lakaran kelas

4
Fungsi Kesesuaian suasana sesebuah bilik bimbingan dan kaunseling bergantung kepada pelbagai aspek seperti pengudaraan, susun atur perabot, ruang tamu, ruang pentadbiran, kaunseling individu, kaunseling kelompok, maklumat kerjaya, sudut terapi dan sebagainya. Seorang guru bimbingan dan kaunseling tidak boleh menjalankan sesebuah sesi kaunseling di bilik guru, kantin, di bawah pokok ataupun di dalam kelas malah sesi kaunseling mestilah dijalankan di sebuah bilik khas atau tempat khas. Dengan adanya bilik khas, guru bimbingan dan kaunseling boleh menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan berkesan tanpa sebarang halangan. Sebuah bilik bimbingan dan kaunseling mestilah kondusif, teraputik, selesa dan menenangkan. Ini kerana klien-klien yang datang ke bilik bimbingan dan kaunseling terdiri daripada murid-murid yang pelbagai latar belakang, situasi dan masalah. Oleh itu, suasana sesebuah bilik bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan bimbingan dan terapi yang dijalankan mencapai objektif. Bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif juga dapat meyakinkan dan mententeramkan diri pelajar ataupun klien yang datang. Saya telah melawat bilik bimbingan dan kaunseling yang terdapat di SJK(T) Karak yang saya sedang membuat praktikum fasa III. Terdapat sebuah bilik yang telah diwujudkan khas sebagai bilik bimbingan dan kaunseling yang mempunyai kemudahan yang terhad sahaja. Walaupun bilik tersebut mempunyai kemudahan dan kelengkapan yang agak kurang tetapi ianya berjalan dengan baik. Guru kaunselor menjalankan tugasan dia dengan baik. Saya juga pernah temu bual dengan guru kaunselor iaitu Puan Palaniammah tentang pelan bilik bimbingan dan kaunseling serta cara membuat kaunseling dengan klien. Melalui temubual dengan guru kaunselor serta memerhati bilik kaunseling, saya telah melakar sebuah pelan bilik bimbingan dan

Upload: shivani-gul

Post on 06-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

lakarn

TRANSCRIPT

Page 1: lakaran kelas

Fungsi

Kesesuaian suasana sesebuah bilik bimbingan dan kaunseling bergantung

kepada pelbagai aspek seperti pengudaraan, susun atur perabot, ruang tamu, ruang

pentadbiran, kaunseling individu, kaunseling kelompok, maklumat kerjaya, sudut

terapi dan sebagainya. Seorang guru bimbingan dan kaunseling tidak boleh

menjalankan sesebuah sesi kaunseling di bilik guru, kantin, di bawah pokok ataupun

di dalam kelas malah sesi kaunseling mestilah dijalankan di sebuah bilik khas atau

tempat khas. Dengan adanya bilik khas, guru bimbingan dan kaunseling boleh

menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan berkesan tanpa sebarang

halangan.

Sebuah bilik bimbingan dan kaunseling mestilah kondusif, teraputik, selesa

dan menenangkan. Ini kerana klien-klien yang datang ke bilik bimbingan dan

kaunseling terdiri daripada murid-murid yang pelbagai latar belakang, situasi dan

masalah. Oleh itu, suasana sesebuah bilik bimbingan dan kaunseling memainkan

peranan yang sangat penting dalam memastikan bimbingan dan terapi yang

dijalankan mencapai objektif. Bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif juga

dapat meyakinkan dan mententeramkan diri pelajar ataupun klien yang datang.

Saya telah melawat bilik bimbingan dan kaunseling yang terdapat di SJK(T)

Karak yang saya sedang membuat praktikum fasa III. Terdapat sebuah bilik yang

telah diwujudkan khas sebagai bilik bimbingan dan kaunseling yang mempunyai

kemudahan yang terhad sahaja. Walaupun bilik tersebut mempunyai kemudahan

dan kelengkapan yang agak kurang tetapi ianya berjalan dengan baik. Guru

kaunselor menjalankan tugasan dia dengan baik. Saya juga pernah temu bual

dengan guru kaunselor iaitu Puan Palaniammah tentang pelan bilik bimbingan dan

kaunseling serta cara membuat kaunseling dengan klien.

Page 2: lakaran kelas

Melalui temubual dengan guru kaunselor serta memerhati bilik kaunseling,

saya telah melakar sebuah pelan bilik bimbingan dan kaunseling. Saya telah

lampirkan lakaran saya dalam tugasan ini. Saya telah membuat lakaran yang

mengandungi beberapa sub unit yang penting bagi membentuk sebuah bilik

bimbingan dan kaunseling di sebuah sekolah. Contohnnya ruang tamu, ruang

pentadbiran, kaunseling individu, kaunseling kelompok, maklumat kerjaya, sudut

terapi dan sebagainya.

Ruang Tamu

Saya telah lakarkan ruang tamu di belakang pendaftaran. Ini kerana tetamu

atau klien yang datang daftar di kaunter pendaftaran dulu dan mereka akan tunggu

di ruang tamu untuk giliran mereka. Saya telah sediakan sofa dan meja di ruang

tamu. Ia dapat membantu untuk menghalang klien marah atau jemu jika lewat untuk

kaunseling. Selain itu, ia juga membantu klien bersedia dari segi mental untuk

kaunseling. Di samping itu, saya juga meletakkan papan notis di hadapan ruang

tamu bagi tetamu dapat maklumat terkini tentang maklumat dan aktiviti tentang

bimbingan dan kaunseling.

Ruang Pentadbiran

Saya telah lakarkan ruang pentadbiran juga di dalam lakaran saya. Saya

meletakkan ruang pentadbiran di tengah-tengah iaitu antara bilik kaunseling

kelompok dan bilik kaunseling individu. Ini sebab, memudahkan pergerakkan

kaunselor serta dapat memerhati pergerakkan klien semasa kaunselor tiada dalam

kedua-dua bilik tersebut. Selain itu, kaunselor juga perlu ada sebuah bilik sendirian

untuk mereka kerana mereka dapat menyimpan fail-fail klien secara sulit serta

mereka juga boleh rujuk buku tentang kaunseling jika terdapat sebarang kekeliruan

dalam membuat kaunseling. Saya juga meletakkan komputer di bucu bilik

pentadbiran. Ia membantu kaunselor untuk melayari laman jika keliru dengan terapi

yang dibuat serta boleh melaman web untuk menambah ilmu dan bimbingan dan

kaunseling. Di ruang pentadbiran juga boleh menyimpan fail-fail, urusan surat-

menyurat dan sebagainya.

Page 3: lakaran kelas

Kaunseling Individu

Saya juga ada lakarkan kaunseling individu dalam pelan bilik bimbingan dan

kaunseling. Saya memberi sebuah bilik khas untuk kaunseling individu sebab

memudahkan kaunselor bimbing dan kaunseling klien dengan persendirian. Ia dapat

membantu klien meluahkan perasaan dengan selesa serta mereka berasa selesa

sebab tiada orang memerhati atau mendengar perbualan mereka.

Kaunseling Kelompok

Dari pendapat-pendapat tokoh yang saya membuat kajian, boleh

disimpulkan bahawa kaunseling kolompok adalah upaya bantuan kepada individu

dalam suasana kelompok dengan jumlah anggota 4-8 anggota atau kaunseling

untuk memecahkan masalah. Matlamat Kaunseling Kelompok ialah untuk menolong

setiap peserta mengenali dan memahami diri masing-masing. Peserta dapat

menerima diri sendiri dan menganggap dirinya manusia berguna. Untuk membina

kemahiran berfikir serta kemahiran berkomunikasi di kalangan peserta. Untuk

membina kepekaan terhadap keperluan orang lain. Hasilnya bertanggungjawab

terhadap kelakuan sendiri. Menambah kebolehan mengatasi masalah, membuat

keputusan dan mencapai tujuan hidup dunia akhirat. Menolong peserta membina

kemahiran mendengar secara empati untuk membantu peserta memahami perasaan

yang tersembunyi disebalik kata-kata yang dikeluarkan. Membolehkan peserta

menyatakan perasaannya dengan benar dan tepat. Menolong peserta menentukan

matlamat tertentu yang boleh diukur dan dilihat melalui kelakuan mereka. Menolong

peserta membina rasa dipunyai dan diterima oleh orang lain. Menurut George dan

Cristiani, 1981 (dalam Latipun, 2008 : 183) mengatakan bahwa interaksi kelompok

memiliki pengaruh positif untuk kehidupan individual karena kelompok dapat di

jadikan sebagai media terapiuti. Menurutnya interaksi kelompok dapat meningkatkan

pemahaman diri dan baik untuk perubahan tingkah laku individu.

Page 4: lakaran kelas

Maklumat Kerjaya

Saya juga telah melakarkan maklumat kerjaya dalam pelan bilik bimbingan

dan kaunseling. Ia akan membantu kaunselor, guru pembimbing serta guru-guru lain

untuk mengetahui tentang kaunseling serta cara menangani murid yang bermasalah.

Dengan ini, selain guru kaunseling guru-guru juga boleh membimbing murid jika

menghadapi sebarang masalah.

Sudut Terapi

Saya telah lakarkan terapi main dan terapi seni yang paling popular dalam

bidang bimbingan dan kaunseling. Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa

ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang

ilmu Pendidikan Seni Visual. Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara

untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi

bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang

kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui

rekabentuk “seni luar”. ( Judith Peck ) Pelajar datang dari latar belakang yang

berbeza samada dari segi genetik, keluarga , bangsa, persekitaran, tempat, budaya

dan agama menjadikan terapi seni ini suatu keperluan demi merungkai kompleksiti

tersebut daripada menjadi bertambah serius. Kegunaan dari terapi bermain adalah

membantu anak yang memiliki masalah emosional, kecemasan kerana stress,

tekanan atau depresi. Sehingga perasaan-perasaan tersebut boleh berkurang dan

anak-anak diharapkan dapat mengatasi masalahnya sendiri. Seorang anak yang

mampu mengatasi permasalahan emosinya diharapkan menjadi individu yang lebih

berdikari, tahu kelemahan dan kelebihan sehingga mereka siap menghadapi

masalah dalam kehidupan dengan sendirian.