laporan akhir opkim
TRANSCRIPT
LAPORAN AKHIR OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU DARUL TA’ZIM (BATU PAHAT) 2013
PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ)UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TARIKH :17 - 22 JANUARI 2014
TEMPAT :KAMPUNG PARIT WARIJO, SERI MEDAN, BATU PAHAT
ANJURAN :PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
NAMA :NURUL IFFAH BT ROSLAN
NO MATRIK : (A146268)
HHHC9601-KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA SEPASUKAN
Program Operasi Khidmat Masyarakat Darul Ta’zim 2014 telah diadakan
pada 17 Januari 2014 sehingga 22 Januari 2014. Program ini dijalankan
secara serentak di 8 buah kawasan di negeri Johor. Kampung Parit
Warijo merupakan salah sebuah kampung yang terpilih untuk program
ini. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Anak Johor
(PERMAJ). Program ini bertemakan “Cemerlang Bersama Johor”.
Program ini bermatlamat untuk berbakti dan menyumbang kepada
masyarakat, menjalinkan ikatan yang utuh antara mahasiswa dengan
masyarakat, menonjolkan keperibadian dan jati diri mahasiswa yang
tinggi sebagai tauladan kepada masyarakat. Manakala objektifnya pula
adalah untuk mewujudkan dan mengeratkan jaringan komunikasi antara
masyarakat dengan mahasiswa untuk saling berhubung dan berkongsi
maklumat demi kesejahteraan bersama melalui pendekatan yang lebih
padu dan berkesan. Selain itu, program ini memberi peluang kepada
mahasiswa khususnya anak Johor untuk melibatkan diri dalam program
berbentuk khidmat masyarakat dan melatih mahasiswa UKM dalam
berorganisasi dan juga berinteraksi dengan masyarakat. Secara tidak
langsung, program ini mewujudkan elemen kepimpinan dan kerja
sepasukan. Sifat kepimpinan perlulah ada dalam setiap diri mahasiswa
untuk memimpin dan berkomunikasi dengan warga kampung dan
masyarakat sekeliling. Kerja sepasukan adalah sangat penting untuk
melancarkan sesuatu program. Dengan adanya sifat bekerjasama,
semua kerja menjadi mudah dan dapat berjalan dengan lancar.
Sebagai kesimpulan, pelbagai kemahiran dan nilai-nilai murni telah saya
pelajari sepanjang perancangan program sehinggalah hari terakhir
projek dilaksanakan. Dalam perancangan projek ini, saya telah
mempelajari pelbagai cara untuk meningkatkan daya kepimpinan dan
kerja sepasukan dalam setiap gerak kerja yang dilaksanakan. Dengan
daya kepimpinan dan kerja sepasukan, pelbagai tugasan dapat
disempurnakan dengan mudah dan teratur. Hasil kerja juga adalah
sangat memuaskan. Melalui pelaksanaan program ini juga, kemahiran
kepimpinan dan kerja sepasukan dapat dipertingkatkan. Sepanjang
program berlangsung, saya telah mendapat pelbagai ilmu baru berkaitan
cara hidup masyarakat di kampung dan aktiviti yang mereka lakukan.
Dalam setiap perkara yang dilakukan pasti terdapat cabaran, halangan
dan permasalahan berkaitan bajet dan peruntukan untuk program.
Namun masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan jayanya.
Harapan saya agar program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan
datang kerana ianya sangat membantu untuk meningkatkan daya
kepimpinan dan kerja sepasukan.
Disediakan oleh,
--------------------------------------
NURUL IFFAH BT ROSLAN
Ketua Pengarah Media dan Publisiti
Operasi Khidmat Masyarakat
10 Penjuru Darul Ta’zim 2014