laporan bulan membaca

3
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KUALA KURAU 34350 KUALA KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN. ÌÅ¡Äì Ìáù §¾.Å.¾Á¢úôÀûÇ¢ 34350 ÌÅ¡Äì Ìáù, §Àá. KOD SEKOLAH : ABD 3059 TEL / FAX SEKOLAH : 05-727 0096 E-mail : [email protected] ____________________________________________________________ ____________ LAPORAN BULAN MEMBACA SJK (T) KUALA KURAU SJK (T) Kuala Kurau telah mengadakan program Bulan Membaca pada 25 hb Ogos hingga 31 hb Ogos 2012 bertempat di SJK(T) Kuala Kurau. Program ini diadakan di dewan sekolah pada pukul 10.45pagi sepanjang bulan membaca ini. Semua pelajar SJK(T) Kuala Kurau diwajibkan menyertai program ini. Objektif program bulan membaca ini adalah untuk “melahirkan masyarakat berilmu”. Matlamat program bulan membaca ini adalah “menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan, maklumat dan menjadi sumber rujukan yang lengkap bagi warga SJK(T) Kuala Kurau”. Sebanyak lima pertandingan telah diadakan sepanjang bulan membaca untuk mencungkil bakat para pelajar yang terpendam iaitu pertandingan membaca teks (Bahasa Tamil), pertandingan mengulas buku (Bahasa Melayu), pertandingan membaca teks (Bahasa Melayu), pertandingan mewarna/melukis poster dan pertandingan bercerita / menghafal petikan. Setiap pertandingan tersebut diadakan selepas waktu rehat, pukul 10.45pagi. Penglibatan para pelajar amat memuaskan kerana kami dapat melihat kesungguhan mereka semasa membuat persembahan dan sikap ingin mencuba pelajar dalam setiap pertandingan. Setiap pertandingan terbuka kepada semua pelajar termasuk pelajar-pelajar tahap 1 dan tahap 2 kecuali pertandingan mengulas buku hanya terbuka kepada pelajar tahap1. Setiap pertandingan tersebut dibahagian kepada tiga

Upload: kalpana-do-ramasamy-pillai

Post on 08-Dec-2015

136 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bulan membaca

TRANSCRIPT

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KUALA KURAU34350 KUALA KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN.ÌÅ¡Äì Ìáù §¾.Å.¾Á¢úôÀûÇ¢34350 ÌÅ¡Äì Ìáù, §Àá.KOD SEKOLAH : ABD 3059 TEL / FAX SEKOLAH : 05-727 0096E-mail : [email protected]

________________________________________________________________________LAPORAN BULAN MEMBACA

SJK (T) KUALA KURAU

SJK (T) Kuala Kurau telah mengadakan program Bulan Membaca pada 25 hb Ogos hingga 31 hb Ogos 2012 bertempat di SJK(T) Kuala Kurau. Program ini diadakan di dewan sekolah pada pukul 10.45pagi sepanjang bulan membaca ini. Semua pelajar SJK(T) Kuala Kurau diwajibkan menyertai program ini.

Objektif program bulan membaca ini adalah untuk “melahirkan masyarakat berilmu”. Matlamat program bulan membaca ini adalah “menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan, maklumat dan menjadi sumber rujukan yang lengkap bagi warga SJK(T) Kuala Kurau”.

Sebanyak lima pertandingan telah diadakan sepanjang bulan membaca untuk mencungkil bakat para pelajar yang terpendam iaitu pertandingan membaca teks (Bahasa Tamil), pertandingan mengulas buku (Bahasa Melayu), pertandingan membaca teks (Bahasa Melayu), pertandingan mewarna/melukis poster dan pertandingan bercerita / menghafal petikan.

Setiap pertandingan tersebut diadakan selepas waktu rehat, pukul 10.45pagi. Penglibatan para pelajar amat memuaskan kerana kami dapat melihat kesungguhan mereka semasa membuat persembahan dan sikap ingin mencuba pelajar dalam setiap pertandingan. Setiap pertandingan terbuka kepada semua pelajar termasuk pelajar-pelajar tahap 1 dan tahap 2 kecuali pertandingan mengulas buku hanya terbuka kepada pelajar tahap1. Setiap pertandingan tersebut dibahagian kepada tiga kumpulan iaitu pelajar tahap 1, tahap 2 dan pelajar pemulihan supaya dapat memberi peluang dan galakkan kepada semua tahap pelajar.

Setiap pemenang bagi kesemua pertandingan diberi hadiah pada 03 hb September 2012, di perhimpunan khas. Pada keseluruhannya program bulan membaca ini dapat dijalankan dengan sempurna menerusi penglibatan para pelajar dan atas sokongan para guru SJK(T) Kuala Kurau.

Disediakan oleh 07 September 2012

…………………………….(CIK.SUGASHINI GUNASEKARAN)SETIAUSAHA BULAN MEMBACASJK (T) KUALA KURAU

GAMBAR-GAMBAR BULAN MEMBACA

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG