lagu sekolah

2
Reka bentuk asas logo merupakan sebuah perisai yang terbentuk dari konsep sebentuk mata pena yang membawa maksud nilai-nilai keilmuan menjadi tunggak kepada institusi ini. Warna biru membawa erti kesetiaan dan kepatuhan kepada peraturan- peraturan sekolah dan seterusnya perlembagaan negara. Warna merah bererti berani; Berani membawa perubahan -perubahan yang berbentuk inovasi dalam cara bekerja, bertindak dan berfikir. Merah juga membawa maksud berani menghadapi cabaran. Warna perak adalah warna keluli iaitu sejenis panca logam yang keras dan lasak. Ini membawa pengertian bahawa warga SKTU 4 adalah terdiri daripada insan-insan yang lasak dan mempunyai jati diri yang tinggi. Warna kuning bermaksud sekolah ini berada di dalam sebuah negara yang mempunyai konsep pemerintahan Raja Berperlembagaan. Imej segi enam yang menggambarkan sebiji nat dan sebuah kelalang bulat melambangkan penerapan unsur sains dan teknologi yang menjadi teras kepada pembangunan negara. Bulatan merah yang berada di tengah-tengah nat melambangkan era globalisasi dan futuristik. Sebuah imej yang membentuk bulan sabit merah pada bulatan tersebut adalah lambang kepada agama Islam, agama

Upload: mazuan-mujail

Post on 10-Sep-2015

270 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

MAJULAH S

TRANSCRIPT

Reka bentuk asas logo merupakan sebuah perisai yang terbentuk dari konsep sebentuk mata pena yang membawa maksud nilai-nilai keilmuan menjadi tunggak kepada institusi ini.

Warna biru membawa erti kesetiaan dan kepatuhan kepada peraturan-peraturan sekolah dan seterusnya perlembagaan negara.

Warna merah bererti berani; Berani membawa perubahan -perubahan yang berbentuk inovasi dalam cara bekerja, bertindak dan berfikir. Merah juga membawa maksud berani menghadapi cabaran.

Warna perak adalah warna keluli iaitu sejenis panca logam yang keras dan lasak. Ini membawa pengertian bahawa warga SKTU 4 adalah terdiri daripada insan-insan yang lasak dan mempunyai jati diri yang tinggi.

Warna kuning bermaksud sekolah ini berada di dalam sebuah negara yang mempunyai konsep pemerintahan Raja Berperlembagaan.

Imej segi enam yang menggambarkan sebiji nat dan sebuah kelalang bulat melambangkan penerapan unsur sains dan teknologi yang menjadi teras kepada pembangunan negara.

Bulatan merah yang berada di tengah-tengah nat melambangkan era globalisasi dan futuristik. Sebuah imej yang membentuk bulan sabit merah pada bulatan tersebut adalah lambang kepada agama Islam, agama rasmi negara Malaysia, sekaligus membawa maksud nilai-nilai agama dan moral tetap dijunjung seiring dengan kemajuan sains dan teknologi.

BERDISIPLIN, BERILMU, CEMERLANG menjadi moto atau slogan sekolah ini. Disiplin adalah syarat utama untuk melahirkan insan-insan yang berilmu. Tanpa disiplin, segala usaha akan menjadi sia-sia walau dalam apa jua bidang sekalipun. Insan yang berilmu dan berdisiplin akan cemerlang dalam hidup

lagu Sekolah

MAJULAH SKTU 4

Berdisiplin prinsip pegangan :.. Berilmu asas kejayaannya :.. Cemerlang menyinar gemilang :.. Sentiasa selangkah dihadapan :..

Kami berganding tangan bersatu :.. Menjana pendidikan bermutu :.. Sentiasa mencari ilmu :.. Syukurlah kami sentiasa maju :..

Kami adalah warga wawasan :.. Sama mengibar Jalur Gemilang :.. Kami pemimpin masa hadapan :.. Berdisiplin berilmu sentiasa cemerlang :..

Berdisiplin Berilmu Cemerlang :.. Itulah cogan kata kami :.. Sepakat berusaha sama berjaya :.. Maju sekolah maju negara :..

Berdisiplin Berilmu Cemerlang :..

Majulah SKTU 4

Majulah SKTU 4