laporan akhir opkim

4
LAPORAN AKHIR OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU DARUL TA’ZIM (BATU PAHAT) 2013 PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TARIKH : 17 - 22 JANUARI 2014 TEMPAT : KAMPUNG PARIT WARIJO, SERI MEDAN, BATU PAHAT ANJURAN : PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA NAMA : NURUL IFFAH BT ROSLAN NO MATRIK : (A146268)

Upload: iffahroslan

Post on 20-Jun-2015

408 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan akhir opkim

LAPORAN AKHIR OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU DARUL TA’ZIM (BATU PAHAT) 2013

PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ)UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TARIKH :17 - 22 JANUARI 2014

TEMPAT :KAMPUNG PARIT WARIJO, SERI MEDAN, BATU PAHAT

ANJURAN :PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

NAMA :NURUL IFFAH BT ROSLAN

NO MATRIK : (A146268)

HHHC9601-KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

Page 2: Laporan akhir opkim

Program Operasi Khidmat Masyarakat Darul Ta’zim 2014 telah diadakan

pada 17 Januari 2014 sehingga 22 Januari 2014. Program ini dijalankan

secara serentak di 8 buah kawasan di negeri Johor. Kampung Parit

Warijo merupakan salah sebuah kampung yang terpilih untuk program

ini. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Anak Johor

(PERMAJ). Program ini bertemakan “Cemerlang Bersama Johor”.

Program ini bermatlamat untuk berbakti dan menyumbang kepada

masyarakat, menjalinkan ikatan yang utuh antara mahasiswa dengan

masyarakat, menonjolkan keperibadian dan jati diri mahasiswa yang

tinggi sebagai tauladan kepada masyarakat. Manakala objektifnya pula

adalah untuk mewujudkan dan mengeratkan jaringan komunikasi antara

masyarakat dengan mahasiswa untuk saling berhubung dan berkongsi

maklumat demi kesejahteraan bersama melalui pendekatan yang lebih

padu dan berkesan. Selain itu, program ini memberi peluang kepada

mahasiswa khususnya anak Johor untuk melibatkan diri dalam program

berbentuk khidmat masyarakat dan melatih mahasiswa UKM dalam

berorganisasi dan juga berinteraksi dengan masyarakat. Secara tidak

langsung, program ini mewujudkan elemen kepimpinan dan kerja

berpasukan. Sifat kepimpinan perlulah ada dalam setiap diri mahasiswa

untuk memimpin dan berkomunikasi dengan warga kampung dan

masyarakat sekeliling. Kerja sepasukan adalah sangat penting untuk

melancarkan sesuatu program. Dengan adanya sifat bekerjasama,

semua kerja menjadi mudah dan dapat berjalan dengan lancar.

Sebagai kesimpulan, pelbagai kemahiran dan nilai-nilai murni telah saya

pelajari sepanjang perancangan program sehinggalah hari terakhir

Page 3: Laporan akhir opkim

projek dilaksanakan. Dalam perancangan projek ini, saya telah

mempelajari pelbagai cara untuk meningkatkan daya kepimpinan dan

kerja berpasukan dalam setiap gerak kerja yang dilaksanakan. Dengan

daya kepimpinan dan kerja berpasukan, pelbagai tugasan dapat

disempurnakan dengan mudah dan teratur. Hasil kerja juga adalah

sangat memuaskan. Melalui pelaksanaan program ini juga, kemahiran

kepimpinan dan kerja berpasukan dapat dipertingkatkan. Sepanjang

program berlangsung, saya telah mendapat pelbagai ilmu baru berkaitan

cara hidup masyarakat di kampung dan aktiviti yang mereka lakukan.

Dalam setiap perkara yang dilakukan pasti terdapat cabaran, halangan

dan permasalahan berkaitan bajet dan peruntukan untuk program.

Namun masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan jayanya.

Harapan saya agar program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan

datang kerana ianya sangat membantu untuk meningkatkan daya

kepimpinan dan kerja berpasukan.

Disediakan oleh,

--------------------------------------

NURUL IFFAH BT ROSLAN

Ketua Pengarah Media dan Publisiti

Operasi Khidmat Masyarakat

10 Penjuru Darul Ta’zim 2014