kuiz sejarah dan patriotisme

8
KUIZ SEJARAH DAN PATRIOTISME Peringkat Kebangsaan 2006 1. PENDAHULUAN Kuiz Sejarah Malaysia bagi merebut Piala Aminuddin Baki dianjurkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 1978. Kuiz ini diadakan di setiap negeri bagi mencari wakil untuk ke peringkat akhir. Pada tahun 1987 kuiz ini tidak lagi diadakan kerana kekurangan peruntukan dan penaja yang sanggup membiayai kos pengajaran. Bagaimanapun beberapa negeri masih meneruskan penganjuran kuiz di peringkat negeri masing-masing. Sempena sambutan Jubli Emas pada tahun 2003, PSM menganjurkan kuiz ini kembali dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. OBJEKTIF 2.1 Menggalakkan pelajar menjalankan kajian dan penyelidikan tentang sejarah tempatan, negeri dan negara Malaysia. 2.2 Menimbulkan kesedaran, minat dan penghayatan di kalangan pelajar terhadap sejarah Malaysia 2.3 Menggalakkan Guru dan Persatuan Sejarah di sekolah membantu pelajar membuat kajian dan penyelidikan Sejarah Malaysia 2.4 Memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar 3. PENYERTAAN Terbuka kepada semua sekolah menengah di seluruh negara. Setiap sekolah hanya dibenarkan alwakil oleh satu pasukan sahaja dengan setiap pasukan mengandungi tiga peserta utama dan seorang peserta simpanan. Setiap negeri juga hanya dibenarkan menghantar stu pasukan (satu sekolah) sahaja sebagai wakil. Seorang Guru Pengiring akan mengiringi setiap pasukan yang bertanding. 4. PELAKSANAAN Pertandingan ini akan dijalankan dalam tiga peringkat iaitu Pusingan Awal (Peringkat Negeri). Pusingan Kedua (Peringkat Zon), dan Pusingan Akhir (Peringkat Kebangsaan). Semua peserta yang mewakili negeri akan diberi Sijil Penyertaan yang akan diuruskan oleh Jawatankuasa Induk. Pihak penganjur akan memberi garis panduan terperinci untuk pelaksanaan pertandingan Pusingan Awal. 4.1 Pusingan Awal Peringkat Negeri (Jun 2006 – Julai 2006)

Upload: awangkuomar

Post on 14-Aug-2015

451 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ko akademik

TRANSCRIPT

Page 1: Kuiz Sejarah Dan Patriotisme

KUIZ SEJARAH DAN PATRIOTISME Peringkat Kebangsaan 2006

1. PENDAHULUAN

Kuiz Sejarah Malaysia bagi merebut Piala Aminuddin Baki dianjurkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 1978. Kuiz ini diadakan di setiap negeri bagi mencari wakil untuk ke peringkat akhir. Pada tahun 1987 kuiz ini tidak lagi diadakan kerana kekurangan peruntukan dan penaja yang sanggup membiayai kos pengajaran. Bagaimanapun beberapa negeri masih meneruskan penganjuran kuiz di peringkat negeri masing-masing. Sempena sambutan Jubli Emas pada tahun 2003, PSM menganjurkan kuiz ini kembali dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. OBJEKTIF

2.1 Menggalakkan pelajar menjalankan kajian dan penyelidikan tentang sejarah tempatan, negeri dan negara Malaysia.

2.2 Menimbulkan kesedaran, minat dan penghayatan di kalangan pelajar terhadap sejarah Malaysia

2.3 Menggalakkan Guru dan Persatuan Sejarah di sekolah membantu pelajar membuat kajian dan penyelidikan Sejarah Malaysia

2.4 Memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar

3. PENYERTAAN

Terbuka kepada semua sekolah menengah di seluruh negara. Setiap sekolah hanya dibenarkan alwakil oleh satu pasukan sahaja dengan setiap pasukan mengandungi tiga peserta utama dan seorang peserta simpanan. Setiap negeri juga hanya dibenarkan menghantar stu pasukan (satu sekolah) sahaja sebagai wakil. Seorang Guru Pengiring akan mengiringi setiap pasukan yang bertanding.

4. PELAKSANAAN

Pertandingan ini akan dijalankan dalam tiga peringkat iaitu Pusingan Awal (Peringkat Negeri). Pusingan Kedua (Peringkat Zon), dan Pusingan Akhir (Peringkat Kebangsaan). Semua peserta yang mewakili negeri akan diberi Sijil Penyertaan yang akan diuruskan oleh Jawatankuasa Induk. Pihak penganjur akan memberi garis panduan terperinci untuk pelaksanaan pertandingan Pusingan Awal.

4.1 Pusingan Awal Peringkat Negeri (Jun 2006 – Julai 2006)

Pihak Jabatan Pelajaran Negeri akan diminta menganjurkan pertandingan peringkat daerah dan negeri bagi memilih satu pasukan untuk mewakili negeri masing-masing. Pusingan Awal akan diuruskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Pelajran Daerah Kecil dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan di setiap negeri, bantuan kewangan akan diberikan oleh pihak penganjur kepada setiap Jabatan Pelajaran Negeri. Nama pasukan yang mewakili negeri mesti diserahkan kepada pihak penganjur selewat-lewatnya pada akhir bulan 2006.

Page 2: Kuiz Sejarah Dan Patriotisme

4.2 Pusingan Kedua / Peringkat Zon (16 Ogos 2006)

Pihak Jabatan Pelajaran Negeri yang menjadi tuan rumah akan diminta menganjurkan pertandingan Peringkat Zon dan akan diberikan bantuan kewangan oleh pihak penganjur.

4.2.1 Pembahagian zon yang merangkumi beberapa negeri adalah seperti berikut;-

Zon 1 - Perlis, Kedah, Pulau Pinang, PerakZon 2 - Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, W.P. Kuala LumpurZon 3 - Kelantan, Pahang, Johor, TerengganuZon 4 - Sabah, Sarawak, W.P. Labuan

4.2.2 Tuan rumah yang ditetapkan untuk menguruskan pertandingan bagi setiap zon adalah seperti berikut:

Zon 1 - PerlisZon 2 - Negeri SembilanZon 3 - JohorZon 4 - Sarawak

4.3 Pusingan Akhir / Peringkat Kebangsaan (September 2006)

Jawatankuasa Induk di peringkat pusat akan menguruskan Pusingan Akhir yang akan melibatkan pertandingan antara empat pasukan yang mewakili empat (4) zon. Pihak penganjur akan membiayai penginapan, makan, minum, danelaun perjalanan peserta dan seorang guru pembimbing. Maklumat terperinci akan dimaklumkan kepada semua peserta yang terlibat.

5. BENTUK PERTANDINGAN

5.1 SKOP SOALAN

Soalan kuiz di Peringkat Negeri digalakkan memberi tumpuan kepada sejarah negeri berkenaan. Soalan bagi Peringkat Zon dan Peringkat Kebangsaan adalah berkaitan Sejarah Malaysia sehingga tahun 2000, berpandukan sukatan pelajaran sejarah sekolah menengah (tingkatan 1 – 5)

5.2 PENYEDIAAN SOALAN

Pihak penganjur akan melantik panel penggubal soalan yang akan menyediakan soalan untuk digunakan di Peirngkat Zon dan juga di Peringkat Kebangsaan Jawatankuasa Penganjur di Peringkat Negeri diberi kebebesan untuk menyediakan soalan dan digalakkan memberi imbangan yang wajar kepada sejarah negeri masing-masing.

5.3 BENTUL SOALAN

Soalan boleh diberikan dalambentuk objektif, dan subjektif. Bantuan alat audio visual juga akan digunakan seperti yang ditetapkan oleh panel penggubal soalan.

Page 3: Kuiz Sejarah Dan Patriotisme

5.4 SYARAT PERTANDINGAN

5.4.1 Kaedah Mengemukakan Soalan dan Tempoh Menjawab

1. Pertandingan akan dijalankan dalam tiga pusingan. Soalan akan dikemukakan dalam setiap pusingan kepada setiap peserta, dan setiap peserta akan diberikan masa 30 saat untuk menjawab soalan.

2. Penyataan dan soalan akan dibaca dua kali. Jawapan perlu diberikan sekali sahaja setelah Juru Kuiz selesai membaca soalan dan dibuka kepada peserta. Tempoh menjawab tamat apabila loceng (penjaga masa) dibunyikan.

3. Jika peserta tersebut gagal menjawab, seorang peserta lain dari pasukan yang akan diberi peluang selama 15 saat untuk menjawab. Jawapan perlu diberikan sekali sahaja.

4. Jika jawapan yang betul masih gagal diberikan, tempoh 10 saat akan diberikan kepada pasukan lain untuk menjawab dan peluang akan diberikan kepada peserta dari pasukan yang terlebih dahulu menekan ‛buzzer’ sebaik sahaja Juru Kuz membuka peluang untuk menjawab. Jawapan perlu diberikan sekali sahaja.

5. Peserta DILARANG menekan ‛buzzer’ sehingga Juru Kuiz membuka peluang untuk menjawab. Peserta yang tidak mematuhi peraturan ini akan dikenakan pemotongan 1 markah daripada markah keseluruhan yang diperolehi pasukannya.

5.4.2 Pemberian Markah

1. Markah penuh bagi jawapan yang betul ialah tiga (3). Jawapan yang kurang tepat akan diberikan dua (2) atau satu (2) markah berdasarkan keputusan panel juri.

2. Sebanyak dua (2) markah akan diberikan bagi jawapankepada soalan yang sama tetapi dijawab oleh peserta lain dalam pasukan yang sama dan (1) markah akan diberikan bagi jawapan yang kurang tepat berdasarkan keputusan panel juri.

3. Sebanyak satu (1) markah akan diberikan bagi jawapan kepada soalan yang sama tetapi dijawab oleh peserta dari pasukan lain. Jika jawapan yang diberikan salah, satu (1) markah akan dipotong daripada markah keseluruhan pasukan tersebut.

Page 4: Kuiz Sejarah Dan Patriotisme

5.4.3 Penentuan Markah / Pemenang dan Peserta Terbaik

1. Pemberian markah diteentukan oleh panel juri. Jurukuiz dikehendaki merujuk kepada panel juri bagi menentukan setiap jawapan dan markah yang diperolehi. Keputusan panel juri adalah muktamat.

2. Panel juri boleh memberi pandangan dan membuat keputusan jika ada sesuatu perkara berlaku sehingga mengganggu kelancran pertandingan.

3. Penentuan markah yang dikumpul oleh setiap peserta salam sesuatu pasukan akan dijumlah bagi menentukan markah pasukan tersebut. Kedudukan markah terkumpul setiap pasukan akan menentukan pemenang tempat pertama bingga tempat keempat. Pasukan yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang.

4. Jika berlaku persamaan markah antara pasukan, soalan tambahan akan diberikan kepada pasukan berkenaan. Jawapan bagi soalan tambahan perlu diberikan secara bertulis. Pasukan dalam kumpulan yang terlibat boleh berbincang bagi menentukan jawapan bagi soalan tambahan. Jika jawapan yang diberikan tepat pasukan itu akan diberikan 1 markah tambahan dan diberikan kedudukan yang lebih tinggi daripada pasukan lain (yang mendapat persamaan markah sebelumnya). Hanya jawapan yang tepat akan diberikan markah. Soalan tambahan akan diteruskan sehingga kedudukan pemenang dapat ditentukan. Tempoh masa selama 10 saat diberikan untuk menjawab soalan tambahan.

5. Peserta yang berjaya mengumpul jumlah markah tertinggi akan diisytihar sebagai peserta terbaik.

5.4.4 Peraturan / Disiplin Pertandingan

1. Peserta tidak dibenarkan berbincang atau menerima sebarang syarat daripada pihak lain ketika pertandingan dijalankan. Jurukuiz dengan merujuk kepada Panel Juri diberi kuala untuk membatalkan pemberian markah kepada mana-mana pasukan yang melanggar syarat pertandingan.

2. Peserta tidak dibenarkan mengemukakan sebarang bantahankepada jurukuiz atau panel juri. Sebanyak satu (1) markah akan dipotong daripada jumlah markah pasukan yang pesertanya tidak mematuhi syarat ini.

3. Peserta mesti berpakaian kemas (seragam sekolah dan mempunyai ketrampilan yang sesuai dengan majlis pertandingan)

3. Sebarang bantahan/aduan boleh dikemukakan kepada Jawatankuasa Induk selepas pertandingan berakhir danmesti dibuat oleh Guru Pembimbing dan Pegawai JPN yang mewakili sekolah dan negeri berkenaan.

6. HADIAH

Page 5: Kuiz Sejarah Dan Patriotisme

6.1 Tempat Pertama - Piala Pusingan Aminuddin BakiWang Tunai RM2,000.00Piala IringanSijil Penyertaan dan Hadiah Iringan

6.2 Tempat Kedua - Wang Tunai RM1,500.00Piala IringanSijil Penyertaan dan Hadiah Iringan

6.3 Tempat Ketiga - Wang Tunai RM1,000.00Piala IringanSijil Penyertaan dan Hadiah Iringan

6.4 Tempat Keempat - Wang Tunas RM750.00Sijil Penyertaan dan Hadiah Iringan

6.5 Peserta Terbaik - Wang Tunas RM200.00

* Peserta terbaik akan dipilih daripada 12 peserta yang menyertai Pusingan Akhir (Peringkat Kebangsaan)

7. PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh dibaut terus kepada:-

1. Ketua Penolong PengarahSektor Hal Ehwal Pelajar, Bahagjan SekolahKementerian Pelajaran MalaysiaPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PUTRAJAYATel: 03-8884 9343 Fax: 03-8884 9342

ii. Setiausaha EksekutifPersatuan Sejarah MalaysiaAras 3, Blok A, Wisma Sabah230, Jalan TunRazak50400 Kuala LumpurTel:j 03-2381 5388/2681 6388 Faks: 03-2681 4388E-mail: [email protected]