laporan bengkel- etika berpakaian

7
LAPORAN BENGKEL ETIKA BERPAKAIAN SEORANG PELAJAR PROGRAM BINA INSAN GURU – FASA 3 TAHUN 2013 NAMA PELAJAR : Sazali bin Sampam AMBILAN : Jun 2011 SEMESTER : 4 OPSYEN : Reka Bentuk Dan Teknologi ( RBT 3 ) PERINGKAT : 3 TARIKH : 11 MEI 2013 TEMPAT : SK Taman Daya 2, Johor Bahru, Johor (A) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA Program BIG Fasa 3 (Bengkel – Etika berpakaian seorang pelajar) telah berjaya dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2 pada 11 Mei 2013. Seramai 21 orang guru yang terdiri daripada pelajar PPG RBT 3 terlibat menyertai program ini bersama dengan seratus orang murid tahun 6 yang terdiri daripada murid SK Taman Daya, Johor. Diharap program ini dapat memberikan kesedaran kepada murid tentang kepentingan mematuhi peraturan sekolah dalam berpakaian yang betul disamping membentuk murid supaya lebih berketerampilan dengan imej yang lebih segak dan beretika. Program ini juga diharapkan dapat memberikan impak positif kepada imej sekolah bagi melahirkan insan yang berdisiplin dan bertatasusila.

Upload: nur-afiqah-zali

Post on 15-Dec-2015

986 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

laporan mengenai sesuatu aktiviti

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Bengkel- Etika Berpakaian

LAPORAN BENGKEL

ETIKA BERPAKAIAN SEORANG PELAJAR

PROGRAM BINA INSAN GURU – FASA 3

TAHUN 2013

NAMA PELAJAR : Sazali bin Sampam

AMBILAN : Jun 2011

SEMESTER : 4

OPSYEN : Reka Bentuk Dan Teknologi ( RBT 3 )

PERINGKAT : 3

TARIKH : 11 MEI 2013

TEMPAT : SK Taman Daya 2, Johor Bahru, Johor

(A)LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA

Program BIG Fasa 3 (Bengkel – Etika berpakaian seorang pelajar) telah berjaya

dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2 pada 11 Mei 2013. Seramai 21 orang

guru yang terdiri daripada pelajar PPG RBT 3 terlibat menyertai program ini bersama

dengan seratus orang murid tahun 6 yang terdiri daripada murid SK Taman Daya,

Johor. Diharap program ini dapat memberikan kesedaran kepada murid tentang

kepentingan mematuhi peraturan sekolah dalam berpakaian yang betul disamping

membentuk murid supaya lebih berketerampilan dengan imej yang lebih segak dan

beretika. Program ini juga diharapkan dapat memberikan impak positif kepada imej

sekolah bagi melahirkan insan yang berdisiplin dan bertatasusila.

Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan pendaftaran guru/pelajar PPG dan

murid-murid yang terlibat. Taklimat yang bertajuk “Etika Berpakaian” dimulakan pada

jam 8.30 pagi yang disampaikan oleh Encik Ahmad Nizam bin Othman. Penceramah

telah menerangkan tentang peraturan-peraturan memakai pakaian seragam sekolah

mengikut surat pekeliling ikhtisas, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi Sekolah

Bantuan Penuh Kerajaan.

Page 2: Laporan Bengkel- Etika Berpakaian

Murid perlu sentiasa berpakaian kemas semasa kesekolah mengikut peraturan yang

telah ditetapkan. Contohnya berbaju putih berlengan pendek atau panjang bagi murid

lelaki. Pinifore biru berlengan dan berkolar putih bagi murid perempuan bukan islam.

Pakaian baju kurung putih beserta tudung putih bagi murid perempuan beragama islam.

Murid perlu mamakai kasut getah/kanvas berwarna putih serta berstokin putih.

Walaubagaimanapun warna pakaian mungkin boleh berbeza mengikut peraturan yang

telah ditetapkan oleh sekolah dengan kebenaran pihak kementerian. Contohnya

pakaian bagi pengawas sekolah, pengawas perpustakaan atau sebagainya.

Pakaian yang dilarang pula adalah seperti seluar ala jeans dan juga pakaian

seragam sekolah yang terlalu kecil atau terlalu ketat atau terlalu canggung. Pakaian

juga tidak boleh menampakkan bentuk badan si pemakai samada disebabkan ketat

atau terlalu nipis. Pakaian bagi aktiviti sukan dan aktiviti kelab / persatuan pula mestilah

bersesuaian dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah

Dengan adanya program ini, sedikit sebanyak akan membantu murid supaya

sentiasa berpakaian dengan kemas dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh

pihak sekolah. Dengan ini, akan dapat menjadikan sekolah sebagai institusi yang

formal dan berperaturan dengan sentiasa beretika dan bertatasusila dalam berpakaian.

Pada jam 9.00 pagi pula, program ini disambung dengan bengkel “Lakaran diri”

dimana murid dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai dua

orang fasilitator. Setiap kumpulan diberikan dengan sehelai kertas majong. Setiap

kumpulan perlu bekerjasama untuk menghasilkan gambar lakaran diri – pemakaian

yang sesuai dengan dibantu oleh fasilitator masing-masing. Kemudian murid

dibenarkan rehat selama lebih kurang setengah jam.

Aktiviti bersambung kembali selepas rehat dengan tajuk “Beretika dan

berketerampilan tunggak kejayaan”. Kali ini murid perlu membentangkan hasil lakaran

diri yang telah dihasilkan tadi bersama ahli kumpulan. Murid-murid berkeyakinan

semasa membentangkan hasil kerja mereka dalam suasana yang menyeronokkan.

Aktiviti berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.

Page 3: Laporan Bengkel- Etika Berpakaian

ISU / MASALAH (Jika ada)

1. Pelajar PPG perlu menanggung kos perbelanjaan sendiri untuk mengadakan

program ini.

(B)Analisis SWOT

(i) KEKUATAN

1. Mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah yang terlibat, rakan-

rakan guru serta murid-murid yang terlibat.

2. Mendapat sokongan daripada pihak pentadbir.

3. Peserta menjalankan aktiviti secara berdisiplin dan saling bekerjasama.

4. Memupuk semangat berpasukan dalam melaksanakan kerja secara

berkumpulan

5. Komitmen yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan melancarkan perjalanan program

ini.

6. Sifat kesabaran, bertolak ansur, tolong menolong dalam melakukan setiap aktiviti

boleh melahirkan guru yang berwibawa.

7. Kemudahan tempat yang sesuai untuk menjalan bengkel ini.

(ii) KELEMAHAN

2. Pelajar PPG perlu menanggung kos perbelanjaan untuk mengadakan program

ini.

3. Pelajar PPG perlu membahagikan masa antara program ini dengan program

sekolah.

4. Kekangan masa.

Page 4: Laporan Bengkel- Etika Berpakaian

(iii) PELUANG

1. Program ini dapat memberikan kesedaran tentang kepentingan mematuhi

peraturan dalam berpakaian.

2. Menjadikan diri murid lebih berketerampilan dengan imej yang lebih segak

dan beretika.

3. Memberikan impak positif yang besar kepada imej sekolah bagi melahirkan

insan yang berdisiplin dan bertatasusila.

(iv) ANCAMAN

1. Program dilaksanakan dalam tempoh masa yang sangat singkat.

2. Aktiviti yang dijalankan tidak mendapat peruntukan daripada pihak sekolah serta

pihak IPG.

(1) REFLEKSI KENDIRI (Laporan individu)

(i) MANFAAT PROGRAM BIG

1. Memupuk semangat berpasukan dalam melaksanakan kerja secara

berkumpulan.

2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan,

amalan atau aktiviti.

3. Menghayati cirri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

4. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi dan

penampilan diri yang sesuai.

5. Sifat kesabaran, bertolak ansur, tolong menolong dalam melakukan setiap

aktiviti boleh melahirkan guru yang berwibawa.

6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah.

Page 5: Laporan Bengkel- Etika Berpakaian

7. Memberikan kesedaran kepada murid tentang pentingnya mematuhi peraturan

sekolah dalam etika berpakaian

(ii) PENAMBAHBAIKAN

1. Menambahkan tenaga fasilitator supaya lebih ramai murid mendapat perhatian.

Tandatangan Pelapor: Disahkan oleh penyelia:

(NAMA: ) (TANDATANGAN DAN NAMA)