kurikulum bahasa melayu

Upload: roslinah18

Post on 08-Jul-2018

231 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 KURIKULUM BAHASA MELAYU

    1/11

     

    TEORI DAN AMALAN KURIKULUM (GA6213)

    SEMESTER 2 SESI 2015/2016

    TUGASAN 2:

    ANALISIS KURIKULUM BAGI BAHASA MELAYU SEKOLAH

    MENENGAH

    NAMA PELAJAR : MALHUDAH BINTI HJ.LAMJANI

    NO MATRIK : GP 03456

    NAMA PENSYARAH : DR. SHARIFAH NOR PUTEH

  • 8/19/2019 KURIKULUM BAHASA MELAYU

    2/11

    1.0 Pengenalan

    Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita, Malaysia.

    Mata pelajaran ini telah diajar sebagai salah satu subjek wajib yang diambil oleh semua pelajar

     peringkat sekolah rendah dan peringkat sekolah menengah aliran perdana. Namun demikan,

    terdapat sekolah yang menawarkan mata pelajaran Bahasa Melayu ini sebagai subjek yang wajibdiambil oleh pelajar aliran Pra-Universiti atau pun aliran akademik. Bahasa Melayu juga

    merupakan bahasa pengantar yang utama hampir di semua peringkat persekolahan mahupun di

    institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.

    Fokus serta matlamat utama pelaksanaan mata pelajaran ini dilaksanakan di sekolah

    menengah sudah tentu ingin memenuhi apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara

    iaitu ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

     jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Oleh itu, bagi mencapai

    matlamat tersebut maka Kurikulum Bersepada Sekolah Menengah bagi subjek Bahasa Melayu

    ini telah digubal bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan itu. Kurikulum ini juga merentasiKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

    Pada masa kini, kepentingan serta penggunaan Bahasa Meayu yang semakin meluas dan

    terkenal bersesuaian dengan taraf dan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara,

    maka penekanan terhadap penguasaan subjek ini agar lebih bermutu telah terkandung dalam

     pendidikan Bahasa Melayu KBSM. Selain itu, keptingan subjek ini jelas apabila Kementerian

    Pelajaran Malaysia telah memutuskan bahawa syarat wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

    ialah lulus bagi subjek Bahasa Melayu sendri dan juga subjek Sejarah. Penguasaan Bahasa

    Melayu tidak hanya tertumpu kepada penguasaan kecekapan dalam berbahasa serta ketepatan

    dalam pertuturan seharian serta komunikasi malah, pelajar juga perlu mengetahui danmemahami sistem Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mampu memupuk perpaduan dalam

    kalangan rakyat yang berbilang kaum. Menurut Mohd Ridhuan (2010), budaya politik yang

     berbilang bangsa di Malysia kini masih dibelenggu dengan sentimen perkauman yang sangat

    kuat.

    Penguasaan terhadap kemahiran berbahasa juga telah ditetapkan dalam kurikulum Bahasa

    Melayu seperti kemahiran menulis, kemahiran membaca, kemahiran mendengar dan bertutur

     bagi setiap pelajar. Menurut Zamri M et al. (2014), penggunaan strategi pembelajaran bahasa

    iaitu kemahiran membaca dann bertutur merupakan faktor kecemerlangan pelajar warga asing

    dalam Bahasa Melayu di uiversiti. Dalam pelaksanaan Bahasa Melayu di sekolah juga turutmenimbulkan kesedaran serta pemupukan nilai-nilai murni dalam diri pelajar bagi setiap bahan

     bacaan ilmiah serta bidang ilmu yang lain. Oleh itu, kurikulum Bahasa Melayu yang telah

    digubal mampu membangukan potensi semua aspek dalam diri pelajar iaitu meliputi aspek

    intek,emosi, rohani dan jasmani.

  • 8/19/2019 KURIKULUM BAHASA MELAYU

    3/11

     2.0 Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah

    2.1 Tujuan

    Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk

    melengkapkan kurid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untukmemenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.

    (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, KBSM, Pusat Perkembangan Kurikulum,

    Kementerian Pendidikan Malaysia).

    2.2 Objektif

    Pada akhir pengajaran dan pembalajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah

    menengah murid dapat:

    i.  Melibatkan diri dalam interaksi social melalui perbualan, perbincangan,

    dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan perhubungan dan berurusuntuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;

    ii.  Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai

    sumber yang didengar, dibaca dan ditonton untuk memperolehi ilmu dan

    maklumat;

    iii.  Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan

    masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam

     bentuk lisan dan tulisan;

    iv.  Mendengar, membaca, menonton dan memberikan respons kepada

     pelbagai bahan sastera dan bukan sastera;

    v.  Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara

    kreatif dan berkesan ; dan

    vi.  Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat

     patriotik dan perasaan cinta akan negara.

    (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, KBSM, Pusat Perkembangan

    Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia)

    2.3 Kandungan

    Sukatan bagi subjek Bahasa Melayu sekolah menengah digubal berdasarkankesesuaian penggunaan Bahasa Melayu seharian termasukla sebarang aktiviti

    yang berkaiatn dengan mengakses maklumat dan memahami setiap bahan yang

    diterima. Kandungan sukatan Bahasa Melayu meliputi Penggunaan Bahasa,

    Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa dan Pengisisan

    Kurikulum (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, KBSM, Pusat Perkembangan

    Kurikulum, Kementerian Pendidikan).

  • 8/19/2019 KURIKULUM BAHASA MELAYU

    4/11

    Penggunaan Bahasa

    Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga baidang utama

    iaitu, Bidang Interpersonal, Maklumat dan Estetik. Bidang Interpersonal merujuk

    kepada kebolehan murid memulaka, membina dan mengekalkan persahabatan

    serta perhubungan dengan orang lain. Bidang Maklumat merujuk kepadakeupayaan murid untuk memperoleh dan menyampaikan maklumat serta ilmu.

    Bidang Estetik pula merujuk kepada keupayaan murid untuk menikmati karya

    sastera, melahirkan idea serta perasaan secara kreatif.

    Kemahir an Bahasa

    Kemahiran ini meliputi empat jenis kemahiran iaitu kemahiran mendengar,

     bertutur, membaca dan menulis.

    Hasil Pembelajaran

    Merupakan pernyataan yang ditafsir daripada objektif kurikulum bahasa.

    Pernyataan ini juga petujuk kepada apa yang boleh dicapai oleh murid.Hasil

    Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus merupakn dua hasil yang

    terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu.

    Sistem Bahasa

    Terdiri daripada tatabahasa, kos kata, peribahasa, ejaan serta sebutan dan intonasi.

    Pngisisan Kur iku lum

    Terdiri daripada elemen yang mencantunkan perkembangan terkini dalam

     pendidikan iaitu, aspek pengetahuan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran

     bernilai tambah. Kemahiran bernilai tambah meliputi kemahiran berfikir,

    kemahiran cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian

    masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktisme dan pembelajaran

    kontekstual.

    2.4 Kaedah Pengajaran & Pembelajaran

    Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru

     bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

     peringakat sekolah menengah. Antara kaedah penajaran yang boleh dilakukan

    adalah seperti keadah sumbang saran, kaedah tunjuk cara, simulasi atau

     pengajaran kumpulan, perbincangan atau penyelesaian masalah, kaedah audio

    lingual, kod kognitif dan kaedah projek.

  • 8/19/2019 KURIKULUM BAHASA MELAYU

    5/11

      2.5 Bahan Pembelajaran / Sumber

    Bahan pembelajaran meliputi semua sumber yang digunakan semasa proses

     pengajaran dan pembelajarn dijalankan. Antara bahan tersebut ialah buku teks,

     bahan edaran, buku kerja, LDC dan komputer riba .

    2.6 Pentaksiran

    Kedah pentaksiran Bahasa Melayu meliputi pentaksiran bertulis, ujian lisan dan

    ujian mendengar. Pentaksiran melalui ujian bertulis terbahagi kepada ujian

    formatif dan juga sumatif. Ujian formatif merupakan ujian yang dilaksanakan

    selepas sahaja proses pengajaran dan pembelajaran selesai. Ujian formatif ini

     bertujuan untuk megenal pasti samaada objektif yang telah ditetapkan tercapai

    atau tidak. Manakala, ujian sumatif pula merupakan ujian yang dilakukan bagi

    mengenal pasti keseluruhan ilmu yang dapat diterima oleh pelajar. Contoh solan

    sumatif ialah soalan Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan jugasoalan Pantaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

    3.0 Analisis Kurikulum

    3.1 Model Kurikulum Bahasa Melayu

    Pelbagai model telah dibangunkan bagi meningkatkan lagi perkembangan kurikulum.

    Salah satu model perkembangan yang amat terkenal dalam pendidikan di negara kita pada masa

    kini ialah Model Perkembanga Kurikulum Hilda Taba (1962). Model Taba merupakan salah

    model yang bersifat deduktif atau bersifat terbalik. Model kurikulum yang dibangunkan

    merupakan suatu penerangan serta persembahan yang ringkas dalam bentuk gambarajah bagi

    memperlihatkan perjalananan serta prosedur suatu keadaan sebenar program yang hendak

    dilaksanakan. Model kurikulum yang dibangunkan juga bertujuan utuk meneliti serta memeriksa

    strktur elemen-elemen utama dalam pendidikan iaitu elemen objektif, kandungan pelajaran,

    kaedah serta strategi pengajaran yang digunakan dan penilaian bagi mengukur prestasi pelajar

    yang digunakan bagi merancang kurikulum. Model kurikulum juga dicipta bagi melihat

     bagaimana setiap elemen tersebut saling berkaitan bagi membantu membangunkan potensi dri

     pelajar.

    Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah sangat sesuai dilaksanakan dengan model

     pembangunan Model Taba. Dalam Model Taba ini, guru merupakan indvidu yang banyak

    memberi input kepada pelajar namun demikian guru juga boleh bertindak sebagai fasilitator

    semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dalam pengembangan Model Hilda

    Taba terdapat tujuh langkah utama bagi membangunkan kurikulum. Langkah-langkah tersebut

    seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah 1 dibawah.

  • 8/19/2019 KURIKULUM BAHASA MELAYU

    6/11

     

    Gambarajah 1: Langkah-langkah Model Hilda Taba (1962)

    Langkah pertama yang perlu diambil kira ialah diagnos keperluan. Pada peringkat awal pengembangan kurikulum Bahasa Melayu, pihak kementerian perlu terlebih dahulu menilai

    keperluan anak-anak sekolah agar kurikulumyang dibangunkan selari dengan kehendek dan

    keperluan negara. Hal ini bermaksud kurikulum Bahasa Melayu yang digubal perlu selaras

    dengan perkembangan dunia bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek,

     jasmani, emosi dan rohani serta mampu menghasilkan modal insan yang cemerlang. Modal insan

    yang berketerampilan serta berkepimpinan mampu dihasilkan dengan perancangan kurikulum

    yang mapan.

    Langkah kedua pula, guru perlu mengenal pasti matlamat serta objektif utama yang perlu

    dibangunkan dalam proses pengajaran. Guru perlu bijak memilih objektif serta matlamat pengajaran yang ingin disampaikan pelajar itu mampu diterima dan sesuai dengan tahap kognitif

     pelajar. Terdapat beberapa hasil pengajaran yang telah ditetapkan bersesuai dengan aras-aras

    tahap pembelajaran pelajar. Aras tiga sesuai kepada pelajar tahap kognitif yang baik, manakala

    aras satu pula amat sesuai dengan pelajar yang agak lemah dari segi kognitif. Oleh itu, bagi

    meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembelajaran guru perlu bijak dalam menentukan

    objektif pengajaran yang hendak dilaksanakan.

    Evaluation

    Organisation of

    Learning Activities

    Selection ofLearning

     Activities

    Organisation ofContent

    Selection ofContent

    Formulation ofObjectives

    Diagnosis ofNeeds

  • 8/19/2019 KURIKULUM BAHASA MELAYU

    7/11

    Setelah guru memilih objektif yang sesuai guru perlu memilih kandungan yang ingin

    disampaikan. Dalam sukatan kurikulum Bahasa Melayu, guru boleh memilih kandungan utama

    sama ada lebih kepada bidang maklumat, bidang interpersonal ataupun bidang estetik. Bidang

    maklumat merujuk kepada tahap kemampuan murid untuk menyampaikan dan memperoleh

     pelbagai pengetahun dalam bidang ilmu. Bidang interpersonal lebih member tumpuan kepada

    keupayaan murid untuk berkomunikasi berasaskan bahasa dengan menggunakan kta, frasa,

    rangkai kata, ungkapan dan ayat yang betul dan tepat secara bartatasusila. Bidang estetik

    mendedahkan pelajar kepada aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Guru perlu

     bijak susunatur kandungan topik yang hendak dilaksanakan dalam proses pengajaran dan

     pembelajaran agar suasana kondusif dapat dihasilkan. Sumber, bahan atau alat bahan bantu

    mengajar yang digunakan oleh guru antara salah satu faktor keberkesanan proses pengajaran dan

     pembelajaran. Guru dapat menyampaikan maklumat dan diterima oleh pelajar dengan sempurna.

    Proses pengajaran taidak akan berjalan lancar tanpa mengambil kira pengalaman

     pembelajaran pelajar. Guru perlu memilih pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan

     pelajar. Sebagai contoh, dalam aktiviti bidang interpersonal iaitu mendeklamasikan sajak, guru

     perlu mengambilkira pengalaman yang lepas. Pengalaman yang lepas akan dijadikan pengajaran

    kepada mereka untuk mendeklamisakn sajak dengan lebih baik lagi. Pada masa yang sama guru

     perlu memberikan input sama ada guru itu sendiri akan mendeklamsikan sajak. Guru juga boleh

    medengarkan kepada pelajar rakaman deklamasi sajak. Dalam membantu pelajar untuk berani

    dan yakin terhadap diri, guru juga perlu bijak dalam susunatur pengalaman pelajar agar aktiviti

    yang dijalankan dapat memberikan impak yang positif dalam diri pelajar. Strategi serta

     penggunaan kaedah pengajaran yang berkesan amat membantu penglibatan pelajar dalam aktivi

    yang dijalankan. Menurut Zamri M & Nur Aisyah (2011), penggunaan aplikasi multimedia

    dalam bilik darjah membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan fleksible.Pelajar sudah tentu mempunyai keperibadian serta personaliti yang berbeza, Oleh itu pendekatan

    yang berbeza serta bersesuaian dengan pelajar ini perlu dititikberatkan oleh setiap individu.

    Sebagai contoh pelajar yang malu untuk mendeklamasi sajak, pantun atau puisi.

    Langkah yang terakhir iaitu penilaian bagi suatu kurikulum yang telah dijalankan perlu

    dilaksanakan. Penilaian yang dibuat bertujuan untuk mengenal pasti sama ada objektif yang

    dirancang telah tercapai atau tidak. Penilaian terbahagi kepada penilaian formatif dan penilian

    sumatif. Dalam kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah, penilaian berbentuk sumatif

    merupakan penilaian untuk jangka masa panjang sebagai contoh Sijil Peperiksaan Malaysia

    (SPM) dan juga Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Selain itu, Ujian Mendengar dan Ujian Lisan juga turut dinili bagi PT3, berbeza dengan SPM hanya menjalani Ujian Lisan sahaja. Ujian

    formatif pula merujuk kepada ujian formal dan tidak formal bagi mengesan tahap kemajuan dan

     penguasaan murid didalam kelas Dilakukan secara individu atau berkumpulan atau secara

    menyeluruh (Mohamad Rosly, 2011). Ujian ini boleh dilakukan selepas proses pengajaran dan

     pembelajaran dijalankan atau setiap hujang bulan. Aktiviti pemerhatian dan sesi soal jawab

  • 8/19/2019 KURIKULUM BAHASA MELAYU

    8/11

    merupkan bentuk ujian formatif tidak formal, manakala ujian bulanan yang biasa melibatkan

     penggunaan kertas dan alat tulis merupakan ujian formatif formal.

    3.2 Teori Berkaitan Kurikulum Bahasa Melayu

    Teori pembelajaran merupakan teori yang sangat sesuai diaplikasikan dalam kurikulum Bahasa

    Melayu. Teori pembelajaran merujuk kepada hukum-hukum dan prinsip-prinsip yang dihasilkan

    daripada kajian lepas ahli-ahli psikologi pembelajaran yang terdahulu. Melalui teori ini, seoran g

     pendidik dapat memahami serta mengetahui cara pelajarnya belajar. Seorang guru Bahasa

    Melayu juga dapat menghubungkaitkan prinsip-prinsip dah hukum-hukum pembelajaran dengan

    teknik serta strategi yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Teori Pembelajaran Sosial Bandura menekankan tiga unsur utama iaitu pelajar itu

    sendiri, persekitaran atau pun ransangan dari luar dan tingkah laku yang juga merupakan tindak

     balas terhadap diri pelajar itu. Dalam pelaksanaan subjek Bahasa Melayu melalui proses

     pembelajaran melalui teori pemodelan Bandura, guru serta rakan pelajar yang baik dari segi

    semua aspek merupakan salah satu agen yang menggalakkan pemprosesan pembelajaran melalui

    teknik peniruan. Teknik peniruan yang berkesan dipengaruhi oleh empat unsure utama iaitu

    unsure perhataian (attention), mengingat (retention), reproduksi (reproduction) dan peneguhan

    iaitu motivasi (reinforcement/ motivation).

    Proses pembelajaran melalui teknik pemodelan berlaku dengan cara guru menentukan

    dan menggunakan model yang sesuai dengan perbezaan individu dalam pembelajaran sosial.

    Sebagai contoh guru akan memilih seorang pelajar yang sangat baik dan berkemahiran dalam

    mendeklamasikan sajak atau pantun. Pelajar yang dipilih dapat mendeklamasikan sajak tersebut

    dengan menggunakan nada dan intonasi yang sesuai. Penggunaan kosa kata serta penggayaan

    yang dapat menarik perhatian pelajar lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran

    dilaksanakan di dalam kelas. Guru juga perlu memastikan agar proses peniruan melalui

     pemerhatian pelajar lain dapat dilakukan mengikut prosedur yang sepatutnya. Menurut Ong Sze

    Chong et al. (2013), menyatakan bahawa kepelbagaian kecerdasan emosi murid perlu diambil

    kira oleh guru Bahasa Melayu dalam merancang aktiviti yang hendak dilaksanakan di dalam

    kelas. Prestasi yang cemerlang bagi subjek Bahasa Melayu akan tercapai sekiranyanya pelajar

    mempunyai tahap kecerdasan emosi yang baik.

    Di samping itu, prinsip pelaksanaan pembelajaran teori pembelajaran sosial juga perlu

    dipupuk melalui kecekapan peniruan reproduksi dengan latihan secara sistematik. Latihan ini

     boleh dilakukan daripada latihan asas atau lebih mudah kepada yang lebih kompleks atau lebih

    sukar. Aktiviti demontrasi juga perlu dilaksanakan oleh guru secra berulang-ulang bagi

    memudahkan pelar mengingati apa yang disampaikan oleh guru. Dalam konteks proses

     pengajaran dan pembeljaran Bahasa Melayu, aktiviti seperti teknik menghasilkan karangan yang

     bagus perlu dilakukan secara berulng-ulang. Hasil kerja pelajar yang cemerlang perlu dipaparkan

  • 8/19/2019 KURIKULUM BAHASA MELAYU

    9/11

    kepad pelajar lain atau di war-warkan kepada pelajar lain. Aktiviti ini mampu memberi

     peneguhan positif kepada pelajar lain agar turut berusaha untuk menghasilkan karangan yang

    lebih baik. Peneguhan positif berlaku apabila pelajar yang lemah juga ingin rasa dihargaia serta

    disanjung oleh rakan-rakan sebaya dan juga guru-guru.

    Gaya pengajaran dan pembalajaran guru sangat berhubungkait dengan Teori PemodelanBandura. Proses penyampaian maklumat daripada sorang guru Bahasa Melayu kepada pelajarnya

     perlu disampaikan dengan cekap dan menarik. Gaya pengajaran yang menarik dan berkesan

    mampu menarik perhatian kepada pelajar dan seterusnya menjadi role model kepada pelajar.

    Pelajar akan rasa teruja dan merasakan diri mereka perlu hebat seperti guru tersebut. Personaliti

    guru yang lebih baik lagi sudah tentu memberikan kesan sangat cepat terhadap pelajar. Oleh itu,

    Teori Pemodelan Bandura ini sebenarnya mampu menghasilkan pelajar yang lebih berkeyakinan

    tinggi dan berwawasan.

    Semasa aktiviti kelas dilaksanakan seperti aktiviti berlakon atau deklamasi sajak dalam

    komponen sastera (KOMSAS) Bahasa Melayu sudah tentu memerlukan penglibatan guru itusendiri. Demonstrasi guru yang sangat jelas serta menarik amat ditekankan dalam teori ini.

    Perkara ini penting bagi memudahkan pelajar dapat meniru dengan cepat sekali gus dapat

    melibatkan diri dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh guru. Penglibatan semua pelajar dalam

    aktiviti yang dijalankan menggambarkan suatu aktiviti yang dirancang itu dapat dilaksanakan

    dengan jayanya. Pelajar juga akan lebih berkeyakinan untuk melibatkan diri dengan lebih aktif

    dalam apa juga aktivit yang telah dirancang oleh guru.

    Penggunaan rakan sebaya yang cemerlang dalam kalangan pelajar boleh dijadikan

    sebagai model. Penggunaan model ini mampu mempengaruhi pelajar yang lain. Guru boleh

    memilih pelajar yang berpotensi sama ada cemerlang dari segi akademik, sukan, sahsiah danlain-lain. Guru boleh memberikan ganjaran sebagai tanda penghargaan kepada pelajar yang

    cemerlang bagi meningkatkan lagi motivasi pelajar tersebut. Manakala pelajar yang lain juga

    akan rasa tercabar dan rasa terpengaruh untuk mengikuti rakan mereka yang cemerlang. Teknik

     peniruan dalam Teori Pemodelan Bandura berlaku apabila pelajar yang lain meniru rakan mereka

    yang dijadikan sebagai model. Oleh itu mereka akan berusaha untuk menjadi lebih cemerlang

    agar mereka juga dijadikan sebagai role model kepada pelajar yang laian pula.

    Implikasi Teori Pemodelan Bandura juga berlaku melalui hasil kerja tangan guru sendiri.

    Hasil tangan guru lebih jelas dalam hiding seni seperti penghasilan kraftangan dan lukisan.

     Namun demikian, dalam mata pelajaran Bahasa Melayu juga, guru mampu menghasilkan bahan bantu mengajar yang baik bagi mempengaruhi pelajar. Hasil contoh karangan guru boleh ditiru

    oleh pelajar. Pelajar perlu menyalin semula dua atau tiga kali atau menyalin lebih bagi. Teknik

     penyalinan semula yang dilakukan beberapa kali ini menjadikan pelajar akan lebih mahir dalam

    mengahsilkan karang. Sebagai contoh karanag umum yang mengandungi pelbagai jenis ayat.

    Dengan proses peniruan pelajar mampu mengenal pasti kedudukan serta menganal pasti setiapa

    ayat yang digunakan dalam karangan tersebut.

  • 8/19/2019 KURIKULUM BAHASA MELAYU

    10/11

      Melalui teknik peniruan atau menulis semula karangan guru, pelajar mampu mengenal

     pasti penggunaan kosa kata yang mantap, penggunaan tanda huruf yang betul serta ejaan yang

     betul. Penggunaan penggolongan kata utama dalam Bahasa Melayu seperti frasa atau kata nama,

    frasa atau kata sendi nama, frasa atau kata adjektif dan frasa atau kata kerja.

    4.0 Rumusan

    Setiap kurikulum yang telah rancang masing-masing mempunyai kelemahan dan

    kelebihan masing-masing. Tidak kurang juga dalam kurikulum Bahasa Melayu yang mempunyai

    kekuatan sendiri juga terdapat beberapa kelamahan dalam pelaksanaan kurikulum ini. Bahasa

    Melayu memrupakan salah satu matapelajaran yang sangat penting terutamnya kepada pelajar

    yang berada di Tingkatan Lima. Pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM perlu wajib

    lulus subjek Bahasa Melayu sebagai syarat utama bagi seorang pelajar itu lulus atau layak

    menerima Sijil. Pelajar yang gagal bagi subjek ini tidak dapat menyambung pengajaian ke

     peringkat yang lebih tinggi lagi. Selain itu, pelajar yang gagal dalam subjek Bahasa Melayu juga

    akn sukar mendapat pekerjaan yang baik. Oleh itu, pelajr perlu berusaha untuk lulus subjekBahasa Melayu ini.

    Salah satu masalah yang ketara dalam kurikulum Bahasa Melayu ialah kekurangan guru

    opsyen Bahasa Melayu. Pengisian guru Bahasa Melayu yang sedia ada telah dipenuhi daripada

    kalangan guru bukan opsyen. Akibatnya hasil pembelajaran yang sebenarnya tidak dapat dicapai

    dengan sempurna. Pengalaman serta input yang kurang berkaitan bidang yang diajar tidak

    dikuasai dengan sepenuhnya. Menurut Noor Izam et al. (2012), tahap kebolehpercayaan seorang

    guru yang berpengalaman adalah lebih tekal berbanding denagn guru yang kurang

     berpengalaman seperti guru baru. Guru tidak mampu untuk menghasilkan suasana pembelajaran

    yang kondusif. Aktiviti yang dijalankan tidak mampu menarik perhatian pelajar dan seterusnyaobjektif yang dirancang tidak akan tercapai. Menurut Aniza A & Zamri M (2015), guru Bahasa

    Melayu yang berkemahiran tinggi dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

    dapat memudahkan pelaksanaan pentaksiran yang baharu yang akan dilakukan oleh pihak

    kementerian.

    Isu lain yang timbul dalam kurikulum Bahasa Melayu ialah penggunaan teknologi

    maklumat (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak diaplikasikan. Sejajar dengan

     pembelajaran abad ke-21 ini, guru perlu bijak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan

     pembelajaran mereka. Hal ini penting bagi menarik minat pelajar untuk terus mengikuti proses

     pengajaran dan pembelajaran. Paparan yang cantik serta penggunaan audiovisual melalui penggunaan slide power point atau video dapat menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan

     berbanding penerangan guru. Namun demikian, ramai guru Bahasa Melayu lebih selesa

    menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Guru lebih suka degan kaedah calk & talk  . Kedah

     pengajaran guru perlu seiring dengan kehendak dan dunia anak murid pada masa kini.

    Penggunaan ICT bukan sahaja mampu menarik minat pelajar untuk mengikuti kelas namun

    kemahiran pelajar dalam proses menggunakan serta menegndalikan alat-alat ICT juga akan

  • 8/19/2019 KURIKULUM BAHASA MELAYU

    11/11

    meningkat. Menurut Rozaiman et al. (2011), pelaksanaan Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21

    menuntut agar kaedah berpusatkan pelajar dan penggunaan tekonologi maklumat dan

    telekomunikasi mesti diutamakan.

    5.0 RUJUKAN

    A.Rahman Haron, Jamaludin Badusah & Zamri Mahamod. 2015. Kemahiran Berfikir Aras

    Tinggi (KBAT) Dalam Salak Tinggi dengan Elemen Pantun. Jurnal Pendidikan Bahasa

     Melayu. 5(1):53-60

    Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 2010. Cabaran Integrasi antara Kaum di Malaysia: Perspektif

    Sejarah, Keluarga Dan Pendidikan. Jurnal Hadhari. Bil 3:61-84

     Noor Izam Mohd Talib, Zamri Mahamod, A Rahman Haron & Rozaiman Makmun. 2012.

    Kebolehpercayaan Pemeriksaan Karangan Secara Holistik Berdasarkan Jantina DanPengalaman Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah.  Jurnal Pendidikan

     Bahasa Melayu. 2(1):43-64

    Ong Sze Chong, Zamri Mahamod & Hamidah Yamat. 2013. Faktor Jantina, Kaum, Aliran Kelas

    Dan Hubungannya dengan Kecerdasan Emosi Murid Dalam Mempelajari Bahasa

    Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 3(1):12-23

    Rozaiman Makmon, Zamri Mahamod, Noor Izam Mohd Taib & Rahman A Haron. 2011.

    Pengetahuan Teknologikal Pedagogical Kandungan Kesusasteraan Melayu: Peranan

    Guru Sastera Dalam SPN 21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 1(2):85-98 

    Sukatan Pengajaran Bahasa Melayu. 2011. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian

    Pendidikan Malaysia

    Zamri Mahamod & Nur Aisyah Mohamad Nor. 2011. Persepsi Guru Tentang Penggunaan

    Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu.   Jurnal

     Bahasa. 11(3):163-177

    Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof, Mohamed Amin Embi & Jamaludin Badusah.

    2014. Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Warganegara Asing

    Berdasarkan Kemahiran Bahasa . Jurnal Personalia Pelajar  .9(17):75-81

    Mohamad Rosly Bin Mohamad Shah. 2011. Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

    http://mohdrosly78.blogspot.my/2011/11/perbezaan-antara-penilaian-formatif  dan html

    Diakses pada (5 Mac 2016)

    http://mohdrosly78.blogspot.my/2011/11/perbezaan-antara-penilaian-formatifhttp://mohdrosly78.blogspot.my/2011/11/perbezaan-antara-penilaian-formatifhttp://mohdrosly78.blogspot.my/2011/11/perbezaan-antara-penilaian-formatif