laporan aktiviti kkskklw tahun 2016 - rurallink.gov.my · 2019-06-17 · laporan aktiviti kkskplb...
TRANSCRIPT
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
1
1 PENDAHULUAN Laporan ini adalah bertujuan untuk melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh
Kelab Kebajikan dan Sukan KPLB (KKSKPLB) sepanjang tahun 2018.
2 AHLI JAWATANKUASA KERJA KKSKKLW SESI 2017/2019
Yang DiPertua - Puan Azida binti Abdul Aziz (bertukar keluar Mac 2018)
Naib Yang DiPertua - Encik Zaflin bin Pakwanteh (bertukar keluar Mac 2018)
Setiausaha - Puan Noradiana binti Mohd Ismail (bertukar keluar Nov 2018)
Penolong Setiausaha - Puan Norazni binti Abu Hassan Asaari
Bendahari - Puan Sharifah Ratina binti Syed Abdul Rahman (bertukar keluar Dis 2018)
Penolong Bendahari - Encik Mohd Roslan bin Ismail (bertukar keluar Mac 2018)
Ahli Jawatankuasa - Encik Azlan bin Ibrahim
- Puan Nor Azlina binti Jusoh
- Puan Faizatul Aznah binti Md Norman
- Encik Zulfahmi bin Othman (bertukar keluar Mac 2018)
- Encik Mohd Adli Nor bin Mohamad
- Encik Mohd Helmy bin Robani
- Encik Mohd Nor Zaidi bin Ismail
- Puan Murni Wee binti Jamil Wee
Juruaudit - Puan Zaraurah binti Mohamad@Man
- Encik Baderolhi Sham bin Md. Nor (bertukar keluar Mac 2018)
3 PENGERUSI BIRO
Pelantikan Pengerusi Biro telah dilaksanakan bagi memantapkan pelaksanaan program dan
aktiviti kelab seperti berikut:
Biro Sukan - Encik Azlan bin Ibrahim
Biro Kebajikan - Puan Faizatul Aznah binti Md Norman
Biro Kerohanian - Puan Murni Wee binti Jamil Wee
Biro Kesenian - Encik Mohd Nor Zaidi bin Ismail
Biro Bina Insan - Puan Nor Azlina binti Jusoh
Biro Rekreasi - Encik Mohd Adli Nor bin Mohamad
Biro Ekonomi - Encik Zulfahmi bin Othman
Biro Seranta - Encik Mohd Helmy bin Robani
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
2
4 LAPORAN AKTIVITI
4.1 LAPORAN AKTIVITI BIRO SUKAN
Jawatankuasa Kecil Biro
Pengerusi : Encik Azlan bin Ibrahim, INFRA Ahli : Encik Zaharuddin bin Osman, INFRA Encik Mohd Abdul Khalil bin Muhamad Rasli, Bahagian PSA Puan Siti Haslini bin Mat Jali, INFRA Encik Muhammad Fakhzan bin Halim, Bahagian Perolehan Puan Zulfarihah bin Ghazali, INFRA
Aktiviti Biro Sukan Bagi Tahun 2017
Bil Aktiviti Tarikh
1. Kejohanan Bola Tampar (L) Terbuka UiTM Melaka 29 – 30 Julai 2017
2. Kejohanan Bola Sepak MAKSWIP 8 - 10 Disember 2017
1. KEJOHANAN BOLA TAMPAR (L) TERBUKA UITM MELAKA
Wakil pasukan bola tampar KKLW seramai 12 orang telah menyertai kejohanan ini pada
29 – 30 Julai 2017 bertempat di Kompleks Sukan UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah. Pasukan
KKLW telah mara ke peringkat separuh akhir kejohanan ini dan mendapat tempat ketiga.
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
3
2. KEJOHANAN BOLA SEPAK MAKSWIP
Pasukan Bola Sepak KKLW seramai 18 orang pemain telah menyertai kejohanan ini pada
8 - 10 Disember 2017 bertempat di Kangar, Perlis. Pasukan bola sepak KKLW telah mendapat
tempat keempat peringkat kumpulan.
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
4
4.2 LAPORAN AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN
Jawatankuasa Kecil Biro
Pengerusi : Puan Faizatul Aznah binti Md Norman, Bahagian KR
Ahli : Puan Rasmi binti Mide, Bahagian KR
Encik Edwin Koh, Unit Integriti
Puan Nur Hafiza binti Mukhtar, Bahagian R
Puan Normala binti Bakeri, Bahagian EK
Puan Normaliza binti Mohd Shohaidan , Bahagian Akaun
Puan Nur Arwin binti Arifuddin, Bahagian Kewangan
Aktiviti Biro Kebajikan Bagi Tahun 2018
Bil Aktiviti Tarikh
1. Program Setulus Kasih 13 Julai 2018 & 13 September
2018
2. Sambutan Hari Lahir Warga & Pemberian Hadiah Setiap 3 bulan
3. Pemberian Kurma Sempena Bulan Ramadhan 28 Mei 2018
4. Pemberian Kuih Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri 8 Jun 2018
5. Lawatan/ Ziarah Ahli Yang Ditimpa Musibah/Sakit/
Meninggal Dunia.
Mengikut Keperluan
1. PROGRAM SETULUS KASIH
Program Setulus Kasih telah dilaksanakan mulai tahun 2017 dan pelaksanaannya diteruskan pada tahun 2018 selaras dengan maklum balas positif daripada warga Kementerian dan INFRA. Program ini merupakan pemberian bantuan barangan makanan keperluan harian (beras dan minyak masak) bertujuan untuk disumbangkan kepada warga KPLB dan INFRA yang memerlukan dan seterusnya meringankan beban mereka. Peruntukan kewangan bagi pelaksanaan program ini adalah melalui sumbangan setiap Bahagian/ Unit. Bagi tahun 2018, sebanyak RM2,260.50 telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan warga Kementerian dan INFRA. Pelaksanaan pada bulan Julai dan September ditetapkan adalah sebelum gaji bulanan diterima, iaitu setelah mengambilkira gaji bagi bulan Jun dan Ogos diterima lebih awal sempena sambutan perayaan. Perincian jumlah ahli KKSKPLB yang menerima manfaat daripada program ini bagi 2 siri pelaksanaannya adalah seperti berikut:
Siri 1 Siri 2
77 orang 90 orang
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
5
Gambar semasa sesi pengambilan barangan
2. SAMBUTAN HARI LAHIR WARGA KPLB & INFRA
Sambutan Hari Lahir Warga KPLB dirancang untuk diadakan pada setiap bulan atau sekurang-kurangnya setiap suku tahun. Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan warga KPLB. Sambutan ini melibatkan semua warga KPLB sama ada yang mendaftar sebagai ahli atau tidak. Pegawai yang diraikan akan menerima kad ucapan daripada pihak kelab meskipun mereka tidak menghadirkan diri semasa majlis tersebut. Pada tahun 2018, hadiah hari lahir hanya diberikan kepada ahli yang mempunyai prestasi pembayaran yuran yang baik sahaja. Seramai 600 orang warga KPLB telah dijemput untuk diraikan sepanjang 4 kali penganjuran program ini. Walau bagaimanapun kadar kehadiran agak kurang memuaskan iaitu hanya kira-kira 210 orang sahaja yang hadir. Biro Kebajikan juga turut membantu Bahagian Pentadbiran iaitu dengan berperanan sebagai penyelaras senarai nama warga KPLB bagi Sambutan Hari Lahir sempena Perhimpunan Bulan KPLB.
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
7
Gambar semasa majlis sambutan hari lahir
3. PEMBERIAN KURMA SEMPENA RAMADHAN
Sempena mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, KKSKPLB telah mengagihkan kira-kira 700 pek kurma dari jenis Kurma Madu Rotab Bam kepada semua warga KPLB pada 28 Mei 2018. Selain warga KPLB, para petugas di bangunan KPLB termasuk pengawal keselamatan, penyelenggara bangunan dan pekerja pembersihan turut menerima agihan.
Gambar semasa sesi membungkus dan mengagihkan kurma
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
8
4. PEMBERIAN KUIH RAYA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri, KKSKPLB telah mengagihkan kuih raya pelbagai jenis kepada semua warga KPLB pada 8 Jun 2018. Selain warga KPLB, para petugas di bangunan KPLB termasuk pengawal keselamatan, penyelenggara bangunan dan pekerja pembersihan turut menerima agihan.
Gambar semasa sesi menampal sticker dan mengagihkan kuih raya
5. LAWATAN/ ZIARAH AHLI YANG DITIMPA MUSIBAH/SAKIT/ MENINGGAL DUNIA.
Biro Kebajikan atau wakil KKSKPLB turut memperuntukkan masa untuk melawat ahli KKSKPLB yang ditimpa musibah/ sakit/ meninggal dunia sekiranya maklumat ini diterima daripada wakil Bahagian. Program ini diharapkan dapat membantu memberikan kegembiraan dan penghargaan kepada ahli.
Semasa menziarahi Puan Wan Anida daripada ICT yang terlibat dalam kemalangan
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
9
Semasa menghadiri pengkebumian ibu kepada Puan Zanariyah binti Basri, Bahagian PSA yang
meninggal dunia.
6. MENYELARAS KUTIPAN SUMBANGAN IKHLAS KEMATIAN/BENCANA WARGA/KELUARGA. Di samping peruntukan sagu hati kematian sebanyak RM100 bagi kematian ahli, ibu bapa atau anak ahli, KKSKPLB turut mengambil inisiatif dengan membuat kutipan sumbangan ikhlas untuk diserahkan kepada keluarga waris sekiranya KKSKPLB mendapat maklumat daripada Pentadbir Bahagian. Bagi tahun 2018, penyelarasan kutipan sumbangan adalah seperti berikut:
Bil Perkara Jumlah Kutipan
(RM)
1. Kematian ibu kepada En. Salim bin Mohamad (Bahagian P) 760
2. Kematian anak kepada Pn. Norliza binti Abd Halim (Bahagian R) 1,424
3. Kematian Allahyarham En. Ahmad Maliki bin Abdul (INFRA) 1,405
4. Kematian bapa kepada En. Mohd Amin bin Ayob (Bahagian ICT) 703
5. Kematian Allahyarham En. Mohd Najib bin Rupaid (INFRA) 1,149
6. Kematian bapa kepada Pn. Rohana binti Abdul Samat (Bahagian PP) 796
7. Kematian ibu kepada Pn. Sharina binti Shaari (Unit Audit Dalam) 553.50
8. Kematian ibu kepada Pn. Rosmah binti Saleh (Bahagian TW) 553.50
9. Kematian bapa kepada Pn. Zuraidah binti Usof (Bahagian PSM) 785
10. Kemalangan Jalan Raya Pn. Wan Anida binti Wan Ahmad (Bahagian ICT)
1,083
11. Kematian bapa kepada Pn. Asnita binti Talsis (Bahagian ICT) 244
12. Kematian bapa kepada Pn. Wan Azilawati binti Wan Mahmood (Bahagian UD)
277
13. Kematian bapa kepada Pn. Faizah binti Asman (Bahagian Kew) 313
14. Kematian ibu kepada Pn. Zanariyah binti Basri (Bahagian PSA) 873
15. Kematian bapa kepada En. Mohd Nazri bin Mohd Deni (Bahagian PSM)
564
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
10
7. MEMPROSES PERMOHONAN TUNTUTAN SAGU HATI WARGA KPLB
KKSKPLB turut menyediakan kemudahan tuntutan sagu hati kepada ahli yang memenuhi kelayakan dan Biro Kebajikan bertanggungjawab memproses permohonan tersebut. Kesemua permohonan berserta dokumen sokongan yang diterima akan disemak dan dipanjangkan kepada Bendahari untuk tujuan bayaran. Statistik permohonan tuntutan sagu hati berdasar jenis tuntutan adalah seperti berikut:
Bil Jenis Tuntutan Bil. Permohonan
1. Perkahwinan Pertama di KPLB (ahli) 3
2. Cahaya mata Pertama di KPLB (ahli) 11
3. Masuk Hospital-2 hari 1 malam (ahli) setahun sekali 7
4. Masuk Hospital-2 hari 1 malam (pasangan) setahun sekali 1
5. Masuk Hospital-2 hari 1 malam (setiap anak) setahun sekali 5
6. Meninggal Dunia (ahli/pasangan/anak/ibu bapa ahli) 5
7. Bersara/ tukar keluar daripada KPLB >1 tahun 5
8. Pelajar Cemerlang (anak ahli): Ijazah 1
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
11
4.3 LAPORAN AKTIVITI BIRO KEROHANIAN
Jawatankuasa Kecil Biro
Pengerusi : Puan Siti Murni Wee binti Jamil Wee, Bahagian Pra
Ahli : Encik Fozi bin Saad, Bahagian PSM
Encik Zainuddin bin Zainal, Bahagian TW
Puan Nor Azelah binti Md Zaid, Bahagian PSM
Puan Nor Akmar binti Abdul Majid, Bahagian KEW
Encik Mohd Aziz bin Mustapha, Bahagian PP
Aktiviti Biro Kerohanian Bagi Tahun 2018
Bil Aktiviti Tarikh
1. Program Memasak Bubur Lambuk 6 Jun 2018
2. Program Tadarus Al-Quran dan Solat Sunat Tasbih 11 Jun 2018
3. Program Korban @ KKLW 2017 25 Ogos 2018
4. Program Bacaan Yasin Bulanan KKLW Setiap hari Jumaat pada setiap
akhir bulan
5. Ceramah Mingguan Setiap hari Khamis
6. Tazkirah bulan Ramadhan Setiap hari Isnin hingga Khamis
sepanjang bulan Ramadhan
7. Program Infaq Ramadhan 1 hingga 27 Ramadhan
8. Lawatan Ke Pusat Pencetakan Al-Quran 8 Jun 2018
9. Program Wakaq Telekung 2018 Sebelum Ramadhan
10. Program Memasak Bubuk Lambuk 2018 29 September 2018
1. PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK
Program ini telah dilaksanakan pada 6 Jun 2018 bertempat di Surau Al-Halimah, INFRA, Bangi
yang melibatkan seramai 100 orang ahli KKSKPLB. Program ini diadakan adalah bertujuan
untuk mengimarahkan Bulan Ramadhan. Bubur lambuk ini juga telah diedarkan kepada
seluruh warga KPLB dan INFRA, para petugas di bangunan KPLB termasuk pengawal
keselamatan, penyelenggara bangunan dan pekerja pembersihan. Program ini telah
mendapat sambutan baik semua yang menerima.
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
12
2. PROGRAM TADARUS AL-QURAN DAN SOLAT SUNAT TASBIH
Program ini telah dilaksanakan pada 11 Jun 2018 bertempat di Surau KPLB yang melibatkan
seramai 100 orang ahli KKSKPLB. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk menghayati
proses ‘ajar dan belajar’ kitab suci Al-Quran bersama rakan atau berkumpulan di samping
mengimarahkan bulan Ramadhan. Pengagihan juzuk 1-30 telah dilaksanakan mengikut
Bahagian/Unit di KPLB dan dilaksanakan pada waktu rehat. Program khatam Al-Quran dan
Solat Sunat Tasbih telah diadakan sebagai penutup selepas tamat pengajian. Imam yang
mengetuai Solat Tasbih adalah Ustaz Hamdan bin Muhamad daripada JAKIM.
3. PROGRAM #KORBAN @ KKLW 2018
Program ini telah dilaksanakan pada 25 Ogos 2018 bertempat di Surau Al-Najihin, P15-12B,
PUTRAJAYA yang melibatkan seramai 100 orang ahli KKSKPLB beserta peserta surau.
Sebanyak 6 ekor lembu telah berjaya dikorbankan dengan pengagihan daging korban telah
dilaksanakan pada hari yang sama sebanyak sekilo daging bagi setiap peserta yang hadir.
Kehadiran Ybrs. Puan Norison binti Ramli telah memeriahkan lagi majlis yang diakhiri dengan
jamuan makan
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
13
4. PROGRAM BACAAN YASSIN BULANAN
Program ini diadakan pada setiap Jumaat akhir bulan pada setiap bulan di surau KPLB.
Penglibatan peserta pada program ini adalah bersama-sama dengan warga KEMAS ibu
Pejabat dan dipimpin oleh seorang Ustaz dari KKLW atau KEMAS. Pot luck dialu-alukan
semasa Program Bacaan Yassin. Program ini juga sering disertai oleh Pihak Pengurusan
Tertinggi KKLW.
5. CERAMAH MINGGUAN
KKSKKLW menganjurkan ceramah mingguan pada setiap hari Khamis dari jam 1.00 – 1.45
petang oleh penceramah jemputan. Pelbagai topik telah dikupas mengikut isu semasa dan
juga pengajian tadabur Al-Quran telah diadakan.
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
14
6. TAZKIRAH BULAN RAMADHAN
KKSKKLW menganjurkan tazkirah Zohor pada setiap hari Isnin hingga Khamis sepanjang
bulan Ramadhan dari jam 1.00 – 1.30 petang oleh penceramah jemputan. Pelbagai topik
berkaitan amalan sepanjang bulan Ramadhan dan persediaan mengejar malam Lailatul
Qadar telah dikupas oleh penceramah.
7. PROGRAM INFAQ RAMADHAN 2018
Pada bulan Ramadhan tahun 2018 untuk pertama kalinya telah diadakan Program Infaq
Ramadhan. Program ini dilaksanakan dengan menerima sumbangan ikhlas (RM) daripada
semua warga KPLB dan KEMAS setiap hari dari 1 Ramadhan sehingga 27 Ramadhan. Setiap
petang dari jam 4.00 petang sehingga 5.00 petang agihan sejenis makanan akan diberi
kepada warga KPLB dan KEMAS yang akan pulang ke rumah di Lobi KPLB.
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
15
8. LAWATAN KE PUSAT NASYRUL AL-QURAN
Pusat Nasyrul Al-Quran telah dibuka di Putrajaya pada Disember 2017. Oleh itu pada
kesempatan dan kemuliaan bulan Ramadhan, telah dianjurkan lawatan ke kilang kedua
terbesar di Malaysia pada 8 Jun 2018. Sebanyak dua buah bas telah disediakan untuk
membawa peserta kesana dan mendapat kelulusan daripada YBhg Datuk KSU untuk
meninggalkan pejabat setengah hari pada tarikh tersebut.
9. PROGRAM WAKAQ TELEKUNG 2018
Progrm ini telah dilaksanakan dengan tujuan untuk menyerahkan telekung kepada surau
atau masjid di luar bandar. Sumbangan kewangan diperolehi daripada semua warga KPLB,
KEMAS dan orang ramai yang sudi menyumbang. Penyumbang dan warga KPLB serta
KEMAS, masing-masing telah mengambil sebanyak 2 pasang telekung untuk diwaqafkan di
surau atau masjid di kampung masing-masing semasa mereka balik kampung sebelum
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
16
10. PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA 2018
Pada 29 September 2018, bertempat di perkarangan Cafe, KPLB, dengan tenaga kerja
anggaran seramai 60 orang dan juga kerjasama dari warga Cafe, kami semua telah sama-
sama bergotong-royong memasak bubur Asyura. Setelah masak bubur ini telah diedarkan
kepada semua wakil warga KPLB dan KEMAS.
11. PELAKSANAAN PELBAGAI PROGRAM DI SURAU KPLB TAHUN 2018
Untuk meceriakan surau, KPLB beberapa keperluan telah dibeli untuk kemudahan jemaah
surau KPLB seperti berikut:
a. Pembelian sejadah baru untuk surau muslimin dan muslimat
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
17
b. Pembelian cermin tambahan untuk surau muslimah
c. Pembelian selipar waqaf untuk kegunaan muslimin dan muslimah
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
18
4.4 LAPORAN AKTIVITI BIRO KESENIAN
Jawatankuasa Kecil Biro
Pengerusi : Encik Mohd Nor Zaidi bin Ismail, Bahagian ICT
Ahli : Puan Zanariyah binti Basri , Bahagian PSA
Encik Muhammad Rasyid bin Mozafar, Bahagian PSM
Puan Zaleha binti Mohamad, Bahagian PSM
Encik Zaizul Afanday bin Amar Hussin, Bahagian PER
Encik Faizol Nizam bin Zulkifli, Pejabat KSU
Aktiviti Biro Kesenian Bagi Tahun 2018
Bil Aktiviti Tarikh
1. Jemputan persembahan D’Rural Buskers untuk Sambutan Hari Raya di bahagian- bahagian KPLB
Jun 2018
2. Penubuhan Kumpulan Tarian “Selendang Berdansa” Mac 2018
3. Majlis Sambutan hari lahir sepanjang tahun 2018 Jan- Dis 2018
1. PENUBUHAN KUMPULAN TARIAN “SELENDANG BERDANSA”
Program ini telah dilaksanakan pada 3 Julai 2017 bertempat di Dewan Lestari, Aras B1, KKLW
melibatkan seramai 15 orang penyertaan daripada ahli KKSKKLW. Program ini diadakan
adalah bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai semangat cintakan budaya
serta membentuk moral dalam kehidupan bermasyarakat.
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
19
2. PERSEMBAHAN D’RURAL BUSKERS UNTUK SAMBUTAN HARI RAYA DI BAHAGIAN-
BAHAGIAN KPLB
Jemputan dilaksanakan sepanjang bulan Syawal untuk bahagian yang membuat tempahan
awal. Antaranya ialah Pejabat KSU dan Bahagian Usahawan Desa
3. MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR WARGA KPLB DARI JANUARI HINGGA DISEMBER 2018
Majlis Sambutan hari Lahir Warga KPLB yang menyambut dari Bulan Januari hingga Disember
dimeriahkan dengan persembahan D’Rural Band secara live pada majlis tersebut.
4. PERSEMBAHAN D’RURAL BAND
Sepanjang tahun 2017, kumpulan D’Rural Band telah banyak terlibat dalam membantu
memeriahkan program-program anjuran Bahagian/Kementerian. Di samping itu, D’Rural
Band juga telah bekerjasama dengan Biro Kebajikan, KKSKPLB untuk menyerikan pelbagai.
Berikut merupakan antara program yang telah disertai oleh D’Rural Band :
1. Majlis Perpisahan YBhg. Datuk KSU
2. Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan KPLB
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
20
3. Majlis Taklimat Media Sempena Ekspo Inovasi Dan Teknologi Keusahawan Desa
(Inotekdesa) 2018
4. Sambutan AGM KKSKKLW 2018
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
21
4.5 LAPORAN AKTIVITI BIRO BINA INSAN
Jawatankuasa Kecil Biro
Pengerusi : PuanNor Azlina bt Jusoh, Bahagian PSM
Ahli : Puan Nor Azizah binti Mohamed, Bahagian PSM
Puan Nur Ain binti Abd Rahman, Bahagian PSM
Puan Noor Hazilawati binti Hamrajnan, Bahagian PRA
Encik Mohd Hanizam bin Mansor, Bahagian PSM
Encik Rohan bin Satua, Bahagian PSM
Aktiviti Biro Bina Insan Bagi Tahun 2018
Bil Aktiviti Tarikh
1. Program Riang Ria Cuti Sekolah 2018
21 Mac 2018
2.
Program Syoknya Cuti Sekolah 2018 14 Disember 2018
1. PROGRAM RIANG RIA CUTI SEKOLAH 2018
Program ini telah dilaksanakan pada 21 Mac 2018 bertempat di Dewan Sri Lestari, Aras B1,
KPLB melibatkan seramai 60 orang anak ahli KKSKPLB yang berusia 6 hingga 12 tahun.
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk membangunkan sahsiah diri anak-anak Warga
KPLB melalui pembelajaran pembangunan kendiri.
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
22
2. PROGRAM SYOKNYA CUTI SEKOLAH 2018
Program ini telah dilaksanakan pada 14 Disember 2018 bertempat di Dewan Seri Lestari
yang melibatkan seramai 65 orang anak-anak ahli KKSKPLB yang berusia 6 hingga 12 tahun.
Program ini turut dibantu oleh pegawai-pegawai AKRAB KPLB. Program ini adalah bertujuan
untuk merapatkan hubungan di kalangan anak Warga KPLB serta memberi ruang kepada
anak-anak mempelajari proses kemahiran hidup yang berbeza bagi penyelesaian sesuatu
permasalahan.
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
23
Jawatankuasa Kecil Biro
Pengerusi : Encik Mohd Adli Nor Bin Mohamad, Bahagian KEW
Ahli : Cik Zuraida Binti Sidek, Bahagian ICT
Cik Norain Binti Arshad, Bahagian P
Encik Ahmad Affandi bin Sakbannuddin, Bahagian ICT
Puan Nor Hajar Binti Mustaffa, Bahagian P
Aktiviti Biro Rekreasi Bagi Tahun 2018
Bil Aktiviti Tarikh
1. Program Fun with Fuzy Magic: Children Development 22 Mac 2018
2. Program Perkelahan Bersama Keluarga 31 Mac 2018
3. Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa 8 Mei 2018
4.
Program Ekspedisi : Lata Hammer
1-2 September 2018
5. Kejohanan Bowling Antara Bahagian KPLB 2018 21 September 2018
1. PROGRAM FUN WITH FUZY MAGIC : CHILDREN DEVELOPMENT 2018
Sempena cuti sekolah, Biro Rekreasi dengan kerjasama Perpustakaan KPLB
berpeluang menganjurkan Program Fun with Fuzy Magic : Children Development.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan serta
meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris menggunakan pendekatan ‘ Bermain
sambil Belajar’. Seramai 17 orang anak-anak warga KPLB telah terlibat dalam
program ini dan di bawa ke Perpustakaan Negara Malaysia bermula jam 10.00 pagi
hingga 1.00 tengahari.
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
24
2. PROGRAM PERKELAHAN BERSAMA KELUARGA
Program Perkelahan “Bagan Lalang.. Aku datang..” merupakan program santai anjuran Biro
Rekreasi. Tujuan program berbentuk kekeluargaan ini dijalankan bagi memberi peluang
kepada warga KPLB untuk berehat bersama keluarga pada hujung minggu sambil beramah
mesra antara ahli KKSKPLB. Biro Rekreasi akan terus melaksanakan program santai bersama
keluarga ini dengan lebih kerap pada masa-masa akan datang bagi memberi ruang kepada
ahli KPLP untuk meluangkan lebih banyak masa kepada keluarga dan anak-anak tanpa perlu
memikirkan destinasi untuk bercuti dan mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk bercuti
pada hujung minggu.
3.
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
25
3. PROGRAM FUN WITH FUZY MAGIC : CHILDREN DEVELOPMENT 2018
Sempena cuti sekolah, Biro Rekreasi dengan kerjasama Perpustakaan KPLB
berpeluang menganjurkan Program Fun with Fuzy Magic : Children Development.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan serta
meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris menggunakan pendekatan ‘ Bermain
sambil Belajar’. Seramai 17 orang anak-anak warga KPLB telah terlibat dalam
program ini dan di bawa ke Perpustakaan Negara Malaysia bermula jam 10.00 pagi
hingga 1.00 tengahari.
4. PROGRAM FUN WITH FUZY MAGIC : CHILDREN DEVELOPMENT 2018
Sempena cuti sekolah, Biro Rekreasi dengan kerjasama Perpustakaan KPLB
berpeluang menganjurkan Program Fun with Fuzy Magic : Children Development.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan serta
meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris menggunakan pendekatan ‘ Bermain
sambil Belajar’. Seramai 17 orang anak-anak warga KPLB telah terlibat dalam
program ini dan di bawa ke Perpustakaan Negara Malaysia bermula jam 10.00 pagi
hingga 1.00 tengahari.
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
26
5. PROGRAM EKSPEDISI KE LATA HAMMER
Untuk program riadah kali ini, Biro Rekreasi telah memilih Air Terjun Lata Hammer kerana
selain jauh dari hiruk pikuk kota, kawasan yang terletak di Bentong, Pahang ini sangat sesuai
untuk bersantai sambil merehatkan minda menyaksikan keindahan flora dan fauna. Program
ini dirangka dengan mengabungkan dua (2) aktiviti, iaitu pendakian dan perkhemahan yang
mana dapat menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta sekaligus memupuk sikap
kerjasama antara ahli yang terlibat. Aktiviti ini juga dapat menambah pengetahuan para
peserta dan memberi penghayatan akan kepentingan pemeliharaan alam semulajadi. Selain
itu, para peserta dapat menguji kemampuan diri bagi menilai tahap fizikal dan mental
masing-masing.
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
27
1.
6. KEJOHANAN BOWLING ANTARA BAHAGIAN KPLB 2018
Kejohanan Bowling antara bahagian dalam KPLB ini merupakan acara terbesar yang pernah
dianjurkan oleh Biro Rekreasi bertujuan memberi ruang kepada warga KPLB untuk beriadah
bersama selain beramah mesra bagi mengeratkan hubungan antara ahli KKSKPLB. Melalui
pertandingan ini juga, kita dapat mencungkil bakat di kalangan warga KPLB yang berpotensi
dalam sukan yang semakin mendapat tempat di kalangan generasi kini. Seramai 200 peserta
bagi membentuk 22 pasukan yang terdiri daripada bahagian-bahagian KPLB. Dengan bantuan
Biro Kecil Rekreasi dan kerjasama biro-biro KKSKPLB yang lain, kejohanan bowling berjaya
direalisasikan dan berjalan dengan lancar. Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat
dalam menjayakan acara ini dan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada Biro
Rekreasi untuk melaksanakan acara peringkat kementerian ini.
1.
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
28
7. LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA
Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa telah dianjurkan oleh Biro Rekreasi dengan
kerjasama Perpustakaan KPLB bagi memberi peluang kepada ahli dan anak-anak
warga KPLB untuk mendapatkan koleksi buku-buku ilmiah terkini mahupun barangan
persekolahan dengan harga berpatutan. Biro rekreasi mengambil kesempatan untuk
menjalankan lawatan ini kerana ia merupakan pameran buku terbesar di Malaysia
yang tidak mungkin dilepaskan. Seramai 14 orang yang terdiri daripada warga dan
anak-anak KPLB menyertai lawatan ini dengan menaiki bas jabatan yang disediakan.
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
29
4.6 LAPORAN AKTIVITI BIRO EKONOMI
Jawatankuasa Kecil Biro
Pengerusi : Encik Mohd Zulfahmi bin Othman, Bahagian TW
Ahli : Puan Nor Nazahiyah binti Mohd Zaki, Bahagian EK
Puan Rozana Liza binti Badroddin, Bahagian EK
Puan Ami Zamira binti Zakaria, Bahagian UD
Puan Norhaidah binti Abu Bakar, Bahagian UD
Pn. Siti Masturiah binti Mohd Tubi, Bahagian UD
Aktiviti Biro Ekonomi Bagi Tahun 2018
Bil Aktiviti Tarikh
1.
Program Jualan Sampul Raya KKSKPLB Sepanjang bulan Ramadhan
2.
Agihan Spek Mata Rabun Dekat Sumbangan Pejabat
Perdana Menteri 28 Mac 2018
3.
Penyewaan Tapak Untuk Mesin Air Layan Diri di KPLB 9 April 2018
4.
Jualan Ikan Segar Murah dan Jualan Sempena MAT Ke-29 KKSKPLB
28 Mac 2018/ 5 April 2018
1. PROGRAM JUALAN SAMPUL RAYA KKSKPLB 2018
Program jualan telah dilaksanakan sepanjang bulan puasa melalui tempahan secara
e-mel/telefon. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk menjana pendapatan kepada
KKSKPLB. Jumlah keseluruhan jualan sampul raya adalah sebanyak RM304.
Promo poster hebahan jualan
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
30
2. AGIHAN SPEK MATA RABUN DEKAT SUMBANGAN PEJABAT PERDANA MENTERI
Biro Ekonomi telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras aktiviti pengagihan cermin
mata membaca sumbangan Kelab Pejabat Perdana Menteri sebanyak 15,000 unit kepada
warga KKSKPLB dan agensi-agensi di bawahnya. Pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg.
Datuk KSU pada 28 Mac 2018 bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Ke-29 KKSKPLB
bertempat Dewan Seri Lestari, KPLB Putrajaya. Manakala pengagihan kepada wakil kelab-
kelab kebajikan dan sukan untuk agensi-agensi di bawah KPLB iaitu KEMAS, MARA, RISDA,
FELCRA, JAKOA, KETENGAH, KEJORA, KEDA dan KESEDAR telah diadakan pada 3 dan 7 Mei
2018. Proses pengagihan kepada warga agensi masing-masing juga telah selesai
dilaksanakan oleh jawatankuasa kelab masing-masing.
8. PENYEWAAN TAPAK UNTUK MESIN AIR LAYAN DIRI DI KPLB
Biro Ekonomi telah selesai menyelaras perjanjiaan sewaan tempat untuk menempatkan
seunit mesin air layan diri antara KPLB dengan pihak kedua yang dilantk oleh F&N Beverages
Marketing Sdn. Bhd. iaitu F&Z Fusion Ventures. Tempoh sewaan adalah selama 24 bulan (9
April 2018 hingga 8 April 2020) dengan amaun sewaan sebanyak RM150 sebulan. Bayaran
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
31
dibuat terus ke akaun KKSKPLB secara bulanan. Lokasi menempatkan mesin air berkenaan
adalah di ruang lobi KPLB.
9. JUALAN IKAN SEGAR MURAH DAN JUALAN SEMPENA MAT KE-29 KKSKPLB
Koperasi Kampung Bandar Berhad melalui Biro Ekonomi telah membuka gerai jualan ikan
segar murah pada 28 Mac dan 5 April 2018 bertempat di ruang lobi parkir KPLB. Pelbagai
jenis ikan dan hasil sungai dan laut telah dijual kepada warga KPLB dengan harga murah.
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
32
Selain itu, bersempena penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan Ke-29 KKSKPLB pada 28 Mac
2018, Biro Ekonomi telah menganjurkan jualan MAT di ruang lobi KPLB melibatkan 3 usahawan
dan Bank Muamalat. Antara produk yang diniagakan adalah roti dan pastri, pakej umrah dan
pelancongan dan pakaian kanak-kanak serta pelbagai produk perbankan oleh Bank Muamalat.
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
33
4.7 LAPORAN AKTIVITI BIRO SERANTA
Jawatankuasa Kecil Biro
Pengerusi : Encik Mohd Helmy bin Robani, Bahagian ICT
Ahli : Puan Farhana bt Ab. Alim, Bahagian ICT
Puan Normelati bt. Ali, Bahagian ICT
Puan Nuralyani bt. Kamaludin, Bahagian ICT
Encik Mohd Amin bin Ayob, Bahagian ICT
Puan Nor Aimi binti Ismail, Bahagian PSM
Aktiviti Biro Seranta Bagi Tahun 2018
Bil Aktiviti Tarikh
1.
Pengemaskinian Pages Facebook KKSKKLW Sepanjang tahun
2.
Merakam Gambar dan Video Setiap Program dan Aktiviti KKSKKLW
Sepanjang tahun
3.
Penyediaan Kad Hari Lahir, Kad Ucapan dan Sijil
Sepanjang tahun
4. Hebahan Program dan Aktiviti KKSKKLW
Sepanjang tahun
5. Pertandingan Hashtag #KKLWSEHATISEJIWA 8 ogos 2017 hingga 16 September 2017
6. Penyediaan Carta Organisasi KKSKKLW, Poster, Sticker, Slide, Dan Video Sepanjang tahun
1. KEMASKINI PAGES FACEBOOK KKSKPLB
Pages Facebook KKSKPLB diwujudkan adalah sebagai medium interaksi sosial Warga
KKSKPLB dan juga sebagai saluran bagi hebahan semua program dan aktiviti yang dijalankan
oleh KKSKPLB.
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
34
2. MENGAMBIL GAMBAR DAN VIDEO PROGRAM DAN AKTIVITI KKSKPLB
Biro Seranta sentiasa terlibat dalam semua program yang dianjurkan oleh biro-biro lain
seperti Sambutan Hari Lahir oleh Biro Kebajikan, Program Korban oleh Biro Kerohanian,
Program Riang-ria Cuti Sekolah oleh Biro Bina Insan, Kejohanan Bowling Bahagian-bahagian
KPLB 2018 oleh Biro Sukan dan lain-lain lagi.
3. PENYEDIAAN KAD HARI LAHIR, KAD UCAPAN DAN SIJIL
Biro Seranta telah ditugaskan untuk mereka bentuk dan mencetak kad hari lahir untuk
semua warga KKSKPLB, kad ucapan selamat hari raya kepada warga KKSKPLB, dan kad hari
lahir daripada YB Menteri KPLB untuk semua warga KPLB.
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
35
3. PENYEDIAAN POSTER, STIKER, SLIDE, DAN VIDEO
Biro Seranta telah ditugaskan untuk mereka bentuk dan mencetak poster untuk program
dan aktiviti yang dianjurkan oleh biro-biro KKSKPLB, membuat stiker untuk agihan bubur
lambuk dan kurma, membuat slide untuk sambutan hari lahir warga KKSKPLB pada majlis
perhimpunan KPLB untuk ditanyangkan dilayar semasa acara pemotongan kek bersama YB
Menteri.
5. HEBAHAN PROGRAM DAN AKTIVITI KKSKLW
Biro Seranta membuat hebahan program dan aktiviti KKSKPLB melalui pages facebook
@KKSKPLB, emel, Papan kenyataan, dan i-board KKLW. Ini adalah merupakan satu usaha
dalam mempromosikan program/aktiviti yang dilaksanakan oleh biro-biro KKSKPLB bagi
tujuan menarik minat warga KKSKPLB untuk menyertainya.
Laporan Aktiviti KKSKPLB Tahun 2018 Mesyuarat Agung KKSKPLB Kali Ke-30
36
4. Pertandingan Hashtag #KPLBSAYANGIMALAYSIAKU
Pertandingan ini telah bermula pada 30 ogos 2018 dan tutup pada 16 september 2018.
Dibuka kepada semua warga KKSKPLB secara percuma. Sebanyak 49 penyertaan gambar
dimuat naik dalam Instagram dan 3 pemenang utama dipilih. Tujuan pertandingan ini adalah
untuk menyemarakan semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan warga KKLW
melalui aplikasi facebook dan instagram; dan mendorong dan mencetus kreativiti warga
KKSKPLB dalam menyemarakkan sambutan kemerdekaan.