laporan aktiviti psens semenjak ditubuhkan

7
Laporan aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan oleh Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak semenjak ditubuhkan pada 2011 hingga tahun 2012. 27-2-2011 Mengadakan mesyuarat untuk mencapai persetujuan bagi penubuhan Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak dan menubuhkan sebuah jawatankuasa pro tem. 19-5-2011 Mendapat kelulusan berdaftar daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Sarawak, No. Pendaftaran : 4223/2011 02-6-2011 Menghantar rombongan yang terdiri daripada Presiden, Setiausaha dan 3 orang ahli-ahli remaja PSENS ke Kuala Terengganu untuk menghadiri Perkhemahan Kelab Poni peringkat kebangsaan di atas undangan Majlis Ekuestrian Malaysia. 06-6-2011 Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak diterima menjadi ahli Malaysia Pony Club dan seterusnya menubuhkan Sarawak Pony Club. 02-7-2011 Mengadakan mesyuarat biasa AJK PSENS dan yang juga merupakan mesyuarat yang pertama kali diadakan setelah mendapat kelulusan secara rasmi berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Sarawak. 06-7-2011 Memperkenalkan program menunggang kuda untuk pelajar-pelajar pendidikan khas/istimewa daripada sekolah SK Jalan Arang Padawan. Program ini adalah satu program dimana menunggang kuda sebagai kaedah terapi untuk pelajar PPKI SK Jalan Arang dan akan menjadi salah satu program amal (charity) penting didalam berbagai aktiviti Ekuestrian Sarawak yang akan datang. 30-7-2011

Upload: sarawak-equestrian-sports-association

Post on 15-Aug-2015

158 views

Category:

Lifestyle


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan aktiviti psens semenjak ditubuhkan

Laporan aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan oleh Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak semenjak ditubuhkan pada 2011 hingga tahun 2012.

27-2-2011 Mengadakan mesyuarat untuk mencapai persetujuan bagi penubuhan Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak dan menubuhkan sebuah jawatankuasa pro tem.

19-5-2011 Mendapat kelulusan berdaftar daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Sarawak, No. Pendaftaran : 4223/2011

02-6-2011 Menghantar rombongan yang terdiri daripada Presiden, Setiausaha dan 3 orang ahli-ahli remaja PSENS ke Kuala Terengganu untuk menghadiri Perkhemahan Kelab Poni peringkat kebangsaan di atas undangan Majlis Ekuestrian Malaysia.

06-6-2011Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak diterima menjadi ahli Malaysia Pony Club dan seterusnya menubuhkan Sarawak Pony Club.

02-7-2011Mengadakan mesyuarat biasa AJK PSENS dan yang juga merupakan mesyuarat yang pertama kali diadakan setelah mendapat kelulusan secara rasmi berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Sarawak.

06-7-2011Memperkenalkan program menunggang kuda untuk pelajar-pelajar pendidikan khas/istimewa daripada sekolah SK Jalan Arang Padawan. Program ini adalah satu program dimana menunggang kuda sebagai kaedah terapi untuk pelajar PPKI SK Jalan Arang dan akan menjadi salah satu program amal (charity) penting didalam berbagai aktiviti Ekuestrian Sarawak yang akan datang.

30-7-2011Mengadakan mesyuarat biasa AJK PSENS di Restoren Khatija, MJC Batu Kawa, untuk membincangkan berbagai perancangan dan aktiviti program yang sedang dan bakal di jalankan oleh PSENS. Pada mesyuarat tersebut Pengetua SMK Batu Kawa, En Nedumaran Linggapan telah hadir dan PSENS menawarkan kepada SMK Batu Kawa untuk menjadi sekolah perintis di Sarawak yang mempunyai program sukan Equestrian. Pihak SMK Batu Kawa amat berbesar hati dan bersetuju untuk menerima tawaran daripada Ekuestrian Sarawak untuk mewujudkan program sukan Equestrian di sekolah tersebut.02-8-2011Presiden dan Setiausaha PSENS telah membuat kunjungan ke pejabat Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak dan berjumpa dengan Pengarah nya iaitu En. Francis Nyurang. Semasa perjumpaan tersebut, PSENS telah memberi sedikit taklimat dan penerangan mengenai objektif dan fungsi penubuhan Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak. En. Francis amat bersetuju dan menyokong penubuhan PSENS kerana beliau juga berharap sukan dan aktiviti Equestrian

Page 2: Laporan aktiviti psens semenjak ditubuhkan

akan menambahkan lagi pilihan untuk bersukan dan beriadah serta berharap agar PSENS akan dapat menyediakan beberapa orang athelit sukan Equestrian didalam Sukan SUKMA pada masa akan datang.

22-9-2011 hingga 24-9-2011Setiausaha PSENS iaitu En Zulkifli Ahamat telah mengikuti kursus Pengurusan Badan Sukan Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Harbour View Hotel, Kuching yang dianjurkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

23-10-2011Program gotong royong PSENS bersama dengan pihak Angkatan Tentera Malaysia menebas rumput dan semak di padang Kpg Sinar Budi Baru, Desa Wira, Jalan Batu Kawa, Kuching.

02-12-2011Presiden dan Setiausaha PSENS menghadiri jemputan ke Penang Horse Show yang bertempat di Penang Turf Club, Pulau Pinang.

06-12-2011Setiausaha PSENS, En Zulkifli Ahamat telah berkunjung ke pejabat Majlis Ekuin Malaysia (MEM) dan berjumpa dengan Setiausaha Ekskutif MEM, Dato Malek Jeremiah untuk berbincang mengenai perancangan pembangunan sukan Equestrian negeri Sarawak. Pada mesyuarat atau perjumpaan tersebut, pihak MEM berjanji akan membantu dari segi penganjuran kursus dan latihan kerana ianya amat penting kepada program-program pembangunan sukan Equestrian yang bakal dijalankan oleh PSENS untuk Sarawak.

11-02-2012Mesyuarat biasa AJK PSENS bertempat di SK Jalan Arang, Batu Kawa, Kuching.

16-02-2012Mengadakan program pengenalan mengenai sukan Equestrian bersama murid-murid dan guru-guru SMK Batu Kawa.

20-02-2012 hingga 24-02-2012PSENS dengan kerjasama pihak Majlis Ekuin Malaysia (MEM) daripada Kuala Lumpur telah mengadakan dua kursus iaitu kursus pengenalan mengenai horsemanship betaraf O-Level dan Kursus asas menegenai kemahiran Juruladam/Horseshoeing/ Farrier bertempat di Samudera Court Hotel dan SMK Batu Kawa, Kuching.

25-02-2012Majlis Pelancaran Rasmi Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak (PSENS) telah diadakan di Riverside Majestic Hotel, Kuching. Tetamu kehormat ialah Ahli Lembaga Pengarah Majlis Ekuin Malaysia, Dato Seri Diraja (Perlis) Tengku Syed Amir dan juga delegasi MEM daripada Kuala Lumpur.

Page 3: Laporan aktiviti psens semenjak ditubuhkan

03-03-2012 dan 04-03-2012Turut serta dalam carnival program Anti Dadah Kebangsaan peringkat daerah Kuching. PSENS telah mengadakan Pony Rides untuk pengunjung-pengunjung di carnival tersebut sebagai sokongan/kerja amal PSENS dan juga memperkenalkan proram Equestrian PSENS pada orang ramai.

11-03-2012Mesyuarat biasa AJK PSENS berlangsung pukul 12.30 tengah hari di Samudera Court Hotel, Jalan Nanas, Kuching.

07-04-2012Mesyuarat Agung PSENS yang pertama diadakan di Samudera Court Hotel, Kuching.Pemilihan dan perlantikan ahli-ahli jawatankuasa induk Ekuestrian Sarawak.

09-04-2012 hingga 15-04-2012PSENS telah menghantar 4 orang pegawai AJK PSENS ke Seminar dan Kursus di Johor International Horse Show, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru.

11-08-2012 hingga 12-08-2012Memasang pagar di sekeliling padang Ekuestrian Sarawak.

21-08-2012 hingga 24-08-2012Sambungan kerja memasang pagar dan penyelengaraan trek menunggang kuda di padang Ekuestrian Sarawak.

22-09-2012Setiausaha Ekuestrian Sarawak menghadiri program “Knowledge sharing sports industry” anjuran Kementerian Belia Dan Sukan dan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak di Auditorium Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching.

24-09-2012Setiausaha Ekuestrian Sarawak telah menghadirkan diri untuk 'Sesi Perjumpaan Dengan Persatuan Sukan untuk Sukan Malaysia SUKMA ke XVI, Kuala Lumpur 2013' di Hotel Regal Court, Kuching anjuran pihak Majlis Sukan Negeri Sarawak.

19-11-2012 hingga 24-11-2012En. Zulkifli Ahamat selaku setiausaha Ekuestrian Sarawak telah mewakili Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak mengikuti kursus 'Pony Club Instructor's Course' di Kuantan, Pahang. Kursus dianjurkan oleh Majlis Ekuin Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan National Coaching Accreditation Scheme (NCAS) Australia. Sukacita dimaklumkan, En.Zulkifli Ahamat telah berjaya dan lulus mendapat sijil yang melayakkan beliau menjadi seorang Jurulatih yang bertauliah untuk aktiviti ekuestrian dan kelab poni di Sarawak.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Page 4: Laporan aktiviti psens semenjak ditubuhkan

19hb January 2013Mesyuarat pertama AJK Ekuestrian Sarawak bertempat di Samudera Court Hotel, Jalan Nanas, Kuching.

23hb February 2013Mesyuarat AJK Ekuestrian Sarawak diadakan di Samudera Court, Jalan Nanas, Kuching.

10hb Mac 2013Mesyuarat khas AJK Ekuestrian Sarawak di Penview Hotel, Kuching.

17hb Mac hingga 18hb Mac 2013Kunjungan En Zulkifli Ahamat ke Taman Equine Taiping dan perbincangan dengan pihak pengurusan TEP mengenai usul/cadangan kerjasama pintar antara Ekuestrian Sarawak dan TEP dalam program-program pembangunan sukan Equestrian di Sarawak. En Mohd Faidz, salah seorang pengusaha TEP, bersetuju untuk membantu Ekuestrian Sarawak dengan kepakaran dan pengalaman beliau sebagai pengurus dan jurulatih bertauliah sukan Equestrian. Lanjutan perbincangan dan memorandum persefahaman akan diadakan di Kuching pada 08hb April 2013.

19hb Mac 2013Program terapi menunggang kuda bersama murid-murid pendidikan khas SMK Batu Kawa.

31hb Mac 2013Mesyuarat khas AJK Ekuestrian Sarawak diadakan di Samudera Court Hotel, Kuching.

07hb April 2013Majlis Makan Malam dan Amal Ekuestrian Sarawak 2013 akan diadakan di Penview Hotel, Kuching. Tetamu kehormat pada malam tersebut YB Hj Abdul Karim Hj Rahman Hamzah dijangka hadir.

Peracangan PSENS pada masa yang akan datang.

Melancarkan “Riding In School Program” dengan kerjasama daripada Majlis Ekuin Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Sarawak dan Majlis Sukan Negeri Sarawak. Dalam masa yang sama kita akan membangunkan program Pony Club di SMK Batu Kawa dan SK Jalan Arang sebagai perintis sukan equestrian di peringkat sekolah-sekolah.

Rancangan untuk mengadakan kursus atau bengkel/klinik dari masa ke semasa mengenai pendedahan kepada kemahiran mengendali dan mengawal kuda, kemahiran menunggang kuda oleh riding instructor yang bertauliah dan berpengalaman.

Menjalankan berbagai aktiviti dan program yang berkaitan dengan pembangunan sukan Ekuestrian di Sarawak.

Kesimpulan

Kita sangat bersyukur kerana dengan adanya peluang untuk kita mewujudkan program sukan berkuda/equestrian ini di Sarawak, kita akan mendapat berbagai-bagai lagi faedah dan manfaat, diantaranya :

Page 5: Laporan aktiviti psens semenjak ditubuhkan

Sarawak berpeluang untuk turut serta dalam sukan dan aktiviti ekuestrian yang berprestij serta bertaraf elit di Malaysia atau di luar Negara.

Dalam masa yang singkat, program sukan/aktiviti berkuda kita ini telah berjaya menarik minat orang ramai dan usaha kita mendapat sokongan serta sambutan yang baik daripada masyarakat dan berbagai pihak.

Sukan ekuestrian menggalakkan lagi budaya hidup sihat untuk orang ramai. Melalui program yang dinamakan ‘Riding In School Program’ atau RISP, kita berpotensi

melahirkan ramai athlete dan juga pegawai-pegawai sukan equestrian yang terlatih pada masa yang akan datang.

Sebagai alternative kepada athlete-athlete sukan untuk menyertai sukan yang bertaraf ‘high performance’ dan berprestij.

Sukan dan aktiviti Equestrian boleh menjadi sebagai salah satu produk pelancongan dan daya tarikan kepada kedatangan pelancong luar atau tempatan.