krl3043 d042699 rafidah

36
 KRL 3043 LATIHAN ILMIAH TAJUK PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN KANAK-KANAK SINDROM DOWN : KOMUNIKASI VERBAL KUMPULAN UPSI 180(A141 PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO ID NO TELEFON RAFIDAH BINTI ABU BAKAR D20102042699 013 5185228 NAMA TUTOR E-LEAR NING: DR ABDUL RAHIM B RAZ ALLI TARIKH SERA H: 18 OKTO BER 2014 PEMARKAHAN

Upload: marina

Post on 06-Jul-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 1/36

 

KRL 3043

LATIHAN ILMIAH 

TAJUK

PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN KANAK-KANAK SINDROM

DOWN : KOMUNIKASI VERBAL

KUMPULAN

UPSI 180(A141 PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO ID NO TELEFON

RAFIDAH BINTI ABU

BAKAR

D20102042699 013 5185228

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR ABDUL RAHIM B RAZALLI

TARIKH SERAH: 18 OKTOBER 2014

PEMARKAHAN

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 2/36

 

SEKAPUR SIRIH

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana dengan usaha

yang berterusan serta bantuan daripada semua pihak tugasan untuk KRL 3043 Latihan Ilmiah

Bab 1,2 dan 3 ini dapat dihasilkan. Saya berharap agar ianya dapat sedikit sebanyak membantu

saya dalam mendalami ilmu pendidikan khas. Ia juga diharapkan dapat memperbaiki kualiti

amalan guru selain sebagai rangka penilaian bagi diri sendiri untuk meningkatkan kepelbagaian

dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Untuk itu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak

khasnya kepada :

  Pensyarah, Dr Abdul Rahim Razalli

  Pihak pengurusan sekolah khususnya En. Mohd Kamal bin Wahidin,Guru Besar SK Sri

Kinjang yang memberi ruang yang selesa untuk pelajar PJJ.

  Guru-guru Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah.

  Rakan-rakan sekelas Program Pendidikan Khas, UPSI.

  Murid-murid pendidikan khas dan ibu bapa yang telah memberikan kerjasama

sepenuhnya.

Tidak lupa juga kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung dalam membantu

serta bekerjasama sehingga membolehkan tugasan ini disempurnakan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan.

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 3/36

ISI KANDUNGAN

BAB 1: PENGENALAN

PendahuluanLatar Belakang Kajian

Pernyataan Masalah

Kerangka Konseptual

Objektif Kajian

Soalan Kajian

Kepentingan Kajian

Batasan Kajian

Definisi Pembolehubah

Rumusan

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR

Pendahuluan

Teori Dan Konsep Berkaitan

Kajian-kajian Lepas

Rumusan

BAB 3 : METODOLOGI

Pendahuluan

Rekabentuk Kajian

Persampelan

Instrumen Kajian

Analisis Data

Rumusan

Rujukan

Lampiran

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 4/36

TAJUK:

PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI

KALANGAN KANAK-KANAK SINDROM

DOWN : KOMUNIKASI VERBAL

BAB 1

PENGENALAN

1.0  PENDAHULUAN

Kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa merupakan salah satuciri perbezaan individu. Kanak-kanak berkeperluan khas ini merangkumi

golongan kanak-kanak pintar cerdas, kerencatan akal, cacat pendengaran,

 penglihatan atau fizikal, bermasalah pembelajaran atau kesihatan dan sebagainya.

Mereka yang dikenali sebagai berkeperluan khas ini tidak bermakna mereka tidak

 boleh menjadi penyumbang kepada masyarakat dan negara. Mereka tidak wajar

dipinggirkan, malah perlu diberi pendidikan. Bagaimanapun, disebabkan ciri-ciri

istimewa mereka ini, maka pendidikan yang diberikan kepada mereka agak

 berbeza dan ia digelar sebagai Pendidikan Khas.

Pendidikan Khas didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus

untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau

kurang upaya. Pendidikan khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan

 pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah,

hospital atau institusi. Pendidikan khas juga boleh didefinisikan sebagai:

“ Special education means education by special methods appropriate to the

requirements of pupils whose physical, intellectual, emotional or social

developments cannot in the opinion of education authority be adequately

 promoted by ordinary means.” 

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 5/36

Manakala Slavin (1997) pula mendefinisikan pendidikan khas sebagai sebarang

 program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang

 bermasalah seperti kecacatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun

 penambahan kepada pembelajaran biasa di dalam kelas. Kesimpulannya, dapat

dikatakan bahawa pendidikan khas merupakan satu program pendidikan yang

ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta

sosialnya tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal

Dalam menghadapi pelajar-pelajar yang memerlukan pendidikan khas ini,

terdapat ciri-ciri tertentu yang mesti dipatuhi oleh guru-guru pendidikan khas.

Ciri-ciri tersebut ialah ,

a) Guru terlatih  –  Guru-guru terlatih khas merupakan komponen penting dalam

 pendidikan khas. Guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar luar biasa ini

memerlukan latihan tertentu yang khusus digunakan untuk mengendalikan

 program-program yang disediakan untuk pelajar-pelajar tersebut. Setiap guru

terlatih khas haruslah mempunyai kelayakan perguruan yang asas untuk mengajar

 pelajar-pelajar normal supaya mereka mengetahui pertumbuhan dan

 perkembangan normal pelajar-pelajar. Guru pendidikan khas juga perlu

mempunyai sifat kesabaran, kerajinan, sentiasa berikhtiar untuk memperoleh

sesuatu, perlu kreatif, mempunyai hubungan mesra dengan pelajar, perancangan

yang berkesan dan sentiasa bekerjasama dengan guru besar dan rakan sejawat.

 b)Kombinasi kepakaran  –   Selain daripada guru-guru terlatih, pendidikan khas

 juga memerlukan perkhidmatan pakar dari bidang-bidang lain. Antara pakar-

 pakar yang diperlukan ialah pakar psikologi pendidikan, pediatrik, pakar mata,

 pakar telinga, hidung dan tekak, ahli fisioterapi atau terapi pertuturan dan lain-

lain. Pakar-pakar ini memainkan peranan masing-masing dalam mendiagnosis,menilai, melatih dan memberi rawatan perubatan kepada pelajar-pelajar terbabit.

c) Kurikulum Khas  –  Pendidikan khas turut menyediakan satu kurikulum khas

 pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada kurikulum untuk pelajar

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 6/36

normal. Pada amnya, pelajar-pelajar luar biasa akan mengikuti kurikulum sekolah

 biasa yang telah diubah suai untuk memenuhi keperluan-keperluan khas.

d) Objektif Pengajaran Khas  –   Objektif-objektif pengajaran pendidikan khas

haruslah objektif yang nyata dan menekankan dua komponen utama iaitu tingkah

laku yang dapat diperhatikan dan kriteria-kriteria untuk kejayaan berdasarkan

 bilangan atau peratusan gerak balas yang betul (Chua, 1992). Penulisan objektif-

objektif pengajaran jangka pendek selalunya diabaikan oleh guru-guru pendidikan

 biasa, tetapi dalam pendidikan khas objektif pengajaran jangka pendek ini amat

 penting. Objektif-objektif yang dianggap berkesan mempunyai ciri-ciri seperti

 pengkhususan, menjelaskan pencapaian utama yang diingini, perubahan tingkah

laku yang dapat diperhatikan, kriteria pencapaian yang jelas serta berorientasikan

 pelajar dan bukan berorientasikan guru.

e) Penglibatan aktif pelajar  –  Pendidikan khas menghendaki penglibatan pelajar

yang aktif. Kebayakan pelajar-pelajar normal, belajar dengan mendengar ucapan

atau pelajaran diberi oleh guru biasa, tetapi pelajar-pelajar luar biasa perlu

dilibatkan secara aktif untuk membantu mereka menguasai sesuatu tugasan atau

konsep tertentu. Bahan-bahan konkrit perlu digunakan untuk memberi gambaran

kepada pelajar-pelajar buta dengan membuat sentuhan, dan secara tidak langsung

 pelajar-pelajar akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran.

f) Kaedah pengajaran khas  –  Terdapat dua kaedah pengajaran dalam pendidikan

khas iaitu model latihan kebolehan dan model latihan kemahiran. Kaedah ini

menentukan kelemahan pelajar terlebih dahulu, dan kemudian mengajar apa yang

sesuai dengan keperluannya. Model latihan kebolehan menekankan pemulihan

 proses yang mengakibatkan fungsi-fungsi yang kurang dari segi persepsi

 penglihatan, persepsi pendengaran atau persepsi motor. Sementara itu, modellatihan kemahiran bertujuan untuk mengenal pasti gerak balas tertentu yang lemah

atau salah dan kemudian memperkuatkan gerak balas tersebut (Chua, 1992).

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 7/36

1.0.1  Sindrom Down

Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh

kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Istilah sindrom bermaksud

tanda atau ciri dan down iaitu diambil sempena dengan nama seorang doktor dari

British iaitu bernama Dr. John Langdon Down yang berjaya mengumpulkan

kesemua tanda dan punca pada tahun 1866. Sindrom Down ialah kecelaruan

genetik yang menyebabkan kecacatan akal pada kanak-kanak. Selain itu Sindrom

Down Juga merupakan satu penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom

tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak.

Ianya terjadi kerana terdapat tiga salinan kromosom 21 dalam satu sel yang

 biasanya hanya terdapat dua salinan pada kanak-kanak normal.

Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif),

tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya

dikenal pasti semasa kelahiran lagi. Mereka yang mempunyai Sindrom Down

 berkemungkinan mempunyai keupayaan kognitif yang lebih rendah. Menurut

kajian, kebarangkalian seseorang bayi Sindrom Down dianggarkan sekitar 1

kelahiran daripada setiap 800 kelahiran.

Terdapat banyak punca-punca yang menyebabkan sindrom down.Sindrom Down

adalah masalah genetik yang paling kerap berlaku iaitu pada kadar satu dalam

setiap 800 kelahiran. Secara umumnya Sindrom Down boleh disebabkan satu

daripada tiga masalah genetik iaitu non-disjunction, translokasi atau mosaic.

Masalah non- disjunction ( kegagalan kromosom untuk mengasing secara betul

dalam proses meiosis ) berlaku ketika pembentukan telur wanita adalah penyebab

utama Sindrom Down ( 95 peratus daripada kelahiran bayi Sindrom Down ).

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 8/36

Risiko ini meningkat disebabkan oleh faktor peningkatan umur seseorang wanita

dengan kebarangkalian berlaku adalah satu kes dalam 800 kelahiran bagi wanita

yang hamil ketika berusia 30 tahun. Risiko bertambah kepada 1 kes dalam setiap

100 kelahiran apabila wanita mengandung pada usia 40 tahun dan 1 kes dalam 50

setiap kelahiran berlaku jika si ibu melebihi 45 tahun. Ia juga antara penyebab

utama keguguran yang berlaku dalam trismeter yang pertama. Punca utama

 belakunya kejadian itu tidak dapat dipastikan tambahan pula memang diketahui

umum bapa yang menyumbang kepada kromosom berlebihan dan bukan ibu.

Lebih kurang 3 peratus masalah Sindrom Down disebabkan translokasi. Masalah

tranlokasi biasanya terjadi di antara kromosom 14 dan 21. Bagi penyebab ini, ada

kebarangkalian ibu bapa bayi Sindrom Down itu adalah pembawa genetik ini.

Oleh itu, risiko mendapat bayi Sindrom Down adalah tinggi untuk kelahiran

selanjutnya, Sebaik-baiknya ibu bapa menjalani ujian analisis kromosom jika

ingin mempunyai anak lagi apabila penyebab Sindrom Down berkenaan

membabitkan masalah translokasi genetik. Selebihnya, lebih kurang 2 peratus

masalah Sindrom Down disebabkan mosaicism; iaitu bayi yang dilahirkan

menunjukkan ciri-ciri Sindrom Down tetapi berkemungkinan mempunyai IQ

normal.

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 9/36

Rajah 1: Kromosom

Kromosom adalah seperti struktur halusan benang di dapati sel pada badannya di

dapati sel pada badannya. Ia terdiri dari DNA, dan mengandungi segala informasi

mengenai kejadian genetik badan seseorang itu.

Terdapat 23 pasang kromosom dalam setiap sel manusia menjadikannya 46.

Setiap pasang kromosom satu kromosom dari ayah, dan satu lagi dari ibunya. Dua

dari 46 kromosom ini adalah kromosom seks, di panggil X dan Y. Untuk lelaki,

kromosom seks ialah XY manakala kromosom perempuan ialah XX.

Kanak-kanak berkeperluan khas Sindrom Down mengalami pelbagai masalah

kesihatan terutamanya masalah yang berkaitan dengan organ dalaman seperti

 jantung dan usus. Masalah jantung yang dihadapi ialah jantung berlubang.

Masalah jantung berlubang ini ada beberapa jenis iaitu Ventricular Septec Defect

(VSD) iaitu ada lubang yang kecil di antara jantung kiri dan kanan. Selain itu,

 jenis jantung berlubang yang lain adalah Aptrial Septal Defect (ASD) di mana ada

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 10/36

lubang di antara atria kiri dan kanan. Masalah jantung ini akan menyebabkan

darah tidak dapat mengalir mengikut arahnya kerana darah di bahagian kiri dapat

memasuki di bahagian kanan jantung. Ini memberi kesan yang sakit kepada

 jantung kanak-kanak tersebut. Selain itu masalah yang dihadapi berkaitan jantung

ialah saluran ateriosis berkekalan (Patent Ductus Ateriosis / PDA) dan juga

masalah jantung berlubang kebiruan (cynotic spell) iaitu turut menyebabkan

kanak-kanak Sindrom Down itu sukar untuk bernafas. Masalah ini perlu dirawat

melalui perubatan atau pembedahan.

Masalah usus yang dihadapi kanak-kanak Sindrom Down biasanya dikesan

semasa bayi lagi. Di antaranya ialah saluran esofogus yang tidak terbuka (atresia),

 biasanya dikesan semasa 1 hingga 2 hari di mana bayi mengalami sukar untuk

menelan air liurnya atau dikesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak

dapat memasukkan tiub penyedut air perut semasa baru lahir. Saluran usus kecil

duodenum yang tidak terbuka penyepitan yang dinamakan ’Hirshprung Disease’

keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum.

Kebiasaannya bayi akan mengalami masalah ini pada pada hari kedua atau

seterusnya selepas kelahiran di mana perutnya akan membuncit dan susah untuk

mebuang air besar. Selain itu, kanak-kanak ini kemungkinan menghadapi masalah

tiada lubang dubur.

Masalah Hipotairodism juga boleh berlaku terhadap kanak-kanak Sindrom Down

iaitu kanak-kanak kekurangan hormon tairod. Kebarangkalian ia berlaku dalam

10% daripada kanak-kanak Sindrom Down. Hal ini menyebabkan ketidakstabilan

di tulang-tulang kecil bahagian leher yang boleh menyebabkan berlakunya

 penyakit lumpuh (ATLANTOAXIL INSTABILITY). Sebahagian mereka juga

mempunyai risiko menghadapi kanser sel putih iaitu leukemia.

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 11/36

1.1  LATAR BELAKANG KAJIAN

Dalam proses penguasaan bahasa secara lisan, setiap individu telah dibekalkan

dengan suatu alat nurani yang membolehkan mereka mengenali dan memahami

simbol bahasa secara natural. Berbeza dengan penguasaan kemahiran lisan, dalam proses membaca, seseorang itu perlu mengamati, mengingati dan mendengar serta

dapat membezakan bunyi dengan tepat, menyebut simbol huruf yang mewakili

 bunyi tertentu serta menggabungkan sesuatu bunyi bagi membentuk perkataan

dan memindahkan lambang-lambang tadi kepada sistem kognitif bagi tujuan

terjemahan dan pemahaman ( Safiah Osman , 1990 ).

Latar belakang kajian akan menyingkap masalah kajian yang telah dikenal pasti

dan keperluan untuk menjalankan kajian ini. Di sini juga saya akan cuba

menerangkan keadaan semasa atau isu-isu berkaitan yang perlu ditangani dan

 bagaimana kajian ini akan menghasilkan penyelesaian yang diperlukan atau

menjelaskan literatur yang berkaitan dengan kajian ini dan yang menghasilkan

 penemuan signifikan.

Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2006, membaca

adalah satu keupayaan untuk membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi

dan jeda yang betul. Penekanan adalah diberi kepada aspek pemahaman dan

 penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik.

Menurut fahaman terdahulu, membaca semata-mata memindahkan tulisan kepada

suara. Seseorang murid yang menyuarakan tulisan dengan lancar, adalah dianggap

 pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak difahami. Justeru itu, kemahiran

membaca sentiasa dijalankan dengan cara membaca kuat untuk memerhati kepada

kekuatan suara, kelancaran dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan oleh

murid tidak dipedulikan oleh guru yang mengajar.

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 12/36

1.2  PERNYATAAN MASALAH

Istilah ‘ masalah pembelajaran’ mula digunakan pada tahun 1980-an. Menurut

Jamila K.A Mohamed (2005) penggunaan istilah ini diperkenalkan dalam

Laporan Warnock bagi merujuk kepada kanak-kanak dengan keperluan khas.

Istilah learning disability  dan istilah learning difficulty  pula digunakan secara

saling ganti bagi menjelaskan keadaan individu yang mempunyai tahap fungsi

intelek terhad atau sedang berkembang pada tahap lambat berbanding individu

normal. Kategori ini pelbagai misalnya terencat akal, Sindrom Down, autism,

serebral palsi, masalah komunikasi dan perkembangan bahasa, masalah emosi dan

tingkahlaku, kecacatan anggota, hiperaktif, keupayaan mental rendah dan pintar

cerdas. Kanak-kanak ini bukan sahaja menghadapi perkembangan yang lewat,tetapi juga berkaitan dengan kecacatan kompleks dari segi neurologi, psikiatri,

 psikologi dan fisiologi yang member kesan terhadap fungsi pembelajaran kanak-

kanak.

Cara biasa yang digunakan untuk menentukan sama ada kanak-kanak mengalami

kecacatan akal adalah dengan menggunakan kaedah klinikal atau ujian IQ (

intelligence quotient ). Berdasarkan ujian IQ, kanak-kanak terencat akal

dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu ringan (skor IQ 50-75), sederhana ( skor

IQ 30-50), dan teruk ( skor IQ 30 ke bawah). Kanak-kanak terencat akal berbeza

dengan kanak-kanak lain dari segi perkembangan kognitifnya yang agak terhad,

 pemerolehan dan penguasaan bahasanya kurang tepat, perkembangan motor kasar

dan motor halus juga lambat, dan menghadapi masalah dalam perkembangan

kemahiran social dan ciri peribadi seperti kurang daya tumpuan serta masalah

tingkah laku.

Terdapat tiga aspek penting apabila memperkatakan tentang masalah

 pembelajaran kanak-kanak Sindrom Down, iaitu masalah pertuturan, bahasa, dan

komunikasi. Masalah pertuturan yang dialami member kesan terhadap bunyi yang

dikeluarkan oleh kanak-kanak. Perbezaan dari segi kanak-kanak bercakap

menjadi masalah apabila pertuturannya tidak difahami oleh pendengar. Kecacatan

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 13/36

yang berlaku kemungkinan menyebabkan masalah artikulais ataupun fonologi,

iaitu kelewatan dalam upaya mengeluarkan dan menggunakan bunyi. Selain itu,

suara agak kasar atau tiada bunyi apabila kanak-kanak bercakap. Degungan,

sengauan dan kegagapan juga menimbulkan kesan terhadap pertuturan kanak-

kanak.

Masalah bahasa pula dibahgikan kepada bahasa reseptif iaitu kemampuan

memahami dan mengingati apa yang diujarkan oleh orang lain, dan masalah

ekspresif, iaitu kemampuan untuk mengatakan idea atau perasaannya dalam

 bentuk perkataan atau simbol. Masalah dari segi bahasa ini dapat dibahagikan

kepada dua, iaitu perkembangan lambat dan kecacatan berbahasa. Pembelajaran

 bahasa agak lambat dan sukar bagi kanak-kanak Sindrom Down kerana mereka

menghadapi masalah kefahaman akibat perkembangan kognitif yang agak lewat

atau kemungkinan menghadapi masalah pendengaran. Terdapat juga masalah

memori jangka pendek yang menyebabkan kesukaran mengingati ayat yang

 panjang dan hasilnya ialah ayat yang bersifat telegrafik. Kanak-kanak ini juga

menghadapi masalah artikulasi disebabkan oleh kelemahan otot lidah, mulut dan

muka.

Masalah komunikasi akan berlaku pbila pemerolehan bahasa reseptif dan bahasa

ekspresif tidak mencapai tahap fungsian yang sesuai bagi perkembangan mental

kanak-kanak. Kelewatan komunikasi seringkali berlaku dalam komunikasi verbal

kerana kanak-kanak yang mempunyai masalah pemahaman dan penglahiran vocal

akan memilih komunikasi buka verbal sebagai langkah awal dalam komuikasi

mereka. Kajian ini akan melihat pemerolehan komunikasi verbal berdasarkan

 pencapaian kanak-kanak Sindrom Down dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

1.3  KERANGKA KONSEPTUAL

Kajian ini menumpukan perhatian kepada komunikasi verbal dalam pembelajaran

Bahasa melayu. Dalam komunikasi terdapat beberapa unsur penting yang perlu

diperhatikan, iaitu sumber, mesej, saluran dan penerima. Sumber merupakan

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 14/36

 pengetahuan dan kemahiran komunikasi yang ada pada individu. Mesej yang

disampaikan mengandungi struktur, kod, gaya dan seumpamanya. Saluran

memperlihatkan penggunaan pancaindera individu dan bahasa dalam komunikasi.

Bahasa sebagai alat penting bagi melancarkan komunikasi kanak-kanak tidak

semestinya bermula dengan tuturan.

Bahasa dalam komunikasi dapat dibahagikan kepada dua, iaitu bahasa bukan

verbal dan bahasa verbal. Bagi bahasa dalam komunikasi bukan verbal

dibahagikan kepada komponen pertama, iaitu paralinguistik, nonlinguistik dan

metalinguistik. Kajian ini hanya menumpukan aspek bahasa verbal sahaja. Bahasa

dalam komunikasi verbal pula melibatkan dua aspek penting, iaitu bahasa

ekspresif dan bahasa reseptif

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 15/36

Rajah 2 : Bahasa Dalam Komunikasi Verbal

Komunikasi dalam

Bahasa Melayu

Komunikasi

Verbal

Komunikasi

Bukan

Verbal

BAHASA

MELAYU

Kandungan Bentuk

Penggunaan

Fonologi

Morfologi

Sintaksis

Pragmatik

Bahasa Reseptif Bahasa

Ekspresif

PERTUTURAN

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 16/36

 

Rajah 3 : Kerangka Konseptual

PEMBELAJARAN BAHASA

MELAYU DI KALANGAN

KANAK-KANAK SINDROM

DOWN : KOMUNIKASI VERBAL

PEMERHATIANPemerhatian

SistematikPemerhatian

Berstruktur

SOAL

SELIDIK

TEMUBUAL

ANALISIS

DATA

HASIL

KAJIAN

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 17/36

 

1.4  OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya, kajian ini akan meninjau unsur-unsur berikut , pertama,

meneliti tahap komunikasi verbal pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan

kanak-kanak Sindrom Down dan kedua, menyarankan kaedah-kaedah dalam

 penyediaan bahan-bahan pembelajaran bahasa berdasarkan hasil kajian dapatan.

2.0  PERSOALAN KAJIAN

Adalah didapati bahawa kanak-kanak Sindrom Down selain mengalami masalahkesihatan, mereka biasanya mengalami kesulitan dalam bertutur dan lambat

menguasai kemahiran bertutur, dengan hanya menggunakan ayat yang pendek dan

sulit untuk mengeluarkan perkataan. Kebolehan bertutur mereka adalah lebih

lambat daripada keupayaan kognitif mereka. Dalam aspek kemahiran motor kasar

dan motor halus, kemahiran ini dapat dicapai oleh kanak-kanak Sindrom Down

tetapi dalam kadar yang lambat.

Menurut Winnick (2000), perkembangan bagi kanak-kanak Sindrom Down

Adalah perlahan dan lambat berbanding kanak-kanak normal. Dari aspek

 perkembangan kognitif pula, kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai

kemahiran dalam menggunakan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan,

 pembentukan konsep serta ingatan. Ini disebabkan perkembangan mereka tidak

sama dengan kanak-kanak biasa.

Apakah kajian yang akan dilakukan ini akan membawa perubahan kepada

komunikasi verbal kanak-kanak Sindrom Down ? Adalah diharapkan ia sedikit

sebanyak membantu dalam mendalami ilmu mengenai mereka.

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 18/36

3.0  KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai kepentingan yang tersendiri di mana ia dapat memahami

 bagaimana kanak-kanak Sindrom Down bertutur dan apakah yang menyebabkan

 pertuturan di kaangan mereka agak sukar dan apakah kaedah-kaedah yang dapat

dikenalpasti bagi mengatasi masalah ini.

4.0  BATASAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah sahaja di mana terdapat beberapa

kelemahan seperti had umur murid-murid tersebut. Had masa yang agak terhad di

mana saya tidak mengajar di sekolah tersebut dan hanya boleh hadir membuat

kajian dalam jangkamasa yang terhad. Oleh kerana masalah-masalah tersebut,

adalah sukar untuk kajian ini di jurnalisasi, hanya sekadar kajian untuk

memahami dan mengenal pasti masalah dan langkah-langkah yang perlu di ambil.

5.0  DEFINISI PEMBOLEH UBAH

Pembelajaran membawa maksud proses menerima pengajaran oleh murid.

Bahasa pula membawa maksud sistem lambing-lambang bunyi yang dipakai

sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.

Melayu merupakan nama asal bangsa yang mendiami daerah Nusantara di Asia

Tenggara serta bahasanya. Ia juaga membwa maksud nama suku bangsa di

Semenanjung Tanah Melayu.

Di kalangan membawa maksud lingkungan atau golongan : kelompok orang atau

 puak.

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 19/36

Kanak-kanak  pula bermaksud budak atau bayi sama ada llaki atau perempuan

yang masih kecil yang biasanya belum berumur 7 atau 8 tahun.

Sindrom Down  atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh

kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21.

Komunikasi ialah perhubungan secara langsung atau dengan kiriman surat, pos,

telegram dan sebagainya.

Verbal pula bermaksud bahasa lisan.

6.0 

RUMUSAN

Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza di antara satu sama lain.Masalah

utama yang didapati di dalam kajian ini ialah masalah pendekatan. Kanak-kanak

yang lain memerlukan pendekatan yang berbeza. Penggunaan bahan konkrit

sebagai proses awal pembelajaran lebih banyak membantu daripada penggunaan

kertas dan pensil semata-mata. Penilaian tahap fungsian haruslah dilakukan oleh

 pakar psikologi klinikal bukan oleh guru bagi menetukan pendekatan yang sesuai.

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 20/36

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.0 PENDAHULUAN

Tinjauan Literatur akan menyatakan tujuan sesuatu kajian diadakan danmenjelaskan tentang teori –  teori dan konsep yang berkaitan dengan penyelidikan.

2.1 TEORI DAN KONSEP BERKAITAN

2.1.1 Teori Behaviourisme

Teori behaviorisme menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran

 bahasa yang berlandaskan Teori pelaziman Operan. Teori ini dipelopori oleh B.F

Skinner (1938). Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku

apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan

memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru

atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk

mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul dan telah berjaya dilakukan

oleh kanak-kanak.

Antara ganjaran yang biasa diberikan adalah pujian seperti ‘pandai’, senyuman,

ciuman, tepuk tangan, pelukan dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak

untuk bercakap. B.F Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semulajadi

dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur ialah satu

 bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk

 berdasarkan prinsip Teori Behaviorisme iaitu rangsangan tindak balas.

Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat

 penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk

 bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 21/36

lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi dapat merangsang kanak-knak

mengulang percakapannya.

Kesimpulannya, Teori Behaviorisme berlaku apabila pemerolehan bahasa

dikuasai daripada pelaziman atau pengulangan. Persekitaran menjadi faktor utama

membantu kanak-kanak menguasai bahasa. Ganjaran dan skim galakan juga

menyokong penguasaan bahasa kanak-kanak.

2.1.2 Teori Mentalis

Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa

 pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak

dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat

 pemerolehan bahasa itu, kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk

mempelajari bahasa apa sahaja yang didedahkan kepada mereka.

Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu ipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The

Innatess Hyphotesis ) yang mengatakan bahawa otak manusia telah diersiapkan

secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkap

dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD (  Language

 Acquisition Device ).

Bagi menguatkan teorinya LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu:

i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

ii. proses pemerolehan bahas ini tidak ada kaitannya degan kecerdasan.

(anak yang IQnya rendah juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang

hampir sama).

iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi

kanak-kanak; dan

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 22/36

iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak boleh dikatakan sama.

Berkaitan dengan keupayaan sejadi ( innate ) kanak-kanak dalam mempelajari

 bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut:

i. wujudnya unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal

yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan sunstantif yang berupa

kategori-kategori tatabahasa:

ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya

tanpa keupayaan sejadi; dan

iii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh empat hingga

lima tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.

Kesimpulannya, walaupun proses pemerohan bahasa semua kanak-kanak

dikatakan sama, namun terdapat banyak aspek lain yang menjadi faktor

 penyumbang kepada keupayaan mereka berbahasa, bertahap-tahap kebolehannya.

 Namun cara pendekatan pengajaran bahasa membolehkan kecerdasan berbahasa

antara indvidu itu berbeza.

2.1.3 Teori Kognitif

Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi berbangsa

Swiss. Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat denga

 perkembangan mentalnya. Malah, beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-

kanak itu merupakan manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya.

Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui

 beberapa peringkat perkembangan kognitifnya.

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 23/36

Peringkat pertama dikatakan sebagai pringkat deria-motor iaitu kanak-kanak

 berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga dua tahun. Pada peringkat ini, kanak-

kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang

aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk

simbolik. Daripada umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat

tahap pemikiran pra operasi konkrit. Dalam peringkat ini, penguasaan bahasa

kanak-kanak semakin berkembang.

Dalam lingkungan umur 4 tahun, kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan

 boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. Peringkat ketiga

adalah operasi konkrit ( 7-12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai beberapa

kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian dan

 persirian. Umur selepas 12 tahun dikatakan sebagai peringkat operasi formal.

2.3 KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Belajar membaca merupakan asas penting dalam penguasaan kognitif dan

 persekitaran sosial manusia ( Yahya, Roselan & Naffi, 2009). Kemahiran

membaca yang dikuasai semasa di sekolah dapat membantu pelajar membaca

dengan berkesan. Membaca merupakan salah satu sumber ilmu pengetahuan dan

kemahiran asas kepada pembentukan diri seseorang individu untuk mendapatkan

sesuatu ilmu yang bermakna. Menurut Abdul Rashid Jamian (2011), keupayaan

membaca dan menulis merupakan sebahagian daripada kemahiran berbahasa yang

merupakan asas penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kemahiran

membaca yang lemah menyebabkan seseorang pelajar tidak dapat mengikuti sesi

 pembelajaran formal dengan sempurna.

Pembelajaran dan pengajaran awal bacaan boleh diaplikasikan dalam pelbagai

cara. Hal ini disebabkan oleh, pembelajaran bahasa boleh dirumuskan bahawa “  

the human language capacity provides them at birth” atau juga melalui “natural

development”. Pembelajaran dan pengajaran awal bacaan ini memerlukan pola

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 24/36

 bahasa iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Menurut

Martin dan Miller (1996), masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan

seseorang pelajar menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima

komponen utama bahasa iaitu seperti yang disebutkan di atas. Martin dan Miller

(1996) berpendapat kaak-kanak atau seseorang pelajar sangat memerlukan satu

cara atau teknik bahasa yang boleh mereka gunakan dan difahami untuk

 berkomunikasi. Secara ringkasnya, pelbagai kaedah boleh digunakan untuk

mengajar sesuatu kemahiran bahasa kepada para pelajar.

Kajian mengenai kemahiran berkomunikasi verbal di kalangan kanak-kanak

Sindrom Down ini boleh juga di dapati di dalam Jurnal Pengajian Melayu, Jilid

19, 2008. Ianya bertajuk “  Bahasa Reseptif dan Bahasa Ekspresif Dalam

Komunikasi Verbal : Pembelajaran Bahasa Melayu kanak-Kanak Sindrom Down” 

tulisan Puteri Roslina Abdul Wahid dan beberapa jurnal yang berkaitan.

2.4 RUMUSAN

Pada pandangan saya, kajian lepas yang telah dijalankan mempunyai sedikit

sebanyak persamaan dengan kajian yang akan saya lakukan dan ada di antara

maklumat-maklumat yang boleh saya jadikan panduan dalam menjalankan kajian

saya. Ianya banyak membantu terutama dalam penyediaan instrumen

 penyelidikan yang digunakan. Cadangan asalnya saya hanya akan menyediakan

satu instrumen sahaja, tetapi setelah membuat penyelidikan, saya dapati instrumen

yang digunakan dalam jurnal tersebut adalah lebih tepat dan relevan.

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 25/36

BAB 3

METODOLOGI

3.0 PENDAHULUAN

Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan dan

lapangan. Dalam kaedah kepustakaan, data sekunder akan diproses terlebih

dahulu.Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini menjadi asas kepada kaedah

seterusnya dalam memastikan objektif kajian dapat dicapai. Saya telah membuat

 penyelidikan kepustakaan bagi mengumpul maklumat tentang Sindrom Down dan

sekolah yang memberikan pendidikan kepada kumpula ini. Kaedah lapangan pula

melibatkan data primer. Data primer merupakan data asli yang diwujudkan

 berdasarkan kajian lapangan. Terdapat dua pendekatan yang akan digunakan, iaitu

 pemerhatian dan rakaman video dan gambar foto.

3.1 REKABENTUK KAJIAN

Pra kajian ini berbentuk sinkronik yang dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja,

iaitu sepanjang tempoh saya menjalani Latihan Mengajar di Sekolah Kebangsaan

Datuk Kelana, Tapah, Perak yang mempunyai Kelas Pendidikan Khas, selama

lapan minggu. Dapatan dari kajian ini adalah bersifat deskriptif. Saya telah

menggunakan kaedah yang telah dicadangkan oleh Rohani Abdullah (2001)

dalam usaha mengumpulkan data bagi menyokong kajian yang dilakukan. Kaedah

yang akan digunakan dalam kajian ini seterusnya nanti ialah pemerhatian

sistematik (systematic observation),laporan diri dan soal selidik. Kaedah

sistematik digunakan untuk mengesan kelakuan sebenar kanak-kanak.

Pemerhatian dilakukan dalam bentuk berstruktur dan secara semulajadi. Dalam

 pemerhatian semulajadi, perlakuan kanak-kanak dicatat mengikut masa kejadian

 berlaku. Kaedah berstruktur pula melibatkan pemerhatian secara teratur mengikut

 prosedur tertentu dan mewujudkan keadaan yang sengaja agar mendapat tindak

 balas daripada kanak-kanak.

Laporan diri pula melibatkan temubual secara terbuka. Soal selidik diberikan

kepada guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar tersebut. Temubual tidak

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 26/36

 berstruktur dilakukan untuk mendapat gambaran tentang pemikiran kanak-kanak

tentang sesuatu tajuk, manakala temubual berstruktur pula melibatkan jawapan

kanak-kanak berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu.

3.2 PERSAMPELAN

Pengumpulan data bagi penelitian bahasa dalam komunikasi kanak-kanak

Sindrom Down mendapat kerjasama subjek yang dipilih. Kajian selanjutnya akan

dilakukan secara pemerhatian, rakaman pembelajaran dan pengajaran di dalam

kelas, soal selidik dan temu bual. Subjek merupakan pelajar Program Pendidikan

Khas di Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana , Tapah, Perak. Daripada pemerhatian

yang dilakukan, kanak-kanak Sindrom Down mempunyai upaya diri yang rendah

kerana ciri-ciri yang terdapat pada dirinya. Mereka memerlukan sokongan untukmelahirkan keyakinan diri dan membina semangat berdikari dalam menghadapi

cabaran hidup bermasyarakat. Mereka juga berhadapan dengan cabaran

intelektual. Terdapat juga subjek yang menjalani program intervensi awal, iaitu

 program khas bagi membantu kanak-kanak Sindrom Down berkomunikasi.

Rajah 4 : Kanak-Kanak Sindrom Down ( 9-12 Tahun)

Tarikh

Lahir

Umur Jantina Bangsa

KK A 12.05.2004 10 P Melayu

KKB 19.12.2003 11 P Melayu

KKC 15.06.2002 12 P Melayu

KKD 18.02.2005 9 L Melayu

KKE 17.01.2004 10 L Melayu

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 27/36

3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Beberapa instrumen telah dibina bagi tujuan kajian ini. Di dalam Rajah 5,

instrumen tersebut telah digunakan untuk mengenalpasti tahap komunikasi kanak-

kanak Sindrom Down sebelum kajian dilakukan nanti. Ia adalah terjemahan

daripada “ Care Of Children With Special Needs –  Manual on the management of

Children with Communication Problems” by Family  Health Development

Division, Ministry of Health, Malaysia ( March, 2004)

Rajah 5 : Instrumen Kemahiran Komunikasi

Bil. Item

Tarikh Pengujian

& Keputusan

1.Mengikuti perbualan dengan memerhatikan orangyang bercakap dengannya

2.Berhenti melakukan sesuatu aktiviti sebentar jikadisuruh

3.Memberi respon secara vokal kepada percakapanorang lain

4. Meniru intonasi suara orang lain

5. Membuat 4 atau lebih bunyi yang berbeza

6.

Memberi tindak balas kepada soalan mudah

seperti “Di mana bola?”, “Makan apa?” dan“Warna apa?” 

7.Mengulangi suku kata yang sama 2 –  3 kali sepertima, ma, ta, ta dan pa, pa dalam peniruan)

8.Mencantum dua suku kata berbeza dalam permainan vokal (kad suku kata mata, bola dan

 buku)

9.

Menggunakan perkataan tunggal yang bermakna

untuk melabel objek atau seseorang(cikgu, pensel dan pemadam)

10.Mencari bunyi tersembunyi seperti loceng didalam kotak, jam di bawah bantal dan meja

diketuk.

11.Respon apabila guru katakan habis(menggoyang-goyangkan tangan)

12.Meniru perbuatan menggunakan cawan, sudu dan berus gigi

13.Menurut arahan mudah tanpa menunjukkansebarang isyarat

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 28/36

(“Ambil bola.”, “Susun kasut.” dan “Basuh

mulut.”)

14.

Respon kepada 6 objek yang dikenali secara

melihat atau menyentuh(bola, buku, pen, pemadam, pensel dan warna)

15. Menunjukkan 3 bahagian tubuh badan(Hidung, mata dan jari)

16.Bercakap 5 perkataan yang berbeza(“Bola”, “Buku”, “Pen”, “Pensel” dan “Saya”) 

17.Memberi jawapan kepada soalan “Apa ni?”dengan menunjukkan objek yang dikenali

(Kad gambar bola, buku dan pensel)

18.Boleh membuat permintaan seperti “Nak lagi.” 

(Memberi responden makan gula-gula)

19. Menuturkan perkataan “habis” atau “tak ada” 

20.Boleh membuat permintaan seperti “beri” atau

“tunjuk” 

21.

Memberi tindak balas kepada konsep “atas” dan

“bawah” dengan pergerakan(Menunjukkan dengan jari)

22.Menamakan 5 ahli keluarga termasuk binatang peliharaan

Jumlah skor

Sistem Pemarkahan

Markah Catatan

0 Tiada respon/respon salah

1 Jawapan betul dengan ulangan arahan atau bantuan guru

2 Respon secara terus dengan tepat tanpa ulangan arahan

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 29/36

Rajah 6: Instrumen Kajian Bahasa Reseptif

Bil Bahasa Reseptif KKA KKB KKC KKD KKE

01. Bolehkah kanak-kanak mengingat semula

apa yang di ajar ? (Mengira 1-10)

02. Menamakan nama benda yang diajar

dalam 20 saat.

03. Membuat pengelasan : Benda hidup atau

mati.

04. Apakah kanak-kanak memahami lawak

 jenaka ?

05. Apakah kanak-kanak dapat menamakan

dan membezakan fungsi anggota badan?

06. Bolehkan kanak-kanak memadankan kata

dengan gambar?

07. Apakan kanak-kanak memahami turturan

tetapi tidak dapat berbual ?

08. Apakah kanak-kanak mengalami masalah

memahami tatabahasa ?

09. Apakah kanak-kanak boleh menyebut satu

kata tetapi pada ketika lain menghadapi

masalah ?

10. Apakah kanak-kanak sukar membezakan

/p/ dan /l/ atau /t/ dan /d/

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 30/36

Rajah 7 : Instrumen Kajian Bahasa Ekspresif

Bil Bahasa Reseptif KKA KKB KKC KKD KKE

01. Apakah kanak-kanak menghadapi

masalah pendengaran?

02. Apakah kanak-kanak menunjukkan

 perkembangan lewat dalam pertuturan ?

03. Mengenal pasti warna.

04. Mengira dengan sebutan 1-10

05. Sukar meniru bunyi

06. Sukar menyebut a,e,i,o,u

07. Sukar menyebut konsonan08. Menghadapi masalah menjawab soalan

lisan

09. Apakah kanak-kanak mengambil bahagian

dalam perbincangan dalam kelas?

10. Apakah kanak-kanak gagap apabila

 bertutur ?

11. Apakah kanak-kanak sudah boleh

membaca?

Petunjuk : TBLH - Tidak Boleh

TP - Tidak Pernah

KDG - Kadang-kadang

KRP - Kerap Kali

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 31/36

3.4 ANALISIS DATA

Data akan dianalisis setelah kajian diuat sepenuhnya menggunakan kaedah yang

sesuai.

3.5 RUMUSAN

Komunikasi verbal bagi kanak-kanak merupakan kunci kepada kemahiran sosial

mereka dan juga perkembangan kognitif. Program pendidikan bagi kanak-kanak

Sindrom Down perlu dipertingkat agar mereka lebih mudah dibimbing dan

dikawal serta diberi perhatian yang sewajarnya.

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 32/36

RUJUKAN

Abdul Halim Abdul Jalil, Dr.  Masalah Perkembangan dan Tingkah Laku Kanak-

 Kanak . Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Asmuni Yahya (2005). Masalah genetik punca sindrom down. Retreived Oktober

24, 2005 from http://www.metro.com.my/ 

Hajah Hasnah Udin.  Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: DBP,

1988.

Hallahan D.P & Kauffman J.M.2003.  Exceptional Learners: Introduction to

 special   Education. USA: Allyn & Bacon.

Stewart A.C & Friedman S.1987. Children  development: Infancy through 

adolescence. New York. John Wiley & Sons

Wahamid, H.A.  Pemulihan, Pengesanan dan Peranan Ibu Bapa Terhadap

 Kanak-Kanak   Pemulihan. Unpublished thesis. MPIK, Cheras, 1998

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 33/36

LAMPIRAN

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.

Kelas PPKI 2

Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Tarikh

Masa 0830 –  0900 (30 minit)

Bilangan murid 5

(Sindrom Down)

Kemahiran Membaca dan menyebut

Topik/Tema Suku kata, tema buah-buahan

Hasil pembelajaran Di akhir pengajaran & pembelajaran, murid

dapat :i.  Mengeja suku kata

ii. 

Mencantum suku kata untukmembentuk perkataan bermakna

iii.  Memadankan perkataan dengansimbol/gambar

Penggabungjalinan Suku kata dengan nama buah-buahan tempatan

Pengetahuan sedia ada Murid telah boleh mengeja suku kata kv + kv

Unsur-unsur nilai Yakin diri, dengar arahan, berdikari, kerjasama

Unsur-unsur terapi Pertuturan, penglihatan, pendengaran, psikomotor

BBM Kad gambar, kad suku kata

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 34/36

Langkah/

Masa

Isi

kandungan

Aktiviti

P&P

Catatan

Set induksi(5 minit)

-Mengingat 1)Guru meletakkan buahan plastik didalam kotak

2)Murid diminta untuk melihat

kotak dan mengingat buah-buahan plastik yang ada di dalam kotak

secara bergilir-gilir

3)Murid diminta menyatakan buah- buahan yang ada di dalam kotak

4)Murid yang dapat mengingat

 paling banyak buah-buahan yang

ada di dalam kotak diberikan token

TeknikMengingat

Terapi

PertuturanPendengaran

Penglihatan

 NilaiDengar

arahanYakin diri

BBMBuah plastik

Langkah 1(5 minit)

-Kad gambar

  Mangga

  Rambutan

  Langsat

  Tembikai

  Pisang

  Durian

 

Belimbing  Manggis

1)Murid dipamerkan dengan kadgambar buah-buahan tempatan

2)Guru menamakan buah-buahan

 berdasarkan kad gambar

3)Guru & murid bersoal jawabtentang buah-buahan

TeknikSoal jawab

Terapi

PenglihatanPendengaran

Pertuturan

 NilaiDengar

arahanYakin diri

BBM

Kad gambar

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 35/36

 

Langkah 2

(10 minit)

-Kad suku kata 1)Murid dipamerkan dengan kad

suku kata

2)Murid diminta mendengar gurumengeja suku kata

3)Murid diminta mengeja suku kata

secara bergilir-gilir

4)Murid diminta mencantumkan kadsuku kata untuk membentuk nama

 buah-buahan

5)Murid yang dapat mengeja dengan baik + dapat mencantumkan suku

kata dengan betul diberikan pujian

Teknik

Mengeja

TerapiPertuturan

Pendengaran

 NilaiDengar

arahanYakin diri

Kerjasama

BBMKad suku kata

Langkah 3(7 minit)

-Latihan pengukuhan 1)Guru mengedarkan lembaran kerjakepada murid

2)Murid diminta mengisi jawapan

yang betul pada lembaran kerja

3)Murid yang dapat menyiapkanlembaran kerja dengan baik

diberikan token

TeknikLatih tubi

Terapi

Psikomotor

 NilaiDengar

arahanYakin diri

BBM

Lembaran

Penutup(3 minit)

-Rumusan 1)Guru merumuskan pelajaran padahari ini

2)Murid menyatakan buah-buahan

yang dipelajari pada hari ini

3)Guru mengucapkan terima kasihkepada murid-murid kerana

memberi kerjasama sepanjang P&Pdijalankan

TeknikPengulangan

Penerangan

TerapiPertuturan

Pendengaran

 NilaiYakin diri

Dengararahan

8/17/2019 KRL3043 D042699 RAFIDAH

http://slidepdf.com/reader/full/krl3043-d042699-rafidah 36/36