laporan biro buku program

3
LAPORAN BIRO BUKU PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V/ 2014 Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 telah dijalankan pada 15 Februari 2014 hingga 16 Februari 2014 di Sekolah Kebangsaan Seri Negeri, Kuah, Langkawi. Selaku jawatankuasa biro buku program saya amat bersyukur kerana mendapat kerjasama daripada AJK-AJK lain semasa di dalam proses menyiapkan buku program ini. Jawatankuasa buku program telah ditubuhkan bagi memudahkan para peserta mengetahui secara ringkas mengenai program yang akan berlangsung. Ini akan memudahkan pengurusan dan interaksi antara para peserta. Antara ahli-ahli jawatankuasa buku program ialah : Ainaa Najiha binti Kamarudin Nur Afiqah binti Mat Noor Tugas biro buku program berbeza dengan biro yang lain kerana tugas kami dijalankan sebelum dan semasa kami menjalani program BIG. Manakala, biro yang lain menjalankan tugas mereka sebelum, semasa dan selepas BIG dijalankan. Oleh itu, kami perlu memberikan komitmen yang sepenuhnya sebelum berangkat ke tempat BIG. Antara bidang tugas biro buku program ialah kami perlu menyediakan bahan-bahan atau maklumat untuk dimuatkan ke dalam buku program. Maklumat-maklumat ini boleh diperoleh daripada setiausaha BIG iaitu Fatin Izzati binti Jasli. Sepanjang proses menyiapkan buku program tersebut, kami telah berhadapan dengan beberapa masalah. Antara masalah yang dihadapi ialah terdapat perubahan maklumat yang terpaksa dilakukan oleh biro-biro yang lain dari semasa ke semasa. Keadaan ini menyebabkan kami perlu prihatin dengan setiap perubahan yang dilakukan dan memasukkan maklumat terkini ke dalam buku program. Akhir sekali, buku program yang dihasilkan telah dapat memberi manfaat dan maklumat yang berguna kepada semua peserta BIG Fasa

Upload: ainaa-najiha-kamarudin

Post on 26-Nov-2015

40 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Biro Buku Program

LAPORAN BIRO BUKU PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V/ 2014

Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 telah dijalankan pada 15 Februari 2014 hingga 16

Februari 2014 di Sekolah Kebangsaan Seri Negeri, Kuah, Langkawi. Selaku jawatankuasa biro

buku program saya amat bersyukur kerana mendapat kerjasama daripada AJK-AJK lain

semasa di dalam proses menyiapkan buku program ini. Jawatankuasa buku program telah

ditubuhkan bagi memudahkan para peserta mengetahui secara ringkas mengenai program

yang akan berlangsung. Ini akan memudahkan pengurusan dan interaksi antara para peserta.

Antara ahli-ahli jawatankuasa buku program ialah :

Ainaa Najiha binti Kamarudin

Nur Afiqah binti Mat Noor

Tugas biro buku program berbeza dengan biro yang lain kerana tugas kami dijalankan

sebelum dan semasa kami menjalani program BIG. Manakala, biro yang lain menjalankan tugas

mereka sebelum, semasa dan selepas BIG dijalankan. Oleh itu, kami perlu memberikan

komitmen yang sepenuhnya sebelum berangkat ke tempat BIG. Antara bidang tugas biro buku

program ialah kami perlu menyediakan bahan-bahan atau maklumat untuk dimuatkan ke dalam

buku program. Maklumat-maklumat ini boleh diperoleh daripada setiausaha BIG iaitu Fatin

Izzati binti Jasli.

Sepanjang proses menyiapkan buku program tersebut, kami telah berhadapan dengan

beberapa masalah. Antara masalah yang dihadapi ialah terdapat perubahan maklumat yang

terpaksa dilakukan oleh biro-biro yang lain dari semasa ke semasa. Keadaan ini menyebabkan

kami perlu prihatin dengan setiap perubahan yang dilakukan dan memasukkan maklumat terkini

ke dalam buku program.

Akhir sekali, buku program yang dihasilkan telah dapat memberi manfaat dan maklumat

yang berguna kepada semua peserta BIG Fasa 5/2014. Semua ilmu dan pengalaman yang

kami peroleh semasa menyiapkan buku program ini akan kami aplikasikannya di sekolah kelak

sewaktu mengendalikan sesuatu program. Kesimpulannya, dengan adanya semangat

kerjasama antara AJK dan juga para peserta yang terdiri daripada PISMP Prasekolah Sem 5

segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun wujud sedikit

kekurangan, namun kami tetap bersemangat melaksanakan tanggungjawab yang diberi. Setiap

Page 2: Laporan Biro Buku Program

kelemahan akan kami jadikan sebagai pengajaran pada masa akan datang. Terima kasih

diucapkan kepada semua yang terlibat.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, 17 FEBRUARI 2014

(AINAA NAJIHA BT KAMARUDIN)

AJK Buku Program

BIG Fasa 5/2014

Page 3: Laporan Biro Buku Program

BINA INSAN GURU FASA V/2014LAPORAN BIRO ……….

3

|

3