Download - Laporan Aktiviti Kadet Pandu Puteri Minggu 6
LAPORAN AKTIVITI KADET PANDU PUTERI MINGGU 6
Tarikh : 5 Februari 2014
Masa: 2.30 – 4.30 petang
Kehadiran : 31 orang kadet pandu puteri
Kumpulan Bertugas : Kumpulan Melur
Pensyarah Bertugas : Pn. Punitha A/p Muniandy
Perjumpaan pada minggu ini diadakan di Galeri Seni. Seperti biasa, perjumpaan
bermula dengan pembentukan ladam kuda dan nyanyian lagu Dunia. Selepas itu, Pn.
Punitha memberi taklimat dan penerangan serba sedikit mengenai protokol dalam
Kadet Pandu Puteri. Beliau sedikit sebanyak juga menyentuh mengenai tugas seorang
Kadet Pandu Puteri.
Seterusnya, beliau telah menyatakan bahawa kumpulan yang bertugas pada
setiap minggu hendaklah berjumpa dengan pensyarah sehari sebelum perjumpaan
diadakan bagi mendapatkan tugasan yang perlu dilaksanakan pada perjumpaan
seterusnya.
Kemudian, beliau memberikan kami masa untuk berbincang mengenai lain-lain
perkara berbangkit kerana kami masih belum mendapatkan uniform Kadet Pandu Puteri
sepenuhnya. Akhirnya, kami semua mendapat kata sepakat dalam pelbagai perkara
terutamanya mengenai tugasan. Kami dikehendaki membuat buku log. Namun, kami
mengambil kata sepakat untuk menggunakan fail bagi menggantikan buku log.
Kesimpulannya, kami mendapat banyak pengetahuan dan belajar bekerjasama
dalam satu kumpulan bagi melaksanakan sesuatu tugasan.
Pembentukan Ladam Kuda dan Taklimat Pn.Punita
Perbincangan mengenai perkara berbangkit
Disediakan oleh,
_______________
(HANISAH BINTI SHAMSUDIN)
Ketua Kumpulan Melur
Kadet Pandu Puteri IPGKTB