kuiz 1

5
Pengajaran Peristiwa 13 Mei 1969 memerlukan kewujudan hubungan etnik yang harmonis. Bincangkan. Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas kemerdekaan iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat di Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba. Peristiwa 13 Mei ini merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei ini. Selain itu, kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Pernyataan bahawa pengajaran Peristiwa 13 Mei 1969 memerlukan kewujudan hubungan etnik yang harmonis memanglah tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagaimana kita ketahui bahawa tanggal 13 Mei 1969 tercetus disebabkan oleh berlakunya pertelingkahan kaum sehingga rusuhan besar terjadi. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Kewujudan jurang antara kaum yang ketara, pengenalan kaum mengikut sosial dan ekonomi, permasalahan dalam pemahaman perlembagaan oleh masyarakat serta perasaan tidak puas hati melihat hak keistimewaan orang Melayu menjadi keutamaan telah menjadi titik tolak kepada tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Terdapat beberapa punca tragedi 13 Mei 1969. Antaranya adalah Dasar Pecah dan Perintah yang diperkenalkan oleh British telah meninggalkan kesan buruk kepada negara. Hal ini telah mewujudkan pemisahan dan pengenalan kaum mengikut ekonomi. Misalnya, orang

Upload: shereen-choo

Post on 17-Jul-2016

48 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Hubungan Etnik

TRANSCRIPT

Page 1: Kuiz 1

Pengajaran Peristiwa 13 Mei 1969 memerlukan kewujudan hubungan etnik yang harmonis.

Bincangkan.

Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik

sejak zaman penjajahan sehingga selepas kemerdekaan iaitu Peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi yang banyak meninggalkan kesan terhadap

politik, ekonomi dan sosial masyarakat di Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan

suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba. Peristiwa 13 Mei ini merupakan suatu rentetan

kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan

Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada

peristiwa 13 Mei ini. Selain itu, kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat

sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah

banyak merenggangkan hubungan antara kaum di Tanah Melayu.

Pernyataan bahawa pengajaran Peristiwa 13 Mei 1969 memerlukan kewujudan

hubungan etnik yang harmonis memanglah tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagaimana kita

ketahui bahawa tanggal 13 Mei 1969 tercetus disebabkan oleh berlakunya pertelingkahan

kaum sehingga rusuhan besar terjadi. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang

dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Kewujudan jurang antara

kaum yang ketara, pengenalan kaum mengikut sosial dan ekonomi, permasalahan dalam

pemahaman perlembagaan oleh masyarakat serta perasaan tidak puas hati melihat hak

keistimewaan orang Melayu menjadi keutamaan telah menjadi titik tolak kepada tercetusnya

tragedi 13 Mei 1969.

Terdapat beberapa punca tragedi 13 Mei 1969. Antaranya adalah Dasar Pecah dan

Perintah yang diperkenalkan oleh British telah meninggalkan kesan buruk kepada negara.

Hal ini telah mewujudkan pemisahan dan pengenalan kaum mengikut ekonomi. Misalnya,

orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina digalakkan tinggal di bandar

manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet. Oleh itu, orang Melayu melihat

perkara ini sebagai tidak adil bagi mereka sebagai penduduk pribumi dan kemarahan orang

Melayu terhadap ketidakadilan ekonomi telah mendorong kepada masalah pepecahan

kaum.

Selain itu, pengistiharaan penubuhan Malaysia pada 1961 oleh Tunku Abdul

Rahman telah menjadi kejutan kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia. Situasi ini telah

mendorong kepada berlakunya ketidakpuasan hati dalam kalangan penduduk. Ketegangan

yang wujud ini ditambah pula dengan rakyat Singapura majoritinya orang Cina dan PAP

yang mempunyai keinginan untuk campur tangan dalam arena politik Tanah Melayu. Oleh

itu, situasi ini telah mendorong kepada penyingkiran Singapura daripada gagasan Malaysia.

Page 2: Kuiz 1

Namun tindakan Lee Kuan Yeew yang meninggalkan legasi PAP di Malaysia iaitu DAP telah

mencetuskan masalah kepada negara.

Di samping itu, ketiadaan hubungan terus-menerus di antara kaum, ditambah pula

dengan anasir-anasir anti-kerajaan yang meluas dalam negara dan tidak memahami

beberapa peruntukan multak dalam perlembagaan Malaysia telah mendorong kepada

rusuhan kaum berlaku. Situasi ini mungkin diakibatkan oleh tidak mempunyai kesediaan

untuk merdeka dengan situasi yang ada pada ketika itu dengan rakyat Melayu yang

terpaksa ‘berkongsi’ negara ini dengan bangsa lain terutamanya kaum Cina dan kaum India.

Terdapat juga beberapa perkara yang mendorong kejadian ini seperti beberapa peruntukan

perlembagaan yang dilihat banyak merugikan orang Melayu, terutamanya dalam hal

kerakyatan. Faktor-faktor ini telah memperjelaskan bahawa hubungan etnik yang harmonis

dapat mencegah rusuhan kaum tersebut.

Peristiwa 13 Mei ini telah menjadi satu era baru untuk Malaysia dan orang Melayu

khususnya. Beberapa kesan langsung yang terjadi akibat daripada 13 Mei adalah

pengisytiharan oleh Duli yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri iaitu darurat

di seluruh negara. Pada masa itu, terdapat banyak sistem awam lumpuh, sistem kenderaan

awam, kereta api, pelabuhan lumpuh akibat rusuhan yang berlaku. Fungsi kerajaan pusat

lumpuh dan mengakibatkan polis dan tentera mengambil bahagian dan berperanan dalam

memastikan keamanan dan mengawal situasi. Sistem kerajaan berparlimen telah

dibubarkan pada 16 Mei 1969. Pilihan raya Sabah dan Sarawak dijadualkan selepas Pilihan

raya Kebangsaan telah ditangguhkan. Kesan yang amat besar adalah dapat dilihat

bagaimana sistem kerajaan berparlimen hanya dapat dipulihkan semula pada 23 Februari

1971. Selama pergantungan parlimen, Majlis Gerakan Rakyat (MEGERAN) telah

berperanan sebagai badan perlaksanaan pentadbiran Negara untuk memupuk perpaduan

antara kaum di negara kita.

Justeru, adalah penting bagi pihak kerajaan untuk merancang cara-cara untuk

membentuk perpaduan kaum bagi melahirkan sebuah negara yang utuh. Dasar Ekonomi

Baru (DEB) yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha yang

bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di

Malaysia. Melalui dasar ini, kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara

golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidakseimbangan

kekayaan terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmoni

akibat rasa tidak puas hati antara satu sama lain. Antara program dan perancangan yang

telah dilaksanakan adalah seperti penyediaan infrastruktur parit dan tali air termasuk

pemberian subsidi dan kredit bagi membolehkan pesawah melaksanakan penanaman padi

Page 3: Kuiz 1

dua kali setahun. Selain itu, kerajaan telah menyediakan skim penanaman semula yang

menggalakkan penggunaan benih kacukan berhasil tinggi, termasuk pemberian kredit dan

subsidi sara hidup serta bantuan untuk pembiakan ikan dan kegiatan ternakan yang

ditujukan kepada pekebun kecil. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan jurang kemiskinan

antara kaum dan seterusnya dapat menjalin hubungan etnik yang harmonis di negara kita.

Ekoran daripada Peristiwa 13 Mei 1969, Jabatan Perpaduan Negara (kini dikenali

sebagai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Negara JPNIN di bawah Kementerian

Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan) ditubuhkan bagi menggerakkan

program-program yang boleh memupuk perpaduan dan muhibah dalam masyarakat.

Selanjutnya, pelbagai program dari Rukun Tetangga sehingga kepada program Sekolah

Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah direka dan dilaksanakan

sebegitu rupa untuk menangani dan memupuk perpaduan serta integrasi secara lebih

menyeluruh. Sebagai contohnya, PLKN adalah untuk membangunkan para remaja agar

lebih patriotik dan cinta akan negara dengan mengisi pelbagai aktiviti yang melibatkan

fizikal, mental, pembinaan karektor, kenegaraan dan kemasyarakatan. Walaupun pada awal

tahun pelaksanaannya menerima pelbagai reaksi dan kritikan lebih-lebih lagi dari segi

pengurusan, namun kini telah diakui okeh pelbagai pihak bahawa program ini dapat

membentuk sikap yang lebih positif dalam kalangan generasi muda pelbagai kaum terhadap

diri, keluarga, masyarakat dan negara. Di samping itu, pergaulan antara etnik juga dapat

diperbaiki dengan penglibatan semua peserta dalam aktiviti kerjasama dan berkumpulan.

Tambahan pula, Rukun Negara telah dibentuk bagi membina satu jati diri yang sama

dalam membina sebuah negara bangsa. Rukun Negara merupakan satu dasar yang dibina

agar menjadi dasar hidup rakyat yang berbilang kaum dan bangsa di Malaysia. Tujuan ini

adalah untuk membina satu masyarakat yang bersatu padu dan merupakan satu bangsa

yang kuat dan maju dalam sebuah negara yang adil, aman dan makmur iaitu negara

Malaysia. Rukun Negara juga sebagai satu lambang perpaduan dan ke arah pembinaan

sebuah negara bangsa yang berdaulat dengan mendukung beberapa prinsip utama yang

mana kesemuanya adalah satu tujuan iaitu membina sebuah negara dan bangsa yang

bersatu. Rukun Negara ini sememangnya dapat memupuk hubungan etnik yang harmonis

dalam kalangan rakyat jelata.

Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek sememangnya banyak memberikan

kesan negatif terhadap negara kita tetapi jika dilihat pula dari satu sudut yang lain, ia

sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia. Melalui peristiwa

berdarah itulah kita kini dapat hidup dan membentuk sebuah negara Malaysia yang aman

damai, harmoni hinggakan menjadi sebutan dunia kerana sebuah negara yang rakyatnya

Page 4: Kuiz 1

berbilang kaum dapat hidup bersama dalam keadaan dan suasana yang aman damai.

Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana

selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku hampir semua pihak mulai sedar dan saling

bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan kini.

Maka perpaduan adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat kerana

perpaduan merupakan matlamat penting bagi pentadbiran dan pembangunan sesebuah

negara. Kesimpulannya, hubungan etnik yang harmonis mampu menjamin keharmonian dan

ketenteraman sesebuah negara.