kuliah 2 pembiakan seks

15
Kuliah 2 Pembiakan secara seks. Proses pembiakan yang melibatkan persenyawaan di antara gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot. Biji benih terbentuk apabila tumbuhan mencapai peringkat dewasa. Tiga peringkat pembiakan seks: 1. Aruhan dan pembentukan bunga 2. Pendebungaan 3. Pembentukan embrio SEXUAL REPRODUCTION IN FLOWERING PLANTS http://www.youtube.com/watch?v=tbV9h-BZbwk 1. Aruhan dan pembentukan bunga Berlaku selepas tumbuhan mencapai peringkat dewasa. 1

Upload: coke8282

Post on 16-Jan-2015

2.258 views

Category:

Business


10 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah 2 Pembiakan Seks

Kuliah 2

Pembiakan secara seks.

Proses pembiakan yang melibatkan persenyawaan di antara gamet jantan

dengan gamet betina untuk membentuk zigot.

Biji benih terbentuk apabila tumbuhan mencapai peringkat dewasa.

Tiga peringkat pembiakan seks:

1. Aruhan dan pembentukan bunga

2. Pendebungaan

3. Pembentukan embrio

SEXUAL REPRODUCTION IN FLOWERING PLANTS

http://www.youtube.com/watch?v=tbV9h-BZbwk

1. Aruhan dan pembentukan bunga

Berlaku selepas tumbuhan mencapai peringkat dewasa.

Ia dipengaruhi oleh ransangan dari luar seperti perubahan suhu

tumbuhan ataupun perubahan jangka masa siang.

Ransangan ini akan menyebabkan tisu tumbuhan menghasilkan tisu

baru dan aktif membentuk bahagian-bahagian tampang seperti

pucuk.

1

Page 2: Kuliah 2 Pembiakan Seks

Part of flowers: http://www.youtube.com/watch?

v=hiie8BETitg&feature=related

2. Pendebungaan

Proses pemindahan debunga yang matang dari bahagian anter ke

bahagian permukaan stigma yang telah matang.

Proses ini dibantu oleh agen pendebungaan seperti serangga, angin dan

manusia (pendebungaan bantu) http://www.youtube.com/watch?

v=RuYrFwDuYn0&feature=fvw

Debunga melekat pada permukaan stigma kemudian akan

mengeluarkan tiub bahagian ovul bunga. Gamet jantan daripada

debunga kemudiannya akan turun menerusi tiub debunga sehingga

bertemu dengan gamet betina di dalam ovul.

Terdapat dua jenis pendebungaan:

a. pendebungaan sendiri

- pemindahan debunga dari anter ke permukaan stigma pada bunga

yang sama

b. pendebungaan kacuk

2

Page 3: Kuliah 2 Pembiakan Seks

- pemindahan debunga dari anter di kuntum bunga ke permukaan

stigma sekuntum bunga yang lain dari pokok yang sama

(monoesius/serumah) atau berlainan (diesius/dua rumah)

3. Pembentukan embrio

o Pembentukan embrio bermula apabila gamet jantan daripada debunga

bercantum dengan gamet betina di dalam ovul melalui proses yang

dipanggil persenyawaan.

o Persenyawaan menghasilkan pembentukan zigot yang kemudiannya

menghasilkan pembentukan embrio.

o Embrio membesar di dalam ovul dan ovul bertukar menjadi biji benih.

3

Page 4: Kuliah 2 Pembiakan Seks

Bahagian-bahagian Biji Benih.

- Biji benih adalah ovul yang matang mengandungi embrio dan

endosperma.

- Tiga bahagian penting pada biji benih iaitu:

a. embrio

b. bahagian penyimpan makanan

c. perikarpa

4

Page 5: Kuliah 2 Pembiakan Seks

a. Embrio

- Embrio mempunyai bahagian plumul dan radikel

- Plumul membentuk bahagian pucuk.

- Radikel membentuk bahagian akar.

- Dibahagian embrio terdapat satu atau dua kotiledon.

b. Bahagian penyimpan makanan

- Digunakan oleh embrio ketika membesar.

- Dikenali sebagai kotiledon atau endosperma.

c. Perikarpa

- Bahagian kulit biji yang terbentuk daripada dua atau lebih lapisan.

- Lapisan luar keras, kering dan tebal.

- Lapisan dalam nipis dan lutsinar

- Memberi perlindungan kepada biji benih

Sumber-sumber Biji benih.

Kawasan hutan

Kawasan taman

Kilang memproses buah-buahan

5

Page 6: Kuliah 2 Pembiakan Seks

Beli di kedai.

6

Page 7: Kuliah 2 Pembiakan Seks

Sumber biji benih selalunya diperolehi daripada buah yang dikelaskan

seperti berikut:-

Buah kering

Pokok/buah dituai apabila daun-daun/buahnya telah kuning dan

benih telah cukup matang.  Keringkan/emus di panas matahari. 

Banting atau picit ataupun menggunakan mesin untuk meleraikan

biji benih.  Rawat biji benih sebelum disimpan (contoh:  sawi,

bayam,  jenis kekacang, bendi).

 

Buah berisi

Pungut buah apabila telah matang.  Keringkan buah sebelum

mengeluarkan biji benih.  Koyak kulit buah atau potong dan

keluarkan biji benih dengan pancutan air.  Bersih dan keringkan biji

benih.  Rawat biji benih sebelum disimpan (contoh: cili, peria,

petola, labu dan sebagainya).

 

Buah berisi dan berair

Pungut buah apabila cukup matang.  Keluarkan biji benih bersama

palpa dan rendam selama 2-5 hari.  Kacau campuran ini bagi

menanggalkan lendir yang menyelaputi bijinya dan cuci hingga

bersih.  Biji benih perlulah dikeringkan ke panas matahari (contoh:

tomato, timun dan sebagainya).

7

Page 8: Kuliah 2 Pembiakan Seks

Untuk mengelakkan serangan penyakit dan musuh biji, benih perlu

dirawat dengan racun kulat seperti thiram dan racun serangga seperti

gamma BHC.  Biji benih disimpan di dalam bekas yang kedap udara

seperti tin, plastik, botol dan sebagainya.

Panduan Mengutip Biji Benih.

Biji benih cukup matang.

Bebas daripada tanda penyakit dan perosak.

Tidak mempunyai sebarang kecacatan

Pastikan spesis yang diperlukan

8

Page 9: Kuliah 2 Pembiakan Seks

Rawatan Biji Benih.

Tujuan : untuk mengelakkan serangan serangga dan kulat sewaktu

penyimpanan dan mengatasi masalah kedormanan yang wujud pada

setengah-setengah biji benih.

A. Rawatan biji benih semasa disimpan.

- Dapat memanjangkan hayat biji benih.

- Langkah-langkah rawatan:

i. biji benih dibersihkan

ii. dijemur matahari selama 2 – 3 hari sehingga kering.

iii. Digaul dengan racun kulat Thiram, Captan atau

Benlate

iv. Disimpan dalam botol, balang kedap udara

v. Disimpan di tempat sejuk dan kering 30 – 50C.

B. Rawatan biji benih untuk mengatasi masalah kedormanan

- Kedormanan biji benih adalah keadaan apabila biji benih tidak

bercambah dalam keadaan biasa. Ia merupakan satu

mekanisma yang terdapat pada biji benih bagi mengelakkan

biji benih bercambah sekiranya tidak wujud faktor-faktor

persekitaran yang unik untuk sesuatu habitat.

9

Page 10: Kuliah 2 Pembiakan Seks

Sebab-sebab kedormanan wujud

i) Kulit biji benih terlalu keras dan tebal.

ii) Embrio belum cukup membesar

iii) Mekanisma kawalan dalam biji benih

Cara mengatasi kedormanan

i) Mengikis kulit luar – gunakan kertas pasir, kikir, meretakkan

dgn. tukul. Meletakkan dalam mesin pembancuh simen bersama

pasir dan kerikil. Pastikan embrio tidak cedera.

ii) Merendam dalam air - dapat melarutkan kimia perencat .

Kaedah merendam:

- air panas (770 – 1000C) beberapa minit. Dibiarkan sejuk

beransur-ansur selama 12-24 jam.

- Air biasa 1 – 2 jam.

iii) Merendam dalam asid – jika kulit terlampau keras.

Menggunakan asid sulfurik pekat (ketumpatan 1.84). Sangat

bahaya. 1 bahagian biji benih : 2 bahagian asid. 10 minit – 6

jam bergantung kepada biji benih. Basuh dengan air biasa

sekurang-kurang 10 minit.

iv) Melembapkan biji benih pada suhu rendah – dikenali sebagai

pelintapan utk meransang perubahan dari segi fisiologi. Hanya

utk benih yang memerlukan suhu rendah utk bercambah shj.

10

Page 11: Kuliah 2 Pembiakan Seks

Kaedahnya :

i. rendam dlm air biasa 12 – 24 jam dan kemudian

digaul dalam medium lembap seperti habuk papan

reput . 1 bahagian benih dan 3 bahagian medium.

ii. Campuran diletak di tempat sejuk, lembap dan

mempunyai pengudaraan yang baik. Suhu antara 20-

70C selama satu hingga empat bulan

11