(la tahzan) 044 berbaik sangka kepada allah tidak akan mengecewakan

2
1 044. BERBAIK SANGKA KEPADA ALLAH TIDAK AKAN MENGECEWAKAN Firman Allah s.w.t. di dalam sebuah hadith qudsi ertinya; Aku mengikut persangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku. Oleh kerana itu, bersangkalah dia terhadap-Ku, menurut apa yang disukainya.  Seorang penulis mengatakan, Harapan adalah materi untuk membina kesabaran dan yang akan membantu untuk membangunnya adalah berbaik sangka kepada Allah s.w.t., kerana berbaik sangka kepada Allah s.w.t. adalah jaminan untuk tidak gagal. Sejauh pengamatan saya tentang watak orang-orang mulia dapat saya simpulkan bahawa mereka cenderung mengangkat orang yang bersikap baik kepada mereka, mengesampingkan orang yang kurang ajar kepada mereka dan malu untuk tidak meluluskan harapan orang yang mengharap kepada mereka. Lal u bagaimana dengan Zat Yang Maha Dermawan yang tentunya tid ak aka n kesusahan memberi kepa da orang -orang yang mencita-citakan Zat yang dimaksudkan lebih dari yang mereka angankan tentangnya.  Contoh kecintaan Allah s.w.t. kerana sikap hamba-Nya yang selalu menaruh harap kepada- Nya dan menanti pert olongan dari naungan dan tempat kembaliny a, adalah bahawa jalan keluar dari kesusahan itu hanya akan datang setelah hamba itu mengalami kebuntuan, setelah tidak tahu lagi harus ke mana ia mengarahkan cita-cita dan keinginannya, setelah pintu harapannya tertutup, setelah kehabisan akal dan setelah tidak tahu lagi bagaimana mengakhiri tekanan dan ujian terhadap dirinya. Untuk apa semua itu? Agar menjadi pendorong bagi dirinya untuk mengarahkan harapannya kepada Allah s.w.t. dan agar menjadi peringatan supaya terus memperbaiki prasangka baik kepada - Nya. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Araf ayat 194 yang bermaksud; Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu. Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar. (Al-Araf 7: 194)

Upload: kamarul-azami-bin-mohd-zaini

Post on 08-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: (La Tahzan) 044 Berbaik Sangka Kepada Allah Tidak Akan Mengecewakan

8/6/2019 (La Tahzan) 044 Berbaik Sangka Kepada Allah Tidak Akan Mengecewakan

http://slidepdf.com/reader/full/la-tahzan-044-berbaik-sangka-kepada-allah-tidak-akan-mengecewakan 1/1

1

044. BERBAIK SANGKA KEPADA ALLAH TIDAK AKAN MENGECEWAKAN 

Firman Allah s.w.t. di dalam sebuah hadith qudsi ertinya;

Aku mengikut persangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku. Oleh kerana itu, bersangkalah dia

terhadap-Ku, menurut apa yang disukainya.  

Seorang penulis mengatakan, Harapan adalah materi untuk membina kesabaran dan yang

akan membantu untuk membangunnya adalah berbaik sangka kepada Allah s.w.t., kerana berbaik

sangka kepada Allah s.w.t. adalah jaminan untuk tidak gagal. Sejauh pengamatan saya tentang watak

orang-orang mulia dapat saya simpulkan bahawa mereka cenderung mengangkat orang yang

bersikap baik kepada mereka, mengesampingkan orang yang kurang ajar kepada mereka dan malu

untuk tidak meluluskan harapan orang yang mengharap kepada mereka. Lalu bagaimana dengan Zat

Yang Maha Dermawan yang tentunya tidak akan kesusahan memberi kepada orang-orang yang

mencita-citakan Zat yang dimaksudkan lebih dari yang mereka angankan tentangnya.

 

Contoh kecintaan Allah s.w.t. kerana sikap hamba-Nya yang selalu menaruh harap kepada-

Nya dan menanti pertolongan dari naungan dan tempat kembalinya, adalah bahawa jalan keluar dari

kesusahan itu hanya akan datang setelah hamba itu mengalami kebuntuan, setelah tidak tahu lagi

harus ke mana ia mengarahkan cita-cita dan keinginannya, setelah pintu harapannya tertutup,

setelah kehabisan akal dan setelah tidak tahu lagi bagaimana mengakhiri tekanan dan ujian terhadap

dirinya. Untuk apa semua itu? Agar menjadi pendorong bagi dirinya untuk mengarahkan harapannya

kepada Allah s.w.t. dan agar menjadi peringatan supaya terus memperbaiki prasangka baik kepada-

Nya. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Araf ayat 194 yang bermaksud;

Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu.

Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan

kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar. (Al-Araf 7: 194)