laporan aktiviti kadet pandu puteri minggu 6

3
LAPORAN AKTIVITI KADET PANDU PUTERI MINGGU 6 Tarikh : 5 Februari 2014 Masa: 2.30 – 4.30 petang Kehadiran : 31 orang kadet pandu puteri Kumpulan Bertugas : Kumpulan Melur Pensyarah Bertugas : Pn. Punitha A/p Muniandy Perjumpaan pada minggu ini diadakan di Galeri Seni. Seperti biasa, perjumpaan bermula dengan pembentukan ladam kuda dan nyanyian lagu Dunia. Selepas itu, Pn. Punitha memberi taklimat dan penerangan serba sedikit mengenai protokol dalam Kadet Pandu Puteri. Beliau sedikit sebanyak juga menyentuh mengenai tugas seorang Kadet Pandu Puteri. Seterusnya, beliau telah menyatakan bahawa kumpulan yang bertugas pada setiap minggu hendaklah berjumpa dengan pensyarah sehari sebelum perjumpaan diadakan bagi mendapatkan tugasan yang perlu dilaksanakan pada perjumpaan seterusnya. Kemudian, beliau memberikan kami masa untuk berbincang mengenai lain-lain perkara berbangkit kerana kami masih belum mendapatkan uniform Kadet Pandu Puteri sepenuhnya. Akhirnya, kami semua mendapat kata sepakat dalam pelbagai perkara terutamanya mengenai tugasan. Kami dikehendaki membuat buku log. Namun, kami mengambil kata sepakat untuk menggunakan fail bagi menggantikan buku log.

Upload: ct-norzaidah

Post on 29-Dec-2015

383 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Pasukan Pandu Puteri IPGKTB

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Aktiviti Kadet Pandu Puteri Minggu 6

LAPORAN AKTIVITI KADET PANDU PUTERI MINGGU 6

Tarikh : 5 Februari 2014

Masa: 2.30 – 4.30 petang

Kehadiran : 31 orang kadet pandu puteri

Kumpulan Bertugas : Kumpulan Melur

Pensyarah Bertugas : Pn. Punitha A/p Muniandy

Perjumpaan pada minggu ini diadakan di Galeri Seni. Seperti biasa, perjumpaan

bermula dengan pembentukan ladam kuda dan nyanyian lagu Dunia. Selepas itu, Pn.

Punitha memberi taklimat dan penerangan serba sedikit mengenai protokol dalam

Kadet Pandu Puteri. Beliau sedikit sebanyak juga menyentuh mengenai tugas seorang

Kadet Pandu Puteri.

Seterusnya, beliau telah menyatakan bahawa kumpulan yang bertugas pada

setiap minggu hendaklah berjumpa dengan pensyarah sehari sebelum perjumpaan

diadakan bagi mendapatkan tugasan yang perlu dilaksanakan pada perjumpaan

seterusnya.

Kemudian, beliau memberikan kami masa untuk berbincang mengenai lain-lain

perkara berbangkit kerana kami masih belum mendapatkan uniform Kadet Pandu Puteri

sepenuhnya. Akhirnya, kami semua mendapat kata sepakat dalam pelbagai perkara

terutamanya mengenai tugasan. Kami dikehendaki membuat buku log. Namun, kami

mengambil kata sepakat untuk menggunakan fail bagi menggantikan buku log.

Kesimpulannya, kami mendapat banyak pengetahuan dan belajar bekerjasama

dalam satu kumpulan bagi melaksanakan sesuatu tugasan.

Page 2: Laporan Aktiviti Kadet Pandu Puteri Minggu 6

Pembentukan Ladam Kuda dan Taklimat Pn.Punita

Perbincangan mengenai perkara berbangkit

Disediakan oleh,

_______________

(HANISAH BINTI SHAMSUDIN)

Ketua Kumpulan Melur

Kadet Pandu Puteri IPGKTB