ksj puisi tradisional pantun 4 kerat agama

9
KAJIAN ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG TINGKATAN 1 Puisi Tradisional Pantun Empat Kerat ( Agama) [email protected] cikgubmupsi.blogspot.com

Upload: joe-zulkefli

Post on 25-Jun-2015

4.410 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat agama

KAJIAN ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG

TINGKATAN 1

Puisi TradisionalPantun Empat Kerat

( Agama)

[email protected]

Page 2: Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat agama

MaksudKemumu di dalam semak, Jatuh melayang selaranya; Meski ilmu setinggi tegak, Tidak sembahyang apa gunanya.

Maksud:Kehidupam manusia yang berilmu menjadi sia-sia jika tidak sembahyang.

Asam kandis asam gelugur, Ketiga asam riang-riang; Menangis di pintu kubur, Teringat badan tidak sembahyang.

• Maksud:Orang yang tidak menunaikan sembahyang akan menyesal selepas meninggal dunia.

[email protected]

Page 3: Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat agama

Kemumu di tengah pekan, Dihembus angin jatuh ke bawah; Ilmu yang tidak diamalkan, Bagai pohon tidak berbuah.

Maksud :Tidak bermanfaat jika tidak mempraktikkan ilmu yang kita ada.

Banyaklah bulan antara bulan, Tidak semulia bulan puasa; Banyaklah tuan serupa tuan, Tidaklah semulia Tuhan Yang Esa.

Maksud :Tuhan Yang Maha Esa tiada tolok bandingnya.

[email protected]

Page 4: Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat agama

Bendahara Datuk Seri Paduka, Memerintah kota dan negeri; Sengsara masuk dalam neraka, Hendaklah kita ingatkan diri.

Maksud :Mengingatkan manusia tentang azab Tuhan pada hari kemudian.

Pohon di kebun habis berbuah, Disambut masak buah rembega; Mohonkan ampun dosa yang sudah, Hendak masuk dalam syurga.

Maksud :Mengingatkan manusia agar bertaubat jika melakukan kesilapan untuk mendapat balasan yang baik di akhirat kelak.

[email protected]

Page 5: Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat agama

Tema dan PersoalanTema

• Menyentuh unsur-unsur kesedaran terhadap kewajipan manusia berpegang teguh kepada ajaran agama ketika hidup di dunia sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat.

Persoalan • Pentingnya mengamalkan suruhan Tuhan dan dan meninggalkan

larangan-Nya. • Segala perbuatan manusia di dunia akan mendapat balasan di akhirat

kelak. • Syurga adalah balasan bagi orang yang baik dan neraka adalah balasan

bagi orang yang jahat. • Pintu taubat sentiasa terbuka kepada orang yang bertaubat dan insaf. • Orang yang meninggalkan sembahyang akan mendapat seksaan api

neraka.

[email protected]

Page 6: Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat agama

Gaya Bahasa

• Unsur alam - pokok kemumu, asam gelugur, bulan, buah rembega

• Simile - bagai pohon tidak berbuah • Perlambangan - syurga (kebaikan), neraka

(kejahatan)

[email protected]

Page 7: Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat agama

Nilai

• Hemah tinggi - mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan memohon kemaafan daripada Tuhan.

• Rasional - mampu berfikir akibat baik dan buruk sesuatu perkara yang dilakukan.

• Kesyukuran • Keinsafan

[email protected]

Page 8: Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat agama

Pengajaran • Kita hendaklah sentiasa mengamalkan segala

suruhan Tuhan. • Praktikkanlah ilmu yang kita ada untuk manfaat

bersama. • Jangan melakukan perbuatan yang dilarang oleh

agama. • Sentiasa menginsafi diri dan berdoa agar Tuhan

mengampunkan dosa kita. • Janganlah kita bersikap apabila sudah ditegur,

barulah sedar daripada kesilapan.

[email protected]

Page 9: Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat agama

Sekian Terima Kasih

[email protected]