kp01-penyentuh

6
KERTAS PENERANGAN Mukasurat: 1 / 6 KURSUS SIJIL ELEKTRIK KUASA (PENJAGA JENTERA A1) KOD SUBJEK : TEE 4162 SUBJEK ELECTRICAL MAINTENANCE TAJUK PENYENTUH NAMA PENGAJAR : HAFIZ ABAS SEGMEN - INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH TAJUK : PENYENTUH TUJUAN : Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada pelatih mengenai simbol yang digunakan dalam litar kawalan motor. PENERANGAN : Alat perlindungan dan pensuisan amat penting dalam operasi sistern elektrik. Dalam penggunaan teknologi moden khususnya yang berkaitan dengan sistem elektrik. adalah amat penting bagi pencipta dan penyelenggara sistem elektrik untuk menyediakan bekalan elektrik berterusan tanpa gangguan kepada semua mesin. Untuk menyediakan perkhidmatan ini, adalah penting bagi anda selaku orang teknikat, mengetahui dan rnemahami perbezaan asas di antara suis, pemutus litar, penyentuh dan geganti serta cara operasinya. Kertas penerangan ini akan menerangkan tentang perkara diatas Penyentuh adalah suis mekanikal yang dikendalikan secara automatik (elektromagnet) , iaitu sentuhan antara sesentuh tetap ( permanent contact) dengan sesentuh bergerak {moving contact). Sentuhan antara sesentuh di dalam kontaktor dihasilkan oleh daya tarikan magnet yang dikawal oleh kemagnetannya. Perrnukaan sentuhan pula berlaku apabila kernagnetan diluputkan, dimana ketika sesentuh bergerak yang ditarik, hasil tindakan spring yang mengawalnya.

Upload: saiful

Post on 23-Dec-2015

52 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Nota kawalan motor-penyentuh

TRANSCRIPT

Page 1: KP01-PENYENTUH

KERTAS PENERANGAN Mukasurat: 1 / 6

KURSUS SIJIL ELEKTRIK KUASA (PENJAGA JENTERA A1) KOD SUBJEK :TEE 4162SUBJEK ELECTRICAL MAINTENANCE

TAJUK PENYENTUH NAMA PENGAJAR :HAFIZ ABASSEGMEN -

INSTITUT KEMAHIRAN MARASIK, KEDAH

TAJUK : PENYENTUH

TUJUAN :

Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada pelatih

mengenai simbol yang digunakan dalam litar kawalan motor.

PENERANGAN :

Alat perlindungan dan pensuisan amat penting dalam operasi sistern elektrik. Dalam penggunaan

teknologi moden khususnya yang berkaitan dengan sistem elektrik. adalah amat penting bagi pencipta

dan penyelenggara sistem elektrik untuk menyediakan bekalan elektrik berterusan tanpa gangguan

kepada semua mesin.

Untuk menyediakan perkhidmatan ini, adalah penting bagi anda selaku orang teknikat, mengetahui

dan rnemahami perbezaan asas di antara suis, pemutus litar, penyentuh dan geganti serta cara

operasinya. Kertas penerangan ini akan menerangkan tentang perkara diatas

Penyentuh adalah suis mekanikal yang dikendalikan secara automatik (elektromagnet) , iaitu

sentuhan antara sesentuh tetap ( permanent contact) dengan sesentuh bergerak {moving contact).

Sentuhan antara sesentuh di dalam kontaktor dihasilkan oleh daya tarikan magnet yang dikawal oleh

kemagnetannya. Perrnukaan sentuhan pula berlaku apabila kernagnetan diluputkan, dimana ketika

sesentuh bergerak yang ditarik, hasil tindakan spring yang mengawalnya.

Page 2: KP01-PENYENTUH

Mukasurat: 2 / 6

KOD SUBJEK : TEE 4162 No. Kertas Penerangan :

CONTOH – Rajah di atas menunjukan 3 sesentuh sedia buka dan 2 sesentuh sedia tutup

Apabila bekalan dimasukan ke gelung kontaktor.

Komponen-Komponen Penyentuh

1. Sesentuh utama ( main contacts ) - Untuk mengendalikan beban utama. Berarus besar dan

biasanya sesentuh bersaiz besar dan tebai serta ditanda dengan nombor-nornbor kecil,

contohnya 1,2,3,4,5 dan 6.

2. Sesentuh tambahan ( auxiliary contacts ) - sebagai litar kawalan dan berarus rendah. Oleh itu

sesentuhnya kecil dan bernombor besar, contohnya 13,14.21,22 dan sebagainya. Ia terbahagi

kepada dua jenis iaitu sesentuh sedia buka { normally open ) dan sesentuh sedia tutup ( normally

close)

3. Gelung kendalian ( No Volt release / No Volt coil} – Ia mendapat bekalan 240 Volt atau 415

Volt. Untuk mendapatkan kemagnetan bagi penarik angker (armature) dan seterusnya menarik

pemegang sesentuh bergerak (plunger), menjadikan sesentuh sedia buka akan tertutup dan

sebaliknya.

4. Teras bergerak (angker) - Bilah magnet sementara yang tinggi kecekapannya . la

menggerakkan bar setelah geklung kendaiian rnenghasilkan daya tarikan magnet.

5. Teras tetap - terdiri dari lapisan (laminated) keluli. Teras tetap akan menjadi electromagnet

setelah gelung mendapat bekalan dan seterusnya menarik teras bergerak.

6. Spring menolak - Spring menolak teras bergerak semasa gelung kendalian diluputkan dan

seterusnya sesentuh akan kembali kepada kedudukan asal.

7. Bar bersilang - Berfungsi sebagai pemegang sesentuh bergerak secara selari yakni bertindak

serentak semua sesentuh.

Daya Tarikan Magnet

Daya Tarikan Magnet

Page 3: KP01-PENYENTUH

Mukasurat: 3 / 6

KOD SUBJEK : TEE 4162 No. Kertas Penerangan :

Prinsip Operasi Penyentuh

a. Gelung kendalian boleh berfungsi 240 V - 1 fasa atau 415V-2 fasa biasanya ada tercatat pada

plet nama penyentuh dan gelung itu sendiri.

b. Sewaktu gelung kendalian mendapat bekalan , ia akan menghasilkan eiektromagnet pada teras

tetap.

c. Teras tetap akan menarik teras bergerak yang terpasang bar bersilang dan dengan ini sesentuh

akan bertukar sedia buka menjadi tertutup dan sesentuh sedia tutup menjadi terbuka.

d. Apabila bekalan ke gelung kendalian diluputkan , tidak ada daya tarikan lagj, menyebabkan

spring menolak kembali bar yang terpasang sesentuh. kepada kedudukan asal.

e. Saiz penyentuh bergantung kepada beban yang hendak digunakan.

NOTA:

Sekiranya anda hendak membuat pembelian penyentuh, pastikan spesifikasi berikut hendaklah

dinyatakan;

I. Jumlah sesentuh N/0 dan N/C

II. Kadaran arus beban yang hendak digunakan

III. Bekalan bagi gelung kendalian. samaada 240VAC - 1PH, atau 415VAC-2

Page 4: KP01-PENYENTUH

Mukasurat: 4 / 6

KOD SUBJEK : TEE 4162 No. Kertas Penerangan :

Contoh yang di tunjukan dalam rajah di bawah mempunyai beberapa sesentuh yang sedia buka dan

beberapa sesentuh lagi yang sedia tertutup dalam keadaan ‘OFF’. Apabila dalam keadaan ‘ON’

sesentuh-sesentuh yang sedia tutup akan terbuka.

Rajah 1: Gambarajah asas penyentuh

Page 5: KP01-PENYENTUH

Mukasurat: 5 / 6

KOD SUBJEK : TEE 4162 No. Kertas Penerangan :

Sesentuh Pegun (Tidak Bergerak)

Rajah 2: Penyentuh

LATIHAN / SOALAN :

1. Nyatakan definisi penyentuh.

2. Terangkan gelung kendalian bagi pemyentuh.

Kandung Penyentuh

Bar Bersilang

Pin AngkerSpring Sesentuh

Sesentuh Bergerak

Spring Menolak

Punca

Tapak

Kusyen

Magnet Pegun(Tidak Bergerak)

Gelung Kendalian

Angker

Page 6: KP01-PENYENTUH

Mukasurat: 6 / 6

KOD SUBJEK : TEE 4162 No. Kertas Penerangan :

3. Terangkan prinsip operasi penyentuh.

4. Nyatakan 2 jenis sesentuh tambahan penyentuh.

5. Nyatakan voltan kendalian penyentuh.

RUJUKAN :

1. PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK Abd. Samad Hanif Terbitan : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2. KAWALAN MOTOR ELEKTRIK HJ. YAHYA BIN EMAT Terbitan : IBS BUKU SDN. BHD.