kuasa asing di negeri2 melayu

Upload: keenureeves

Post on 30-May-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 kuasa asing di negeri2 melayu

    1/10

    PENGENALAN

    Perkembangan sejarah Malaysia merupakan sebuah rentetan peristiwa sejarah

    yang begitu panjang untuk dihayati.1 Pada awal kurun ke-19, sistem politik di negeri-

    negeri Melayu di Malaysia telah mengalami satu perubahan lantaran daripada pergolakan

    dalaman yang berlaku dalam pentadbirannya. Pergolakan yang berlaku di negeri-negeri

    Melayu pada waktu ini bukan sahaja melibatkan Sultan-Sultan atau Raja-Raja bahkan

    turut melibatkan para pembesar di sesetengah kawasan di negeri-negeri Melayu.

    Implikasi daripada keadaan ini telah menyebabkan sistem pentadbiran di negeri-negeri

    Melayu mengalami kemerosotan dan kemunduran. Keadaan ini menjadikan Raja-Raja

    Melayu pada waktu ini merasakan kekuasaan dan kedaulatan mereka sebagai pemerintah

    tergugat. Oleh hal yang demikian, Raja-Raja Melayu di negeri-negeri di Malaysia pada

    awal kurun ke-19 terpaksa meminta bantuan luar bagi mempertahankan dan mengekalkan

    kedaulatan masing-masing.

    PEREBUTAN TAKHTA

    Pergolakan politik yang berlaku di negeri-negeri Melayu pada awal kurun ke-19

    berpunca daripada perebutan takhta yang berlaku dalam kalangan kaum kerabat di raja di

    sesebuah negeri tersebut. Kebiasaannya, perebutan takhta ini berlaku dalam kalangan

    anak-anak raja dan saudara maranya. Hal ini berpunca daripada perasaan ketidakpuasan

    hati terhadap perlantikan salah seorang daripada mereka. Contoh yang jelas dapat dilihat

    1 Mohd Isa Othman, 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur, Utusan Publications &

    Distributors Sdn Bhd. hlm 1.

    1

  • 8/14/2019 kuasa asing di negeri2 melayu

    2/10

    daripada peristiwa yang berlaku di negeri Kedah. Perebutan takhta berlaku di antara

    Sultan Dhiauddin dan Tungku Pangeran selepas kemangkatan ayahanda Tungku

    Pangeran iaitu Sultan Abdullah pada tahun 1798.2 Hal ini berpunca daripada rasa

    ketidakpuasan hati Tungku Pangeran terhadap perlantikan Sultan Dhiauddin sebagai

    Sultan Kedah yang baru. Tungku Pangeran merasakan bahawa hanya baginda sahaja

    yang lebih layak menjadi sultan selepas kemangkatan ayahandanya.3 Baginda merasa

    sedemikian kerana baginda merupakan putera yang sulung kepada Sultan Abdullah yang

    telah mangkat.4 Bagi memastikan kepentingan dan hasratnya tercapai, Tungku Pangeran

    telah meminta bantuan luar iaitu daripada Siam bagi mendapatkan semula takhta yang

    diperolehi oleh Sultan Dhiauddin yang seharusnya dimiliki oleh Tungku Pangeran

    selepas kemangkatan ayahandanya iaitu Sultan Abdullah.5 Siam telah bersetuju memberi

    bantuan kepada Tungku Pangeran untuk menggulingkan Sultan Dhiauddin bagi

    membolehkan Tungku Pangeran menjadi sultan di Kedah. Akhirnya, Tungku Pangeran

    telah berjaya menggulingkan Sultan Dhiauddin dan menjadi sultan di Kedah dengan

    gelaran Sultan Ahmad Tajuddin II atas perkenan pemerintah Siam iaitu Rama I.6 Sultan

    Kedah dapat mengekalkan kedaulatan dan hak istimewa mereka selagi baginda

    mengekalkan sistem naungan di bawah Siam.7 Oleh yang demikian, dapat ditegaskan di

    sini bahawa Sultan Ahmad Tajuddin terpaksa meminta bantuan luar iaitu Siam bagi

    2 Mohd Isa Othman, 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur, Utusan Publications &

    Distributors Sdn Bhd. hlm 31.3 Ibid .., hlm 31.4 Ibid ..,5 Haji Ibrahim Ismail, 2008. Sejarah Kedah sepintas lalu. Sintok, Universiti Utara Malaysia. hlm 42.6 Mohd Isa Othman, 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur, Utusan Publications &

    Distributors Sdn Bhd. hlm 31.7 Dr. Kobkua Suwannathat-Pian, 1991. Masyarakat Melayu Abad Ke-19. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa

    dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. hlm 121.

    2

  • 8/14/2019 kuasa asing di negeri2 melayu

    3/10

    mendapatkan kekuasaan dan mengekalkan kedaulatan legasi pemerintahan Kedah yang

    ditinggalkan oleh ayahandanya, Sultan Abdullah.

    Contoh yang seterusnya dapat dilihat di negeri Johor apabila berlaku perebutan

    takhta di antara dua orang putera Sultan Mahmud III iaitu Tengku Hussin dan Tengku

    Abdul Rahman pada tahun 1812.8Hal ini berpunca daripada Yamtuan Muda Jaafar yang

    melantik Tengku Abdul Rahman sebagai sultan selepas kemangkatan ayahandanya.

    Namun, mengikut pewarisan takhta selayaknya Tengku Hussin yang dilantik menjadi

    sultan kerana baginda merupakan anak yang sulung kepada Sultan Mahmud III. Yamtuan

    Muda Jaafar telah menggunakan alasan bahawa ketiadaan Tengku Hussin pada hari

    pemakaman ayahandanya untuk melantik Tengku Abdul Rahman sebagai sultan.9

    Keadaan ini menyebabkan timbulnya rasa ketidakpuasan hati pada Tengku Husin dan

    baginda merasakan bahawa perlu untuk baginda mendapatkan kembali takhta yang

    sepatutnya menjadi milik baginda. Bagi memenuhi hasratnya itu, Tengku Hussin terpaksa

    mendapatkan bantuan luar iaitu British untuk menandingi kuasa dan pengaruh Tengku

    Abdul Rahman.10 Hal ini secara jelas telah membuktikan bahawa perebutan takhta di

    Johor telah menyebabkan Tengku Hussin terpaksa meminta bantuan luar iaitu British

    bagi menjaga kedaulatan dan haknya.

    Selain itu, perebutan takhta turut berlaku di negeri Kelantan. Perebutan takhta

    yang berlaku melibatkan kaum kerabat dengan para pembesar.11 Perebutan takhta berlaku

    di antara Tengku Muhammad dengan Long Muhammad. Pada mulanya Tengku

    Muhammad telah dilantik menjadi Sultan kerana pengaruh Sultan Mansur yang

    8 Mohd Isa Othman, 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur, Utusan Publications &

    Distributors Sdn Bhd. hlm 20.9 Ibid., hlm 20.10 Shaharom Husain, 1995. Sejarah Johor ( Kaitan Dengan Negeri Melayu). Kuala Lumpur, Penerbit Fajar

    Bakti Sdn Bhd. hlm 55.11 Ibid., hlm 56

    3

  • 8/14/2019 kuasa asing di negeri2 melayu

    4/10

    merupakan Sultan Terengganu yang mempunyai pengaruh yang sangat kuat di

    Kelantan.12 Namun, Long Muhammad yang tidak berpuas hati dengan perlantikan

    Tengku Muhammad telah bertindak merampas takhta dan menjadi Sultan Kelantan

    dengan diberi gelaran Sultan Muhammad I.13 Selepas menjadi sultan, Sultan Muhammad

    terpaksa meminta bantuan dan naungan daripada Siam melalui bantuan Ligor kerana

    khuatir dengan ancaman daripada Terengganu.14

    Selepas kemangkatan Sultan Muhammad I pada tahun 1837, masalah perebutan

    takhta sekali lagi berlaku. Hal ini demikian kerana, Sultan Muhammad I tidak

    meninggalkan putera untuk mewarisi takhtanya.

    15

    Perebutan takhta kali ini melibatkan

    Long Jenal dan juga Tuan Senik. Pada permulaannya, Long Jenal telah berjaya menjadi

    Sultan. Namun, Tuan Senik telah bertindak merampas takhta tersebut daripada Long

    Jenal pada tahun 1839 dengan gelaran Sultan Muhammad II.. Hal ini berpunca daripada

    bantuan luar yang diterima oleh Tuan Senik iaitu daripada Siam. Baginda juga telah

    mendapat restu daripada Maharaja Siam yang berkuasa sepenuhnya terhadap Kelantan.16

    Oleh hal yang demikian, dapat ditegaskan di sini bahawa sultan di Kelantan terpaksa

    meminta bantuan Siam bagi mengekalkan kedaulatan dan kekuasaannya dalam

    pentadbiran.

    12 Shaharom Husain, 1995. Sejarah Johor ( Kaitan Dengan Negeri Melayu). Kuala Lumpur, Penerbit Fajar

    Bakti Sdn Bhd. hlm 56.13 Alias Muhammad, 1989.Kelantan: Politik dan Dilema Pembangunan . Kuala Lumpur, Gateway

    Publishing House. hlm 8.14 Ibid., hlm 9.15 Ibid.,16 Ibid., hlm 10.

    4

  • 8/14/2019 kuasa asing di negeri2 melayu

    5/10

    PERSELISIHAN ANTARA PEMBESAR

    Pada awal kurun ke-19, perselisihan dalam pentadbiran bukan sahaja melibatkan

    sultan-sultan malah dalam kalangan para pembesar turut berlaku perselisihan dan

    persengketaan. Perselisihan ini berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti faktor kawasan

    kekuasaan dan ekonomi. Contoh yang jelas dapat dilihat dalam perselisihan antara

    pembesar di Selangor antara Tunku Kudin dan Raja Mahadi. Pertelingkahan ini berpunca

    daripada perebutan kawasan perlombongan bijih timah di Selangor.17 Keadaan ini

    menjadi bertambah gawat apabila tercetusnya pergaduhan di antara pelombong Cina iaitu

    antara puak Hai San yang memihak kepada Tunku Kudin dan puak Ghee Hin yang

    memihak kepada Raja Mahadi18. Namun, Tunku Kudin merasakan kedudukannya

    tergugat akibat kekuatan yang dimiliki oleh Raja Mahadi melebihi kekuatan beliau. Oleh

    hal yang demikian, beliau terpaksa meminta bantuan British bagi menjamin kekuasaan

    beliau di kawasan lombong bijih timah di Selangor19 Oleh itu, dapat ditegaskan bahawa

    Tunku Kudin terpaksa meminta bantuan luar iaitu British bagi menjamin kekuasaannya

    terhadap kawasan perlombongan bijih timah di Selangor.

    Selain itu, di Negeri Sembilan turut berlaku persengketaan antara para pembesar.

    Contoh yang jelas dapat dilihat pada tahun 1860, berlakunya persengketaan antara Datuk

    Klana Sendeng dan juga Datuk Bandar Kulop Tunggal.20 Pertelingkahan ini berpunca

    daripada tindakan Datuk Bandar yang menjalankan pengutipan cukai di Sungai Ujong.

    Keadaan ini telah menimbulkan rasa ketidakpuasan hati pada Datuk Klana terhadap

    17 Alias Muhammad, 1989.Kelantan: Politik dan Dilema Pembangunan Kuala Lumpur, Gateway

    Publishing House. hlm 57.18 Ibid., hlm 9819 Ibid., hlm 5820 Ibid., hlm 136

    5

  • 8/14/2019 kuasa asing di negeri2 melayu

    6/10

    Datuk Bandar.21Namun, Datuk Bandar mempunyai pengaruh yang sangat kuat di Sungai

    Ujong. Keadaan ini menjadikan Datuk Klana merasakan kedudukannya di Sungai Ujong

    tergugat lantaran daripada pengaruh Datuk Bandar yang kuat di Sungai Ujong.22

    Oleh hal yang demikian, Datuk Klana terpaksa meminta bantuan luar iaitu British bagi

    mengekalkan kekuasaan dan kedaulatannya di Sungai Ujong. Keadaan ini jelas

    menunjukkan bahawa Datuk Klana terpaksa meminta bantuan luar iaitu British bagi

    mengekalkan kekuasaannya di Sungai Ujong.

    ANCAMAN DARIPADA KUASA LUAR

    Sementara itu, pada awal kurun ke-19 turut terdapat ancaman dari kuasa luar yang

    lain terutamanya Siam. Ancaman daripada kuasa luar ini telah menyebabkan negeri-

    negeri terpaksa tunduk kepada kekuasaan kuasa luar tersebut. Keadaan ini jelas dapat

    dilihat dalam peristiwa yang berlaku di negeri Terengganu pada awal kurun ke-19.

    Peristiwa yang melibatkan ancaman daripada kuasa luar berlaku pada tahun 1785 apabila

    Siam telah menghantar wakilnya iaitu Jeneral Wang Na Surasiha untuk memberi

    perutusan kepada raja-raja Melayu termasuk kepada Sultan Terengganu. Terengganu

    yang menyedari tidak mampu melawan kekuasaan Siam telah tunduk kepada kekuasaan

    Siam. Hal ini ditambah lagi setelah melihat Raja Patani dihukum dengan kekerasan

    kerana enggan tunduk kepada Siam.23 Kehadiran Britsh di Pulau Pinang digunakan oleh

    Terengganu untuk meminta bantuan. sultan Terengganu terpaksa meminta bantuan

    British kerana merasakan kedudukannya tergugat. Namun, permintaan Terengganu tidak

    21 Hj. Buyong Adil, 1981. Sejarah Negeri Sembilan ( Siri Sejarah Nusantara). Kuala Lumpur, Dewan

    Bahasa dan Pustaka. hlm 75.22 Khoo Kay Kim, 1984.Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873 . Petaling Jaya, Penerbit Fajar

    Bakti Sdn Bhd. hlm 135.23 Mohd Isa Othman, 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur, Utusan Publications &

    Distributors Sdn Bhd. hlm 38.

    6

  • 8/14/2019 kuasa asing di negeri2 melayu

    7/10

    dilayan oleh British kerana British menganggap mereka tiada sebarang kepentingan

    ekonomi di Terengganu dan Terengganu juga dianggap sebagai kawasan yang tidak

    strategik oleh British. Kesannya, Terengganu terpaksa menghantar bunga mas kepada

    Siam sebagai bukti tunduk kepada kekuasaan Siam.24 Oleh hal yang demikian, dapat

    ditegaskan di sini bahawa kekuasaan Siam yang hebat pada awal kurun ke-19 telah

    menyebabkan Sultan Terengganu terpaksa meminta bantuan luar iaitu British untuk

    menangani ancaman daripada kuasa Siam.

    KETIDAKWIBAWAAN PEMIMPIN

    Pada awal kurun ke-19, sistem politik di negeri-negeri Melayu di Malaysia

    mengalami pergolakan lantaran daripada ketidakwibawaan pemimpinnya. Raja atau

    pembesar yang mentadbir sesebuah kawasan tidak dapat memainkan peranan dengan baik

    bagi memerintah negerinya. Contoh yang jelas menunjukkan ketidakwibawaan pemimpin

    ini dapat dilihat di negeri Sarawak. Pada awal kurun ke-19, Sarawak berada di bawah

    kekuasaan Kesultanan Brunei.25 Namun, penduduk di Sarawak tidak menyukai sistem

    pentadbiran Kesultanan Brunei yang pada ketika itu diwakili oleh Pangeran Mahkota. Hal

    ini telah menyebabkan berlakunya satu pemberontakan yang diketuai oleh seorang

    pembesar tempatan iaitu Datu Patinggi Ali bagi menentang sistem buruh paksa yang

    diperkenalkan oleh Pangeran Mahkota.26 Pemberontakan ini tidak mampu dikawal oleh

    Pangeran Mahkota. Melihat kepada situasi yang berlaku, Sultan Brunei telah menghantar

    seorang lagi wakilnya iaitu Pangeran Muda Hashim bagi membantu Pangeran Mahkota

    24 Mohd Isa Othman, 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur, Utusan Publications &

    Distributors Sdn Bhd. hlm 38.25 Graham Irwin, 1986.Borneo Abad Ke-19. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka & Kementerian

    Pelajaran Malaysia. hlm 94.26 Graham Irwin, 1986.Borneo Abad Ke-19. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka & Kementerian

    Pelajaran Malaysia. hlm 95.

    7

  • 8/14/2019 kuasa asing di negeri2 melayu

    8/10

    mengembalikan keamanan di Sarawak.27 Namun, kedatangan Pangeran Muda Hashim

    tidak diendahkan oleh Datu Patinggi Ali yang tetap meneruskan pemberontakannya.

    Secara kebetulan pula pada waktu itu, Kapal Royalist milik James Brooke telah berlabuh

    di Sarawak.28

    Melihat kepada situasi ini, Pangeran Muda Hashim terpaksa meminta bantuan

    daripada James Brooke bagi menghapuskan pemberontakan yang hebat oleh Datu

    Patinggi Ali. Pangeran Muda Hashim telah menawarkan jawatan Residen Sarawak serta

    menyerahkan Sarawak sekiranya James Brooke berjaya menghapuskan pemberontakan

    daripada Datu Patinggi Ali.

    29

    James Brooke berjaya mematahkan pemberontakan yang

    berlaku di Sarawak dan mendapat habuan yang dijanjikan oleh Pangeran Muda Hashim.30

    Melalui peristiwa ini jelas dapat dilihat bahawa ketidakwibawaan Pangeran Mahkota

    dalam memerintah Sarawak hingga akhirnya Pangeran Muda Hashim terpaksa meminta

    bantuan luar iaitu daripada James Brooke untuk mengembalikan semula keamanan di

    Sarawak.

    KESIMPULAN

    Secara keseluruhannya, raja-raja Melayu di negeri-negeri di Malaysia pada awal

    kurun ke-19 terpaksa meminta bantuan luar untuk mengekalkan kedaulatan masing-

    masing dalam pemerintahan di sesebuah negeri. Hal ini disebabkan berlakunya konflik

    27 Ibid., hlm 96.28 Ibid., hlm 97.29 Ibid., hlm 94.30 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur, Macmillan

    Publishers (M) Sdn Bhd. hlm 144.

    8

  • 8/14/2019 kuasa asing di negeri2 melayu

    9/10

    dalaman seperti perebutan takhta dalam kalangan kerabat di raja seperti yang berlaku di

    Kedah, Selangor dan Kelantan. Selain itu, persengketaan yang berlaku di antara para

    pembesar di sesebuah kawasan juga turut menyebabkan pemerintah terpaksa meminta

    bantuan luar bagi mengekalkan kekuasaannya. Ini dapat dibuktikan daripada peristiwa

    yang berlaku di negeri Selangor dan di Negeri Sembilan. Ancaman daripada kuasa luar

    seperti yang berlaku di Terengganu juga menyebabkan bantuan luar terpaksa ditagih bagi

    memastikan kedaulatan raja-raja terjamin. Di samping itu, kewibawaan pemimpin yang

    lemah dalam mentadbir turut menyebabkan bantuan luar terpaksa diminta bagi

    menyelesaikan masalah dalam pentadbiran sesebuah negeri. Oleh hal yang demikian,

    dapatlah ditegaskan di sini bahawa, raja-raja Melayu di negeri-negeri di Malaysia pada

    awal kurun ke-19 terpaksa meminta bantuan luar bagi mengekalkan kedaulatan masing-

    masing.

    BIBLIOGRAFI

    Alias Muhammad, 1989. Kelantan: Politik dan Dilema Pembangunan. Kuala Lumpur,

    Gateway Publishing House.

    9

  • 8/14/2019 kuasa asing di negeri2 melayu

    10/10

    Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya,1983. Sejarah Malaysia. Kuala

    Lumpur, Macmillan Publishers (M) Sdn Bhd.

    Dr. Kobkua Suwannathat-Pian, 1991. Masyarakat Melayu Abad Ke-19. Kuala Lumpur,

    Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Graham Irwin, 1986.Borneo Abad Ke-19. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka &

    Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Haji Ibrahim Ismail, 2008. Sejarah Kedah sepintas lalu. Sintok, Universiti Utara

    Malaysia.

    Hj. Buyong Adil, 1981. Sejarah Negeri Sembilan ( Siri Sejarah Nusantara). KualaLumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Khoo Kay Kim, 1984.Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873. Petaling Jaya,

    Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

    Mohd Isa Othman, 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963).Kuala Lumpur, UtusanPublications & Distributors Sdn Bhd.

    Shaharom Husain, 1995. Sejarah Johor ( Kaitan Dengan Negeri Melayu). Kuala Lumpur,

    Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

    10