buku program inovasi

17
PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN 2012 9 – 10 JULAI 2012 INOVASI PENJANA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DEWAN AL-FARABI IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU

Upload: su-ada

Post on 20-Jun-2015

5.368 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku program inovasi

PERTANDINGAN

INOVASI

PENDIDIKAN

2012

9 – 10 JULAI 2012

INOVASI PENJANA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

DEWAN AL-FARABI IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

KUALA TERENGGANU

Page 2: Buku program inovasi

KATA ALU-ALUAN PENGARAH

PENGARAH IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan Izin-Nya saya dapat menitipkan kata-kata dalam buku program Pertandingan Inovasi Pendidikan 2012. Pertandingan Inovasi Pendidikan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengiktirafan kepada guru pelatih atau kumpulan guru pelatih yang telah menghasilkan bahan kreatif dan inovatif yang cemerlang bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan kurikulum dan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah mereka akan ditempatkan kelak. Usaha kreatif dan inovatif dibuat dalam pelbagai bentuk aktiviti atau projek meliputi kaedah pengajaran dan pembelajaran, kaedah penilaian dan kemajuan murid dan pembinaan alat bantu mengajar. Sekalung syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Kerja, para pensyarah pembimbing dan para peserta pertandingan serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas inisiatif dan usaha untuk menganjurkan Pertandingan Inovasi Pendidikan peringkat IPG ini. Saya percaya usaha gigih,kerjasama dan semangat kekitaan yang telah ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan program yang dirancang. Penerapan budaya inovasi dalam kalangan warga IPG amat penting dalam menghasilkan warga yang berfikiran kreatif serta mampu menjana idea-idea akan memberi impak positif kepada IPGM khususnya. Penggunaan konsep atau alat penjanaan idea seperti Big Think Strategy, Blue Ocean Strategy, Kumpulan Kreatif dan Inovatif dan sebagainya akan membantu warga IPG KDRI meningkatkan kemahiran mereka dalam menjana idea-idea baru. Pelaksanaan idea baru dalam IPG mampu meningkatkan tahap kualiti dan keberhasilan yang dihasratkan, IPG KDRI perlu memiliki warga yang kreatif dan inovatif bagi mencapai wawasan IPGM agar menjadi ‘IPG Bertaraf Dunia’. Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua guru pelatih yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan. Semoga penganjuran ini dapat mempertingkat iltizam dan inspirasi para guru pelatih. Usaha murni ini merupakan wadah utama IPG Kampus Dato’ Razali Ismail untuk merealisasikan matlamat PIPP membangunkan modal insan. Saya juga berharap pemenang bagi pertandingan yang diadakan akan menjadi wakil IPG ke pertandingan inovasi Peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Selamat maju jaya, selamat menambah pengetahuan dan berkongsi hasil inovasi dan kreativiti dengan semangat dan komitmen demi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekian, terima kasih. GHULAM SARVER MOBARAK ALI PENGARAH IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

Page 3: Buku program inovasi

KETUA JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI PROFESIONALISME KEGURUAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Inovasi diertikan sebagai penghasilan idea-idea baru untuk meningkatkan keberkesanan dan kejayaan sesuatu program dan projek ataupun penggunaan sesuatu peralatan dan bahan. Pertandingan Inovasi Pendidikan diharapkan dapat memberi satu impak kepada warga IPG KDRI dalam usaha untuk penghasilan produk atau kaedah yang baru ke arah keberkesanan pelaksanaan kurikulum. Hasil usaha kreatif dan inovatif ini dijelmakan melalui pendekatan , kaedah, teknik , bahan dan peralatan baru yang akan digunakan oleh pensyarah dan guru pelatih. Pertandingan inovasi Pendidikan peringkat IPG KDRI 2012 merupakan satu usaha murni untuk mengetengah dan mengiktiraf hasil usaha kreatif dan inovatif guru pelatih yang berusaha ke arah pembentukan modal insan dan melonjak kecemerlangan murid disekolah mereka akan ditempatkan nanti selaras dengan matlamat PIPP. Hasil usaha yang ditampilkan terdiri daripada pelbagai bentuk inovasi meliputi pelbagai mata pelajaran serta peringkat kursus dan program yang ditawarkan di IPG. Adalah diharapkan segala idea dan pembaharuan yang diketengahkan ini dapat dibukukan sebahgai bahan koleksi untuk rujukan dan contoh kepada para bakal guru dan seterusnya dimanfaatkan di sekolah kelak. Semoga idea-idea yang ditampilkan dapat merangsang para pensyarah dan bakal guru untuk terus meningkatkan usaha dan berikhtiar bagi mencari dan mencuba idea-idea baharu yang kraetif dan inovatif ke arah melonjak kecemerlangan institusi pendidikan di persada dunia melalui inovasi dan kreativiti yang menjadi teras pendidikan berkualiti. Akhir kata, saya percaya kejayaan penganjuran Pertandingan Inovasi Pendidikan peringkat IPG KDRI ini adalah simbol kejayaan IPG KDRI membudayakan inovasi dan kreativiti dalam pendidikan itu sendiri. Pendekatan ideal melalui pertandingan inovasi Pendidikan ini diharap menjadi asas kukuh untuk membudayakan inovasi sebagai satu budaya pendidik IPG KDRI serta dapat dipraktik dan diadaptasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekian ,terima kasih. DR HJ TENGKU ZAWAWI TENGKU ZAINAL KETUA JABATAN PIPK

KATA ALU-ALUAN KETUA JABATAN PIPK

Page 4: Buku program inovasi

PENDAHULUAN

OBJEKTIF

Dunia pendidikan berkembang dengan drastik. Salah satu cara meletakkan IPG seiring dengan perkembangan tersebut ialah menjalankan penyelidikan berinovasi dalam aspek kerja dan bidang pendidikan. Fenomena ini menuntut warga pendidikan, untuk sentiasa meneroka dan menganalisis pandangan penyelidikan yang dilakukan di dalam mahu pun luar negara. Pada masa yang sama, berfikir secara kritis dan kreatif untuk menghasilkan cetusan idea baru bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Idea berkenaan boleh diperoleh dari dalam dan luar atau dari penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baru atau diadaptasi untuk diguna pakai mengikut keperluan semasa.

Memupuk sikap positif terhadap budaya inovasi dalam kalangan warga pendidikan.

Mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan warga pendidikan bagi meningkatkan kecemerlangan P&P serta pengurusan kerja.

Memperkasakan budaya inovasi menerusi pemuafakatan warga pendidikan.

Page 5: Buku program inovasi

OPEN JOURNAL SYSTEM

DR TENGKU ZAWAWI BIN TENGKU ZAINAL MARZUKI BIN NGAH

DR IBRAHIM BIN TAIB JABATAN PIPK

Open Journal System (OJS) adalah satu aplikasi online yang dibangunkan bertujuan untuk menghimpunkan artikel dan kertas-kertas penyelidikan dalam pendidikan. Aplikasi ini turut berfungsi sebagai perpustakaan digital, di mana para pengguna boleh mengakses, mencari dan memuat turun ab-strak serta laporan penuh penyelidikan dalam pelbagai bidang. Kemudahan OJS terbuka kepada semua penyelidik dalam kalangan warga pendidikan, khususnya pelajar dan pensyarah Institut Pendidikan Guru seluruh Malay-sia. Sesuai dengan matlamat Blue Ocean Strategy (BOS), aplikasi ini juga dijangka dapat mengatasi masalah ruang dan tempat penyimpanan bahan prosiding dan tesis bercetak yang semakin bertambah dari semasa ke se-masa. Open Journal System boleh dilayari pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui alamat http://ojs.cakna.net.

KATEGORI PENSYARAH

ASAH MINDA

RAHIMAH BT ABD GHANI FATIMAH BT MOHD

NORLIZA BT MAT NAPIAH SEK. KEB. WAKAF MEMPELAM, K.TERENGGANU

Bahan Bantu Mengajar dibina berkonsepkan “Bermain Sambil Belajar” yang merangkumi tiga jenis alatan iaitu kad pusing, cantum gambar dan susun suku kata. Kemahiran yang dipilih ialah kvkvkv dan peruntukan masa pen-gajaran ialah 1 jam. Penggunaan bahan ini boleh diubahsuai untuk kemahi-ran-kemahairan yang lain. Aktiviti pembelajaran berpusatkan murid ini meli-batkan kepelbagaian kecerdasan murid seperti kecerdasan linguistic, kines-tetik, interpersonal. Terbukti penggunaan BBM ini Berjaya mengurangkan peratusan bilangan murid Linus Tegar di sekolah ini.

Page 6: Buku program inovasi

MODEL FULERN (FUN IN LEARNING)

IDRUL HISHAM BIN ISMAIL JABATAN ILMU PENDIDIKAN

Model “FULERN” ini sebagai panduan kepada guru atau pensyarah untuk merancang dan menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Model ini dibentuk berdasarkan kepada teori-teori pembe-lajaran yang sedia ada iaitu Model Robert Glazer, Model Pengajaran Taba, Model Pengajaran Sim dan Model Inkuiri. Model-model tersebut menjadi asas kepada pembentukan Model Fulearn supaya keberkesanan peng-gunaan model ini menjamin kepada terlaksananya pengajaran dan pembe-lajaran yang bermakna dan berkesan. Selain itu ia dapat memastikan “output” yang dihasilkan menepati matlamat akhir yang dirancang dan di-jangka dapat direalisasikan menerus penggunaan Model Fulern dalam ak-tiviti pengajaran dan pembelajaran.

KE TENG TENG PEI KAY BE PE

MANSOR BIN A.RAHMAN MAZNAH BT MADU

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

Selain daripada terapi fizikal, murid yang bermasalah pembelajaran seperti autism sangat sesuai diajar dengan menggunakan permainan ketinting yang dinamakan inovasi KE TENG TENG PEI KAY BE PE. Kaedah ino-vasi ini amat merangsang minda untuk lebih cepat belajar dan cepat faham. Murid-murid akan terlibat secara aktif semasa permainan dijalankan. Tiga kaedah digunakan melalui tiga tahap kebolehan murid-murid iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Inovasi ini direalisasikan melalui permainan ketinting. Permainan ini amat berkesan kerana boleh meningkatkan motivasi murid yang lemah untuk belajar. Permainan ini juga mampu menunjukkan daya juang dan daya saing murid untuk belajar. Kaedah Inovasi KE TENG TENG PEI KAY BE PE merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi impak kepada kognitif, psikomotor dan efektif. Kemahiran dan kebolehan murid dapat diukur dari pengumpulan markah yang diberi secara mengikut sIstem TOKEN.

Page 7: Buku program inovasi

PROJEK MSWdbOne

MOHAMED BIN SULAIMAN@WAHID FATEN NADIAH BT MOHD FAUZI FATIN IZZATI BT HUSSIN PAKRI

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

Projek MSWdbOne ialah senaskah manual pengurusan yang dibina adalah satu usaha penambaikan kepada sistem mengurus kerja merekod masalah salah laku pelajar (MSLP). MSLP ialah ketakakuran kepada disiplin dan tatatertib yang berkualiti tinggi mengikut standard dan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 Prosedur Teras 03: Penguru-san Hal Ehwal Pelajar (PT03). MSWSdbOne dibina kerana nak menangani masalah butiran maklumat pelajar yang kurang lengkap dalam Borang LAM PT03-04a (Laporan Masalah Salah Laku Pelajar) yang diterima dari-pada pelapor ke Unit Penguatkuasaan, Perjanjian dan Rekod (PPR) Ja-batan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Terengganu. Matlamat MSWsdbOne adalah meningkatkan kualiti pengurusan di Unit Penguatkuasaan, Perjanjian dan Rekod (PPR) Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Terdapat tiga (3) objektif MSWdbOne. Pertama memudahkan dapat maklumat butiran pelajar yang diadu bermasalah. Kedua melengkapkan maklumat MSLP dalam Borang LAM PT03-04a SPK MS ISO 9001:2008 dan Ketiga menyingkap masa bagi mengurus kerja merekod butiran MSLP.

Page 8: Buku program inovasi

MODUL MINI ‘SERONOKNYA BAHAGIAN B’ 

MUHAMMAD SAFWAN BIN SOBRI MOHD RIDUAN BIN MOHD ANUAR

PISMP SAINS SEM 8

Projek inovasi modul mini ‘Seronoknya Bahagian B’ merupakan suatu ba-han pembelajaran yang merangkumi panduan untuk menjawab soalan-soalan sains bahagian B seperti pembolehubah, hipotesis dan kemahiran-kemahiran proses sains (KPS) yang lain. Antara kandungan yang terdapat dalam modul ini adalah nota ringkas tentang KPS, tips menjawab soalan bahagian B, lirik lagu serta contoh soalan dan jawapan bagi soalan ba-hagian B. Tambahan pula, modul ini disediakan dengan paparan yang lebih menarik seperti penggunaan dialog (menyampaikan maklumat), kepelba-gaian pengurusan grafik (Graphic Organizer) yang menerapkan konsep iThink, gambar rajah serta penggunaan pelbagai warna bagi menarik per-hatian dan mengukuhkan kefahaman dan ingatan murid-murid. Di samping itu, modul ini dapat digunakan oleh murid-murid semasa menjawab soalan sains bahagian B yakni sebagai rujukan serta yang paling penting dapat membimbing murid-murid ketika membuat latihan ulangkaji kendiri teruta-manya di rumah. Justeru, hal ini dapat menggalakkan murid-murid untuk membuat latihan kendiri di rumah atau di mana-mana sahaja (ketiadaan guru). Tambahan pula, guru-guru tidak lagi perlu memberi penerangan ten-tang tips menjawab soalan bahagian B berulang- ulang kali di dalam kelas dan hal ini dapat meringankan beban guru dan menjimatkan masa. Per-anan guru lebih kepada memantau dan bertanya soalan kepada murid-murid.

KATEGORI PELAJAR

Page 9: Buku program inovasi

DAM HURUF

EMIR DIN B BAHARUDIN MUHAMAD FADHERUHISHAM B. DAUD

ASMAA' BT MOHD SOBRI PISMP PENDIDIKAN KHAS SEM 4

Dam huruf ini merupakan gabungan elemen permainan dan pengintegrasian pembelajaran dalam permainan. Bermatlamatkan mengenali huruf konsonan dan vokal dengan lebih baik lagi atau melahirkan murid mahir pra-bacaan, dam huruf ini cuba menampilkan kelainan. Saiz huruf yang besar dan boleh dipijak akan menimbulkan rasa keseronokan dalam diri murid, buktinya, kanak-kanak memang akan teruja dengan bahan yang mempunyai adaptasi saiz , perubahan saiz dam huruf daripada saiz dam ular biasa akan menjadi daya penarik kepada murid. Namun begitu, permainan ini tidak berlalu sekadar permainan biasa, menggunakan dadu gergasi yang telah dibina khas, murid dikehendaki untuk melambung dadu dan setelah mendapat bilangan langkah yang perlu dilalui, murid akan memijak dam huruf sambil menyebut huruf yang dipijak , contohnya : dadu menunjukkan angka 3, murid mengira sampai tiga agar dia tahu destinasinya di mana, setelah itu, murid memijak huruf sambil menyebut huruf yang dipijak, guru dikehendaki membantu murid dalam proses menyebut huruf samada vokal atau konsonan, setelah sampai ke destinasi, guru boleh meletakkan penanda sebagai tanda murid tersebut berhenti di situ. Untuk mengelakkan kekeliruan dan menambah daya penarik, dam huruf ini membezakan cara penzahiran huruf konsonan dan vokal, huruf konsonan berada dalam keadaan biasa, namun, huruf vokal pula dibuat pop-up agar murid dapat membezakan huruf konsonan dan vokal.

Page 10: Buku program inovasi

MULTIPLY BOARD

MOHAMAD KHAIRI IZZUDDIN BIN KAUZI TUAN ISMAIL BIN TUAN SOH

PISMP MATEMATIK SEM 2

‘Multiply board’ merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk memu-dahkan murid murid membuat pengiraan mengenai topic darab bagi nom-bor 6 hingga 10. Ini kerana, murid murid dikenalpasti sukar membuat pengi-raan yang melibatkan nombor-nombor yang melebihi daripada nombor 5 dan ke atas. Oleh yang demikian, alat ini dicipta sebagai salah satu me-dium untuk murid murid membuat pengiraan berdasarkan aktiviti yang dila-kukan ke atas ‘multiple board’ bagi meyelesaikan permasalah darab yang melibatkan nombor 6 hingga 10.

BUKU BESAR BERSAMA “PUPPET”

ABDUL WAFIY B. HASBULLAH MOHD KHALIL BIN MUHAMAD NOOR

MAWARDAH BINTI BASERAH PISMP PENDIDIKAN KHAS SEM 4

Inovasi ini menggabungkan ‘Puppet” dan Buku Besar. Hasil Inovasi ini bo-leh digunakan dalam pengajaran “Pengurusan Diri”. Buku besar ini dapat mendedahkan kepada murid mengenai cara untuk mengurus diri dalam kehidupan seharian. Buku besar bersama “Puppet” boleh digunakan oleh murid melalui lakonan di dalam kelas dengan bimbingan guru. Melalui buku besar ini, murid dapat merasa dengan menggunakan deria sentuh untuk memahami cara mengurus diri. “Puppet” yang digunakan menarik perhatian murid-murid untuk belajar.

PENGAJARAN TAJUK SIRATAN MAKANAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH WEBSTER

NOR HAZWANI BINTI RAZALI

PISMP SAINS SEM 8

Merupakan satu kaedah mengajar yang menggunakan papan WEBSTER untuk mengatasi masalah murid tidak boleh mengira rantmakanan, murid tidak dapat menentukan apakah kesan yang berlaku jika terdapat pertambahan atau pengurangan bilangan hidupan di dalam siratan makanan yang diberikan.

Page 11: Buku program inovasi

BUKU ELEKTRONIK MO

MOHD SALAHUDIN BIN KAMARUZAMAN PISMP SN SEM 8

Merupakan suatu kaedah untuk meningkatkan kefahaman murid mengenai konsep rantai makanan dan siratanmakanan menggunakan aplikasi Micro-soft Office. Buku Elektronik MO ini sebenarnya menekankan konsep Hands On. Di mana murid-murid menggunakan komputer bag ibagi mencari mak-lumat, melengkapkan tugasan. Selainitu, denganmenggunakan Buku Elek-tronik MO ini murid-murid juga dapat melakukan aktiviti menyeronokkan seperti menyanyi serta bermain permain aplikasi Microsoft office. Diharap-kan dengan penggunaan Buku Elektronik MO ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman murid akan tajuk Rantai makanan dan Siratan Makanan.

COLOURFUL KIT

NOR ATIKAH BINTI ABD HAMID NOR EMILLIA BINTI REDZUAN

PISMP TESL

“Colourful Kit” ini boleh digunakan pada waktu pengajaran dan pembela-jaran subjek Bahasa Inggeris khususnya untuk Kurikulum Standard Seko-lah Rendah (KSSR). Bahan terpakai iaitu kotak telah digunakan dan diubahsuai menjadi satu inovasi untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kelebihan “Colourful Kit” ini ialah, ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan dapat menarik minat murid-murid untuk belajar serta ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Ia juga dilengkapi dengan rancangan pengajaran yang lengkap mengenai song and poem serta disertakan alat bantu mengajar yang diperlukan pada setiap pering-kat. Sebagai contoh, song dan poem yang diubahsuai serta diadaptasi sendiri, puppet straw, “Pass it on Game”, manila kad. CD serta buku pan-duan untuk guru menggunakan alatan tersebut.

Page 12: Buku program inovasi

KOTAK CERITA INTERAKTIF ‘KOCI”

NUR FARHANA BTE CHE AZIH PISMP SAINS SEM 8

Kotak cerita interaktif merupakan adaptasi daripada buku cerita.KOCI dilengkapkan dengan gambar dan cerita mengenal tajuk perlindungan Haiwan bagi subjek sains tahun 4.KOCI merupakan hasil cantuman kertas keras kitar semula yang dibentuk menjadi kotak cerita interaktif yang dapat digunakan sebagai bahan bantu mengajar semasa P&P. KOCI dihasilkan bagi menangani masalah penguasaan topik perlindungan haiwan bagi enam orang murid tahun 4 Jauhari SK Telok Pasu, K.Trg.

SPEED PUZZLE CARTOONISIA

NOR ILYANA BINTI MOHAMED NUR SYAFIQAH BINTI MOHD SANI

MOHD SAIFUL IKHWAN BIN SHABUDDIN PISMP PENDIDIKAN KHAS SEM 4

Inovasi dihasilkan khusus bagi subjek Matematik bagi membantu kefaha-man murid mengenai operasi matematik melalui permainan. Inovasi ini me-rupakan projek serampang dua mata kerana ia bukan sahaja boleh diguna-kan oleh murid program pendidikan inklusif dalam Program Pendidikan Khas Integrasi, malah boleh digunakan juga oleh murid dalam arus per-dana. Penggunaan prinsip bermain sambil belajar yang mampu menarik minat murid untuk belajar matematik

DINAMIK POWER CHAIR

NORAINI BTE HASSAN NORIZZATI BTE MOHD ADENAN

WAN NURFADZILAH BTE WAN MOHMAD PISMP PJ SEM 4

Alat dinamik power chair ini adalah alat yang diubahsuai daripada alat senaman yang mengikut kesesuaian dan tahap keupayaan murid sekolah rendah. alat ini menggunakan bahan mudah didapati,kos rendah,selamat, mudah dibawa dan sebagainya. alat ini bertujuan membina kekuatan otot dan daya tahan otot.. Murid tidak dapat menentukan apakah kesan yang berlaku jika terdapat pertambahan atau pengurangan bilangan hidupan di dalam siratan makanan yang diberikan

Page 13: Buku program inovasi

SAY IT RIGHT

WAHIDAH BINTI ABD MANAN PISMP SAINS SEM 6

Projek inovasi ini diinspirasikan daripada permainan ‘board game’ yang popular. Ianya bertujuan bagi membantu pelajar peringkat rendah (tahun 1 dan 2) menguasai sebutan dan ejaan bahasa inggeris yang betul. Kaedah penggunaan yang berkonsepkan permainan diharap dapat manarik minat pelajar untuk mempelajari cara sebutan dan pengejaan yang betul. Selain itu, permainan ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja dan tidak memer-lukan pengawasan guru. Ini bertujuan untuk mewujudkan persekitan pem-belajaran melalui pengalaman kepada pelajar.

LITAR UPIN MENCARI IPIN

MUHAMAD NOR TARMIZI BIN MOHD SARIF

JUNITA ANAK PATRICK NURUL IZZA BT MOHAMAD PISMP PENDIDIKAN KHAS SEM 4

Alat ini diinovasikan untuk aktiviti prabacaan iaitu pergerakan tangan dan mata. Unsur Inovasi yang terdapat kaedah pencahayaan seperti lampu da-pat menarik perhatian kanak-kanak. Melalui alat ini murid dapat mem-perolehi kemahiran menggenggam iaitu pergerakan motor-motor halus le-bih terarah dan bersistematik. Oleh yang demekian, pergerakan mata dan tangan murid lebih berfokus dan seterusnya dapat mengenali bentuk-bentuk huruf dan nombor. Selain itu, alat ini juga menguji pengamatan pendengaran murid melalui bunyian.

VCD INTERAKTIF (SIRI PENDIDIKAN IBADAH)

SITI KHADIJAH BT MAT ESA NORLIZA BT KAMAT

MUNA WAHIDA BT MOHD NOOr PISMP PAI SEM 4

Inovasi berkaitan dengan sukatan Pendidikan Agama Islam Sekolah Ren-dah. VCD ini berfokus mengenai konsep tayamum dan aplikasinya yang terdapat dalam sukatan Tahun 5. VCD ini juga memuatkan video ringkas mengenai aplikasi tayamum secara terperinci untuk kefahaman murid den-gan lebih jelas.

Page 14: Buku program inovasi

BUKU CELIK MINDA

NURUL NADIAH BTE ABUY BAKAR SHAZWANI BTE MOHAMAD NOR

FADHILAH ATIKAH BTE AHMAD ASLI PISMP PENGAJIAN MELAYU SEM 4

Aktiviti padankan suku kata menggunakan wayar eletronik. Apabila betul lampu akan menyala.

MAGIC BOX

SOLEHA BTE IBRAHIM SARINA BTE AHMAD PISMP MATEMATIK SEM 6

Magic Box digunakan untuk membantu pelajar menguasai sifir melalui kaedah meneliti pola.

LATTICE STRIPE

MOHAMAD BASRI BI8N NAZERI SHAFIQ BIN SAHAR

PISMP MATEMATIK SEM 8

Alat ini digunakan untuk mendapatkan jawapan bagi hasil darab yang melibatkan pendekatan yang komplek.

MODUL FUN LEARNING

FATIN YASMIN BT RAMLI NUR SABARIAH BT AHMAD

MOHD AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN PISMP SAINS SEM 5

Inovasi ini bertujuan untuk membantu murid memahami konsep tenaga me-lalui model. Penggunaan model ini membolehkan murid belajar secara “active learning’.

Page 15: Buku program inovasi

TIANG SERBAGUNA

ARMAZURIN BIN AB RAZAK MUHAMAD NAZMI AZRERI BIN MOHAMAD SAIADI

AIZZATFITRI BIN OMAR PISMP PJ SEM 4

Kegunaan untuk Permainan bola jaring dan badminton.

FLEXI BOX

NIK MUZAFFAR ASYRAFF BIN MUHAMAD

NASRULLAH ANAS BIN CHE RAZALI ABDUL BARR BIN ABDUL WAHID

PISMP PJ SEM 4 Alat senaman yang menekankan terhadap kekuatan otot.

DECIMAL ROLLERS

NURUL KADIHA BTE ABDULLAH

PISMP MATEMATIK SEM 8

Decimals Roller adalah alat yang digunakan untuk pendarabab dan pembahagian dalam gandaan 10. Ini sangat bersesuaian bagi topik nombor perpuluhan

Page 16: Buku program inovasi

Pengerusi : Dr. Hj. Tengku Zawawi bin Tengku Zainal Timbalan Pengerusi : Dr. Hj. Ibrahim bin Taib Setiausaha : Dr. Hjh. Nik Zaharah bt. Nik Yaacob Bendahari : En. Marzuki bin Ngah Pn. Rahah binti Abd. Hadi@Hamid JK Persiapan tempat : Tn. Hj.Abu Zarin bin Hj. Abu Bakar &Peralatan En. Mohd Kamaruzaman bin Harun JK Publisiti & Seranta : En. Amir Hamzah bin Yaakub En. Mohamad Naim bin Mat Salleh JK Pendaftaran : En. Marzuki bin Ngah Peserta Tn. Hj. Mohd. Anuwi bin Husain JK Peserta, Sambutan : En . Mansor bin Abd.Rahman & Protokol Pn. Suriany bt Mat Noor JK Jamuan : Pn. Hjh. Maznah bt Madu Pn. Mas Norbany binti Abu Samah JK Hadiah, : Pn. Sakhiyyah bte. A. Rahim Cenderamata & Sijil En. Mohd. Asri bin Harun JK Brochure & Buku Program : Pn. Fouziah bt Mohd

JK Rakaman, Siaraya : Tn. Hj. Mohd Sharif bin Muda & Dokumentasi En. Ghani bin Mamat

JK Majlis Pembukaan : Tn. Hj. Hamdan bin Ab. Manaf & Penutup En. Marzuki bin Ngah

SENARAI JAWATANKUASA PETUGAS PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN 2012

Page 17: Buku program inovasi

PENGHARGAAN

Pihak penganjur merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Pertandingan Inovasi Pendidikan

2012, khususnya kepada:

Pengarah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail Timbalan Pengarah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

Ketua-ketua Jabatan Ketua-ketua Unit

Hakim Pertandingan Para Pensyarah

Guru Pelatih Kakitangan Sokongan