laporan aktiviti

4
REFLEKSI AKTIVITI Pada 6 September 2014 iaitu hari sabtu, pelajar PISMP Pendidikan Pemulihan 2 dan 3 Semester Enam Ambilan Januari 2012 telah menjalani Pr!ram "ekreasi #an $esihatan selama satu hari% #alam pr!ram ini, pelajar la&atan ke 'ama 'ema 'he (st )rld *+ 'ambun% Akti iti di taman tema bermula pada jam 10%00 pa!i sehin!!a jam -%00 petan!% Makanan dan minuman disediakan leh pihak 'ambun% Pada jam 6%4- pa!i, semua pelajar dikehendaki untuk berkumpul di hadapan asrama% $emudian, pelajar perlu bersarapan terlebih dahulu sebelum menaiki bas% Sarapan .an! disediakan adalah bihun !ren! dan air mineral% Sebelum memulakan perjalanan, pelajar diminta untuk memba/a da terlebih dahulu a!ar perjalanan dilalui dalam keadaan .an! lan/ar dan selamat% Selama ti!a jam berada di dalam bas, pelajar membuat akti iti sendiri% as ju!a men.ediakan karake kepada penumpan! .an! menaiki bas tersebut% *leh itu, pelajar berkesempatan menunjukkan bakat mereka dalam n.an.ian menerusi karake% Pada jam 10%30 pa!i, pelajar telah sampai ke 'aman 'ema 'he (st )rld *+ 'ambun% $ami dikehendaki untuk berkumpul di satu tempat untuk diberikan taklim leh ahli ja&atankuasa akti iti berkaitan den!an akti iti .an! akan di dalam taman tema% Semua pelajar diminta untuk beratur men!ikut kumpulan .an! telah ditetapkan% Setiap kumpulan memperleh kain ber&arna .an! berbe a untuk dipakai seba!ai penanda kumpulan% $umpulan sa.a telah mendapat kain ber&arna biru%Setiap kumpulan perlu men.atakan nama kumpulan beserta den!an trademark % Selepas itu, semua pelajar ber!erak ke laman utama 'aman 'ema (st )rld *+ 'ambun untuk mendapatkan tiket serta men!ambil !ambar beramai ramai bersama pens.arah sebelum masuk ke dalam taman tema% Setelah semua pelajar masuk ke dalam taman tema, pelajar terus ber!erak ke khemah untuk meletakkan baran! baran! keperluan% $emudian, akti iti dimulakan den!an 'reasure

Upload: eric-sham-samit

Post on 04-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

januari 2014

TRANSCRIPT

REFLEKSI AKTIVITIPada 6 September 2014 iaitu hari sabtu, pelajar PISMP Pendidikan Pemulihan 2 dan 3 Semester Enam Ambilan Januari 2012 telah menjalani Program Rekreasi Dan Kesihatan selama satu hari. Dalam program ini, pelajar membuat lawatan ke Tama Tema The Lost World Of Tambun. Aktiviti di taman tema bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Makanan dan minuman disediakan oleh pihak Tambun. Pada jam 6.45 pagi, semua pelajar dikehendaki untuk berkumpul di hadapan asrama. Kemudian, pelajar perlu bersarapan terlebih dahulu sebelum menaiki bas. Sarapan yang disediakan adalah bihun goreng dan air mineral. Sebelum memulakan perjalanan, pelajar diminta untuk membaca doa terlebih dahulu agar perjalanan yang dilalui dalam keadaan yang lancar dan selamat. Selama tiga jam berada di dalam bas, pelajar membuat aktiviti sendiri. Bas juga menyediakan karaoke kepada penumpang yang menaiki bas tersebut. Oleh itu, pelajar berkesempatan untuk menunjukkan bakat mereka dalam nyanyian menerusi karaoke. Pada jam 10.30 pagi, pelajar telah sampai ke Taman Tema The Lost World Of Tambun. Kami dikehendaki untuk berkumpul di satu tempat untuk diberikan taklimat oleh ahli jawatankuasa aktiviti berkaitan dengan aktiviti yang akan dijalankan di dalam taman tema. Semua pelajar diminta untuk beratur mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan memperoleh kain berwarna yang berbeza untuk dipakai sebagai penanda kumpulan. Kumpulan saya telah mendapat kain berwarna biru. Setiap kumpulan perlu menyatakan nama kumpulan beserta dengan trademark. Selepas itu, semua pelajar bergerak ke laman utama Taman Tema Lost World Of Tambun untuk mendapatkan tiket serta mengambil gambar beramai-ramai bersama pensyarah sebelum masuk ke dalam taman tema. Setelah semua pelajar masuk ke dalam taman tema, pelajar terus bergerak ke khemah untuk meletakkan barang-barang keperluan. Kemudian, aktiviti dimulakan dengan Treasure Hunt. Setiap kumpulan diberikan peta kawasan taman tema dan perlu menuju ke destinasi yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan perlu bertemu dengan fasilitator di bahagian Tiger Valley untuk mengetahui aktiviti yang perlu dilakukan oleh kumpulan. Kumpulan saya dikehendaki untuk mengubah lirik lagu yang diberikan dengan bertemakan harimau. Kemudian, kami perlu menyanyi bersama-sama dengan penuh bersemangat. Setelah selesai, saya dan ahli kumpulan menuju ke destinasi yang seterusnya, iaitu mendulang biji timah. Dalam aktiviti ini, beberapa ahli kumpulan perlu mendulang biji timah dengan betul. Kemudian, seorang ahli kumpulan perlu membawa biji timah naik atas patung gajah dan mengambil gambar ahli kumpulan tersebut. Semua ahli kumpulan memberi kerjasama dengan baik.Saya bersama ahli kumpulan menuju ke destinasi yang terakhir, iaitu di Taman Tema Permainan. Semua pelajar berkumpul untuk meneruskan aktiviti yang terakhir. Setiap kumpulan perlu membalut dan membungkus seluruh badan seorang ahli kumpulan mereka menjadi mumia menggunakan tisu. Kemudian, mereka perlu berkumpul untuk mengambil gambar. Setiap kumpulan dikehendaki mencari seorang kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke bawah dan mengambil gambar kanak-kanak tersebut. Selesai sahaja aktiviti, pelajar bergerak ke khemah untuk menikmati makanan tengahari. Pelajar-pelajar bebas melakukan aktiviti sendiri di dalam Taman Tema Lost World Of Tambun sehingga jam 5.00 petang. Pelbagai aktiviti dan permainan telah disediakan dalam taman tema. Pelajar-pelajar mempersiapkan diri untuk pulang. Kami telah berhenti di R&R Sungai Perak untuk makan malam dan solat di sana. Pelajar-pelajar berehat di dalam bas sehingga sampai ke asrama Institute Pendidikan Guru Kampus Darulaman.

REFLEKSI KENDIRIAlhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, saya dapat melaksanakan Program Lawatan Rekreasi Dan Kesihatan dengan sempurna dan jayanya. Program ini dijalankan selama satu hari di Taman Tema Lost World Of Tambun, Perak. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Saya berasa sangat gembira dapat melaksanakan program ini dengan penuh semangat. Melalui program yang dijalankan, banyak pengalaman baru yang telah saya peroleh dalam aktiviti yang dijalankan di taman tema bersama-sama ahli kumpulan. Melalui aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan, saya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama rakan-rakan walaupun berbeza kelas. Pemilihan ahli kumpulan yang berbeza kelas ini dapat membantu untuk mengeratkan hubungan dengan lebih baik. Sebelum ini, saya hanya bertegur sapa dan senyum pada rakan daripada kelas lain tetapi kami menjadi semakin rapat setelah aktiviti dilakukan bersama-sama. Saya sangat gembira kerana mereka telah terpilih untuk menjadi salah seorang daripada kumpulan saya. Selain itu, saya juga dapat melihat kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli-ahli kumpulan sepanjang aktiviti berlangsung. Kami membuat sorakan kumpulan dengan bersemangat. Kerjasama juga dapat dilihat semasa gubahan lirik dilakukan. Kami sedaya upaya memberi idea bagi mengubah lirik lagu dengan intonasi yang sesuai. Melalui ciptaan lirik juga dapat membantu meningkatkan kreativiti daya berfikir dengan idea yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan. Semangat berkumpulan dilihat apabila semua ahli kumpulan menyanyi bersama-sama dengan penuh semangat.Di samping itu, saya berasa sangat seronok dengan aktiviti Treasure Hunt yang dijalankan kerana ini adalah pertama kali saya mengikuti aktiviti seperti ini. Sebelum ini, saya hanya melihat aktiviti Treasure Hunt di sekolah dan IPG tanpa menyertainya. Setelah mengikuti aktiviti ini, saya telah merasakan bahawa aktiviti ini sangat menarik dan saya ingin menyertai aktiviti ini lagi sekiranya berkesempatan supaya saya dapat menimba banyak pengalaman dalam aktiviti ini. Saya juga ingin merancang aktiviti ini untuk dilaksanakan terhadap murid-murid apabila saya berada di sekolah nanti. Murid-murid pasti teruja untuk menyertai aktiviti Treasure Hunt ini. Tambahan lagi, saya juga mempelajari perkara baru yang lain, iaitu mendulang biji timah. Sebelum ini, saya tidak pernah melihat biji timah secara realiti. Dengan kehadiran saya di Taman Tema Lost World Of Tambun membuatkan saya berasa teruja untuk melihat serta mempelajari cara mendulang biji timah. Setelah mencuba mendulang biji timah, saya berasa sangat seronok kerana dapat mendulang biji timah dengan mudah. Saya berharap agar saya dapat mendulang biji timah lagi apabila saya datang lagi ke taman tema ini.Dalam program ini juga, saya telah mempelajari cara untuk mengendalikan aktiviti yang dijalankan. Aktiviti dirancang terlebih dahulu untuk menentukan sama ada sesuai atau tidak dengan pelajar. Dengan ilmu yang telah diperolehi, saya dapat mengaplikasikan segala yang telah saya pelajari apabila saya telah menjadi seorang guru. Ini memudahkan saya untuk mengendalikan aktiviti bersama-sama murid dengan terancang. Secara kesimpulannya, pengalaman yang saya peroleh sepanjang lawatan dijalankan tidak akan saya lupakan dan segala ilmu yang saya perolehi akan saya manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Sebagai bakal seorang guru, saya akan menerapkan nilai-nilai murni seperti kerjasama dalam kumpulan kepada murid-murid supaya mereka boleh menunjukkan nilai-nilai tersebut dalam aktiviti berkumpulan yang dijalankan. Saya juga telah mengetahui betapa pentingnya komunikasi dalam kehidupan terutamanya apabila ingin menjadi seorang guru. Guru perlu mahir dalam berkomunikasi supaya guru dapat mengeratkan hubungan dengan murid .