kumpulan kik transmission pertubuhan peladang...

10
‘ KELEWATAN MEMBAJAK TANAH SAWAH LEMBUT DAN BERAIR’ KUMPULAN KIK TRANSMISSION PERTUBUHAN PELADANG NEGERI PERAK 1. PENGENALAN Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak telah didaftarkan pada 15hb Oktober, 1974 di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973 sebagai sebuah organisasi berasaskan pertanian yang mempunyai kepentingan ekonomi dan sosial. Sebagai sebuah institusi Peladang, keahlian dan pemegang saham PPN Perak adalah terdiri daripada 30 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh Negeri Perak. PPN Perak bergerak cergas ke hadapan melalui program-program bercorak ekonomi yang memberi pulangan menguntungkan dan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lainnya melalui perlaksanaan projek-projek yang viable seperti berikut : i. Bergiat secara agresif dalam bidang perniagaan dan kontrak pembangunan, perkhidmatan, pembekalan bahan-bahan dan jentera infrastruktur. ii. Membuat kerja kontrak dan bekalan dengan Agensi Kerajaan iii. Menyediakan perkhidmatan kejenteraan dan pembaikan jentera-jentera. iv. Kegiatan pemasaran bahan-bahan pertanian seperti bahan mentah, bahan proses dan barangan pengguna v. Pembangunan tanah yang bersistematik setanding dengan ladang-ladang swasta. vi. Pembangunan hartanah dan industri melalui kerjasama sektor swasta dan kerajaan. Pertubuhan Peladang Negeri Perak memberi perkhidmatan pembajakan tanah sawah melalui tiga buah Cawangan Kejenteraan (PPNJ) iaitu PPN(J) Perak Utara, Bagan Serai, PPN(J) Perak Tengah, Padang Rengas, dan PPN(J) Hilir Perak, Teluk Intan. PPN(J) Perak Utara berperanan memberi perkhidmatan pembajakan di kawasan Kerian Laut, Perak berkeluasan hampir 3,080 hektar yang merupakan kawasan tanah lembut dan berair. 2. INOVASI 2.1 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROJEK Projek ini adalah salah satu langkah inovasi yang diambil bertujuan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh PPN(J) dalam melaksanakan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Antara masalah yang dihadapi adalah tempoh masa membajak yang lama, kos operasi yang tinggi, dan kos pembaikan jentera yang tinggi. Masalah yang dihadapi oleh PPN(J) Perak Utara adalah struktur kawasan kendalian yang merupakan tanah lembut dan berair. Peralatan tambahan/alat bantu gerak pada traktor yang digunakan kurang sesuai dan kurang berkesan di tanah lembut dan berair mengakibatkan traktor selalu terbenam dan sering mengalami kerosakan. Tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk mempercepatkan perkhidmatan kejenteraan kepada petani mengikut jadual tanaman padi yang ditetapkan.

Upload: phungminh

Post on 03-Mar-2019

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KUMPULAN KIK TRANSMISSION PERTUBUHAN PELADANG …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1688-kelewatan-membajak... · melalui tiga buah Cawangan Kejenteraan (PPNJ) iaitu PPN(J) Perak

‘ KELEWATAN MEMBAJAK TANAH SAWAH LEMBUT DAN BERAIR’

KUMPULAN KIK TRANSMISSION

PERTUBUHAN PELADANG NEGERI PERAK

1. PENGENALAN

Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak telah didaftarkan pada 15hb Oktober, 1974 di

bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973 sebagai sebuah organisasi berasaskan pertanian

yang mempunyai kepentingan ekonomi dan sosial. Sebagai sebuah institusi Peladang,

keahlian dan pemegang saham PPN Perak adalah terdiri daripada 30 buah Pertubuhan

Peladang Kawasan (PPK) di seluruh Negeri Perak.

PPN Perak bergerak cergas ke hadapan melalui program-program bercorak ekonomi yang

memberi pulangan menguntungkan dan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lainnya

melalui perlaksanaan projek-projek yang viable seperti berikut :

i. Bergiat secara agresif dalam bidang perniagaan dan kontrak pembangunan,

perkhidmatan, pembekalan bahan-bahan dan jentera infrastruktur.

ii. Membuat kerja kontrak dan bekalan dengan Agensi Kerajaan

iii. Menyediakan perkhidmatan kejenteraan dan pembaikan jentera-jentera.

iv. Kegiatan pemasaran bahan-bahan pertanian seperti bahan mentah, bahan proses

dan barangan pengguna

v. Pembangunan tanah yang bersistematik setanding dengan ladang-ladang swasta.

vi. Pembangunan hartanah dan industri melalui kerjasama sektor swasta dan kerajaan.

Pertubuhan Peladang Negeri Perak memberi perkhidmatan pembajakan tanah sawah

melalui tiga buah Cawangan Kejenteraan (PPNJ) iaitu PPN(J) Perak Utara, Bagan Serai,

PPN(J) Perak Tengah, Padang Rengas, dan PPN(J) Hilir Perak, Teluk Intan.

PPN(J) Perak Utara berperanan memberi perkhidmatan pembajakan di kawasan Kerian

Laut, Perak berkeluasan hampir 3,080 hektar yang merupakan kawasan tanah lembut dan

berair.

2. INOVASI

2.1 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROJEK

Projek ini adalah salah satu langkah inovasi yang diambil bertujuan menyelesaikan

masalah yang dihadapi oleh PPN(J) dalam melaksanakan perkhidmatan yang

ditawarkan kepada pelanggan. Antara masalah yang dihadapi adalah tempoh masa

membajak yang lama, kos operasi yang tinggi, dan kos pembaikan jentera yang

tinggi.

Masalah yang dihadapi oleh PPN(J) Perak Utara adalah struktur kawasan kendalian

yang merupakan tanah lembut dan berair. Peralatan tambahan/alat bantu gerak pada

traktor yang digunakan kurang sesuai dan kurang berkesan di tanah lembut dan

berair mengakibatkan traktor selalu terbenam dan sering mengalami kerosakan.

Tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk mempercepatkan perkhidmatan

kejenteraan kepada petani mengikut jadual tanaman padi yang ditetapkan.

Page 2: KUMPULAN KIK TRANSMISSION PERTUBUHAN PELADANG …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1688-kelewatan-membajak... · melalui tiga buah Cawangan Kejenteraan (PPNJ) iaitu PPN(J) Perak

Kelewatan PPN(J) memberi perkhidmatan pembajakan boleh menyebabkan petani

mengalami kerugian serta akan menjejaskan imej Pertubuhan Peladang.

2.2 PROSES PELAKSANAAN INOVASI

Cage wheel (alat bantu gerak traktor) direka bagi mengelakkan kekerapan roda

traktor terbenam/terlekat di petak sawah yang lembut dan berair. Rekacipta projek

kumpulan yang dinamakan Trans cage wheel berupaya mempercepatkan kerja-kerja

pembajakan serta meningkatkan keluasan kawasan yang dibajak untuk tempoh

masa yang disasarkan.

Idea, cadangan, lakaran projek dibuat semasa mesyuarat kumpulan di pejabat induk

PPN Perak, Ipoh. Kajian dibuat untuk mengenalpasti rekabentuk bilah cage wheel

yang paling sesuai.

Mesyuarat ahli kumpulan kik di pejabat PPN Perak

Lakaran rekacipta trans cage wheel – bilah berbentuk penuh kepada bilah bentuk rongga

Lakaran penambahbaikan rekacipta trans cage wheel - tapak bentuk bulat kepada tapak

segiempat

Bilah

Bentuk

Rongga

Tapak Segi

Empat

Page 3: KUMPULAN KIK TRANSMISSION PERTUBUHAN PELADANG …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1688-kelewatan-membajak... · melalui tiga buah Cawangan Kejenteraan (PPNJ) iaitu PPN(J) Perak

Pembangunan projek dibuat di bengkel PPN(J) Perak Utara, Bagan Serai di ketuai

oleh pegawai rekacipta En. Yusoff bin Hassan, Pengurus Bengkel PPN(J) Perak

Utara dan dibantu oleh En. Mohd Fairuz Fazlyee bin Zainal Abidin, Pengurus Operasi

PPN(J) Perak Utara.

2.3 SEBELUM PELAKSANAAN INOVASI

Penggunaan cage wheel dapat mengelakkan kekerapan roda traktor

terbenam/terlekat di petak sawah yang lembut dan berair. Walau bagaimanapun,

penggunaan cage wheel ini masih mempunyai kelemahan dari segi rekabentuk bilah

daunnya yang asal .

Traktor yang menggunakan cage wheel yang asal hanya berkemampuan membajak

sawah 3 jam sehari sahaja. Ini kerana kerap berlaku kerosakan pada traktor akibat

roda terbenam pada petak sawah. Akibatnya sering berlaku kelewatan pembajakan

serta tidak mengikut jadual yang ditetapkan IADA Kerian.

Cage wheel asal – bilah daun berbentuk penuh & tapak berbentuk bulat.

Roda traktor terbenam di petak sawah

Page 4: KUMPULAN KIK TRANSMISSION PERTUBUHAN PELADANG …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1688-kelewatan-membajak... · melalui tiga buah Cawangan Kejenteraan (PPNJ) iaitu PPN(J) Perak

2.4 SELEPAS PELAKSANAAN INOVASI

Trans Cage Wheel

2.4.1 PROSES KERJA MEREKACIPTA BILAH BERBENTUK RONGGA

a) Buka peralatan tambahan cage wheel dari disc rim roda belakang traktor

b) Potong daun berbentuk penuh daripada kerangka peralatan tambahan

c) Potong plate 2.8 mm (381mm x 228mm), besi tumpat (16mm x 127mm) dan sesiku

keluli 38mm x 38mm x 228mm

d) Kimpal plate dengan besi tumpat pada kerangka alatan tambahan

Page 5: KUMPULAN KIK TRANSMISSION PERTUBUHAN PELADANG …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1688-kelewatan-membajak... · melalui tiga buah Cawangan Kejenteraan (PPNJ) iaitu PPN(J) Perak

e) Pasang alatan tambahan ‘cage wheel’ ke disc rim roda belakang traktor

2.4.2PROSES KERJA PENAMBAHBAIKAN

a) Buka alatan tambahan ‘cage wheel’ dari disc rim roda belakang traktor

b) Potong tapak bentuk bulat

c) Potong plate besi untuk membuat tapak segiempat (4 keping)

d) Potong Keluli tumpat ‘round bar’ 20mm sepanjang 292mm x 4 batang

Page 6: KUMPULAN KIK TRANSMISSION PERTUBUHAN PELADANG …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1688-kelewatan-membajak... · melalui tiga buah Cawangan Kejenteraan (PPNJ) iaitu PPN(J) Perak

e) Tebuk lubang pada setiap tapak segiempat

f) Kimpal keluli tumpat ‘round bar’ antara tiang alatan tambahan ‘cage wheel’

g) Pasang alatan tambahan ‘Cage Wheel’ ke disc rim roda belakang traktor

2.5 IMPAK INOVASI TERHADAP PETANI / PPN(J) / PPN / MOA / NEGARA

2.5.1 ELEMEN INOVATIF/KREATIVITI

Penciptaan ‘trans cage wheel’ merupakan penambahbaikan terhadap rekabentuk

asal alat bantu gerak traktor di mana bilah berbentuk penuh digantikan dengan

bilah berbentuk rongga.

Selain itu tapak cage wheel diubahsuai kepada bentuk segiempat.

Trans cage wheel adalah lebih ekonomik, lebih ringan, dan memiliki daya tahan

serta keupayaan yang lebih tinggi.

Page 7: KUMPULAN KIK TRANSMISSION PERTUBUHAN PELADANG …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1688-kelewatan-membajak... · melalui tiga buah Cawangan Kejenteraan (PPNJ) iaitu PPN(J) Perak

2.5.2 ELEMEN KEBERKESANAN

Masalah pembajakan dapat diselesaikan di mana kerja-kerja pembajakan dapat

dilaksanakan dengan lebih cepat.

Kerosakan jentera dapat diatasi di mana kadar kerosakan pada traktor dan alat

bantu gerak traktor adalah berkurangan.

Perkhidmatan pembajakan dapat dilaksanakan di seluruh kawasan tanah sawah

yang terbiar sekaligus mengurangkan tanah sawah terbiar.

Peningkatan pendapatan kepada PPN dengan penambahan luas kawasan yang

dibajak daripada 3,080 ha/musim kepada 6,300 ha/musim, seterusnya dapat

menambah pengeluaran hasil padi oleh petani.

2.5.3 ELEMEN SIGNIFIKAN

Perkhidmatan pembajakan yang mengikut jadual dapat meningkatkan imej PPN di

kalangan pelanggan sediaada dan dapat menarik minat pelanggan dari luar

kawasan kendalian PPN.

Penggunaan trans cage wheel yang lebih effisien dapat mempercepatkan kerja-

kerja pembajakan dari 45 hari kepada 22 hari untuk tanah sawah seluas 3,080

hektar.

Pembangunan dan pembaikan trans cage wheel hanya melibatkan kos yang

rendah berbanding rekabentuk asal iaitu RM 693/unit bagi kos pembangunan dan

RM 214/unit bagi kos pembaikan.

Dengan menggunakan trans cage wheel, kerja-kerja membajak seluas 3,080

hektar hanya memerlukan bilangan traktor sebanyak 15 unit sahaja. Ini

merupakan pengurangan penggunaan traktor dan operator sebanyak 50%. Di

samping itu kos pembaikan, gaji dan bahan api dapat dijimatkan sebanyak RM

206 ribu /musim.

2.5.4 ELEMEN RELEVEN

Fizikal trans cage wheel yang lebih ringan dapat menjimatkan bahan api

sebanyak 15,215 liter/musim dan seterusnya dapat mengurangkan bebanan

subsidi kerajaan.

Berjaya meningkatkan tahap kepuasan pelanggan yang terdiri daripada petani-

petani di kawasan Kerian Laut di mana tanah-tanah sawah telah dapat dibajak

mengikut jadual.

Berjaya meningkatkan tahap kepuasan agensi-agensi kerajaan antaranya IADA

Seberang Perak, Pusat Benih Padi FELCRA, BERNAS, PPK dan MARDI

Berjaya meningkatkan imej Lembaga Pertubuhan Peladang selaku agensi yang

bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada ahli / petani melalui cawangan

PPN (J) dengan memberi keutamaan kepada kualiti perkhidmatan yang

disediakan tanpa mengira keuntungan semata-mata.

Page 8: KUMPULAN KIK TRANSMISSION PERTUBUHAN PELADANG …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1688-kelewatan-membajak... · melalui tiga buah Cawangan Kejenteraan (PPNJ) iaitu PPN(J) Perak

Memberi sumbangan kepada negara melalui sokongan terhadap usaha dan

saranan kerajaan dalam program transformasi negara dan usaha menjana

ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi.

2.6 PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA

Projek inovasi kumpulan Transmission telah mendapat beberapa pengiktirafan dalam

pertandingan KIK dan juga pameran inovasi. Antaranya adalah:

1) ANUGERAH KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KATEGORI TEKNIKAL-

KEMENTERIAN)

Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Kali Ke-31 Tahun

2014

2) JOHAN

Konvensyen KIK Peringkat Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani 2014

Page 9: KUMPULAN KIK TRANSMISSION PERTUBUHAN PELADANG …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1688-kelewatan-membajak... · melalui tiga buah Cawangan Kejenteraan (PPNJ) iaitu PPN(J) Perak

3) TEMPAT PERTAMA (KATEGORI TEKNIKAL)

Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan Lembaga Pertubuhan Peladang 2013

4) JOHAN

Konvensyen KIK Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perak 2013

5) ANUGERAH YB PEGAWAI KEWANGAN NEGERI (KATEGORI TEKNIKAL)

Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Perak ke-27 Tahun 2014

6) GOLD MEDAL

National Innovation And Invention Competition Through Exhibiton 2015

(iCompEx’15)

Page 10: KUMPULAN KIK TRANSMISSION PERTUBUHAN PELADANG …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1688-kelewatan-membajak... · melalui tiga buah Cawangan Kejenteraan (PPNJ) iaitu PPN(J) Perak

7) BRONZE

Malaysian Agriculture Innovation Challenge 2014 (MAgic)

PENUTUP

Pembinaan trans cage wheel bukan sahaja dapat membantu menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh PPNJPerak Utara, malah ia juga dapat memeberi kepasnkepada pelanggan

kerana perkhidmatan yang diberikan menepati masa yang dikehendaki.

Berdasarkan faedah-faedah dan penjimatan kos yang diperolehi, adalah disarankan agar

inovasi ini diseragamkan penggunaannya di seluruh negara demi kepuasan pelanggan dan

meningkatkan imej jabatan.

Disediakan oleh:

Nor Baizura binti Umar

Setiausaha Kumpulan Transmission

Pertubuhan Peladang Negeri Perak

Tel: 05-3124044 (H/P) 019-5707072

Emel: [email protected]; [email protected]