kristian dan islamisasi di malaysia

Upload: adhwafarhyn

Post on 20-Jul-2015

98 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KRISTIAN DAN ISLAMISASI DI MALAYSIA

ABSTRAK

Gerakan Kristianisasi merupakan satu isu yang semakin mendapat perhatian masyarakat Malaysia pada hari ini. Isu-isu seperti murtad di kalangan orang Melayu, isu penggunaan kalimah Allah di dalam penulisan Bible yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia, isu serbuan pihak JAIS di Gereja St Medhotist, Damansara dan banyak lagi telah mencetuskan satu fenomena yang berkait langsung dengan sentimen keagamaan dan penerimaan rakyat Malaysia berbilang agama terhadap proses islamisasi di Malaysia. Salah satu perkara yang sering dibangkitkan adalah kebebasan beragama di Malaysia. Masyarakat

Malaysia khususnya non-Muslim menganggap adalah normal untuk setiap warganegara Malaysia memilih agama mereka sendiri dan semua agama dilihat sama dan tiada berbeda di antara satu sama lain. Justeru, tindakan pihak missionari Kristian menyebarkan agama Kristian di Malaysia tidak dipandang sebagai sesuatu yang salah dan enteng oleh kebanyakan masyarakat. Hal yang demikian telah menyebabkan gerakan kristianisasi di Malaysia semakin aktif dan umat Islam khususnya mereka yang goyah pegangan agama Islamnya mudah terpengaruh dan terpedaya dengan gerakan ini. Berikutan daripada itu, artikel yang bertajuk Kristian dan Islamisasi di Malaysia ini akan mengupas hal-hal seperti perkembangan gerakan Kristian di Malaysia, islamisasi dan respon masyarakat Malaysia non-Muslim khususnya yang beragama Kristian, Kristian dan media, dialog serta penggunaan istilah agama dan sebagainya. Secara ringkasnya, objektif kajian ini adalah untuk mengupas latar belakang agama Kristian dan kesannya terhadap proses Islamisasi yang giat dilakukan oleh para pemimpin Islam di Malaysia. Maklumat yang diketengahkan adalah berdasarkan kajian perpustakaan melalui buku-buku, jurnal serta lain-lain penulisan oleh para cendekiawan di Malaysia. Di akhir penulisan, satu kesimpulan dibuat menggambarkan keseluruhan situasi gerakan Kristian dan kaitannya dengan proses Islamisasi di Malaysia. Turut dimuatkan cadangan pengkaji bagi mengekang pengaruh gerakan Kristianisasi di Malaysia dengan bersepadu melibatkan semua pihak. Kata Kunci : Kristian, Islamisasi, Media, Dialog, Istilah Agama

ABSTRACT

1.0 2.0 3.0 4.0

Pengenalan Islamisasi dan Respon Masyarakat non-Muslim Kristian Dan Media, Dialog Serta Penggunaan Istilah Agama Kesimpulan Dan Cadangan