k.tindakan - seni dlm tingkah laku

8
1 “ SAYA SUKA KALAU DIA CANTIK ” Muhammad Syafiq Bin Saroni Tuan Haji Azhari Bin Haji Muhamood ABSTRAK Tumpuan dan fokus yang diberikan oleh murid di dalam kelas memainkan peranan penting terhadap tahap kejayaan guru dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kaedah pengajaran guru dikatakan menjadi langkah penting untuk menarik perhatian dan tumpuan murid yang sukar memberi tumpuan di dalam kelas. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan teknik warna dalam terapi seni bagi meningkatkan tumpuan murid semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terutamanya pelajar yang terdiri daripada kalangan murid Pendidikan Khas. Responden dalam kajian tindakan ini terdiri daripada empat orang pelajar dari kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran yang merupakan murid mengalami ciri-ciri masalah pembelajaran „slow learner‟. Pengkaji menggunakan Model Kajian Somekh (1989) yang mengandungi lapan langkah kajian iaitu mengenalpasti masalah, mengumpulkan data, menganalisis data kajian yang diperoleh, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesahkan perubahan, menganalisis dan menilai data dan langkah akhir putaran seterusnya. Data yang dikutip adalah melalui empat instrumen utama iaitu pemerhatian, rekod persampelan masa, soal selidik dan rekod anekdot. Hasil analisis data mendapati bahawa keempat- empat responden menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi tumpuan semasa belajar, peningkatan terhadap tingkah laku positif dan dapat mengurangkan gejala tingkah laku diskruptif. Keputusan kajian menunjukkan peningkatan tumpuan dan fokus murid semasa belajar, berlakunya pengurangan terhadap gejala tingkah laku negatif dan meningkatkan lagi tingkah laku positif murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran melalui teknik warna dalam terapi seni. PENGENALAN Keberkesanan teknik pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas memainkan peranan penting dalam peningkatan kemahiran dan pencapaian murid terutamanya murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Bagi murid ini, mereka bukanlah seperti kanak-kanak normal yang lain yang mampu memberi sepenuh tumpuan dan komitmen dalam setiap Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) yang dijalankan. Murid-murid Pendidikan Khas ini mempunyai kesukaran dalam memberi tumpuan dan fokus sepenuhnya di dalam P&P. Tumpuan yang mereka berikan juga singkat dan boleh menganggu P&P yang sedang berlangsung. Satu kajian telah dijalankan menggunakan teknik dalam terapi seni iaitu penggunaan warna untuk meningkatkan minat, konsentrasi dan daya tumpuan murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan di dalam kelas. Kajian ini bertujuan melihat sejauh mana tumpuan yang diberikan oleh murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru dengan penggunaan warna dalam terapi seni. Sheila dan Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Oleh itu, teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan amat diperlukan bagi menjamin tumpuan murid yang lebih konsisten di dalam kelas bagi meningkatkan lagi potensi, bakat dan pencapaian mereka. FOKUS KAJIAN Antara masalah yang berlaku sewaktu pengajaran dan pembelajaran ( P&P) di dalam kelas adalah : 1. Murid tidak berminat untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran . Sepanjang pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung, penglibatan pelajar yang mengambil bahagian untuk melaksanakan tugasan terlalu sedikit dan ia memberi tekanan kepada penyelidik untuk meneruskan aktiviti P&P kerana sesi pembelajaran tidak lancar dan berkesan.

Upload: syafiq-saroni

Post on 02-Jan-2016

89 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

SENI

TRANSCRIPT

Page 1: k.tindakan - Seni Dlm Tingkah Laku

1

“ SAYA SUKA KALAU DIA CANTIK ”

Muhammad Syafiq Bin Saroni

Tuan Haji Azhari Bin Haji Muhamood

ABSTRAK

Tumpuan dan fokus yang diberikan oleh murid di dalam kelas memainkan peranan penting terhadap

tahap kejayaan guru dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kaedah pengajaran guru

dikatakan menjadi langkah penting untuk menarik perhatian dan tumpuan murid yang sukar memberi

tumpuan di dalam kelas. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan

penggunaan teknik warna dalam terapi seni bagi meningkatkan tumpuan murid semasa pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas terutamanya pelajar yang terdiri daripada kalangan murid

Pendidikan Khas. Responden dalam kajian tindakan ini terdiri daripada empat orang pelajar dari kelas

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran yang merupakan murid mengalami ciri-ciri masalah

pembelajaran „slow learner‟. Pengkaji menggunakan Model Kajian Somekh (1989) yang

mengandungi lapan langkah kajian iaitu mengenalpasti masalah, mengumpulkan data, menganalisis

data kajian yang diperoleh, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan, mengumpul

data untuk mengesahkan perubahan, menganalisis dan menilai data dan langkah akhir putaran

seterusnya. Data yang dikutip adalah melalui empat instrumen utama iaitu pemerhatian, rekod

persampelan masa, soal selidik dan rekod anekdot. Hasil analisis data mendapati bahawa keempat-

empat responden menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi tumpuan semasa belajar,

peningkatan terhadap tingkah laku positif dan dapat mengurangkan gejala tingkah laku diskruptif.

Keputusan kajian menunjukkan peningkatan tumpuan dan fokus murid semasa belajar, berlakunya

pengurangan terhadap gejala tingkah laku negatif dan meningkatkan lagi tingkah laku positif murid

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran melalui teknik warna dalam terapi seni.

PENGENALAN

Keberkesanan teknik pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas memainkan peranan penting

dalam peningkatan kemahiran dan pencapaian murid terutamanya murid Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran (PKBP). Bagi murid ini, mereka bukanlah seperti kanak-kanak normal yang lain yang

mampu memberi sepenuh tumpuan dan komitmen dalam setiap Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)

yang dijalankan. Murid-murid Pendidikan Khas ini mempunyai kesukaran dalam memberi tumpuan

dan fokus sepenuhnya di dalam P&P. Tumpuan yang mereka berikan juga singkat dan boleh

menganggu P&P yang sedang berlangsung.

Satu kajian telah dijalankan menggunakan teknik dalam terapi seni iaitu penggunaan warna

untuk meningkatkan minat, konsentrasi dan daya tumpuan murid sepanjang pengajaran dan

pembelajaran yang dilangsungkan di dalam kelas. Kajian ini bertujuan melihat sejauh mana tumpuan

yang diberikan oleh murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru dengan penggunaan warna dalam terapi seni.

Sheila dan Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak

yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Oleh

itu, teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan amat diperlukan bagi menjamin tumpuan

murid yang lebih konsisten di dalam kelas bagi meningkatkan lagi potensi, bakat dan pencapaian

mereka.

FOKUS KAJIAN

Antara masalah yang berlaku sewaktu pengajaran dan pembelajaran ( P&P) di dalam kelas adalah :

1. Murid tidak berminat untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran .

Sepanjang pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung, penglibatan pelajar

yang mengambil bahagian untuk melaksanakan tugasan terlalu sedikit dan ia memberi tekanan kepada

penyelidik untuk meneruskan aktiviti P&P kerana sesi pembelajaran tidak lancar dan berkesan.

Page 2: k.tindakan - Seni Dlm Tingkah Laku

2

2. Tumpuan murid sewaktu P&P terlalu singkat dan konsentrasi tidak konsisten.

Setelah beberapa sesi pengajaran berlangsung, murid boleh melaksanakan tugasan mengikut arahan

yang saya berikan. Namun, tumpuan dan fokus mereka terhadap pembelajaran yang saya rancang dan

jalankan hanya seketika.

3. Berlaku tingkah laku menganggu ( tingkah laku negatif) .

Kurangnya tumpuan dan minat pelajar terhadap P&P, ia menimbulkan beberapa tingkah laku negatif

sesama murid. Antaranya seperti menganggu kerja rakan, mencuit dan memukul rakan, bercakap-

cakap dan bersembang sesama rakan, melakukan kerja lain selain arahan guru, membuat bising dan

sebagainya. Ini menimbulkan rasa kurang senang dan mengganggu kelancaran P&P.

Objektif Kajian :

1. Meningkatkan tumpuan murid di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

2. Mengurangkan tingkah laku negatif murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran

berlangsung.

3. Meningkatkan tingkah laku positif murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Soalan Kajian :

1. Bagaimanakah tumpuan murid dapat ditingkatkan dalam pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas?

2. Bagaimanakah tingkah laku murid dapat dikawal semasa pengajaran dan pembelajaran

berlangsung ?

3. Bagaimanakah tingkah laku positif murid dapat ditingkatkan dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran?

SOROTAN LITERATUR

Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) telah

dijalankan oleh Barry (1976) dalam Hanisah dan rakan-rakan (2010). Kajian Barry berkenaan

keberkesanan arahan dan gambar berwarna yang realistik dan bukan realistik. Dalam kajian ini, beliau

telah menguji dua teori yang berlainan tentang kepentingan warna dalam pembelajaran dengan alat

pandang. Hasil kajian beliau mendapati warna memberi suatu dimensi untuk pemahaman yang lebih,

iaitu pelajar dapat sesuatu gambaran yang lebih tepat akan sesuatu bahan atau perkara dan

menyenangkan lagi penyimpanan maklumat. Manakala fungsi warna pula adalah sebagai kod yang

menyenangkan ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej.

Kajian tindakan Zaridah Zuber (2002) dari Sekolah Kebangsaan Seri Manjong, Perak yang

bertajuk “Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar bagi Murid Tahun 2 Pandai

Menggunakan Teknik Warna” ini melibatkan seramai 44 orang murid yang terdiri daripada 25 orang

lelaki dan 19 orang perempuan. Pengkaji menjalankan kajian ini bertujuan membantu murid-murid

yang lemah dalam menguasai penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Beliau

telah mencantumkan pensel warna biru dengan pensel murid. Kemudian murid akan menulis huruf

besar menggunakan pensil warna tersebut. Kajian beliau ini mendapati melalui warna berlakunya

peningkatan yang amat memuaskan dalam penulisan huruf besar murid-muridnya.

Satu lagi kajian berkenaan penggunaan warna pada bahan bantu mengajar telah dijalankan

oleh Norma Binti Haji Hassan (2004). Kajiannya yang bertajuk “ Hubungan Di Antara Penggunaan

Bahan Bantu Mengajar Dengan Minat Pelajar Tahun Lima Di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan

Chepa, Kelantan”. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk melihat hubungan di antara penggunaan

Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar terhadap subjek Matematik. Di samping itu, ia juga

bertujuan untuk memastikan apakah ciri-ciri serta jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang berupaya

menarik minat pelajar. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan yang positif di antara

penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Dalam pemilihan bahan pula, faktor ciri

Page 3: k.tindakan - Seni Dlm Tingkah Laku

3

dan jenis bahan bantu mengajar juga perlu diambil kira dan diberi perhatian oleh guru dan salah

satunya adalah penekanan dalam aspek warna.

Sabri Bin Sallehuddin (2010) dalam kajiannya yang bertajuk “Meningkatkan Minat Pelajar

Mempelajari Kemahiran Asas Mewarna Menggunakan Roda Warna Dalam Pembelajaran Pendidikan

Seni Visual”. Kajian beliau menggunakan kaedah pendekatan pengajaran “roda warna” bagi

memudahkan para pelajar memahami dan meminati pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kajian ini

dilakukan terhadap 31 orang pelajar Tingkatan 4 Ibnu Hatem yang pencapaiannya sederhana dan

lemah. Hasil dapatan kajian, pelaksanaan kaedah roda warna didapati banyak memberi peningkatan

dalam pencapaian keputusan pelajar dan ia menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas.

Berdasarkan kajian-kajian ini, jelas menunjukkan aspek warna penting dalam proses

Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P) yang berlaku di dalam kelas. Sorotan kajian literatur inilah yang

memberikan saya ilham dan cuba menjejak langkah untuk melaksanakan satu kajian berkaitan warna

dalam penggunaan BBM berkesan yang mampu untuk meningkatkan lagi minat dan tumpuan murid

di dalam kelas.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

Pengkaji telah memilih model kajian tindakan Teori Somekh (1989) sebagai tunjang kepada model

kajian. Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial

yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk

memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Terdapat 8 langkah dalam teori ini iaitu :

Rajah 1 : Teori Somekh (1989)

Langkah 1 :

Langkah pertama dalam proses kajian tindakan ini adalah mengenalpasti masalah di mana pengkaji

perlu mengumpul data dan membuat pemerhatian terhadap permasalahan yang berlaku di dalam kelas

pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat melalui sesi P&P yang berlangsung dan skop kepada

permasalahan pelajar perlu difokuskan.

Langkah 2 :

Langkah kedua adalah mengumpulkan data daripada sampel kajian di mana pengkaji menggunakan

beberapa kaedah untuk mengenalpasti sebab berlakunya kelemahan pelajar dalam tumpuan murid

Putaran Seterusnya

Analisis Dan Menilai

Mengumpul Data Untuk Sahkan Perubahan

Melaksanakan Pelan Tindakan

Merancang Pelan Tindakan

Menganalisis Data/ Membentuk Hipotesis

Mengumpul Data

Analisis Data/ Mengenalpasti Dan Fokus Masalah

Page 4: k.tindakan - Seni Dlm Tingkah Laku

4

memberi fokus di dalam kelas. Pemerhatian dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung bagi melihat sendiri perilaku dan sikap murid terhadap tumpuan dan fokus mereka di

dalam kelas.

Langkah 3 :

Menurut Model Somekh, langkah ketiga adalah menganalisis data kajian yang diperolehi daripada

sampel kajian yang dilakukan. Berdasarkan kajian, pelaksanaan kaedah pemerhatian mendapati 4

daripada 10 pelajar dalam kelas Bestari menunjukkan sikap tidak berminat untuk belajar dan sukar

memberikan tumpuan sewaktu berada di dalam kelas. Tumpuan yang diberikan juga singkat dan tidak

konsisten. Lanjutan itu, time sampling, soal selidik dan rekod anekdot telah dibuat bagi mengukuhkan

lagi penyelesaian permasalahan yang berlaku.

Langkah 4 :

Langkah keempat dalam Model Somekh adalah merancang pelan tindakan . Pengkaji telah merancang

untuk menggunakan teknik warna dalam terapi seni menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang

berkesan. Pengkaji percaya faktor warna memberi kesan yang amat mendalam terhadap minat dan

fokus murid terhadap pembelajaran mereka.

Langkah 5 :

Langkah kelima adalah melaksanakan pelan tindakan. Empat aktiviti telah dijalankan.

Rajah 2 : Aktiviti Pelaksanaan Pelan Tindakan

Langkah 6 :

Langkah keenam ialah mengumpul data untuk mengesahkan perubahan di mana dapatan kajian

didatakan berbentuk jadual kerana lebih mudah dianalisis. Ciri yang hendak dinilai amat jelas

dinyatakan dan dimensi prestasi dan tahap pencapaian untuk ciri tersebut telah dikenalpasti.

Langkah 7 :

Langkah ketujuh adalah menganalisis dan menilai keberkesanan kaedah penggunaan warna dalam

terapi seni pada bahan bantu mengajar ( BBM ) untuk meningkatkan tumpuan dan minat murid.

Dalam langkah ini, data yang dikumpul telah dianalisis. Daripada bentuk jadual dipindahkan kepada

bentuk graf mengikut kaedah skala perkadaran. Tahap kejayaan kajian dinilai di sini.

Langkah 8 :

Langkah yang terakhir adalah putaran seterusnya, di mana kajian tindakan yang sama atau yang baru

perlu dijalankan bergantung kepada kejayaan atau kegagalan di dalam kajian ini. Jika kajian yang

dijalankan tidak memberi kesan pada tumpuan murid dalam pembelajaran saya, penambahbaikan

perlu dilakukan dalam kaedah agar aktiviti yang kurang memberansangkan dapat dimurnikan.

AKTIVITI 1

MARI CAM SAYA

Langkah 1 : Kenali saya

Langkah 2 : Warnakan saya !

AKTIVITI 2 :

CANTIK TAK SAYA?

Langkah 1 : Apa warna saya?

Langkah 2 : Saya Cantik

AKTIVITI 3 :

DOH BERWARNA

Langkah 1 : Sila Uli Saya

Langkah 2 : Bentukkan Saya

AKTIVITI 4 :

TOKEN BERWARNA

(dijalankan pada aktiviti 1,2 3)

Token bintang merah -tingkah laku negatif

Token bintang biru -tingkah laku positif.

Page 5: k.tindakan - Seni Dlm Tingkah Laku

5

DAPATAN DAN REFLEKSI

1. Analisis Keputusan Soal Selidik

Soal selidik yang saya jalankan bertujuan untuk menilai perubahan yang berlaku terhadap tumpuan

yang diberikan oleh responden sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pemerhatian

telah dibuat semasa tinjauan pra dan tinjauan pos. Data melalui soal selidik dikumpul dan dijadualkan

seperti di bawah :

Jadual 1 : Perbandingan Nilai Min Soal Selidik

ITEM / SOALAN TINJAUAN

PRA (min)

TINJAUAN

POS (min)

1. Adakah murid aktif semasa

pengajaran dan pembelajaran

dijalankan?

5/4 = 1.25 19/4 = 4.75

2. Adakah murid mendengar arahan

guru?

7/4 = 1.75 20/4 = 5

3. Adakah murid kerap bertanya

soalan ?

4/4 = 1 18/4 = 4.5

4. Adakah murid mempunyai

semangat ingin tahu dan ingin

mencuba sendiri?

8/4 = 2 20/4 = 5

5. Adakah murid memberikan fokus

ketika guru mengajar?

4/4 = 1 16/4 = 4

Rajah 3 : Graf Perbandingan Nilai Min Soal Selidik

Peningkatan nilai min berdasarkan jadual soal selidik di atas jelas menunjukkan keberkesanan teknik

warna dalam kajian ini dapat meningkatkan tumpuan murid semasa pengajaran dan pembelajaran. Ini

secara tidak langsung telah menjawab soalan kajian yang pertama iaitu adakah warna dalam terapi

seni dapat meningkatkan tumpuan murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

2. Analisis Keputusan Rekod Persampelan Masa ( Time Sampling )

Pemerhatian tidak berstruktur ini telah dijalankan bagi memerhati tingkah laku yang tidak dingini dan

bersifat diskruptif untuk dimasukkan ke dalam data rekod persampelan masa ( time sampling). Setiap

responden diperhati dari sudut gerak geri perilaku yang yang tidak diingini dan dapatan dicatatkan di

dalam rekod persampelan masa. Kajian persampelan masa ini digunakan ketika menjalankan tinjauan

pra dan tinjauan pos bagi melihat perubahan tingkah laku responden. Keputusan data perbandingan

rekod persampelan masa sebelum dan selepas intervensi telah jadualkan seperti di bawah :

Page 6: k.tindakan - Seni Dlm Tingkah Laku

6

Jadual 2 : Perbandingan Rekod Data Persampelan Masa

ITEM TINJAUAN KEKERAPAN ( % )

R 1 R 2 R 3 R 4

Memukul

Rakan

Pra 8 (13.3 %) 6 (10 %) 5 (8.3 %) 5 (8.3 %)

Pos 4 (6.7 %) 2 (3.3 %) 1 (1.6 %) 4 (6.7 %)

Mencuit Rakan Pra 7 (11.7 %) 8 (13.3 %) 4 (6.7 %) 6 (10 %)

Pos 2 (3.3 %) 4 (6.7 %) - ( 0%) 3 (5 %)

Bercakap /

Berbual

Pra 10 (6.7 %) 7 (11.7 %) 4 (6.7 %) 3 (5 %)

Pos 5 (8.3 %) 2 (3.3 %) 1 (1.6 %) - ( 0%)

Keluar Kelas Pra 4 (6.7 %) 5 (8.3 %) 2 (3.3 %) 1 (1.6 %)

Pos 1 (1.6 %) 1 (1.6 %) - ( 0%) - ( 0%)

Tak Dengar

Arahan

Pra 9 (15 %) 5 (8.3 %) 5 (8.3 %) 6 (10 %)

Pos 4 (6.7 %) - ( 0%) 2 (3.3 %) 2 (3.3 %)

Melalui keseluruhan data yang telah ditunjukkan, jelas menunjukkan penurunan yang sangat baik

terhadap kekerapan responden melakukan tingkah laku yang tidak diingini. Ini sekaligus memberi

jawapan kepada keberkesanan teknik warna dalam mengawal tingkah laku negatif murid semasa

pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung dan seterusnya menjawab kepada soalan kajian

tindakan ini.

3. Analisis Keputusan Rekod Anekdot ( Berdasarkan Aktiviti 4 : Token Warna )

ANALISIS REKOD ANEKDOT AKTIVITI 1 :

Dalam aktiviti 1, pada awalnya murid kurang faham dengan aktiviti token berwarna di mana konsep

mengenai konsep token itu masih kurang jelas dalam pemikiran mereka. Ada yang hanya sambil lewa

dan tidak memberikan tingkah laku positif yang baik pada awalnya. Namun, perubahan tingkah laku

ke arah perilaku yang positif mula kelihatan apabila beberapa responden mula memperoleh token

bintang berwarna biru dan beberapa responden lain masih melakukan tingkah laku negatif dan token

berwarna merah diberikan melalui carta pemerolehan token bintang mereka.

ANALISIS REKOD ANEKDOT AKTIVITI 2 :

Dalam aktiviti 2, perubahan mula ketara apabila semua responden memberikan tingkah laku positif

yang memberangsangkan dari semasa ke semasa sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Responden mula berlumba-lumba mendapatkan token bintang biru yang menandakan

tingkah laku positif ditunjukkan. Namun, tingkah laku negatif masih berlaku namun tingkah laku

mereka masih boleh dikawal setelah pengkaji mengingatkan dari masa ke masa ganjaran peneguhan

ini supaya responden berkelakuan baik.

ANALISIS REKOD ANEKDOT AKTIVITI 3 :

Pada aktiviti 3, perubahan tingkah laku ke arah lebih positif lebih banyak berlaku melalui kaedah

token bintang berwarna ini. Ada beberapa responden seolah-olah ingin membolot kesemua token

bintang biru untuk mendapatkan ganjaran. Mereka dilihat berubah dengan melakukan perkara-perkara

positif sperti lebih suka bertanya, membantu guru, mematuhi arahan guru, tidak membuat bising dan

pelbagai lagi. Hanya sedikit sahaja tingkah laku diskruptif ditunjukkan dan ini memberi kelancaran

kepada sesi pengajaran dan pembelajaran guru.

Page 7: k.tindakan - Seni Dlm Tingkah Laku

7

KESIMPULAN

Segala masalah ini dapat ditangani selepas menjalankan pengajaran dan pembelajaran menggunakan

teknik warna ini. Dengan kaedah ini, murid dilihat lebih fokus dan berminat untuk belajar. Apabila

ini berlaku, keinginan murid untuk menganggu rakan-rakan yang lain pasti akan berkurangan. Mereka

lebih menumpukan perhatian terhadap bahan bantu mengajar ( BBM) yang telah digunakan oleh guru

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak lagi bising dan berjalan-jalan sesuka hati

di dalam kelas kerana mereka mempunyai sesuatu yang boleh dimanfaatkan ketika sesi pengajaran

dan pembelajaran berlangsung.Kesannya, kaedah warna ini memberi ransangan minda untuk murid-

murid tertarik dengan sesuatu yang menarik untuk dipelajari. Dengan keunikan warna dan ditambah

lagi dengan aktiviti yang melibatkan keseluruhan pancaindera digunakan, murid akan bekerja dan

belajar dengan lebih tekun sehinggakan tidak sempat untuk melakukan kerja lain mahupun melakukan

tingkah laku yang tidak diingini.

Melalui hasil dapatan kajian tindakan di Sekolah Kebangsaan Tualang Tinggi ini, kaedah

warna dalam terapi seni dilihat dapat menarik murid untuk mengurangkan tidak laku yang tidak

diingini dan meningkatkan lagi tumpuan serta memberikan fokus dan konsentrasi yang lebih stabil

kepada murid. Samada lambat mahupun cepat seseorang murid itu memahami apa yang kita ajarkan

adalah bergantung kepada kebolehan dan keupayaan mereka mencerap sesuatu ilmu yang diberikan

berikutan mereka ini sememangnya terdiri daripada anak-anak istimewa.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AMALAN

Berdasarkan dapatan kajian ini, terdapat beberapa langkah yang boleh diperbaiki dalam

penambahbaikan amalan. Cadangan saya adalah seperti berikut :

1.Penggunaan Kaedah Secara Meluas

Pengkaji mencadangkan kaedah warna dalam terapi seni ini tidak hanya digunakan oleh pelajar

Pendidikan Khas sahaja, namun ia perlu digunakan kepada kesemua pelajar yang ada di sekolah-

sekolah tidak kiralah untuk arus perdana , kelas pemulihan, prasekolah ataupun kelas pendidikan

khas. Ini kerana, pengkaji yakin ia dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan meningkatkan lagi

kemahiran yang ada pada guru.

2.Aktiviti Berkumpulan

Melalui kajian yang saya jalankan ini, tidak semua aktiviti saya jalankan secara berkumpulan tetapi ia

lebih bersifat individu. Apa yang ingin saya cadangkan adalah supaya pnyelidik-penyelidik selepas ini

dapat mengamalkan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kolaboratif iaitu berkumpulan bagi

melibatkab pembabitan murid secara menyeluruh.

3.Mempelbagaikan Seni Dalam Bentuk Animasi

Dalam kajian saya, saya lebih banyak mengaitkan pelajar tentang kewujudan alatan maujud. Saya

merasakan ia dapat dipelbagaikan dengan menggunakan kaedah animasi yang lebih berwarna warna

dan interaktif di samping bantuan dan penataan cahaya dan bunyi lebih menarik dan berkesan.

SENARAI RUJUKAN

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (2008)

Buku Manual Kajian Tindakan - Edisi Ketiga, Kementerian Pelajaran Malaysia : Wilayah

Persekutuan Putrajaya.

Hanisah Bt. Mohamed, Hamidah Bt Ismail, Akmal Alifah Bt Luk,Noor Hayati Bt Osman Mohd

Redzuan Bin Hussin (2010). Model Dan Teori Perkembangan Awal Kanak-Kanak. Universiti

Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Page 8: k.tindakan - Seni Dlm Tingkah Laku

8

Noraziah Abdul Hamid dalam Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid. (1988) Alat Bantu

Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. Selangor : Siri Pendidikan Longman Malaysia Snd.

Bhd.

Norma Binti Haji Hassan (2004) “Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Dengan Minat Pelajar Tahun Lima Di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung. Malim, Perak Darul Ridzuan.

Sabri Bin Salehudin (2010). Meningkatkan Minat Pelajar Mempelajari Kemahiran Asas Mewarna

Menggunakan Roda Warna Dalam Pembelajaran Pendidikan Seni Visual. SMK Temerloh

Jaya,Temerloh, Pahang.

Safani Barri. (2006). Pengenalan Kepada Pendidikan Khas. Kuala Lumpur : Open University

Malaysia ( OUM )

Syed Ismail Bin Syed Mustafa, Ahmad Subkhi Miskon (2010) Budaya Dan Pembelajaran. Puchong,

Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Zaridah binti Zuber (2002) “Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar bagi Murid Tahun

2 Pandai Menggunakan Teknik Warna. Manjong, Perak Darul Ridzuan.