan selingan.

Jumlah selingan mengikut masa yang diperuntukkan.

Persiapan Dewan

& Hiasan Dewan

&Mengemas

semula dewan

En. Jeevan Menyusun kerusi seperti yang ditetapkan oleh jawatankuasa hiasan dewan.

Menyediakan meja pengacara majlis, meja hadiah dan keja pendaftaran.

Menghias ruang hadapan pentas.

Hiasan Pentas

En. M. Selvam Menyediakan backdrop yang menarik dan berkualiti.

Menghias dan menyusun kelengkapan pentas.

Kebersihan Dan

Keceriaan

Pekerja Memastikan dewan disapu dan dimop sebelum majlis.

Page 5: Laporan Hari Anu. Cem 2014

Membersihkan cermin tingkap dewan.

P.A.Sistem Pn. R. Vijayakumari Memastikan peralatan audio berfungsi dengan baik.

Memasang peralatan audio lebih awal.

Bertanggungjawab mengambil dan menyimpan peralatan audio dengan selamat.

LCD Pn. M. Parames Menyediakan LCD (berkaitan dengan sekolah dan ditayangkan kepada ibubapa sebelum majlis bermula).

Memastikan penayangan LCD berjalan dengan lancar.

Pengacara majlis

En. T. Thayalan Memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Pengendalian majlis yang menarik dan menghiburkan.

Menyampaikan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Jemputan Pn. R. Thavamani Mendapatkan senarai nama dan alamat jemputan dari pihak pentadbir.

Menghantar surat jemputan.

Page 6: Laporan Hari Anu. Cem 2014

Melaporkan respon jemputan.

Buku Atur Cara

Cik D. Satiyavani Mengumpul data dan maklumat penting untuk dicetak dalam buku atur cara.

Mencetak buku atur cara mengikut jumlah yang ditetapkan.

Menyerah buku atur cara kepada jawatankuasa pentadbiran.

Pendaftaran dan

mengedar buku atur

cara

Cik D. Satiyavani Menyediakan borang pendaftaran.

Mengedar buku atur cara kepada tetamu.

Jamuan ibubapa, guru

dan murid

&Jamuan VIP

Cik P. Gonasundari Memastikan makanan yang disediakan mencukupi.

Mengagihkan makanan kepada semua murid.

Memastikan jamuan VIP disediakan.

Jurufoto dan dokumentasi

Pn. M. Parames Merakamkan gambar sepanjang majlis berlangsung.

Membuat dokumentasi.

Page 7: Laporan Hari Anu. Cem 2014

LAMPIRAN