kuiz sesi 2 s003

Upload: aribniminnak

Post on 09-Mar-2016

233 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

gfggf

TRANSCRIPT

KUIZ SESI 2 S003 OSHA Tandakan hazard yang ada dalam gambar yang diberikan. Taksirkan risiko dan jelaskan apakah langkah kawalan yang boleh diambil.

GAMBAR 1

Risiko:

1. Risiko mendapat kecederaan pada tangan muka dan bahagian badan kerana tidak memakai alat pelindung diri;2. Risiko terkena percikan atau tumpahan sampel disebabkan kedudukan yang tidak sesuai semasa menjalankan ujikaji;3. Risiko tersangkut atau terkena tali tag yang tergantung pada leher.

Langkah kawalan:

1. Maklumkan kepada pengguna makmal supaya memakai alat pelindung diri dengan sempurna seperti glove, mask dan labcoat;2. Maklumkan kepada pengguna tentang cara-cara yang betul semasa menjalankan ujikaji (kedudukan sampel tidak boleh berada di kedudukan lebih tinggi daripada aras mata/kepala);3. Dengan memakai labcoat, pengguna makmal boleh melindungi bahagian badan serta semua jenis aksesori yang dipakai.

GAMBAR 2

Risiko:

1. Risiko tersadung, tertarik dan tersangkut wayar-wayar yang berselirat;2. Risiko terhempas peralatan akibat daripada tersadung, tertarik atau tersangkut;3. Risiko berlakunya litar pintas ekoran daripada risiko-risiko di atas.

Langkah kawalan:

1. Sediakan ruang yang luas dan secukupnya bagi menempatkan peralatan yang ada;2. Sediakan plug point yang mencukupi bagi menampung bilangan peralatan;3. Susun dan kemaskan wayar-wayar yang berselirat dan alihkan perabot atau peralatan yang tidak sepatutnya/tidak berkenaan daripada kawasan kerja.GAMBAR 3

Risiko:

1. Risiko tersepak atau terpijak barang-barang atau perkakas yang diletakkan di sekitar laluan atau di bawah meja dan di tepi dinding;2. Risiko menjadi tempat pembiakan serangga atau haiwan;3. Risiko mendapat penyakit daripada sisa-sisa yang tidak diketahui serta tidak diuruskan dan dilupuskan dengan betul.

Langkah kawalan:

1. Buang semua sampah, plastic dan perkakas yang tidak digunakan lagi ke tempat yang bertul;2. Bersihkan kawasan agar tidak menjadi tempat pembiakan serangga dan haiwan berbahaya;3. Pastikan setiap sisa yang ada dilupuskan mengikut cara dan kaedah yang betul.

GAMBAR 4

Risiko:

1. Risiko tersadung dan berlakunya litar pintas disebabkan keadaan wayar yang berselirat ;2. Risiko berlakunya kebakaran akibat daripada kejutan elektrik kerana menggunakan peralatan yang sudah rosak serta adanya bahan-bahan mudah terbakar (kotak, beg plastik dan sebagainya);3. Risiko menjadi tempat persembunyian haiwan berbahaya seperti ular, tikus, lipan dan lain-lain.

Langkah kawalan:

1. Naiktaraf pendawaian elektrik supaya lebih selamat;2. Adakan plug point yang cukup bagi mengelakkan penggunaan extention cord yang berlebihan;3. Bersihkan dan kemaskan kawasan kerja untuk mengelakkan kehadiran haiwan dan serangga.

GAMBAR 5

Risiko:

1. Risiko terlanggar bucu laci dan tertumpah minuman dalam tin;2. Risiko tertindih atau tertimpa peralatan/barang-barang yang diletakkan di bawah meja;3. Risiko mendapat keracunan dan pencemaran disebabkan adanya bahan kimia yang disimpan di sekitar kawasan kerja serta bercampur dengan botol air mineral.

Langkah kawalan:

1. Tutup laci dengan betul dan sempurna dan elakkan daripadmakan dan minum di dalam kawasan kerja;2. Simpan peralatan/barang-barang di tempat yang betul dan selamat;3. Simpan bahan-bahan kimia di tempat yang sepatutnya.

GAMBAR 6

Risiko:

1. Risiko terlanggar bucu laci;2. Risiko tertimpa barang-barang dan fail yang disimpan di tempat tinggi tanpa disusun dengan baik dan selamat;3. Risiko mendapat kecederaan akibat tersadung, tersepak dan terpijak kotak-kotak dan dokumen-dokumen yang diletakkan secara berselerak di lantai disebabkan pengguna tidak memakai alat pelindung kaki.

Langkah kawalan:

1. Tutup laci dengan sempurna;2. Susun dan kemaskan barang-barang dan fail-fail dengan teratur dan selaemat;3. Simpan barang-barang yang berselerak di tempat yang betul dan pakai kasut/alat pelindung kaki.

GAMBAR 7

Risiko:

1. Risiko terkena renjatan elektrik;2. Risiko berlakunya kebakaran kerana adanya bahan-bahan mudah terbakar di sekitar kawasan kerja;3. Risiko tertimpa buku dan tersadung wayar;

Langkah kawalan:

1. Wujudkan ruang kerja yang lebih selamat;2. Alihkan barang/bahan mudah terbakar daripada kawasan berisiko;3. Kemaskan buku yang berselerak dan lindungi wayar yang terdedah.

GAMBAR 8

Risiko:

1. Berlakunya kemalangan disebabkan percampuran bahan-bahan kimia yang tidak serasi;2. Risiko membahayakan pengguna yang menggunakan fumehood;3. Risiko berlaku kebakaran akibat daripada litar pintas dengan adanya bahan-bahan mudah terbakar berdekatan dengan sumber elektrik.

Langkah kawalan:

1. Simpan bahan kimia mengikut kelasnya di dalam kabinet yang sesuai (cabinet kuning untuk bahan kimia mudah terbakar dan kabinet biru untuk bahan kimia mengakis);2. Pastikan bahagian dalam fumehood dikosongkan untuk kegunaan pengguna (fumehood bukanlah tempat penyimpanan bahan/barang)3. Alihkan tong sampah atau apa-apa yang mudah terbakar daripada kawasan sumber tenaga elektrik.

GAMBAR 9

Risiko:

1. Risiko berlakunya hakisan, letupan, kebakaran, keracunan dan pencemaran akibat daripada kebocoran tong bahan kimia;2. Risiko mendapat penyakit dan berlaku kecederaan (seperti mengakis) akibat terdedah dan terkena sisa tumpahan bahan kimia;3. Risiko kerosakan akibat daripada pereputan rak tempat simpanan bahan kimia.

Langkah kawalan:

1. Simpan bahan-bahan kimia di tempat yang sesuai dan sepatutnya;2. Bersihkan sisa-sisa tumpahan dengan segera bagi mengelakkan sebarang kebahayaan yang mungkin;3. Pindahkan bahan kimia daripada tong yang bocor ke tong lain yang berkeadaan elok.

GAMBAR 10

Risiko:

1. Risiko tersepak dan tergelincir akibat daripada terpijak dan terlanggar barang-barang yang ada di kawasan pintu masuk (kasut, rak kasut dan sebagainya);2. Risiko terhalang daripada laluan keluar sekiranya berlaku kebakaran;3. Risiko tertumpah minuman dan makanan;4. Risiko kesukaran mendapatkan alat pemadam kebakaran disebabkan lokasi penyimpanan yang tidak sesuai dan tidak strategik serta sukar dicapai.

Langkah kawalan:

1. Elakkan daripada meletak barang-barang yang tidak sepatutnya di kawasan pintu masuk;2. Alihkan sebarang bentuk halangan yang menyekat pintu keluar;3. Jangan makan dan mimun di dalam kawasan kerja;4. Letakkan alat pemadam kebakaran di tempat yang sesuai dan mudah untuk dicapai sekiranya berlaku kebakaran.

Terima kasih