laporan awal kemaskini banci penduduk dan … documents library/dos/kbpp/kbpp2016...5 nota teknikal...

11
LAPORAN AWAL PRELIMINARY REPORT Jabatan Perangkaan Department of Statistics Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi Department of Economic Planning and Development Jabatan Perdana Menteri Prime Minister’s Office Negara Brunei Darussalam Brunei Darussalam

Upload: hathuy

Post on 25-Aug-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Awal Kemaskini Banci Penduduk dan … Documents Library/DOS/KBPP/KBPP2016...5 Nota Teknikal Metodologi Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan (KBPP) 2016 meliputi semua unit

LAPORAN AWAL PRELIMINARY REPORT

Jabatan Perangkaan Department of Statistics

Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi Department of Economic Planning and Development Jabatan Perdana Menteri PrimeMinister’sOffice

Negara Brunei Darussalam Brunei Darussalam

Page 2: Laporan Awal Kemaskini Banci Penduduk dan … Documents Library/DOS/KBPP/KBPP2016...5 Nota Teknikal Metodologi Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan (KBPP) 2016 meliputi semua unit
Page 3: Laporan Awal Kemaskini Banci Penduduk dan … Documents Library/DOS/KBPP/KBPP2016...5 Nota Teknikal Metodologi Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan (KBPP) 2016 meliputi semua unit

1

Pendahuluan

Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan (KBPP) 2016 telah dikendalikan dari bulan Mei hingga September 2016. Objektif utama KBPP 2016 adalah untuk mengemaskini bilangan dan maklumat penduduk yang telah diperolehi semasa Banci Penduduk dan Perumahan (BPP) 2011; di samping mengemaskini bilangan dan senarai perumahan di seluruh negara bagi kegunaan banci dan kajian akan datang. Ini merupakan kali pertama kemaskini sebegini pernah dijalankan di dalam tempoh antara banci.

Laporan Awal Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan (KBPP) 2016 ini memaparkan data awal mengenai bilangan dan ciri-ciri utama demografi penduduk Negara Brunei Darussalam pada tahun 2016. Anggaran penduduk pertengahan tahun yang telah dikeluarkan sebelum ini bagi tahun 2012 hingga 2015 adalah juga dengan ini disemak semula.

Data awal KBPP 2016 adalah tertakluk kepada semakan lanjut dan data muktamad akan dikeluarkan melalui penerbitan berasingan.

Saiz dan Pertumbuhan Penduduk

Semasa Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016, kiraan awal jumlah penduduk Negara Brunei Darussalam adalah seramai 422,678 orang berbanding dengan 393,372 orang semasa Banci Penduduk dan Perumahan 2011. Ini menunjukkan pertumbuhan pada kadar purata tahunan sebanyak 1.4 peratus dalam tempoh 2011-2016, berbanding dengan pertumbuhan 1.7 peratus semasa tempoh 2001-2011.

Terdapat 105 orang lelaki bagi setiap 100 orang perempuan berbanding dengan nisbah jantina sebanyak 107 pada tahun 2011. Oleh itu, penduduk lelaki merupakan 51.3 peratus (216,832 orang) daripada jumlah penduduk.

Page 4: Laporan Awal Kemaskini Banci Penduduk dan … Documents Library/DOS/KBPP/KBPP2016...5 Nota Teknikal Metodologi Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan (KBPP) 2016 meliputi semua unit

2

Taraf Penduduk

Daripada jumlah keseluruhan penduduk, Rakyat Brunei merupakan bahagian terbesar sebanyak 76.8 peratus (324,472 orang), manakala agihan Penduduk Tetap dan Penduduk Sementara adalah masing-masing sebanyak 8.0 peratus (33,816 orang) dan 15.2 peratus (64,390 orang). Rakyat Brunei dan Penduduk Tetap mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 3.1 peratus dalam tempoh 2011-2016. Sebaliknya, bilangan Penduduk Sementara telah menurun secara purata sebanyak 5.8 peratus setahun dari tahun 2011 hingga 2016.

Taburan Geografi

Daerah Brunei Muara mempunyai penduduk yang paling ramai sebanyak 69.3 peratus (292,705 orang) daripada jumlah penduduk. Ini diikuti oleh Daerah Belait (16.6 peratus atau 69,992 orang), Daerah Tutong (11.7 peratus atau 49,438 orang) dan Daerah Temburong (2.5 peratus atau 10,543 orang). Negara Brunei Darussalam mempunyai kepadatan penduduk yang rendah dengan 73 orang bagi setiap kilometer persegi.

Taburan Umur

Dari aspek taburan umur pada tahun 2016, kira-kira satu perempat daripada jumlah penduduk (22.3 peratus atau 94,239 orang) adalah berumur di bawah 15 tahun, lebih dari dua pertiga (71.8 peratus atau 303,618 orang) terdiri dari penduduk dalam kumpulan umur bekerja 15-64 tahun, dan 5.9 peratus (24,821 orang) adalah penduduk yang berumur 65 tahun dan ke atas. Umur penengah (median) pada tahun 2016 adalah 29.7 tahun berbanding 27.6 tahun pada tahun 2011.

Bangsa

Bangsa Melayu dengan 65.7 peratus (277,700 orang) dari jumlah penduduk merupakan komuniti terbesar di negara ini pada tahun 2016. Bangsa Cina dan lain-lain bangsa masing-masing terdiri dari 10.3 peratus (43,554 orang) dan 24.0 peratus (101,424 orang) dari jumlah penduduk.

Page 5: Laporan Awal Kemaskini Banci Penduduk dan … Documents Library/DOS/KBPP/KBPP2016...5 Nota Teknikal Metodologi Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan (KBPP) 2016 meliputi semua unit

3

Introduction

The Population and Housing Census Update (KBPP) 2016 was conducted from May to

September 2016. The main objective of KBPP 2016 was to update the number and

information regarding the population obtained from the Population and Housing

Census (BPP) 2011; as well as to update the number and listing of housing units

throughout the country to be used for future censuses and surveys. This was the first

time that such update was conducted during an inter-censal period.

This Preliminary Report of the Population and Housing Census Update (KBPP) 2016

presents the preliminary data on the number and key demographic characteristics of

Brunei Darussalam’s population in 2016. The mid-year population estimates released

earlier for the years 2012 to 2015 have also now been revised.

The KBPP 2016 preliminary data is subject to further revisions and the final data will

be released in a separate publication.

Population Size and Growth

In the 2016 Population and Housing Census Update, the preliminary count of the total

population of Brunei Darussalam was 422,678 persons compared to 393,372 in the

2011 Population and Housing Census. This represented an average annual growth rate

of 1.4 per cent during the period 2011-2016, compared to 1.7 per cent during the 2001-

2011 period.

There were 105 males for every 100 females compared to a sex ratio of 107 in 2011.

Consequently, the male population accounted for 51.3 per cent (216,832 persons) of

the total population.

Page 6: Laporan Awal Kemaskini Banci Penduduk dan … Documents Library/DOS/KBPP/KBPP2016...5 Nota Teknikal Metodologi Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan (KBPP) 2016 meliputi semua unit

4

Residential Status

Out of the overall total population, Brunei Citizens accounted for the largest share of

76.8 per cent (324,472 persons), while the shares of the Permanent Residents and

Temporary Residents were 8.0 per cent (33,816 persons) and 15.2 per cent (64,390

persons) respectively. The Brunei Citizens and Permanent Residents recorded an annual

growth rate of 3.1 per cent during the period of 2011-2016. In contrast, the number of

Temporary Residents has declined by an average of 5.8 per cent annually from 2011 to

2016.

Geographic Distribution

The Brunei Muara district was the most populated district with 69.3 per cent (292,705

persons) of the total population. This was followed by the Belait District (16.6 per cent

or 69,992 persons), the Tutong District (11.7 per cent or 49,438 persons), and the

Temburong District (2.5 per cent or 10,543 persons). Brunei Darussalam remained

sparsely populated with 73 persons per square kilometre.

Age Distribution

From the age distribution aspect in 2016, about a quarter of the population (22.3 per

cent or 94,239 persons) were below 15 years of age, more than two-thirds (71.8 per

cent or 303,618 persons) were in the working age group of 15-64 years and 5.9 per

cent (24,821 persons) were aged 65 years and over. The median age in 2016 was 29.7

years compared to 27.6 years in 2011.

Race

The Malays with 65.7 per cent (277,700 persons) of the total population formed the

largest community in the country in 2016. The racial groups of Chinese and others

comprised 10.3 per cent (43,554 persons) and 24.0 per cent (101,424 persons) of the

population respectively.

Page 7: Laporan Awal Kemaskini Banci Penduduk dan … Documents Library/DOS/KBPP/KBPP2016...5 Nota Teknikal Metodologi Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan (KBPP) 2016 meliputi semua unit
Page 8: Laporan Awal Kemaskini Banci Penduduk dan … Documents Library/DOS/KBPP/KBPP2016...5 Nota Teknikal Metodologi Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan (KBPP) 2016 meliputi semua unit
Page 9: Laporan Awal Kemaskini Banci Penduduk dan … Documents Library/DOS/KBPP/KBPP2016...5 Nota Teknikal Metodologi Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan (KBPP) 2016 meliputi semua unit

5

Nota Teknikal

Metodologi

Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan (KBPP) 2016 meliputi semua unit perumahan dan keluarga/isirumah di Negara Brunei Darussalam. Ia dilaksanakan secara de jure, di mana semua orang, samada rakyat Negara Brunei Darussalam, Penduduk tetap atau Penduduk sementara yang telah atau akan tinggal sebagai ahli biasa isi rumah bagi tempoh 6 bulan atau lebih dalam tahun 2016, dihitung mengikut tempat tinggal biasa mereka. Kerjaluar banci dikendalikan oleh pegawai-pegawai banci yang dilantik, samada melalui temuduga bersemuka atau Self-

Enumeration (Self-E).

Bagi menilai kualiti data yang telah diperolehi dari segi liputan yang menyeluruh serta ketepatan dan kandungan yang lengkap bagi setiap maklumat yang diperlukan, Kajian Susulan KBPP 2016 telah pun dijalankan semasa bulan April 2017. Satu lagi inisiatif ialah dengan melakukan semak-silang, dan diikuti proses menghubungkan dan juga menyatukan dengan data berkaitan dari sumber pentadbiran, seperti dari Kementerian Kesihatan dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Technical Notes

Methodology

The Population and Housing Census

Update (KBPP) 2016 covered all housing

units and households in Brunei

Darussalam. It was conducted on a de

jure basis, whereby all persons, whether

Brunei Darussalam citizens, Permanent

residents or Temporary residents who

had stayed or intended to stay as usual

members of the household for a period of

6 months or more in 2016, were

enumerated according to their usual

place of residence. The census fieldwork

was undertaken by appointed census

officers either through face-to-face

interview or Self-Enumeration (Self-E).

…..

In order to evaluate the quality of the

collected data, in terms of full coverage

as well as accuracy and completeness of

every information needed, the KBPP

Follow-Up Survey 2016 was conducted

during April 2017. Another initiative was

to perform cross-checking, followed by

the process of linking and consolidation

with the relevant data from

administrative sources, such as from the

Ministry of Health and the Department of

Immigration and National Registration,

Ministry of Home Affairs.

Page 10: Laporan Awal Kemaskini Banci Penduduk dan … Documents Library/DOS/KBPP/KBPP2016...5 Nota Teknikal Metodologi Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan (KBPP) 2016 meliputi semua unit

6

Konsep dan Definisi

Berikut ialah beberapa konsep dan definisi yang digunakan dalam Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan (KBPP) 2016: Kadar Pertumbuhan Purata Penduduk Tahunan: Kadar pertumbuhan purata penduduk tahunan dikira seperti berikut:

𝑟 =[ln ( 𝑃

𝑃 )]

𝑛 x 100

di mana r ialah kadar pertumbuhan

purata penduduk tahunan n ialah bilangan tahun yang tepat

di antara tahun t dan tahun t+n Pt ialah penduduk pada tahun t Pt+n ialah penduduk pada tahun t+n In ialah logarithma asli

Nisbah Jantina: Nisbah jantina ialah bilangan lelaki bagi setiap 100 orang perempuan. Kepadatan Penduduk: Kepadatan penduduk bagi satu kilometer persegi ialah nisbah penduduk sesebuah kawasan yang tertentu kepada keluasan kilometer persegi bagi kawasan yang sama.

Concepts and Definitions

The following are some concepts and

definitions used in the Population and

Housing Census Update (KBPP) 2016:

Average annual population growth

rate:

The average annual population growth

rate is calculated as:

𝑟 =[ln ( 𝑃

𝑃 )]

𝑛 x 100

where

r is the average annual

population growth rate

n is the exact number of years

between year t and year t+n

Pt is the population at the year t

Pt+n is the population at the year t+n

In is the natural logarithm

Sex ratio:

The sex ratio is the number of males per

100 females.

Population density:

The density of persons per square

kilometre is the ratio of the population

of a given area to the number of square

kilometres in the same area.

Page 11: Laporan Awal Kemaskini Banci Penduduk dan … Documents Library/DOS/KBPP/KBPP2016...5 Nota Teknikal Metodologi Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan (KBPP) 2016 meliputi semua unit

7

Taraf Penduduk: Taraf penduduk ialah taraf orang berkenaan yang berhubungkait dengan undang-undang imigresen negara ini. Kategori taraf penduduk ialah:

i) Rakyat Brunei, iaitu pemegang kad pengenalan kuning;

ii) Penduduk Tetap, iaitu pemegang kad pengenalan ungu; dan

iii) Penduduk Sementara, iaitu pemegang kad pengenalan hijau.

Umur Penengah (Median): Umur penengah (median) bagi penduduk ialah umur yang membahagikan penduduk kepada dua kumpulan bersamaan saiz, di mana separuh dari jumlah penduduk adalah lebih muda dari umur ini, dan yang separuh lagi lebih tua. Bangsa: Melayu merujuk kepada Melayu Brunei, terdiri daripada penduduk yang terkandung di dalam puak asli bangsa Melayu iaitu Brunei, Tutong, Belait, Kedayan, Dusun, Bisaya dan Murut. Cina merujuk kepada penduduk dalam kumpulan etnik Cina, sementara lain-lain bangsa meliputi penduduk yang tidak termasuk di dalam kumpulan bangsa Melayu dan Cina.

Residential Status:

Residential Status is the status of the

person in relation to the immigration

laws of the country.

The categories of residential status are:

i) Brunei Citizen, i.e. holder of

yellow identity card;

ii) Permanent Resident, i.e. holder

of purple identity card; and

iii) Temporary Resident, i.e. holder

of green identity card.

Median Age:

The median age of a population is that

age that divides a population into two

groups of the same size, such that half

the total population is younger than this

age, and the other half older.

Race:

Malays refer to Brunei Malays,

comprising of persons belonging to one

of the following ethnic groups of the

Malay race, namely Brunei, Tutong,

Belait, Kedayan, Dusun, Bisaya and

Murut.

Chinese refers to all persons who belong

to the Chinese ethnic group, while

others consists of the rest of the

population not included in the Malay

and Chinese racial groups.