lampiran a garis panduan amalan langkah …

14
1 LAMPIRAN A GARIS PANDUAN AMALAN LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN COVID-19 DI KLINIK NUR SEJAHTERA LPPKN: PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) 1. TUJUAN Objektif penyediaan Garis Panduan Amalan Langkah Pencegahan COVID-19 di Klinik Nur Sejahtera LPPKN: Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) ini adalah untuk memastikan perkhidmatan KNS yang dijalankan sentiasa berada di tahap keselamatan yang baik dan sepatutnya seperti yang disaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Garis panduan ini adalah penambahbaikan daripada garis panduan sebelumnya untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam pengoperasian KNS LPPKN berikutan pelaksanaan PKPP bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020. Selain itu ia adalah untuk tujuan penyelarasan dan penyeragaman langkah pencegahan COVID-19 yang perlu digunapakai oleh semua KNS LPPKN seluruh Malaysia. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Klinik Nur Sejahtera (KNS) LPPKN merupakan premis Kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kesihatan reproduktif kepada masyarakat khususnya wanita seperti perancang keluarga dan saringan kanser reproduktif wanita. 2.2 Berikutan dengan wabak COVID-19 yang telah menular ke seluruh dunia termasuklah Malaysia, pihak Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 sehingga 29 April. Manakala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah bermula sehingga 9 Jun 2020 yang mengarahkan rakyat Malaysia untuk mengawal dan menghadkan pergerakan bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 serta hanya membenarkan sebahagian sektor perkhidmatan perlu ( essential services) sahaja yang beroperasi. Kini, Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) pula telah dijalankan bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 yang memberikan kelonggaran kepada rakyat tetapi tetap harus mematuhi Standard

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAMPIRAN A GARIS PANDUAN AMALAN LANGKAH …

1

LAMPIRAN A

GARIS PANDUAN AMALAN LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN COVID-19 DI KLINIK NUR

SEJAHTERA LPPKN: PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

1. TUJUAN

Objektif penyediaan Garis Panduan Amalan Langkah Pencegahan COVID-19 di Klinik

Nur Sejahtera LPPKN: Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) ini adalah

untuk memastikan perkhidmatan KNS yang dijalankan sentiasa berada di tahap

keselamatan yang baik dan sepatutnya seperti yang disaran oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM). Garis panduan ini adalah penambahbaikan daripada garis panduan

sebelumnya untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam

pengoperasian KNS LPPKN berikutan pelaksanaan PKPP bermula 10 Jun hingga 31 Ogos

2020. Selain itu ia adalah untuk tujuan penyelarasan dan penyeragaman langkah

pencegahan COVID-19 yang perlu digunapakai oleh semua KNS LPPKN seluruh Malaysia.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Klinik Nur Sejahtera (KNS) LPPKN merupakan premis Kerajaan yang

menyediakan perkhidmatan kesihatan reproduktif kepada masyarakat khususnya

wanita seperti perancang keluarga dan saringan kanser reproduktif wanita.

2.2 Berikutan dengan wabak COVID-19 yang telah menular ke seluruh dunia

termasuklah Malaysia, pihak Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 sehingga 29 April.

Manakala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah bermula

sehingga 9 Jun 2020 yang mengarahkan rakyat Malaysia untuk mengawal dan

menghadkan pergerakan bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19

serta hanya membenarkan sebahagian sektor perkhidmatan perlu (essential

services) sahaja yang beroperasi. Kini, Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan

(PKPP) pula telah dijalankan bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 yang

memberikan kelonggaran kepada rakyat tetapi tetap harus mematuhi Standard

Page 2: LAMPIRAN A GARIS PANDUAN AMALAN LANGKAH …

2

Operating Procedures (SOP) secara berterusan. Kelonggaran ini melibatkan

hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor

ekonomi dan sebagainya dibenarkan beroperasi secara berperingkat dengan

pematuhan sepenuhnya kepada SOP.

2.3 Beberapa inisiatif masih diteruskan agar KNS LPPKN dapat menjalankan

perkhidmatan Perancang Keluarga mengikut norma baru serta untuk kemudahan

klien, antaranya adalah khidmat konsultasi doktor menggunakan talian KASIH,

WhatsApp talian KASIH 019-2615999, mykafeTEEN (MyDoctor), dan

perkhidmatan pembelian bekalan ubat kontraseptif dan kondom secara atas

talian dan penghantaran melalui pos untuk klien LPPKN.

2.4 KNS LPPKN juga bersama-sama bertanggungjawab dalam usaha membendung

penularan wabak COVID-19 tersebut. Sehubungan itu, garis panduan ini

ditambah baik dengan mengambil kira arahan dari Majlis Keselamatan Negara

(MKN) dengan keadaan terkini wabak Covid19 di Malaysia.

3. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Garis panduan ini menjelaskan peranan dan tanggungjawab pihak terlibat seperti berikut:

PENGARAH

NEGERI/ KETUA

KLINIKAL NEGERI

STAF KNS PEGAWAI

PERUBATAN KLIEN

1. Bertanggungjawab

memastikan

langkah

pencegahan

COVID-19

dilaksanakan

sepenuhnya

secara cekap dan

berkesan;

1. Melaksanakan kerja-

kerja klinik secara

norma baru seperti

yang diarahkan

dengan baik;

1. Mematuhi

jadual bertugas

seperti yang

ditetapkan;

1. Mematuhi

segala

peraturan dan

langkah

pencegahan

COVID-19 yang

telah ditetapkan

ketika berada di

KNS;

Page 3: LAMPIRAN A GARIS PANDUAN AMALAN LANGKAH …

3

PENGARAH

NEGERI/ KETUA

KLINIKAL NEGERI

STAF KNS PEGAWAI

PERUBATAN KLIEN

2. Memastikan

perkhidmatan

KNS berjalan

mengikut syarat

yang ditetapkan;

3. Menjalankan

pemantauan

terhadap

pematuhan

langkah-langkah

pencegahan

oleh anggota.

4. Memberi

sokongan dan

bantuan yang

bersesuaian

kepada anggota

KNS jika

diperlukan.

2. Mengamalkan

langkah pencegahan

COVID-19 di KNS

seperti yang

ditetapkan;

3. Melakukan pencucian

dan pembasmian

kuman (disinfection)

di permukaan meja,

papan kekunci

komputer, tombol

pintu dan loceng

tekan di pintu masuk

KNS tiga (3) kali

sehari iaitu sebelum

memulakan sesi

klinik, pada waktu

rehat tengahari dan

sebelum menutup

klinik;

4. Memastikan setiap

klien mematuhi jarak

sosial satu (1) meter

di antara satu sama

lain dan

mengehadkan

bilangan peneman

atau penjaga;

5. Memastikan hand

sanitizer diletakkan di

kaunter luar klinik dan

di setiap kaunter

perkhidmatan di

dalam klinik;

6. Merujuk kepada

Ketua Klinikal Negeri

atau Pengarah Negeri

sekiranya terdapat

isu-isu berkaitan

perkhidmatan KNS

dan lain- lain.

2. Mengamalkan

langkah-

langkah

pencegahan

COVID-19

ketika

berhadapan

dengan klien,

termasuklah

peraturan ketika

melakukan

prosedur;

3. Memantau

anggota KNS

dan klien agar

sentiasa

mematuhi

peraturan dan

langkah

pencegahan

COVID-19

ketika berada di

premis KNS;

4. Memberi

sokongan dan

bantuan yang

bersesuaian

kepada staf

KNS dan klien

jika diperlukan.

1. Menghubungi

anggota KNS

bagi

mendapatkan

maklumat

berkaitan

temujanji dan

perkhidmatan

lain di KNS jika

perlu;

2. Mengutamakan

keselamatan diri

dan tidak

membahayakan

kesihatan orang

lain bagi yang

bergejala;

3. Mencatit nama

dan nombor

telefon serta

suhu badan

pada Rekod

Saringan Risiko

COVID-19 yang

ditampal di buku

kemasukan ke

klinik atau boleh

check in klinik

dengan

menggunakan

QR Code.

Page 4: LAMPIRAN A GARIS PANDUAN AMALAN LANGKAH …

4

4. PELAKSANAAN

4.1 Waktu Operasi Klinik Nur Sejahtera:

4.1.1 Semasa tempoh PKPP, semua KNS di negeri beroperasi lima (5)

hari seminggu, dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang;

(perkhidmatan klinik yang dijalankan tertakluk kepada kesediaan

Personal Protective Equipment (PPE), dan termometer untuk saringan

kesihatan);

4.1.2 Sesi doktor dijalankan maksima dua (2) kali dalam seminggu (tertakluk

kepada kesediaan Personal Protective Equipment (PPE), PPE

Lengkap di KNS);

4.1.3 Perkhidmatan pembelian ubat kontraseptif dan kondom secara atas

talian dan penghantaran pos masih diteruskan bagi mengurangkan

kehadiran klien ke klinik (Caj penghantaran PosLaju dibayar oleh klien

secara Cash on Delivery COD).

4.2 Langkah Pencegahan COVID19 di KNS LPPKN:

LOKASI

ATAU

PROSEDUR LANGKAH PENCEGAHAN

Kaunter

Saringan di

Luar Klinik

1. Semua jenis perkhidmatan sama ada perancang keluarga, saringan

kanser wanita dan saringan kesihatan Pakej 1 dan 2 perlu dilakukan

secara temujanji melalui panggilan telefon KNS bagi mengelakkan

kesesakan / overcrowding di dalam KNS;

2. Menyediakan kaunter saringan COVID-19 di pintu masuk luar

premis KNS untuk saringan suhu badan klien dan mengisi Rekod

Saringan Risiko COVID-19 yang ditampal di dalam buku

kemasukan ke klinik atau check in dengan menggunakan QR Code

(rujuk Lampiran A1). Hanya klien yang layak dibenarkan masuk.

Carta alir saringan klien adalah seperti di Lampiran A2. Petugas

kaunter perlu memakai topeng muka jenis 3-ply dan faceshield/

eyeshield, serta mengamalkan membasuh tangan dengan betul dan

kerap. Hand sanitizer disediakan untuk klien;

Page 5: LAMPIRAN A GARIS PANDUAN AMALAN LANGKAH …

5

LOKASI ATAU

PROSEDUR LANGKAH PENCEGAHAN

Kaunter

Saringan di

Luar Klinik

3. Klien perlu memakai face mask dan mencuci tangan dengan betul

menggunakan hand sanitizer sebelum masuk ke dalam klinik;

4. Memastikan jumlah klien bersesuaian dengan amalam penjarakan

sosial di dalam klinik pada sesuatu masa bergantung kepada

keluasan ruang klinik tersebut.

5. Klien dan/atau peneman yang layak dibenarkan masuk adalah

yang mempunyai suhu badan tidak melebihi 37.5 darjah Celsius

(oC) dan tiada gejala demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas.

Kaunter

Pendaftaran

& Tempat

menunggu.

6. Meletakkan tanda jarak satu (1) meter di kawasan Pendaftaran dan

tempat menunggu konsultasi iaitu menjarakkan diri satu (1) meter

daripada orang lain ketika di klinik sebagai amalan penjarakan

sosial;

7. Pegawai Perubatan dan Jururawat harus sentiasa mematuhi etika

pemakaian PPE Standard iaitu face mask, non-sterile glove

dan plastic apron ketika mengendalikan klien pada setiap masa;

8. Menyediakan penutup muka (face mask) dan tisu untuk kegunaan

klien yang mempunyai gejala serta menyediakan tempat lupus tisu

yang sesuai dan bertutup di ruang menunggu dan bilik rawatan;

9. Anggota klinik dan klien hendaklah sentiasa mengamalkan adab

batuk yang betul/ beretika dengan menutup mulut dan hidung

menggunakan tisu atau baju di lengan atas/ siku apabila batuk dan

bersin;

10. Memaparkan maklumat garispanduan amalan pencegahan

COVID- 19 di tempat yang mudah dilihat untuk perhatian anggota

dan klien;

11. PPE Lengkap iaitu isolation gown, long sleeve plastic apron,

sterile glove, face mask, face shield dan shoe cover perlu

disediakan untuk anggota klinikal sekiranya berlaku kecemasan;

Page 6: LAMPIRAN A GARIS PANDUAN AMALAN LANGKAH …

6

LOKASI ATAU

PROSEDUR LANGKAH PENCEGAHAN

Prosedur

pemasangan

IUCD

12. Pegawai Perubatan dan Jururawat perlu memakai PPE Lengkap

(long sleeve gown, sterile glove, face mask, face shield dan

shoe cover) ketika melakukan prosedur pemasangan Alat Dalam

Rahim.

Prosedur

pemasangan

dan

pengeluaran

Implan.

13. Pegawai Perubatan perlu memakai PPE Standard (Face mask,

face shield, plastik apron dan Sterile glove) ketika melakukan

prosedur pemasangan implan.

Prosedur

melibatkan:

a) suntikan

hormon,

b) CBE

c) ujian darah

glukos dan

kolestrol

d) Papsmear

14. Jururawat perlu memakai PPE Standard semasa

menjalankan prosedur suntikan, Pemeriksaan Klinikal

Payudara (CBE), ujian glukos dan kolesterol serta papsmear.

Prosedur

pembersihan

dan disinfection

15. Ketua Klinik perlu memastikan pembersihan dan pembasmian

kuman (disinfection) menggunakan cecair disinfektan secara

berkala iaitu selepas setiap prosedur dijalankan terhadap

permukaan / persekitaran di bilik prosedur; dan

16. Pembantu Perawatan Kesihatan perlu mengamalkan pemakaian

PPE Standard semasa menjalankan prosedur pembersihan.

Page 7: LAMPIRAN A GARIS PANDUAN AMALAN LANGKAH …

7

5. PENUTUP

Garis panduan Amalan Pencegahan COVID-19 di KNS LPPKN ini merupakan langkah-langkah

yang digariskan oleh pihak LPPKN berpandukan garis panduan daripada KKM. Semua petugas

di KNS LPPKN seluruh Malaysia WAJIB mematuhi semua ketetapan dalam garis panduan ini

demi keselamatan semua pihak. Pengarah Negeri dan Ketua Klinikal Negeri hendaklah

memantau dan memastikan garis panduan ini dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Page 8: LAMPIRAN A GARIS PANDUAN AMALAN LANGKAH …

8

Lampiran A1

REKOD SARINGAN RISIKO COVID-19

Klinik Nur Sejahtera ……………………..

Bil

Tarikh Nama Ada simptom demam/

batuk/ susah nafas/ sakit

tekak?

Nombor Telefon

Tandatangan

Page 9: LAMPIRAN A GARIS PANDUAN AMALAN LANGKAH …

9

Atau menggunakan QR Kod seperti di bawah:

Langkah pendaftaran QR Code di KNS sebagai Pengguna

Langkah 1: Harus menjadi ahli Mysejahtera yang boleh dimuat turun melalui aplikasi

Mysejahtera sebagai pengguna terlebih dahulu. Ini memudahkan cara mendaftar untuk

mendapatkan QR code di setiap premis seperti contoh di bawah:

Page 10: LAMPIRAN A GARIS PANDUAN AMALAN LANGKAH …

10

Langkah pendaftaran QR Code di KNS sebagai Admin

Langkah 1 :

Mesti menggunakan website google untuk mendaftar sebagai Admin melalui

mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/ seperti contoh di bawah:

Page 11: LAMPIRAN A GARIS PANDUAN AMALAN LANGKAH …

11

Langkah 2 :

Pendaftar akan dihantar OTP melalui telefon jika memilih untuk mendaftar menggunakan

nombor telefon atau emel seperti contoh di bawah:

Langkah 3 :

Pendaftar mesti mengisi butiran diri sebagai ketua Klinik Nur Sejahtera di setiap cawangan

seperti contoh di bawah:

Page 12: LAMPIRAN A GARIS PANDUAN AMALAN LANGKAH …

12

Langkah 4 :

Pendaftar akan dihantar QR CODE yang boleh digunakan di Klinik Nur Sejahtera masing-

masing dan digalakkan menyimpan dokumen tersebut untuk rujukan pada masa akan

datang seperti contoh di bawah:

Page 13: LAMPIRAN A GARIS PANDUAN AMALAN LANGKAH …

13

Langkah 5 :

QR CODE sedia digunakan oleh klien di setiap KNS hanya tekan pada scan di telefon pintar

/ di aplikasi Mysejahtera seperti contoh di bawah:

Hasil Scan QR Code:

Page 14: LAMPIRAN A GARIS PANDUAN AMALAN LANGKAH …

14

Lampiran A2

CARTA ALIR SARINGAN COVID-19 DI

KLINIK NUR SEJAHTERA LPPKN

Kaunter

saringan/Luar

Premis Klinik

Dalam Klinik

Nur Sejahtera

Mula

Periksa suhu

badan Klien dan

peneman

Klien mengisi

Rekod Saringan

COVID-19 di

buku kemasukan

klinik atau check

in dengan

menggunakan

QR Code

Tidak Berisiko

Berisiko

Klien masuk ke

dalam klinik

Klien diminta

untuk pergi ke

Klinik Kesihatan

KKM

berhampiran

bagi

mendapatkan

pemeriksaan

lanjutan dan

rawatan

Klien menerima

rawatan /

perkhidmatan